CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20496|Reply: 103

Orang Malaysia dan Membaca- Update : Perpustakaan Desa (P5)

[Copy link]
Post time 22-3-2008 02:30 AM | Show all posts |Read mode

this is the second thread regarding this topic -
you can make a reference from the first topic in here : -

http://forum4.cari.com.my/viewth ... mbaca&sercari=2

------------------------------------------------------------------------------------------


Memupuk budaya membaca
Oleh Farah Marshіta Abdul Patah

Perpustakaan Negara Malaysia anjur program galak kunjungan ibu bapa bersama anak, semai semangat cintakan buku

KUALA LUMPUR: Ditubuhkan pada 1966, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mulanya berperanan dalam melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku, namun pada 1972 melalui Akta Perpustakaan Negara Malaysia, perkhidmatannya diperluaskan meliputi perkhidmatan rujukan.

Kini PNM berdiri megah sebagai lambang gedung ilmu seiring aspirasi negara mewujudkan masyarakat bertamadun dan penggerak budaya membaca.

Menyedari pentingnya institusi keluarga dalam memupuk minat membaca di kalangan masyarakat serta sebagai usaha menjayakan kempen membaca beberapa program dilaksanakan.

Bagi tahun ini, Program Keluarga Ceria dilancarkan bagi menyemarakkan semangat cintakan buku di kalangan masyarakat seiring menjadikannya sebagai budaya di kalangan keluarga dengan menjadikan perpustakaan sebagai antara tempat mengisi masa lapang.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Roslin Abu Bakar, berkata pengalaman bersama ayah dan ibu di perpustakaan ketika zaman persekolahan adalah pengalaman menarik untuk di renung oleh anak-anak apabila dewasa.

Hubungan erat kekeluargaan bertambah mesra apabila mereka hadir secara berkumpulan serta berkongsi pengalaman meneroka bahan keilmuan di perpustakaan.

揊ungsi perpustakaan berubah dengan peredaran masa, kini ia bukan hanya untuk menempatkan buku malah berkembang menjadi tempat riadah sekeluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2008 03:02 AM | Show all posts
najib tu dah ketinggalan zaman... org dah jrg baca buku, majalah n paper sb semua baca online..najib tu buta it agaknyer...

aku prefer baca online.. kalau baca buku..bosan je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 03:25 AM | Show all posts

Reply #167 dexa's post

bagus la kalau pihak PNM nak anjurkan program camgini
just.. kalau usaha dari sebelah pihak je yg ada, benda takkan berjaya jugak kan..
kena usaha sikit tarik minat bukan aje golongan muda; tapi golongan mak bapak sekali
sbb kekadang tu bebudak dah nak pegi, tapi mak bapak pulak yg malas/taknak bawak..
so camana? nak lepaskan anak2 pegi sendiri, takut lak kena culik ke apa ke..

--------------------

(berikut adalah CONTOH alasan2 mereka yg MALAS & TAK SUKA MEMBACA/PEGI LIBRARY)

musim cuti sekolah - untuk mereka2 yg xmampu pegi bercuti ke mana2 tu,
selalunya akan terjah shopping complex la kan? tgk wayang.. atau pegi taman tema..
lagi SERONOK!!! boleh bising2.. boleh huha2.. boleh makan2, have fun together..
tak pun duduk je kat rumah.. tido.. layan game ke.. layan vcd/dvd ke..
mak bapak hari2 letih keje, bila weekend baru la nak merasa lepak2 sambil berair liur basi..

memang harga buku makin mahal.. sama gak macam majalah2 pendidikan..
beli bila bebetul perlu aje, kalau juz untuk suka2 atau baca2 - xpayah la
pinjam aje buku rujukan dari kawan2 - pastu fotostat - lagi murah..
tak pun surf aje INTERNET - dalam tu lagi banyak maklumat.. print aje!
boleh buat dari rumah.. atau pegi cybercafe.. cari bahan jap, pastu leh main game! huhu

kalau kat library takleh buat bising.. nak cakap pun kena bisik2 manja/cover2..
orang yg dah biasa huha2 kecoh2 ngan geng2 maybe rasa tak betah la kat library..
nak pergi, jauh lak.. kalau takde transport - nak kena naik bas.. nak kena menapak lagi
sampai kat library - dah peluh2.. busuk masam.. orang pandang woo.. adehhhh!
nak drive? alamak.. PNM tu.. kawasan jalan jem.. pastu nak cari parking lagi! adehhhh!
pastu.. alamak! nak cari buku.. lecehnya! nak kena bedek satu2.. kat rak tu..
nak pinjam buku pun kena jadi ahli/kad.. kalau lambat pulangkan - kena denda..
kena pegi lagi kemudian.. alamak malasnya..
tu pun bukan semua buku leh dipinjam! adehhhhh!!!

pastu - nak baca buku tu.. ishh.. kalau buku tu tebal, nak baca sebijik2 word.. adoii..
pastu berat lagi.. nak pegang.. sakitnya tangan.. lenguh nak selak2.. mau melecet tangan..
kalau pinjam buku rujukan, bukan suka2 boleh tanda atau conteng.. kena gi fotostat dulu
alamak malasnya.. malasnya..
pastu kena jaga buku tu baik2 - bukan reta sendiri - nak bukak page pun kena sopan santun
kang kalau rosak atau terkoyak, kena bayar denda lak.. alahaiiiii!
malas malas malas.. leceh leceh leceh!!!

--------------------

susah sangat ke nak membaca? hmmmm.. kalau dah tak suka tu memang banyak bebenor alasan eh
kena pupuk dari kecik la minat membaca ni.. pupuk ek, bukan paksa.. jangan paksa2..
biar kita ikhlas dalam melakukan sesuatu.. lebih2 lagi dalam mencari ilmu - kena ikhlas..

rugi ke kalau beli buku? maybe.. sbb memang takde benda yg free dalam dunia ni kan..
tapi antara rugi duit dengan rugi ilmu - yg mana lagi teruk?

masing2 ada cara sendiri - yg bukan semua orang akan terima & setuju
kena pandai seimbangkan la keperluan diri, hati dan aqli - antara pelajaran & hiburan..
just.. duit boleh dicari, masa takkan kembali & ilmu takkan datang bergolek sendiri..
terpulang la.. fikir2kan la ek!

[ Last edited by  naden at 22-3-2008 05:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:24 PM | Show all posts

Orang Malaysia baca buku 2 bijik setahun

Sumber: Malaysiakini

Orang Malaysia tidak suka membaca buku, masih lagi purata dua buku setahun seperti tinjauan pada 1996, kata ketua setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Muzahet Masruri.

Beliau berkata Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada 2005 yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PMN) menunjukkan amalan membaca negara ini berada pada peratusan yang tidak berbeza lebih sedekad lalu, lapor Bernama.

Tambahnya, kekurangan minat ini menuntut usaha berganda menerusi kerjasama semua pihak termasuk sekolah, agensi kerajaan, persatuan industri buku dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kementerian menerusi PNM telah mengorak langkah tanpa jemu menganjurkan program menyemai dan memupuk minat membaca dengan memberi fokus kepada murid-murid pra sekolah," beliau dilaporkan berkata semasa berucap merasmikan program "Lets Read Together" di perpustakaan itu, hari ini.

Komen:


Aku cam tak bersetuju je dengan perangkaan di atas.
aku tenguk melambak lambak bebudak sekolah,orang tua belek buku mangga,Urtv,media hiburan,mastika dsb.
Belum dikira majalah seperti  Kisah benarku,skandalku,buku betisku,(sekadar menyebut beberapa nama)..

Oleh itu,,demi memupuk minat masyarakat kita lebih suka membaca,,buku buku ilmiah patut diselit dengan gambar artis bergambar tepi kolam mandi dan gambar tunjuk lurah dendam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by PutraMarhaen at 28-4-2008 01:24 PM
Aku cam tak bersetuju je dengan perangkaan di atas.
aku tenguk melambak lambak bebudak sekolah,orang tua belek buku mangga,Urtv,media hiburan,mastika dsb.
Belum dikira majalah seperti  Kisah benarku,skandalku,buku betisku,(sekadar menyebut beberapa nama)..

Oleh itu,,demi memupuk minat masyarakat kita lebih suka membaca,,buku buku ilmiah patut diselit dengan gambar artis bergambar tepi kolam mandi dan gambar tunjuk lurah dendam ...



Buku lainnnn....Majalah lainnnn
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 28-4-2008 01:27 PM



Buku lainnnn....Majalah lainnnn

that's why....

orang kita lebih suka baca majalah dari buku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2008 01:32 PM | Show all posts
asyik porum jerkkk, dah tak ingt nk baca buku...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:34 PM | Show all posts
tu kajian thn 1996 kan...la ni org byk surf net.........maklumat lbh pantas diperolehi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by crvluvs at 28-4-2008 01:34 PM
tu kajian thn 1996 kan...la ni org byk surf net.........maklumat lbh pantas diperolehi...

masalah pemahaman ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:37 PM | Show all posts
Aku tiap
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:39 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by nik2121 at 28-4-2008 01:37 PM
Aku tiap
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:40 PM | Show all posts
majalah MANGGA majalah buah-buahan...hihihii

x masuk carta kot...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:41 PM | Show all posts
buku mahal.....
terpaksa pinjam kat library...
buku kat library pon yg zaman dolu2 punye..
payah benor nak update...
keluar buku baru plak.. kene rebut ngan yg lain2
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:41 PM | Show all posts
aku biase buka buku tgk gmbr je..  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:41 PM | Show all posts
setiap malam aku baca komik Archie sebelum tidur.... tu tak aci ke ha? hohoho.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:47 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by nik2121 at 28-4-2008 01:37 PM
Aku tiap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 28-4-2008 01:41 PM
buku mahal.....
terpaksa pinjam kat library...
buku kat library pon yg zaman dolu2 punye..
payah benor nak update...
keluar buku baru plak.. kene rebut ngan yg lain2


salah satu masalah adalah kerana kurangnya buku buku ilmu dalam bahasa melayu.Bahasa mat salleh ni payah skek orang kita nak mentelaah.

usahkan buku ilmu..novel terkenal dan buku buku pemikiran pun payah nak jumpa dalam bahasa melayu.
mungkinkah kalau dibuat pun..tak balik modal sebab kurangnya pembaca..??

putraM: terkejut kat Indon ada terjemahan buku sastera cina terkenal..romance of 3 kingdom.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by iklilshaza at 28-4-2008 01:32 PM
asyik porum jerkkk, dah tak ingt nk baca buku...


kalau dibukukan forum CI ni,tentu ramai juga yg baca..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:49 PM | Show all posts

Reply #6 PutraMarhaen's post

opppss....salah lak....thn 2005 rupanya...ampun ya tuan tanah

tp statement aku x berubah gak....

[ Last edited by  crvluvs at 28-4-2008 01:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by crvluvs at 28-4-2008 01:49 PM
opppss....salah lak....thn 2005 rupanya...ampun ya tuan tanah

tiada maap bagimu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.314984 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list