CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3120|Reply: 24

Sampah di angkasa -

[Copy link]
Post time 1-5-2008 04:44 AM | Show all posts |Read mode
Sampah di angkasa

Belum selesai masalah pembuangan sampah-sarap yang dilakukan sewenang-wenangnya di muka bumi, kini muncul pula kes membuang sampah di ruang angkasa.



DALAM tempoh 20 hingga 30 tahun, pelanggaran yang menyebabkan letupan
boleh menambah lebih banyak jumlah sampah sarap di angkasa.


Susunan SUBASHINI RAJANDRA

SAMPAH-SARAP angkasa lepas, kotoran atau buangan ruang angkasa. Panggil sahaja apa-apa nama yang anda mahu tetapi yang pasti ialah bahan buangan ini telah mengundang masalah besar kepada ruang angkasa planet Bumi. Ini termasuk nat, kepala bolt dari satelit atau Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), bahan binaan stesen, pelbagai bahan yang dibuang secara tidak sengaja seperti sarung tangan angkasawan dan kamera.

Tidak mengambil kira badan kapal angkasa yang meletup dalam kemalangan, ia sudah pasti menambah jumlah sampah di angkasa. Jika dibiarkan, isu ini boleh membangkitkan masalah besar pada masa akan datang. Pusat Operasi Angkasa Eropah baru-baru ini mendedahkan beberapa imej yang mengejutkan berhubung isu ini. Gambar-gambar ini sebenarnya menunjukkan objek-objek yang dapat dikesan mengelilingi bumi pada orbit rendah iaitu kira-kira 35,786 kilometer (GEO).

Di antara tempoh masa pelancaran Sputnik pada 4 Oktober 1957 dan 1 Januari 2008, kira-kira 4,600 pelancaran telah dilakukan sekali gus meletakkan 6,000 satelit di orbit. Sebanyak 400 daripadanya mengelilingi planet Bumi. Daripada 5,600 satelit yang lain, hanya 800 yang berfungsi dan 45 peratus berada di atas LEO atau kawasan berawan di bumi dan GEO atau lebih jauh daripada 35,786 km.

Kira-kira 50 peratus daripada benda-benda yang dikesan ini dipercayai boleh meletup atau berlanggar di antara satu sama lain. Seorang pegawai dari program perkhidmatan angkasa lepas Amerika Syarikat berkata, stesen angkasa kerap berlanggar dengan bahan buangan dan lebih daripada 80 tingkap perlu diganti setakat hari ini.

ISS sendiri kadang-kala terpaksa digerak untuk mengelakkan pelanggaran teruk. Satelit Envisat umpamanya, mempunyai halaju di antara satelit dan sampah-sarap pada 52,000 kilometer sejam. Jika objek ini melanggar satelit, ia boleh meninggalkan kesan kerosakan yang buruk dan mungkin menyebabkan bencana.

Selepas sesebuah misi berakhir, bateri, sistem dan tangki minyak yang meletup meninggalkan banyak bahan buangan yang hanya menambah bilangan buangan di orbit. Ada yang sebesar mikro meter dan sehingga 10 sentimeter atau lebih.

Letupan pertama pada 1961 meningkatkan bilangan objek buangan di ruang angkasa. Dalam dekad-dekad yang lalu, kebanyakan bilik operasi menggunakan kaedah pasif yang menghapuskan sumber tenaga yang berkait-rapat dengan bateri, tangki minyak dan lain-lain. Tetapi ini belum cukup baik.

Dalam tempoh 20 hingga 30 tahun, pelanggaran yang menyebabkan letupan boleh menambah lebih banyak jumlah sampah sarap di angkasa. Salah satu cara yang dipertimbangkan ialah mengurangkan misi membawa objek. Pendekatan lain ialah mengadaptasikan mesin membersih ruang angkasa lepas. Soalnya, adakah usaha ini berbaloi?

--------------------------------------------------------------------------------------------

berbaloi? sedangkan sampah sarap tempat kita tinggal di bumi pun
tak terbersih.. kotor semacam.. ni nak bersihkan angkasa...

dulu memang saya terfikir gak pasal sampah kat space tu...
bila serpihan2 spacecraft yang dibiarkan di angkasa - what
happened to it...

mungkin bila baca cerita ni buat kita akan merasa lebih
bertanggungjawab untuk menjaga bumi kita.. supaya menjadi
lebih bersih...

harap sheikh tak buang la apa2 kat angkasa baru ni ye -
mana tau.. kalau ada astronaut yang nak tinggalkan 'bekas'
dia dah datang ke space - lama2 banyak unwanted souvenier kat space tu -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 05:53 AM | Show all posts
Kalau diikutkan, takder banyak sangat sampah tu pun. Kekerapan pelanggaran pun sangat sangat kecil. Di Bumi sendiri, sampah sarap terhasil, tapi masih banyak ruang di atas tanah utk pembuangan sampah... apa lagi ruang 3d macam space.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:36 AM | Show all posts
tak paham sangat tp nak bertanya jugak..angkasa tu kan luas..tp kenapa sampah2 tu tak bergerak jauh-jauh..i thought bila ada barang2 yg dibuang ke angkasa,dia akan scattered everywhere mcm cerita Zathura tuh..huhuhu...dan kenapa sampah tu bergerak dlm kumpulan yg sama walaupun dibuang pada masa yg berasingan?..sorry klu soalan ni soalan bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 08:43 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

rasanya dulu pernah baca somewhere, ada orang yg cadangkan
"sampah2 akan dibuang ke angkasa di masa akan datang
kalau tapak pelupusan sampah dah tak dapat tampung
dgn ini bumi akan jadi lebih bersih tanpa pencemaran"
lebih kurang gitu la statementnya tapi lupa lak sapa yg cakap..
adussss.. bernas la sangat..

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 09:20 AM | Show all posts

Reply #3 lilo1979's post

1.  Graviti bumi.
Buangan tu biasanya dilepaskan dalam keadaan mengorbit bumi. Oleh kerana graviti bumi, ia akan terus mengorbit bumi. Lambat laun ia akan jatuh ke bumi -- dan akan terbakar apabila masuk ke atmosfera

2.  Graviti antara satu sama lain
Setiap objek ada graviti. Objek2 yg berdekatan akan tertarik antara satu dengan lain lalu menjadi gumpalan lebih besar. gumpalan lebih besar mempunyai graviti lebih kuat dan menarik serpihan2 lebih kecil. Tapi ini berlaku dengan perlahaaaaaaaaaaan...... sekali....

Itu menurut apa yg usatz kat kampung Pak Abu kata le...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #5 p4k4bu's post

He he he....... Ustaz saya pun cakap mcm tu jugak. Memang interesting. Satu explanation yg bagus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2008 09:39 AM | Show all posts

Reply #5 p4k4bu's post

Masa ustaz tu pergi ke kampung saya lain pulak ceramahnya pak abu

kalau sampah2 itu dibuang diangkasa kemudian berkumpul menjadi satu molekul isipadu yg besar dan saiznya mungkin lebih besar daripada saiz meteorit..dikhuatiri hentakan isupadu sampah itu boleh menghancurkan bumi sekiranya tiada proses pembakaran terhasil semasa perjalanannya ke atmosfera

ecehhh...apa yg aku merepek ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 09:53 AM | Show all posts



tanah untuk pelupusan sampah will getting lesser just as
tanah untuk perkuburan -

end of the day - they log most of the forest to build this -

just as they did kat ampang cheras tu -- (towards hulu langat)
which once upon a time  - this dump place just so severely
polluted  - and was under observation years  to finally
being buried - even then - some of the garbage aren't
biodegradable and that's cuz people still ignorant to learn
how to save the environment -

re: sampah di angkasa - it is not cheap just to throw garbages
into the space -

what it means in that article was the fact that some of the
metal crashes from the aircrafts which are floating on the space -

they will floating among all the rocks, small meteors, following
the orbits respectively -   lots of times they just crash each
others - but since they are so far from earth atmosphere for now-
it didnt effect anything just yet -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 10:10 AM | Show all posts
ruang di bumi semakin tak mencukupi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 10:39 AM | Show all posts

Reply #9 sakura_san's post

that's the jest of it -
dah la 70% already cover with water

yang ada 30% tu pun banyak yang telah tidak
dijaga dengan baik -

agaknya sebab tu la sampai ada yang terfikir just
wanna throw the garbages into the space -

doable i reckon -  but not practical -
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:41 AM | Show all posts

Reply #8 dexa's post

nak buat camana, kesedaran tu kureng
selalu orang sedar pun, bila dah terlambat
kempen kitar semula? ada sambutan ke?
kempen jaga kebersihan & sayangi sungai? orang ikut ke?
kurangkan penghasilan & penggunaan polisterin & beg plastik? praktikal ke?
sudahnya sampah makin banyak, makin susah nak dihapuskan
tapak makin kurang, tapi sampah makin banyak
sampai kena tarah2 bukit utk bukak tapak baru, apekerhal?
dulu kata nak buat loji & sistem baru yg khas utk proses & hapuskan sampah, apa citer?
last2 semua sampah爐u nak buang ke mana? angkasa? planet marikh?
semua nak amik mudah & cakap pun mcm xberlandaskan akal yg waras
tak cukup nak hancurkan bumi, nak hancurkan angkasa pulak dah
tak terfikir ke semua tu mungkin berbalik pada kita, kat bumi ni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 10:44 AM | Show all posts

Reply #11 Jiman's post

true -
that's why i said earlier --
baiki/improve system kat bumi ni dulu -
jangan sebuk nak hancurkan tempat lain -

tu bukan solution - tu lari dari masalah problem -
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:45 AM | Show all posts
elok buang sampah umno kek atas tu..diorang kan nak berkose smpai bilo2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 11:01 AM | Show all posts

Reply #13 orangdalam's post

hahaha.. --  OD ni sempat aje.. nak selitkan yang tu ye .. gs -

yang tu - buang camana pun ada aje yang akan timbul lagi -

depa bukan biodegradable - tu masalah problemnya -

just like styrofoam, plastic...  tak boleh nak compost -
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:04 AM | Show all posts
eloklah kita syorkan BN jangan bawa org lagi keangkasa....suruh dia bawak sampah yg melambak2 kat k.L.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:44 AM | Show all posts
kalau ade perlukan sukarelawan bersihkan sampah kat orbit .. pergh .. aku ok je volunteer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 12:00 PM | Show all posts
pelancong angkasa lepas dihantar tu juga salah sejenis sampah, bazirkan berjuta dan sampah sekarang volunteer dibuangkan ke planet yg lebih jauh lagi, lagi ada rebutan sampah utk dibuangkan..sampah tetap sampah
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #17 herrhughie's post

bukan sampah masyarakat ha?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 11:28 AM | Show all posts
isu ni sebenarnya dah lama dibincangkan, tp tak settle gak. sampah2 di angkasa tu bukan sahaja mengancam keselamatan satelit2 di angkasa tapi turut mengancam manusia dibumi. terdapat beberapa kes kecederaan yang diakibatkan oleh objek angkasa yang jatuh ke bumi.

semua benda di angkasa, apabila dibiarkan ia akan bergerak sama ada semakin jauh dari bumi atau masuk ke atmosfera bumi. ini bergantung kepada altitud objek tersebut. objek di altitud 300km akan mengambil masa beberapa bulan hingga setahun untuk masuk ke atmosfera bumi. Nak tahu lebih lanjut pasal ni boleh baca pasal Keplerian Element.

kelajuan objek di angkasa adalah sangat tinggi hingga boleh mencecah 10km sesaat. oleh itu pelanggaran antara objek2 ini memberi kesan yang sangat teruk. Kalau tak silap saya, setakat ni ada satu je kes pelanggaran berlaku. pelanggaran yang disengajakan apabila China dan US tembak satelit mereka tahun lepas dan awal tahun ni. Yang ni pun mengakibatkan banyak debris terhasil...

Apa yang dilakukan setakat ini, setiap pemilik/pembina satelit mesti menyediakan kaedah untuk menguburkan satelit diorang sebelum satelit tu mati (End of life). Bagi satelit LEO dan MEO, ia perlu di jatuhkan ke bumi (deorbit) dan terbakar di atmosfera. Bagi GEO pula, satelit tu perlu dipindahkan ke graveyard orbit. Tetapi ni pun sukar nak dilakukan sebab susah nak ramal hayat satelit. tiba2 je dia leh out of service. lagi satu, satelit tu kena ada propellant untuk gerakkan dia nanti. propellant ni berat. bila berat kos launcher makin mahal... saper nak rugi...

Bagi kes dihempap dengan serpihan satelit yang jatuh ke bumi pun, pemilik satelit perlu membeli insuran bagi kes ini.. jadi agen insuran dah makin untung sebab makin banyak insuran yg perlu dibeli bagi sebuah satelit..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 11:39 AM | Show all posts
Aku rasa kita pun patut buang sama sampah2 masyarakat kat Malaysia nie. Mana2 yg penagih dadah, pelacur, penyebar HIV/AIDS, pengemis, pendatang asing tanpa izin... semua pakat2 bawa pakai roket pegi angkasa lepas, pastu bila sampai atas sana, buang ajer diorang ke luar. Daripada habiskan RM100 juta utk hantar sorang jer naik pegi ISS berbulan2, baik sewa jer roket murah, pastu hantar diorang nie ramai2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.086683 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list