CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4028|Reply: 0

pusat servis dan alat ganti PEUGEOT di seremban

[Copy link]
Post time 1-5-2008 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Pusat Servis Dan Alat Ganti Peugeot Kini Dibuka Di Seremban

Oleh Razali Pilus

SEREMBAN, 29 April (Bernama) -- French Marque, pusat servis dan alat ganti kereta Peugeot kini dibuka di No 349, Taman Bukit Emas, Jalan Tampin, di sini.

French Marque yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh IZ Power & Services (M) Sdn Bhd merupakan wakil pusat servis dan alat ganti kereta sah Peugeot yang dilantik oleh Nasim Sdn Bhd (NAZA Corporation Sdn Bhd).

Pengurus pentadbiran pusat itu Afifah Yusof berkata pusat itu yang dirasmikan pada Sabtu lepas bertujuan memberi perkhidmatan servis dan pembaikan kereta serta membekal alat ganti kepada semua pemilik kenderaan Peugeot dan NAZA Bestari di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka.

"usat ini akan memudahkan dan menjimatkan masa pemilik kenderaan Peugeot dan NAZA Bestari di Negeri Sembilan dan Melaka menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis kerana tidak perlu lagi menghantar kenderaan mereka ke Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya pusat tersebut memberikan khidmat mesra pelanggan di mana ia menyediakan ruang menunggu yang selesa dengan kemudahan astro bagi pemilik kenderaan yang menunggu kenderaan diservis.

Di samping itu, terdapat juga kemudahan WiFi untuk semua pelanggan melayari internet sementara menunggu kereta diservis.

"erkhidmatan ini boleh diperolehi sekiranya pelanggan berada di dalam bangunan French Marque," katanya.

Sementara itu, katanya rata-rata pelanggan pusat itu berpuas hati dengan reka bentuk kedai, bengkel, pusat pameran dan ruang menunggu bagi pelanggan. Perasmian pusat itu dilakukan oleh Pengurus Besar Naza Corporation Sdn Bhd Samson Anand George dan yang turut hadir ialah Pengarah Urusan French Marque Md Yusof Ibrahim, Pengurus Operasi French Marque Ismik Yusof, Pengurus Kanan Selepas Jualan Naza Corporation C.A. Prasad dan Naib Pengerusi Peugeot Club C. K. Chow.

"Walau pun French Marque merupakan Pusat Servis dan Alat Ganti, sempena hari pembukaan pusat itu, tiga buah kereta Peugeot diletakkan di dalam pusat pameran bagi menarik minat para tetamu dan pemilik Peugeot yang lain selain mendapat maklumat mengenai kereta tersebut dari wakil NAZA sendiri.

Kereta yang dipamerkan adalah PEUGEOT 407, PEUGEOT 307 SW dan NAZA 206 Bestari.

-- BERNAMA



dulu mula2 sekali masa aku kerja company bagi aku kereta peugeot .. so pada aku peugeot ni ada sentimental value ler juga    masa aku study dulu beskal aku  jenis peugeot  gak!!  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055136 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list