CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20711|Reply: 81

TAUFAN Nargis di Myanmar : mangsa nargis masih terus sengsara!!

[Copy link]
Post time 5-5-2008 07:18 AM | Show all posts |Read mode
243 korban taufan Nargis
YANGON: Kerajaan junta Myanmar semalam mengisytiharkan zon bencana di lima negeri selepas taufan Nargis mengganas di lembah delta Irrawady dan meragut sekurang-kurangnya 243 nyawa.

Taufan Kategori 3 yang turut membawa puting beliung dengan kelajuan angin mencecah 190 kilometer sejam apabila ia melanda Myanmar kelmarin, meninggalkan kesan termasuk cebisan ranting dan serpihan konkrit bangunan bertaburan di jalan raya sekitar ibu negara.

Angka kematian rasmi setakat ini hanya empat orang di Yangon, tetapi pihak berkuasa menjangkakan bilangan itu akan meningkat selepas kerja mencari dan menyelamat dilakukan di beberapa kawasan terbabit.

Bagaimanapun, Perbadanan Penyiaran Britain memetik televisyen rasmi selepas itu sebagai melaporkan 243 kematian.

Banyak bumbung bangunan tercabut yang sekali gus menjadi petunjuk kesan kemusnahan lebih teruk dialami kawasan setinggan di pinggir wilayah delta yang dihuni kira-kira lima juta penduduk.

揝aya tidak pernah melihat angin kencang sedemikian,?kata seorang pesara kepada agensi berita Reuters. 揑a mengingatkan saya kepada serangan Taufan Katrina ke atas Amerika Syarikat.?

Biarpun langit cerah semalam, Yangon masih ketiadaan bekalan air dan elektrik. Seorang pegawai perkhidmatan elektrik berkata sukar untuk memastikan tarikh bekalan akan kembali pulih di negara yang juga antara termiskin di Asia Tenggara.

揝ukar untuk memberikan tarikh sebenar ia dapat dipulihkan. Kami masih perlu melakukan banyak kerja pembersihan dan baik pulih di kawasan terbabit,?kata pegawai yang enggan dikenali itu.

Pakar bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan sebenar bencana alam di negara yang diperintah junta sejak 1962 itu, akan hanya diketahui beberapa hari lagi.

Malah, kalangan pemimpin kanan tenteranya dapat mengelak bencana itu kerana kedudukan mereka di bandar pentadbiran Naypidaw, kira-kira 240 batu ke utara Yangon.
揗ungkin angka kemalangan jiwanya tidak ramai, tetapi ia sudah pasti membabitkan banyak kerosakan harta benda dan prasarana penting,?kata Therje Skavdal, ketua wilayah pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (UNOCHA).

揗asih terlalu awal untuk membuat sebarang tafsiran tepat. Kita perlu menunggu beberapa hari lagi sebelum dapat mengetahui kemusnahan dan kerugian yang disebabkan Nargis,?katanya di Bangkok.

Seorang pegawai lain PBB berkata pihaknya sudah mengemukakan tawaran bantuan secara rasmi kepada junta yang masih belum memberikan sebarang jawapan sehingga kini.

Di luar Yangon, kesan kemusnahannya agak teruk.

Lebih separuh bangunan sama ada rosak atau runtuh di beberapa bandar delta Irrawady yang menjadi sasaran hentaman Nargis sejak lewat Jumaat lalu dan kelmarin selepas mengumpulkan kekuatan di perairan Teluk Benggala sebelum itu, lapor media rasmi. - Reuters

Angka korban setakat ini hanya 4 orang dilaporkan di Yangon. Namun, pihak berkuasa menjangkakan ia akan terus meningkat berikutan tindakan pihak berkuasa yang secara berperingkat menghubungi bandar dan perkampungan terbabit di sepanjang kawasan pesisiran pantai.

Ini disebabkan pegawai kaji cuaca sebelum ini meramalkan ombak setinggi 3.5 meter melanda kawasan itu.

Media rasmi juga menyatakan sekurang-kurangnya empat kapal tenggelam di pelabuhan Yangon.

Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon berkata kesemua penerbangan ke negara itu terpaksa dialihkan ke bandar kedua, Mandalay manakala semua penerbangan keluar dari ibu negara, dibatalkan.

Nargis kini bergerak ke kawasan timur laut Thailand dan sudah menurunkan hujan lebat dan amaran ribut. - Reuters

[ Last edited by  amazed at 1-1-2009 02:13 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2008 07:59 AM | Show all posts
huhuhuuh...angen kuwat........................
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 08:21 AM | Show all posts
dh sampai thai...
sket lagik sampai mesia pulak..takutnyeee   
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 07:53 PM | Show all posts
yup, skrang utara semenanjung dah trima tempias. Squad di kelantan melaporkan ribut dibeberapa kwsn di daerah kelantan. skrang ngah menanti berita dari squad perak, kedah n perlis.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 07:20 AM | Show all posts
sedikit info tentang taufan nargis..



Cyclone Nargis passed over Myanmar (Burma) after having formed in the Bay of Bengal. At one point, Nargis was a Category 4 strength typhoon*, with sustained winds of 210 kilometers per hour (130 miles per hour), according to Unisys Weather. The typhoon lost strength before coming ashore on May 2 as a Category 2 storm, but it still carried very powerful winds and heavy rain when it struck the low-lying coastal plains, causing severe damage. News reports claimed a death toll of almost 4,000 people, with roughly 3,000 missing and unaccounted for, as of May 5.

This visualization shows data collect by the Tropical Rainfall Measuring Mission (TRMM) satellite on May 3, 2008, at 7:13 am local time (00:43 UTC). Rain rates in the center of the swath are from the TRMM Precipitation Radar, and those in the outer swath come from the TRMM Microwave Imager. The rain rates are overlaid on infrared data from the TRMM Visible Infrared Scanner. Reds in this visualization show areas which received intense rainfall, with yellow and green showing strong rain, and lighter rainfall in blue. At the time TRMM flew over the storm, it had eased off to minimal typhoon status with wind speeds of approximately 130 kilometers per hour (80 miles per hours).


* Category Four Hurricane:
Winds 131-155 mph (114-135 kt or 210-249 km/hr). Storm surge generally 13-18 ft above normal. More extensive curtainwall failures with some complete roof structure failures on small residences. Shrubs, trees, and all signs are blown down. Complete destruction of mobile homes. Extensive damage to doors and windows. Low-lying escape routes may be cut by rising water 3-5 hours before arrival of the center of the hurricane. Major damage to lower floors of structures near the shore. Terrain lower than 10 ft above sea level may be flooded requiring massive evacuation of residential areas as far inland as 6 miles (10 km). Hurricane Charley of 2004 was a Category Four hurricane made landfall in Charlotte County, Florida with winds of 150 mph. Hurricane Dennis (pdf) of 2005 struck the island of Cuba as a Category Four hurricane.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 08:33 AM | Show all posts
4,000 terbunuh taufan Nargis landa Yangon

YANGON: Jumlah mangsa yang korban akibat taufan Nargis yang melanda Myanmar, Sabtu lalu meningkat kepada hampir 4,000, selepas pihak berkuasa mendapati kira-kira 3,000 penduduk sebuah pekan hilang.

Sebuah stesen radio tempatan melaporkan dari ibu negara, Naypyitaw, melaporkan 2,879 orang di pekan Bogalay, di delta Irrawaddy dilaporkan hilang.

Kerajaan sebelum ini meletakkan angka kematian akibat taufan Nargis pada 351 orang, sebelum meningkatkannya kepada 3,939.

Sementara itu beratus ribu penduduk hilang tempat perlindungan dan terputus bekalan air minuman bersih selepas taufan itu, melanda kawasan delta Irrawaddy.

Agensi bantuan tiba menghantar pelapik plastik, air dan peralatan memasak daripada simpanan negara itu.

揓elas sekali ini adalah bencana terbesar,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2008 08:04 PM | Show all posts

Balas #6 amazed\ catat

Taufan Nargis landa Myanmar, 10,000 dikhuatiri maut

BANGKOK 5 Mei
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 04:47 AM | Show all posts
Mangsa Nargis diancam kebuluran

PENDUDUK bandar Phyar Pon di barat daya Yangon yang
terselamat daripada siklon Nargis semalam beratur panjang
untuk mendapat bekalan makanan.




YANGON - Lebih sejuta rakyat Myanmar yang menjadi mangsa siklon Nargis kini kebuluran berikutan tindakan kerajaan junta mengehadkan bantuan luar walaupun kejadian itu sudah memasuki hari keenam.

Bencana tersebut meningkatkan tekanan terhadap kerajaan junta untuk mendapatkan bantuan sepenuhnya daripada antarabangsa berikutan unjuran kematian dan mangsa dianggarkan hampir mencecah 100,000.

Pasukan bantuan menghadapi kesukaran menghantar bekalan makanan dan air bersih kepada mangsa di seluruh kawasan yang terjejas akibat mayat masih bergelimpangan.

Pada masa yang sama, petugas asing juga tidak jelas sama ada rejim akan mengeluarkan visa kepada para pekerja pasukan bantuan antarabangsa.

Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan tidak akan menghantar pesawat bantuan baru-baru ini dengan menambah terdapat kecelaruan dan kekecewaan terhadap usaha pihak antarabangsa.

Kumpulan pasukan bantuan melaporkan bahawa, negara tersebut memerlukan beratus-ratus pesawat bagi membantu mangsa siklon Nargis yang melanda tengah malam Jumaat lalu di mana ia merupakan bencana alam terburuk dalam sejarah.

Bencana siklon itu juga mempunyai kekuatan angin selaju 190 kilometer sejam sekali gus mengakibatkan wilayah itu ditenggelami air sedalam enam meter.

Bantuan dijangka tiba secara perlahan dari Thailand, China dan India bagaimanapun ia masih belum mencukupi terutamanya di seluruh kawasan Delta Irrawaddy.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, empat pakar bencana menerima keizinan untuk melawat ke Myanmar.
Bagaimanapun, pihak tentera yang memerintah negara yang dikenali sebagai Burma sejak 1962 itu masih belum memberikan sebarang keputusan. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 11:45 AM | Show all posts

Reply #3 fariepari's post

Tak sampai sebab lalauan menghala ke utara....tapi memang kena tempias...hujan manjang....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 11-5-2008 11:45 AM
Tak sampai sebab lalauan menghala ke utara....tapi memang kena tempias...hujan manjang....

oh, tu yg hujan kat avatar tu tak henti2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2008 09:51 AM | Show all posts
Mangsa Nargis berdepan wabak


KONGSI MAKANAN: Beras yang disumbangkan biara diagih kepada penduduk di Bahagyi, dekat Kundangon, semalam.

Beribu penduduk mungkin maut jika bantuan lambat tiba di kawasan terjejas

YANGON: Seramai 1.5 juta mangsa taufan Nargis yang kian terdesak mula bergerak keluar dari delta Irrawaddy, Myanmar yang teruk dilanda ribut kencang berkenaan untuk mendapat bekalan makanan, air dan ubat.

Pekerja bantuan memberi amaran beribu daripada mangsa ribut yang melanda 3 Mei itu akan mati jika bantuan tidak sampai kepada mereka segera.

Kuil dan sekolah di pekan di pinggir kawasan terjejas kini penuh sesak dengan mangsa yang berlindung di dalam khemah sementara.

Junta tentera yang memerintah menerima bantuan daripada luar negara, termasuk daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), tetapi menegaskan ia tidak akan membenarkan pasukan logistik asing mengagihkan bantuan berkenaan.

"Jika bantuan bersama pakar logistik asing ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan teruk terjejas dengan segera, satu tragedi besar akan berlaku," kata Greg Beck dari International Rescue Committee.

Di pekan delta, Labutta yang menyaksikan 80 peratus daripada rumah rosak teruk, pihak berkuasa Myanmar hanya menyediakan secawan beras bagi setiap keluarga untuk sehari, kata seorang pegawai bantuan Kesatuan Eropah.


SABAR: Penduduk berbaris untuk mendapatkan air di Yangon, semalam.


Keadaan yang sama berlaku di seluruh delta Irrawady itu yang sebelum ini dikenali sebagai jelapang padi Asia. Seramai 100,000 orang dikhuatiri terkorban akibat taufan terburuk sejak 1991 yang melanda benua Asia itu.

"Kami ada 900 orang di sini tetapi kami hanya mempunyai 300 kotak makanan. Kami terpaksa memberinya kepada wanita dan kanak-kanak terlebih dulu.

"Mangsa lelaki setakat ini masih belum diberi makanan," kata seorang pekerja tempatan di pusat bantuan Myaung Mya, 100 kilometer di barat Yangon.

"Apa yang tambah membebankan kami ialah lebih ramai lagi mangsa tiba setiap hari," katanya.
Program Makanan Dunia (WFP) berkata semalam ia kini sudah mula membawa bantuan dengan menggunakan lori Palang Merah ke ibu pejabat medannya di Labutta.

Sebanyak tujuh penerbangan WFP mendarat di Yangon setakat ini membawa masuk barang bantuan dan yang kelapan dijangka tiba lewat semalam, kata jurucakap badan PBB itu di Bangkok, Marcus Prior.

Walaupun negara berkenaan dilanda bencana, junta tentera kelmarin menumpukan perhatian kepada pengundian terhadap perlembagaan baru negara berkenaan dan semalam mengisytihar sebahagian besar rakyat keluar mengundi.

Akbar tempatan, The New Light of Myanmar, melaporkan pegawai pilihan raya secara "sistematik dan tepat" sedang mengira kertas undi terhadap piagam yang dirancang membawa Myanmar kepada era demokrasi.

Sementara itu, angka rasmi kematian akibat taufan Nargis setakat ini adalah 28,458, manakala 33,416 masih hilang. Taufan berkenaan terburuk di Asia sejak 1991 membawa angin selaju 190 kilometer sejam dan air setinggi 3.5 meter. – Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 06:39 AM | Show all posts
Bunyi siklon Nargis amat kuat

KYAKTAN - Seorang mangsa siklon Nargis di Myanmar yang terselamat, Taye Win menceritakan bunyi siklon berkenaan sungguh kuat sehingga angin yang bertiup berbunyi seperti enjin kapal terbang gergasi yang sedang melintas di atas rumahnya.

Menurut Win, anggota-anggota keluarganya ketakutan kerana siklon itu turut membawa hujan yang sangat lebat sehingga menyebabkan dia serta keluarganya menangis.

"Rumah kami bergoyang. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku. Tiba-tiba sepohon pokok tumbang di atas rumah kami tetapi kami terselamat kerana tidak duduk di bahagian rumah yang rosak itu," katanya.

Katanya, dia bersama ahli keluarga kemudiannya berlari merentasi sawah padi sambil berpegangan tangan.

"Kami kini tinggal di biara Buddha" tambahnya.

Win menyatakan mereka hanya makan nasi dan garam manakala air minuman bersih sukar dicari.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, hanya sejumlah kecil penduduk menerima bantuan antarabangsa.

Dakwaan itu didedahkan ketika junta tentera dilaporkan menggunakan bantuan itu untuk kegunaan pegawai-pegawai mereka selepas 10 hari tragedi Nargis berlaku. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 06:48 AM | Show all posts
Bantuan kemanusiaan dari Malaysia

ANGGOTA TUDM membuat pemeriksaan terakhir sebelum barangan bantuan dihantar ke Myanmar di Pangkalan TUDM Subang, Selangor baru-baru ini.

Walaupun sehingga hari ini, pemerintah Junta masih berkeras enggan membenarkan pekerja bantuan asing memasuki negara itu, namun atas rasa kemanusiaan dan semangat Asean, Malaysia tetap menghantar bekalan bantuan ke Myanmar.

Kerajaan Malaysia kelmarin menyalurkan bantuan barangan kemanusiaan bernilai RM500,000 kepada ribuan mangsa Taufan Nargis dengan harapan ia dapat meringankan penderitaan lebih 1.5 juta mangsa yang masih menunggu bantuan.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Muhammad Hatta Abd Aziz berkata, seramai 18 anggota misi bantuan itu yang diketuai Ab. Rakib Ahmad serta wakil media berlepas ke Myanmar baru-baru ini dengan menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Kami akan salurkan bantuan ini kepada kerajaan Myanmar melalui Duta Besar Malaysia di sana, Datuk Mazlan Mohd yang akan menyambut ketibaan delegasi ini di Yangon," katanya kepada pemberita selepas misi bantuan itu berlepas dari Pangkalan TUDM Subang.

Muhammad berkata, antara wakil yang menyertai misi itu ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Wisma Putra, Kementerian Kesihatan, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Kementerian Luar Negeri serta wakil agensi Berita Nasional, Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Antara barangan yang dihantar termasuk selimut, kemeja-T, biskut, mi segera, tablet pembersih air dan ubat-ubatan," katanya.

Sementara itu, sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia, Mercy Malaysia tidak ketinggalan menghulurkan bantuan segera ke Myanmar.

Mercy telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa iaitu pertubuhan Save The Children United Kingdom (SCUK) untuk menyediakan perkhidmatan perubatan asas kepada mangsa taufan Nargis.

Taufan yang melanda Myanmar pada 2 Mei lalu dilaporkan menyebabkan lebih 22,000 orang terbunuh dan 41,000 yang lain hilang.

Majlis pemeteraian MoU itu diadakan di ibu pejabat SCUK di bandar Bahan, Yangon.

Mercy diwakili anggota Majlis Eksekutifnya, Dr Heng Aik Cheng manakala SCUK diwakili Pengarah Negaranya, Andrew Kirkwood.
Menerusi MoU itu, Mercy akan menyediakan komponen perubatan manakala SCUK membantu dalam aspek keseluruhan komponen kesihatan.

Sementara itu, Mercy berkata, ia sedang terlibat dalam pengambilan doktor dan jururawat Myanmar bagi pasukan perubatan itu di bawah pemantauan NGO antarabangsa untuk memberikan bantuan perubatan kepada penduduk miskin.

Mercy juga akan mengubahsuai sebuah kapal persiaran yang disumbangkan oleh sebuah syarikat pelancongan yang berpejabat di UK sebagai sebuah hospital terapung untuk membantu penduduk di Ngapudaw, Haing Gyi dan kawasan sekitarnya yang terjejas teruk oleh taufan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 08:19 AM | Show all posts
Junta lengah bantuan 1.5 juta mangsa taufan

Ki-moon kesal tindak balas perlahan pemimpin Myanmar


NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon kesal terhadap kelembapan penghantaran bantuan junta kepada lebih 1.5 juta mangsa Taufan Nargis di Myanmar.

"Hari ini masuk hari ke 11 taufan Nargis melanda Myanmar. Saya ingin melahirkan kebimbangan dan kekesalan terhadap tindak balas perlahan kepada krisis kemanusiaan ini," kata Ban semalam.

Dalam kenyataan yang disifatkan paling keras terhadap kerajaan junta Myanmar setakat ini, Ban berkata biarpun berulang kali cuba menghubungi panglima kanan junta itu, Than Shwe, beliau masih gagal bercakap dengannya tetapi sudah mengutus surat.

"Kita dalam keadaan kritikal. Kecuali jika lebih banyak bantuan dapat dihantar segera ke negara itu, kita berhadapan dengan wabak penyakit yang akan memburukkan lagi krisis hari ini."

"Sehubungan itu saya menggesa kerajaan Myanmar meletakkan kepentingan penduduk terlebih dulu. Mereka perlu melakukan apa saja yang boleh untuk menghalang bencana ini menjadi lebih serius."

Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, John Holmes memberitahu pemberita, masalah mendapatkan visa kepada pekerja menyelamat PBB sudah menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, 34 visa Myanmar dikeluarkan kepada pekerja bantuan PBB walaupun lebih banyak yang diperlukan.

Timbalan wakil PBB Perancis, Jean-Pierre Lacroix membangkitkan isu berkenaan pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan. Beliau memberitahu pemberita bahawa Paris menyokong penuh kenyataan Ban mengenai kerajaan Myanmar yang sebelum ini dikenali dengan nama Burma.

"Kita berkongsi kekecewaan. Jika tiada perkembangan (mengenai penghantaran bantuan) kita akan sekali lagi membangkitkan isu berkenaan di Majlis Keselamatan dan menimbang mengemukakan resolusi baru." - Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 08:49 AM | Show all posts
Taufan kedua hampiri Myanmar

KELAPARAN: Seorang penderma tempatan mengagihkan pisang kepada mangsa kanak-kanak taufan Nargis di luar Yangon, semalam.

Pusat cuaca PBB kesan satu lagi ribut tropika dijangka bawa bencana iringi Nargis

BANGKOK: Taufan kedua diramalkan menghampiri Myanmar semalam, kurang dua minggu selepas negara itu dilanda bencana yang membunuh berpuluh ribu penduduknya.

Pusat cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesan satu lagi ribut tropika yang diramalkan bertukar menjadi taufan, kata Amanda Pitt, jurucakap bagi program bantuan kemanusiaan badan dunia itu di Bangkok.

"Ini adalah berita yang amat buruk," katanya kepada pemberita sambil menambah bahawa ia boleh menjejaskan lagi kedudukan mangsa Taufan Nargis yang melanda 3 Mei lalu yang sebahagiannya masih lagi menunggu untuk mendapat bantuan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyebut bila atau di mana taufan itu akan mendarat atau bila ia boleh bertukar menjadi taufan yang sedang dipantau Pusat Cuaca Taufan Bersama, sebahagian daripada Pusat Meteorologi Dunia PBB.

Pusat itu melalui laman webnya berkata ada kemungkinan pembentukan satu taufan tropika yang hampir sama dalam masa 24 jam akan datang.

Negara itu dilanda Taufan Nargis pada 2-3 Mei lalu menyebabkan lebih 60,000 penduduk maut atau hilang.

Pitt berkata jika amaran taufan itu menjadi kenyataan usaha bantuan kepada mangsa Nargis akan terjejas.

"Ini sentiasa membimbangkan apabila anda ditimpa bencana yang menjejaskan penduduk," katanya sambil menambah bahawa ia memberi kesan kepada keupayaan penduduk untuk hidup dan menangani apa yang dihadapi mereka.

"Mereka sudah sedia lemah. Ini adalah satu masalah besar dan sudah tentu memberi kesan terhadap usaha menyediakan bantuan kepada mangsa," katanya.

PBB mengetuai usaha menyelamat antarabangsa yang cuba untuk membantu junta Myanmar mengagihkan bantuan. Setakat ini, usaha itu terbantut berikutan kelewatan junta meluluskan kemasukan bantuan dan pakar sehingga dikritik kebanyakan pertubuhan penyelamat dan dikecam mangsa yang mendakwa bantuan masih belum mencukupi. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 06:27 AM | Show all posts
Pengagihan makanan perlahan
BEBERAPA mangsa siklon Nargis menunggu bantuan
di pekan Dagon, pinggir Yangon.

BANGKOK - Kebanyakan mangsa siklon di Myanmar masih belum menerima bekalan makanan walaupun sudah dua minggu bencana itu berlaku, kata pakar-pakar semalam.

Seorang pakar juga menganggap kejadian itu merupakan operasi bantuan kecemasan bencana paling buruk dalam sejarah.
Pengagihan bekalan kepada mangsa yang terselamat didapati dilakukan dengan perlahan dan tidak mencukupi untuk menampung 2.5 juta penduduk yang terjejas.

"Saya tidak pernah melihat operasi bantuan kemanusiaan atau operasi kecemasan antarabangsa tertangguh terlalu lama," kata pegawai kanan di Pejabat Luar Britain, Mark Malloch-Brown.

"Dua minggu sudah berlalu sejak siklon itu melanda, tetapi kita masih tidak mempunyai jumlah sebenar penduduk yang terjejas," ujarnya.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 550,000 penduduk kini berlindung di kem sementara di Delta Irrawaddy yang paling teruk terjejas.

Agensi-agensi bantuan memberitahu bahawa ramai mangsa terdesak untuk memperoleh bantuan makanan, bekalan air bersih, tempat perlindungan dan ubat-ubatan.

Keadaan itu bertambah buruk selepas junta Myanmar enggan membenarkan para pekerja bantuan yang berpengalaman masuk ke negara itu untuk membantu mangsa. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 03:23 AM | Show all posts
133,000 maut di Myanmar
KOSMO


SEORANG penduduk memeriksa rumahnya yang musnah
dekat pekan Ayeyarwadi di Myanmar semalam.


YANGON - Myanmar semalam menyatakan lebih 133,000 orang dikhuatiri terbunuh atau hilang dalam tragedi siklon Nargis.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pemimpin junta menyambut ketibaan bantuan asing dari luar negara.

Menurut sebuah stesen televisyen di negara berkenaan, 77,738 mati manakala 55,917 hilang dengan 19,359 lagi mengalami kecederaan.

Laporan tersebut turut berkata, bilangan sebenar masih tidak dapat dikenal pasti oleh para pegawai sehingga Khamis depan ekoran cuaca buruk.

Sementara itu, sebuah agensi bantuan antarabangsa mengesahkan beberapa kes taun dikesan di Delta Irawwadi yang sebelum ini terjejas akibat dilanda siklon Nargis.

Wakil Pertubuhan Kesihtan Dunia (WHO), Maureen Birmingham dalam satu sidang akhbar di Bangkok menyatakan pihaknya masih belum mempunyai data terperinci.

Kumpulan itu akan memantau untuk sebarang penyakit yang mungkin menjangkiti lebih 2.5 juta penduduk yang terjejas akibat siklon itu dua minggu lalu, katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2008 06:27 PM | Show all posts
May 19, 2008 15:42 PM     

Only 30 Percent Of Immediate Aid Reaches Myanmar's Cyclone Victims


By D. Arul Rajoo

BANGKOK, May 19 (Bernama) -- More than two weeks after Myanmar was struck by the devastating Cyclone Nargis, only about 30 percent of the immediate aid supply has reached the estimated 2.4 million victims.

This follows the continued baring of international aid workers from entering the area, relief agencies said Monday.

World Food Programme (WFP) spokesman Marcus Prior said it had organised 14 air cargo shipments into Yangoon and dispatched sufficient food to feed over 250,000 people in the affected areas.

However, he admitted it was a slow and insufficient process.

"We are using boats and badges to reach the victims. The Myanmar Government has indicated its willingness to allow us to use helicopters," he told a press conference to update on the United Nations Humanitarian Assistance to Myanmar.

Prior said that although 17 international staff were given visa, they were not allowed to leave Yangon.

He said that 24 of its national staff were on the ground but were already overworked and exhausted as the official death and missing persons breached the 130,000 mark.

Besides rice, high-energy biscuits and cereal from overseas, WFP has also purchased 8,500 tonnes of rice in Myanmar, sufficient for a two-week ration to feed over 1.5 million people in the worst-affected area of Irrawaddy delta in the south of Myanmar.

Amanda Pitt, a spokesman for the UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), said initial estimates indicated that 150,000 people were staying in about 120 temporary settlements in the delta.

She said UN Emergency Relief Coordinator John Holmes was visiting the delta Monday, to assess the situation while UN secretary-general Ban Ki-moon was expected to arrive in Yangon on Wednesday to step up pressure on the military junta to allow international relief to be mobilised into disaster zones.

Pitt added that aid agencies hoped that with more diplomatic efforts, including Monday's meeting of Asean Foreign Ministers in Singapore, more aid could be delivered there.

"The aid is getting through, but slowly," she said, confirming that 72 international UN staff were currently in Yangon while 109 national staff were already present in the cyclone-affected areas.

She said Myanmar's National Disaster Preparedness Central Committee reported that it had spent US$18.5 million (US$1=RM3.23) on disaster relief, as of May 16.

From assessments made so far, she said the most affected areas were in Bogale, Labutta, Ngaputaw, Dedaye, Pyapon, Kyaiklat and Mawlamyinegyun where about 1.4 million of of the population was affected.

Eun Ju Kin of the UN International Telecommunication Union (ITU) said the agency had deployed 100 satellite terminals to the country to help restore vital communication links.

But, she admitted all the equipments were handed over to the government and that they were communicating with Myanmar's communication ministry to deliver some of the satellite terminals to aid agencies.

On concerns that opening of schools on June 2 would affect those being used as temporary shelters, Unicef's Shantha Bloemen said it was crucial to get children back to their usual routines to minimise the impact of the disaster.

Meanwhile, Prior said the use of Don Mueang Airport here as a logistics centre for humanitarian aid would help in bringing in more aid to Myanmar as the Yangon airport had insufficient capacity or equipment to handle large aircraft or storing facilities.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2008 07:07 AM | Show all posts
Wabak pasca Nargis
Mangsa akan diserang penyakit cirit-birit, tifoid, demam kepialu, taun, denggi dan kebanyakan orang akan mula kehilangan air dalam badan atau dehidrasi.


TANPA sumber air bersih, mangsa Nargis kini bergantung
hidup dengan air banjir yang boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

ANGKA korban hampir 100,000 nyawa angkara pukulan taufan Nargis sememangnya cukup menyayat hati. Namun, selepas 11 hari bencana, angka 100,000 itu bukanlah persoalan paling besar yang perlu ditangisi dan digeruni lagi.

Ini kerana pasca taufan maut itu kini kelihatan semakin kejam apabila menyebabkan 1.5 juta lagi penduduk di Labutta dan Bogale, Myanmar sedang kebuluran.

Tanpa bantuan makanan dan perubatan - mereka sebenarnya tidak ubah bagaikan dibunuh perlahan-lahan. Ia lebih kejam dan mengerikan.

Sehingga hujung minggu lalu, kerajaan Junta masih berdolak-dalik mengenai pemberian visa kepada pekerja bantuan kemanusiaan asing.

Bahkan lebih mengejutkan, pemerintah Myanmar itu disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan enggan menerima bantuan pekerja asing.


TENAGA bantuan yang tidak mencukupi menyukarkan proses menyelamat mangsa.

Ia merupakan keputusan yang pertama seumpamanya di dunia apabila sebuah negara bencana hanya mahu menerima bantuan makanan tanpa membenarkan kemasukan pekerja bantuan antarabangsa.

Wakil PBB menyatakan akibat tidak cukup tenaga bantuan daripada pekerja antarabangsa yang berpengalaman, ratusan kargo makanan, bantuan pakaian, selimut dan ubat-ubatan terkandas di Thailand.

Yang pasti, natijah daripada keputusan 'pelik' kerajaan Myanmar itu ramai mangsa siklon terus kelaparan, kesakitan, hidup tanpa tempat berteduh dan berdepan dengan pelbagai penyakit berjangkit.

Kumpulan bantuan menegaskan selepas seminggu tanpa bantuan sewajarnya mangsa siklon pasti berdepan dengan situasi kesihatan membimbangkan daripada penyakit berjangkit hinggalah ke patukan ular.


SELAIN berdepan dengan risiko pelbagai jenis penyakit, rakyat Myanmar juga dilanda krisis kekurangan makanan.

"Tiga keperluan asas masih belum disampaikan kepada ratusan ribu mangsa iaitu makanan, air bersih dan bantuan perubatan," ujar Paul Risley, jurucakap Program Makanan Dunia, PBB.

"Pendedahan secara berterusan mangsa yang tidak mempunyai rumah atau hanya berteduh di rumah tanpa bumbung adalah sangat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas," tambahnya.
Pemerintah rejim bukan sahaja bukan sahaja menghalang pekerja bantuan antarabangsa bahkan turut menyekat wartawan daripada membuat laporan secara langsung ke kawasan bencana.

Menurut jurucakap pakar kumpulan bantuan, jumlah mangsa yang akan jatuh sakit dijangka meningkat dalam masa terdekat, memandangkan masih ramai mangsa yang hidup terkepung di kawasan banjir.


KANAK-KANAK paling berisiko dengan penyakit bawaan air.

"Apa yang paling kita bimbangkan adalah kanak-kanak kerana mereka tidak kuat untuk melawan penyakit-penyakit bawaan air," kata James East, jurucakap kumpulan bantuan World Vision di Thailand.

"Mangsa akan diserang penyakit cirit-birit, tifoid, demam kepialu, taun, denggi dan kebanyakan orang akan mula kehilangan air dalam badan atau dehidrasi," ujarnya.

Jurucakap serantau bagi Pasukan Bantuan Kecemasan PBB, Richard Horsey berkata, mereka sudah mula menerima laporan tentang kejadian cirit-birit di kalangan mangsa Nargis.

"Kita perlu menghantar pasukan perubatan yang mencukupi untuk operasi bantuan pasca taufan. Jika tidak lebih banyak nyawa mangsa akan menjadi korban," kata Horsey.

KEBANYAKAN mangsa Nargis mula mengalami masalah dehidrasi.

Dengan laporan lebih 150,000 mangsa terkepung dan tidak dapat bergerak di selatan Delta Irrawady, jelas Horsey kumpulan mangsa ini adalah antara yang paling berisiko kebuluran dan mati akibat penyakit.

"Kami ingin menyalurkan sumber air bersih dan kemudahan sanitasi kerana ia boleh mendatangkan maut jika tidak diberi perhatian. Malah, kami kini ingin memberi suntikan anti virus dan sebagainya secepat mungkin kepada mangsa," ujar jurucakap UNICEF, Shantha Bloemen.

"Malaria dan denggi yang sudah sememangnya satu endemik di kawasan itu dijangka akan menjadi satu wabak yang lebih menakutkan, jika tidak dicegah. Bahkan, patukan ular juga menjadi isu besar di kalangan mangsa yang kini hidup tanpa tempat berteduh," tambah Bloemen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 08:29 AM | Show all posts
Myanmar mula berkabung

YANGON: Myanmar mulai semalam memulakan tempoh berkabung selama tiga hari bagi mengingati mangsa taufan selepas junta tunduk kepada tekanan luar untuk membenarkan lebih banyak bantuan asing memasuki negara itu bagi membantu mangsa bencana alam berkenaan.

Junta tentera itu berkata, ia membenarkan negara jiran Asia memantau pengagihan bantuan asing kepada mangsa yang terselamat dalam Taufan Nargis.

Ia turut menerima lawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan bersiap sedia menjadi tuan rumah bagi satu mesyuarat penderma selain mendakwa kerugian akibat bencana yang melanda 3 Mei lalu meningkat kepada AS$10 bilion (RM32 bilion).

Pengumuman kelmarin dibuat ketika angka kematian bencana itu meningkat sehingga 78,000 dengan sebanyak 56,000 yang lain dilaporkan masih hilang.

Keadaan terutama di kawasan rendah delta Irrawaddy yang teruk terjejas masih lagi serius di mana penduduk berhadapan dengan ancaman penyakit, kekurangan zat makanan dan terdedah kepada bahaya lain.

Hujan lebat sekali lagi melanda kawasan itu kelmarin, kata Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) dan Persatuan Bulan Sabit Merah sambil menjelaskan cuaca seumpama itu memberi peluang untuk mendapatkan air bersih bagi penduduk terjejas.

揃agaimanapun, hujan menambahkan lagi kesusahan berikutan mereka terpaksa menghabiskan malam ke 18 dalam keadaan sukar,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.110877 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list