CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-1-2008 11:56 AM | Show all posts
JEMAAH DARI TURKI YG TELAH SIAP BERIHRAM MENUNAIKAN SOLAT DI MASJID NABAWI SEBELUM MENUJU MEKAH

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 12:17 PM | Show all posts
akan sentiasa menunggu pengalaman seterusnya...terima kasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 08:44 AM | Show all posts
17/11/2007 SABTU (Day 3)

Seperti biasa rutin ke masjid utk solat subuh lebih awal. Solat sunat tahyatul masjid dan berniat beriktikaf di dalam masjid. Suhu di Madinah agak sejuk di waktu pagi. Pagi ini terasa nak bersolat di luar utk merasai kedinginan Madinah dan memilih di saf hadapan berdekatan pintu Babus Salam. Pastikan sentiasa membawa sejadah apabila ke masjid dan uncang kasut atau beg plastik kerana lebih senang kita meletakkan selipar kita berdekatan dgn tempat kita bersolat dan apabila selesai solat, kita boleh keluar mengikut mana2 pintu yang kita suka tanpa perlu mencari dan berjalan jauh mengambil selipar kita.Di sini kebiasaannya selipar kita tidak akan hilang , tetapi kebanyakkannya hilang disebabkan kita tidak mengingati lokasi sebenar rak tempat kita meletak kasut kerana terlalu banyak rak dan masjid ini terlalu besar. Lagi satu permandangan persekitaran di dalam masjid hampir serupa sahaja.

Seperti kebiasaannya solat fardhu akan diikuti dengan solat jenazah. Beruntung jenazah yang disolatkan di Masjid Nabawi kerana disembahyangkan oleh ratusan ribu jemaah yang mendoakan agar roh kita dikasihani dan diampunkan oleh ALLAH dan kemudiannya disemadikan di perkuburan Baqi'.

Selepas solat terus pulang ke hotel bersarapan yang disediakan secara "buffet" . Jam 9.00 pagi satu ceramah diadakan oleh seorang ustaz sebagai pengisian rohani . Tertarik dgn kata2nya antara lain mengenai kita semua para jemaah tak kira dari mana kita datang, pangkat kita, kedudukan kita, darjat kita, kekayaan kita dan apa jua pun "ADALAH SAMA DI SISI ALLAH, YANG MEMBEZAKAN KITA DI SISI ALLAH ADALAH AMALAN KITA DAN KETAQWAAN KITA" Ia juga memetik antara "KEUTAMAAN " dan "KEPERLUAN" kita semasa kita disini . "KEUTAMAAN" kita di sini ialah mengerjakan haji dengan sempurna dan mengisi masa yang terluang dengan amalan2 sebaik mungkin . "KEPERLUAN" kita di sini pula ialah makanan, tempat rehat dan sebagainya.

Jemaah dari negara Turki dan Indonesia serta India telah kelihatan agak ramai di sini. Kuato jemaah yang paling banyak ialah Indonesia seramai 214,000 diikiuti India hampir 150,000 , Turki hampir 130,000. Jemaah Malaysia kuotanya hanya 26,000 sahaja. Kuota jemaah dikira 1 % dari keseluruhan penduduk bagi negara yg majoritinya beragama islam.

Jemaah haji Turki mudah dikenali kerana bagi lelaki mereka memakai pakaian ala "bush jacket" berwarna kelabu dan tertera bendera Turki di tampal di baju itu dan pengelola mereka serperti "DIYANET", "TURSAB" dll.

Mengambil tempat sebelum solat Magrib di tengah2 Masjid Nabawi di kawasan yang dinaungi payung besar yang akan ditutup menjadi tiang menara secara automatik  sebelum masuk waktu magrib. Jemaah yang memenuhi masjid ramai. Ada yang cuba masuk ke kawasan saf hadapan berhampiran "raudah" dengan melangkah jemaah lain yang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka sehingga ada memegang kepala orang yang dilangkahnya.



[ Last edited by  rezeki at 23-1-2008 09:24 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 08:52 AM | Show all posts
Jemaah Turki yang berpakaian seragam mudah dikenali.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 08:55 AM | Show all posts
Kawasan yang dinaungi payung besar yang akan ditutup apabila magrib hampir tiba.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 09:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2008 11:03 AM | Show all posts
alhamdulillah...
syahdu rasa nyer baca pengalaman saudara laki bini semasa berada di sana..
tahniah juga kerana telah berjaya menjadi tetamu Allah dan selamat kembali...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:03 AM | Show all posts
membaca ence rezeki punya pengalaman.. meremang jer perasaan.. syahdu..
terima kasih share cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2008 10:41 AM | Show all posts
18/11/2007 AHAD (Day 4)

Alhamdulillah , seperti biasa awal ke masjid sebelum subuh dan melakukan amalan2 sunat sebagai pengisian sebelum masuk waktu solat subuh. Jemaah dr Indonesia telah mula kelihatan di Masjid Nabawi dan mudah dikenali kerana memakai "bush jacket" berwarna hijau muda dgn bendera ditampal dibaju dan beg sandang kecil berwarna hijau dgn bendera .

Telah menjadi rutin setiap hari selepas subuh ialah bersarapan dan balik ke bilik utk tidur lebih kurang 2 jam kerana kebiasaannya hanya tidur 3-4 jam sahaja pada sebelah malam dan pukul 3 pagi telah bersiap2 utk ke masjid.

Pagi ini pukul 9.00 pagi merayau2 di sekeliling Masjid Nabawi untuk melihat aktiviti penduduk dan peniaga setempat. Rata2 peniaga di sini fasih berbahasa melayu dan kita tidak perlu risau . Tertarik dgn gelagat para peniaga yang menggunakan pelbagai cara utk menarik pelanggan masuk ke kedai mereka . Panggilan 'YA HAJI, YA HAJJAH MURAH2, MARI TENGOK DULU" , "MALAYSIA BAGUS , MAHATHIR BAGUS " walaupun sekarang era pentadbiran Abdullah Badawi.







Merayau2 sehingga ke Pasar Kurma yg mana terdapat puluhan kedai menjual kurma. Madinah memang terkenal dengan kurmanya kerana ladang kurma banyak terdapat disini. Kalau nak beli kurma, belilah di Madinah kerana kurmanya segar dengan harga yang berpatutan berbanding kota Mekah. Antara kurma yang terkenal terdiri dari Kurma Nabi atau Ajwa, kurma Anbar . Kurma tersebut mempunyai tanda harga yang berbeza2 kerana mengikut gred no. 1,2,3 yang dibezakan melalui saiz. Kenyang makan kurma disini yang diberi utk dirasa/dijamah oleh para peniaga apabila kita melintasi kedai mereka sambil mereka berkata "halal" .

Selepas zohor terus ke restoran utk makan tgh. Menu hari ini sup lembu, kurma daging, salad, sayuran , pencuci mulut dan berbagai-bagai lagi.

Suasana di Masjid Nabawi selepas asar menuju waktu magrib sgt meriah dgn kelas tadarus dan menghafal Al-Quran oleh kanak2 dibimbing oleh tok sheikh masing2. Lebih kurang puluhan kumpulan tersebut berserakan didalam masjid yang membentuk bulatan2 kecil yang terdiri 20-30 orang kanak2 bagi setiap kumpulan. Kebiasaannya kami akan terus berada di Masjid Nabawi dari magrib hingga isyak . Malam ini selepas isyak, taklimat "ziarah luar" diadakan kerana lebih kurang 10-12 buah bas akan bergerak untuk melakukan ziarah luar keesokkan harinya. Pengisiannya ttg tempat2 yang akan dilawati, sejarahnya dan kaitannya dengan kehidupan manusia dari zaman Rasulullah hingga sekarang.

[ Last edited by  rezeki at 23-1-2008 09:25 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 02:46 PM | Show all posts
19/11/2007 ISNIN (Day 5)

Pagi ini pukul 7.00 pagi selepas solat subuh dan sarapan, mengikuti program ziarah luar diikuti  hampir 400 orang jemaah yang dibahagikan mengikut bas2 dengan diketuai oleh seorang pembimbing bagi setiap bas yang terdiri daripada pelajar malaysia yang menuntut di Universiti Islam Madinah. Setiap kami diberi tag tanda khas mengikut bas masing2 kerana hampir 12 buah bas yang digunakan untuk program ini. Selalunya masalah akan timbul di setiap perhentian tempat yang dilawati kerana hampir beratus-ratus buah bas yang kelihatan sama sahaja yang membawa jemaah dari pelbagai negara yang melakukan ziarah luar ini setiap hari.

Kami sebelum itu diminta berwuduk sebelum bertolak kerana setiap masjid yang akan kami lawati akan disinggahi dan bersolat tahyatul masjid. Pembimbing kami sentiasa memberi penerangan mengenai tampat yang akan kami singgahi dan sejarahnya . Persinggahan pertama kami ialah Masjid Quba'. Masjid Quba' merupakan masjid yang pertama disirikan oleh baginda dan para sahabat di kota Madinah dalam perjalanan hijrah baginda dari kota mekah. Rasullullah S.A.W bersabda " Barang siapa berwuduk dari rumah dan menunaikan solat di dalamnya 2 rakaat di Masjid Quba', maka pahala baginya sama dengan pahala umrah." Setibanya kami di sana, beratus2 bas yang membawa rombongan dari perlbagai negara telah berada di situ.







Selepas 30 minit masa yang diberikan di situ, kami terus menuju ke Jabal Uhud untuk menghayati perjuagan Nabi dan para sahabat mempertahankan kota Madinah semasa Perang Uhud. Terletak  di sebelah utara Madinah lebih kurang 4 km dari Masjid Nabawi. Terkenal dgn sejarah Perang Uhud. Di sinilah ramai para sahabat yang mati syahid antaranya Saidina Hamzah semasa memerangi kaum musyirikin. Terdapat perkuburan para syuhadah di sini .

Di sebelah makam syuhada, terletak sebuah bukit yg dikenali sebagai Jabal Rumat atau Jabal Ainain atau Bukit Pemanah kerana disitulah Nabi menempatkan 50 org pemanah diketuai Abdullah bin Jabir yg ditugaskan utk memanah tentera kaum musyrikin . Kemenangan pada mulanya berpihak ditangan tentera Islam. Tetapi akibat engkar akan perintah Nabi supaya tidak berganjak dari situ, mereka telah turun dan mendapatkan harta rampasan dan tentera musyrikin telah menyerang mereka dari belakang yang menyebabkan ramai para sahabat terkorban dan Nabi S.A.W sendiri patah rahangnya. Antara pengajaran yang boleh diambil dari kekalahan tentera Islam itu ialah, jika kita inginkan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan akhirat, kita mestilah mentaati peritah ALLAH dan sunnah Rasulullah.

BUKIT MEMANAH


JABAL UHUD






MAKAM PARA SYUHADAH


PENIAGA DI SEKITAR JABAL UHUD


Kemudian persinggahan kami seterusnya ialah Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat. Dahulu kiblat yang pertama bagi org islam ialah menghadap Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis sehinggalah semasa Nabi sedang solat Zohor di sini, turun firman ALLAH supaya menukar kiblat ke Masjidil Haram .

MASJID QIBLATAIN



Lokasi seterusnya ialah kawasan Perang Khandaq atau parit. Semasa kabilah kaum musyrikin bersiap sedia untuk menyerang Madinah, Nabi bermusyawarah dgn para sahabat dan Salman Al-Farisi mengusulkan supaya digali parit utk mengekang kemaraan tentera musyrikin. Dan dgn izin ALLAH, diutuskan malaikat2 menghancurkan dan membinasakan keseluruhan tentera musyrikin. Melalui perkampungan Bani Salimah.

Ziarah kami diakhiri di Pasar Kurma yang terletak berdekatan dgn Masjid Nabawi lebih kurang pukul 11.00 pagi . Banyak pengajaran dan  pengalaman yg dpt kami kutip sepanjang program ini dalam menyelusuri sejarah Islam dan sejarah perjuangan Nabi dan para sahabat dlm mempertahankan dan memperjuangan agama islam .

[ Last edited by  rezeki at 23-1-2008 09:26 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:00 AM | Show all posts
20/11/2007 SELASA (Day 6)

Dikeheningan subuh, Masjid Nabawi telah dipenuhi oleh jemaah. Ada yang solat sunat, ada yang membaca Al-Quran, ada yang tidur juga ramai. Masjid Nabawi mulai tahun 2007 telah dibuka 24 jam. Kalau sebelum ini, selepas jam 11.00 mlm ia akan ditutup dan akan dibuka jam 3.00 pagi.

Kalau wuduk kita terbatal , agak sukar juga untuk mengambil wuduk semula kerana bilik air berada di luar masjid dan agak jauh. Tertarik melihat seorang jemaah dari india yang mengambil wuduk di tong minuman air zam-zam dengan dikepung oleh rakan-rakan mereka.

Masjid Nabawi telah melalui banyak perubahan dan penambahbaikkan semenjak zaman Rasulullah sehinggalah ke zaman pemerintahan Raja Fahd. Kalau masa masjid ini dibina oleh Rasulullah dahulu, luasnya hanyalah 50m x 50m, tetapi sekarang , keluasannya mencecah 200,000 meter persegi dan dapat menampung jemaah sehingga hampir 600,000 orang pada satu-satu masa di dalam masjid dan kawasan solat diluarnya. Kawasan dalam masjid saja dpt menampung hampir 170,000 ribu lebih jemaah, kawasan tingkat atas hampir 90,000 orang lebih dan halaman solat disekeliling masjid pula hampir 140,000 orang lebih. Ia mempunyai 27 buah kubah yang boleh dibuka . Setiap pintu masjid yang dibuat dari kayu dan tembaga pula seberat 2.5 tan . Keseluruhan tembaga yang digunakan utk perhiasan dlm masjid ini dianggarkan 1,600 tan dan sebanyak 68 kg emas juga digunakan.  Agak selesa berada dan beribadat di dalam kerana masjid ini mempunyai penghawa dingin berpusat yang keluar dicelah ukiran yang terdapat pada setiap tiang yang terdapat dalam masjid.









Pagi ini sarapan mee hoon , scramble egg dll. Kemudian turun ke hadapan hotel yg menghadap Masjid Nabawi. Terserempak dgn seorang jemaah dari Indonisia yang telah tersesat untuk pulang ke hotel. Saya menyuruhnya kembali memasuki Masjid Nabawi dan mengingati semula pintu mana yang ia masuki ketika memasuki ke dalam masjid pada sebelum subuh tadi . Kemungkinan jemaah tadi baru sampai ke kota Madinah dan terlupa menghafal pintu mana yang ia masuki. Bagi jemaah yang baru sampai , hendaklah memastikan dan mengingati pintu mana yang ia masuki supaya tidak tersesat kerana banyak pintu dan masjid ini terlalu besar. Kalau salah keluar pintu sahaja akan membawa kita ke arah yang lain. Kemudian terserempak dgn seorang jemaah perempuan yang agak tua juga dari Malaysia yang tersesat juga untuk pulang ke tempat penginapan yang dalam keadaan ketakutan dan terpinga-pinga. Saya menghantarnya ke sebuah hotel yang terdapat kakitangan Tabung Haji untuk membantu beliau. Di sini kita selalu diingatkan agar sentiasa memakai tag pengenalan diri atau membawanya kerana tercatat nama, no. KT dan hotel penginapan sekiranya berlaku kecemasan.



9.00 - 10.00 pagi mengikuti ceramah tentang ibadat haji dan umrah sebagai ulangkaji dan sangat memberi manafaat kepada semua sebagai persediaan beberapa hari lagi kepada kami yang akan bertolak ke kota Mekah.
Malam ini pada sebelah magrib sebelum isyak seperti biasa niat beriktikaf, sempat berbual-bual dgn seorang jemaah haji dari Afganistan. Berpakaian kemas dan bersih. Perbualan kami banyak menggunakan bahasa isyarat dan bagai ayam berbual dgn itik. Tertarik apabila ia menunjukkan pergelangan kakinya yang ditutup dgn "angkle guard" untuk menutup kesan terkena tembakan akibat perperangan.

[ Last edited by  rezeki at 23-1-2008 09:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:53 PM | Show all posts
seronok dapat baca catatan perjalana rezeki ke tanah suci......

hp yg ada camera ..boleh bawa ke mekah tak???
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 15-1-2008 01:53 PM
seronok dapat baca catatan perjalana rezeki ke tanah suci......

hp yg ada camera ..boleh bawa ke mekah tak???

ya lah..setau saya posing kat luar masjid mekah pun dia org tak kasi..masa g umrah dulu ada mat arab warning saya ngan hubby...no picture sir...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 02:21 PM | Show all posts
jadi kena bawa hp yg tak ada cameralah ye kalau nak ke kawasan masjid????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 15-1-2008 01:53 PM
seronok dapat baca catatan perjalana rezeki ke tanah suci......

hp yg ada camera ..boleh bawa ke mekah tak???


kat Madinah hp camera boleh masuk ke dalam masjid , kat mekah sekarang ni hp camera dan camera digital dgn camcorder pun boleh bawa masuk dlm masjidilharam , tapi pastikan yang bawa tu lelaki. Kalau wanita yang bawa , dia tak kasi.Tapi biasanya saya akan bawa camera digital saya bukan semasa waktu solat. Biasanya pg pukul 9.00 pagi atau sebelah malam pukul 10.00 malam, saya akan pergi ke Masjidilharam untuk menikmati suasana di sana sambil ambil gambar. Ramai juga yang ambil gambar waktu tu. Polis kat situ tak pernah pun marah. Mungkin polisi mereka sekarang dah berubah, cuma mereka tak bagitahu secara rasmi je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 03:21 PM | Show all posts
terima kasih rezeki kerana terangkan ttg camera ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 05:50 PM | Show all posts

Reply #35 rezeki's post

Benar seperti yang dikatakan oleh rezeki berbanding tahun-tahun terdahalu, sukarnya untuk mengambil gambar walaupun di luar kawasan masjid ada saja polis-polis yang menegurnya.  Sekarang dalam Masjidil Haram terutama waktu malam selepas solat Isya' ramai anak-anak muda  yang mengambil gambar dengan camera hp, camera digital dan handycam  tanpa sebarang laranganpun.  Memang seronok dan nikmat rasa rasanya dapat mengabadikan diri dalam gambar di dalam Masjidil Haram  khususnya  bersama dengan  Kaabah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 09:34 PM | Show all posts
kalau ada lagi gambar2 sharelah kat sini....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by rezeki at 15-1-2008 02:23 PM


kat Madinah hp camera boleh masuk ke dalam masjid , kat mekah sekarang ni hp camera dan camera digital dgn camcorder pun boleh bawa masuk dlm masjidilharam , tapi pastikan yang bawa tu lelaki ...


iye ke....tak pernah tahu pulak yg sekarang dah boleh bawak masuk camera dan hp bercamera...
beruntung sungguh dapat ambil gambar di dalam mesjid nabawi dan masjidil haram
tp..apa alasan dorang tak bagi orang perempuan bawak kamera...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2008 11:55 AM | Show all posts
21/11/2007 RABU (Day 7)

Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan diberikankan kesihatan yang baik kepada kami utk terus beribadat dan mengabdikan diri kepada ALLAH. Banyak pengajaran yang dapat kami kutip beberapa hari ini semasa berada di bumi yang penuh dengan keberkatan ini. Pelbagai jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia . Ada yang sihat, ada yang bertongkat, ada yang mengesot dan bermacam2 lagi. Tapi mereka tidak menghiraukan semua kepayahan itu demi kerana ALLAH.







Paling penting, walaupun kita kaya atau miskin, cantik atau hodoh, datuk. tan sri atau golongan kebanyakkan, raja atau sultan, yang membezakan kita di sisi ALLAH ialah ketaqwaan dan amalan kita. Itulah bekalan kita yang akan kita bawa ke alam akhirat kelak apabila kita menghadap ALLAH . Kesimpulannya, akhirat dan dunia hendaklah seiring agar umat Islam sentiasa cemerlang.



Seperti biasa selepas subuh, sarapan dan tidur seketika untuk melepaskan kepenatan. 9.00 pagi berjalan2 sekitar kawasan kota madinah untuk melihat ragam manusia dari seleuruh dunia yang mengunjungi kota madinah.










Ketika pulang ke hotel, disapa oleh seorang pemuda yang mendakwa berasal dari Sri Langka . Sangat fasih berbahasa melayu. Ia mendakwa seorang pelajar UIA dan ditaja untuk menunai fardu haji oleh Professor Kamal Hassan, reaktor UIA untuk menunaikan fardhu haji. Panjang lebar mukadimahnya dan akhirnya meminta sumbangan wang ringgit untuk membiayainya semasa ia di sini. Saya mengatakan bahawa saya mempunyai wang tetapi di dalam akaun tabung haji lalu ia terus memberi salam dan berlalu dan beredar dgn pentas. Di sini berbagai2 teknik dan taktik yang digunakan oleh pelbagai golongan untuk meminta sumbangan atau sedekah yang kadang-kala tidak masuk akal. Mereka sering mengambil kesempatan atas kemurahan hati jemaah haji yang ingin membuat kebajikan . Kita perlulah berhati2 . Terdapat banyak sindiket di Madinah dan kota Mekah. Lebih baik kita bersedekah kepada pekerja2 masjid yang bekerja di dalam masjid yang kita boleh kita kenali dgn uniform mereka yang rata2 gaji mereka 400 rial sebulan sahaja.Saya pernah bertanya kepada mereka, adakah mencukupi dgn 400 rial sebulan. Jawab mereka alhamdulillah kerana yang paling penting mereka dapat beribadat dan bersolat fardhu  5 waktu sehari semalam di masjid Nabawi yang menjanjikan 1000 pahala disamping terpelihara solat mereka. Mereka juga selalu mendapat sedekah dari jemaah2 di situ dan dapat menampung perbelanjaan seharian mereka walaupun mereka tidak pernah meminta dan menadah tangan .











[ Last edited by  rezeki at 23-1-2008 09:29 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.065099 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list