CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4512|Reply: 64

Wanita hamba seks bapa

[Copy link]
Post time 29-4-2008 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Pihak berkuasa Austria hari ini mengesahkan lelaki yang dipercayai mengurung dan menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks selama 24 tahun sehingga melahirkan tujuh anak, mengaku salah atas pertuduhan tersebut.Lelaki itu, Josef Fritzl, 73, turut mengaku bersalah memasukkan mayat seorang anaknya yang meninggal dunia sebaik dilahirkan ke dalam mesin insinerator bagi tujuan pembakaran.
Menurut polis, mangsa dikenali sebagai Elisabeth Fritzl, 42, memberitahu, bapanya telah memberinya dadah sebelum mengurungnya di bilik bawah tanah di rumah mereka di bandar Amstetten sejak 1984.
Tiga anak Elisabeth dikurung bersamanya tanpa pernah bersekolah serta tidak pernah didedahkan kepada cahaya matahari.
Pihak berkuasa bandar Amstetten yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Vienna masih mengumpul maklumat tentang kes yang mempunyai persamaan dengan kes Natascha Kampusch yang dikurung selama lapan tahun sebelum melarikan diri pada Ogos 2006.
"Kami berhadapan dengan kes yang sukar difahami. Segala yang berlaku adalah di luar imaginasi," kata Menteri Dalam Negeri, Guenther Platter.
Akhbar turut mempersoalkan budaya hidup bermasyarakat di bandar ini kerana tidak menyedari apa yang berlaku.
"Adalah sukar untuk hidup seperti biasa selepas kejadian ini. Seluruh rakyat wajib bertanya diri sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku," tegas akhbar der Standart.
Josef yang juga seorang jurutera elektrik memberitahu para penyiasat bagaimana untuk memasuki bilik rahsia melalui sebuah pintu yang mempunyai kod rahsia.
"Terdapat sebuah almari yang dipenuhi dengan makanan dalam tin dan di sebaliknya anda akan menemui sebuah pintu yang dibuat dari konkrit dilengkapi peralatan elektronik dan kod rahsia pintu itu hanya diketahui oleh Josef," kata jurucakap polis, Heinz Lenze.
Bilik tersebut dilengkapi dengan kemudahan yang canggih termasuklah bilik tidur, dapur dan tempat membasuh, ujar Lenze.
Sementara itu, penyiasat mendapati isteri Josef, Rosemarie langsung tidak menyedari tentang perkara itu.
Rosemarie menganggap Elisabeth lari dari rumah dengan meninggalkan sepucuk surat yang meminta "jangan mencarinya lagi".
Tiga daripada tujuh anaknya dipelihara oleh Josef dan Rosemarie selepas mereka 'ditinggalkan' di depan rumah bersama "nota dari Elisabeth yang menyatakan dia tidak mampu menjaga mereka".
Tiga lagi anaknya termasuk yang berusia 19 dan 18 tahun serta seorang lagi, lima tahun tinggal bersama Elisabeth di bilik bawah tanah sementara seorang lagi mati ketika lahir.
Kes ini hanya diketahui ramai setelah salah seorang dari anaknya sakit tenat dan terpaksa dibawa ke hospital pada minggu lepas.
Josef kemudiannya memberitahu pihak hospital remaja berusia 19 tahun ini dijumpai pengsan di hadapan rumahnya.
Doktor kemudiannya meminta supaya ibu remaja ini dibawa ke hospital bagi mendapatkan sejarah perubatannya.
Josef membawa Elisabeth bersama dua anaknya keluar dan memberitahu isterinya "anak mereka telah pulang".
Polis yang berasa sangsi tentang penjelasan Josef kemudiannya menyoal siasat Elisabeth dan selepas memberi jaminan dia tidak akan dihantar pulang, dia mula mendedahkan mengenai penderitaannya itu.
Kesemua anak Josef bersama Elisabeth, Rosemarie dan Elisabeth sendiri kini diberikan sesi kaunseling psikologi dan sampel DNA mereka telah diambil untuk dianalisis.
- Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 09:44 AM | Show all posts
giler ah bapak dia ney
sampai ngandung anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:51 AM | Show all posts
another prob.. jiran tak amik tahu hal jiran....

kat sini lah kepentingan minah2 kepoh dan busybody di kawasan kejiranan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:52 AM | Show all posts
:kant::kant::kant::kant::kant::kant::kant::kant::kant:


isteri dia sendiri pon tak tau... ntah2 bersubahat skali...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:53 AM | Show all posts
:@ :@ :@ :@ :@ :@
bapak haram tul...
:@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:55 AM | Show all posts
smp 7 org anak
giler btol bapak dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2008 09:55 AM | Show all posts
Hmm... aku dah baca cerita ni semalam.... sewel punya bapak.... sampai ada 6 anak hasil dari pengurungan tu...

yg pelik bini dier tak sedar ke ader dugeon kat bawah rumah? Tak bising ker anak2 @ cucu2 dier kat bawah tu????
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:57 AM | Show all posts
:@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 09:57 AM | Show all posts
camana anak dia beranak haaa................?
beranak sorang ke...?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:01 AM | Show all posts
susah nak ckp ... dah dpt bapa sewel cam gini .. punyalah sengsara hidup dia nie .. dah smpai beranak ank 7 .. mcm mana lah dia bersalin kat bilik bawah tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:02 AM | Show all posts
perggghhhh~
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:05 AM | Show all posts
camne anak dia bersalin ha...... takkan waktu bersalin  tu langsung takde komplikasi....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:17 AM | Show all posts
pe nk jadi ni...
ada gak bapak yg jadi setan...

terlebih emo lak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:18 AM | Show all posts
gile tul bapanya   

tapi macam kureng percaya bertahun2 tu wife dia tak tahu. ke wife dia deaf?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:20 AM | Show all posts
Bodoh punyer bapak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:29 AM | Show all posts
eeeeeeeeeeeeee..kejam betui bapak die tuh..giler!bodoh!bangang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 10:40 AM | Show all posts
misteri.... wife dia x pena dgr pape ke?? x pasan ke laki dia slalu ilang?? camne la anak2 tu x pena kuar... x pena tgk matahari?? leh lak pecaya bulat2 si elisabeth tu tinggalkan anak depan umah, 3 org lak tu?? agak2 ade tv tak kat bilik bawah tu??? ishhh.... misteri tol la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:41 AM | Show all posts
benci tul bc berita mcm ni :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:59 AM | Show all posts

Balas #13 cikputeh82\ catat

belambak bapak yg jadik setan......
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:12 AM | Show all posts
Pergghhh giler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.921629 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list