CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5561|Reply: 28

[Berita] Tan Sri SM Nasimuddin (NAZA) passed away......

[Copy link]
Post time 2-5-2008 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Nasimuddin meninggal
KUALA LUMPUR: Pengerusi Naza Motor, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di Amerika Syarikat kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru.

Allahyarham berada di Amerika untuk menemani isterinya menjalani rawatan kanser di sebuah pusat rawatan di sana.

Ahli keluarga Allahyarham sedang membuat urusan untuk membawa pulang jenazahnya ke tanah air untuk dikebumikan.

Allahyarham menerajui Kumpulan Naza, sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang diasaskan pada 1974.

Kumpulan Naza sebanarnya terdiri daripada 14 bahagian perniagaan termasuk penjualan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, bot, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin terkenal sebagai seorang usahawan yang low profile. Bagaimanapun, dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan, empayar automotifnya dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.

Di Malaysia, keuntungan sebuah syarikat automotif yang berdaya maju dianggar berdasarkan nilai jualan yang dicatatkan. Justeru, keupayaan kumpulan itu membuat tawaran membeli 40 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd dan membangunkan kilang pemasangan dan kejuruteraan di Bertam, jelas menunjukkan ia syarikat yang kaya tunai.

Sehubungan itu, penganalisis mengangarkan Kumpulan Naza bernilai lebih RM6 bilion terutama dengan mengambil kira prestasi yang dicatatkan bahagian automotif, hartanah dan perhotelannya.

Dilahirkan pada 1955, Nasimuddin meminati kereta dan industri automotif sejak menuntut di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada usia 21 tahun, bermodalkan RM80,000 yang ditabung hasil upah kerana pembantu bapanya seorang kontraktor, beliau mula terbabit dalam perniagaan kereta mewah terpakai memanfaatkan dasar Permit Import (AP) untuk Bumiputera pada 1975.
Dengan RM80,000 itu beliau membeli 20 AP dan terbang ke Jepun. Selepas tiga bulan mendalami selok belok perniagaan kereta terpakai, Nasimuddin membawa pulang 20 kereta dan habis menjualnya dalam tempoh tiga bulan.

Nasimuddin memulakan perniagaan automotif di sebuah rumah kedai di Taman Maluri. Pada 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan menjual antara 40 hingga 60 unit kereta sebulan.

Kebangkitan Nasimuddin dalam industri automotif adalah sepantas kereta sport mewah yang diminatinya seperti Porche dan Ferrari.

Perjalanan perniagaannya bukan tanpa cabaran, terutama daripada aspek pembiayaan dan bagaimana untuk meyakinkan pelanggan membeli kereta terpakai, tambahan pula ketika itu ramai pengguna yang kurang berkeyakinan terhadap kereta Jepun.

Bagaimanapun, minat mendalam terhadap apa yang dilakukannya membolehkannya melalui semua itu dan hinga kini, beliau muncul sebagai antara tokoh automotif paling digeruni dengan menawarkan kereta mampu milik seperti Naza Sutera hinggalah kepada kereta import mewah seperti Naza-Brabus.


dri berita harian

[ Last edited by  takumi86 at 2-5-2008 12:21 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 08:31 AM | Show all posts
innalillah...

takziah utk keluarga allahyarham...

mesti kecoh opis aku pagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:41 AM | Show all posts
Innalillah....

cleo...ko keje kat Naza ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2008 08:44 AM | Show all posts
korang kompius ker tajuk topik nih...

ok ler kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:28 AM | Show all posts
al - fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:32 AM | Show all posts
Anak Tan Sri Naza ni brp org? yg aku selalu tengok Syed Faisal tu jek, GM Ferrari ngan Porsche division.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2008 09:33 AM | Show all posts
Innalillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:44 AM | Show all posts
Al Fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 09:44 AM | Show all posts
al-fatihah...aku antara bekas pelanggan NAZA
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 11:45 AM | Show all posts
al-fatihah

tuka tajuk lah len kali
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 12:02 PM | Show all posts
anak dia ade sorang study kat tempat aku ni ....UIAM
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 12:20 PM | Show all posts
salam takziah dan al fatihah!

p/s: aku tukau subject nyer laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 2-5-2008 12:20 PM
salam takziah dan al fatihah!

p/s: aku tukau subject nyer laa...



ko memang mod yg budiman... dahler dapat tacang, tolong tukau plak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 01:57 PM | Show all posts

Pengasas NAZA Group Meninggal Dunia....

Al-Fatihah


WASHINGTON 2 Mei - Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.MNasimuddin S.M Amin meninggal

dunia akibat kanser paru-paru pada Khamispagi di Los Angeles, California.
Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu,menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta

di LongBeach sejak Januari tahun ini, kata Konsul Malaysia Ahmad Asmawimemberitahu Bernama melalui perbualan telefon dari Los Angeles.
Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dananak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan

nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamispagi.
Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaranjenazah beliau ke Malaysia

dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam.
Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawatPenerbangan Malaysia MH 94 pada pukul

1.40 pagi Sabtu pagi, kata Ahmad.- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 02:01 PM | Show all posts
al fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 02:09 PM | Show all posts
Alfatihah buatnya.........setiap yang hidup pasti mati......................cuma masa kita tak tahu bila............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 02:11 PM | Show all posts
alfatihah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..
takziah buat ahli keluarga & sahabt handai
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 02:13 PM | Show all posts
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.... diampunkan dosanya dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Al Fatihah

[ Last edited by  aku76 at 2-5-2008 02:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 02:30 PM | Show all posts
takziah ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 02:34 PM | Show all posts
Takziah..
Bila Allah mengambil nyawa kita tinggallah segala galanya..Harta kekakayaan kuasa pangkat.
Apa yg kita bawa adalah amal kita...yg menjadi teman kita di sana.
So berbanyaklah mengumpul kan amal utk bekalan kita di perjalanan yg lebih jauh dan lebih lama.
MATI.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.127168 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list