CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

TAUFAN Nargis di Myanmar : mangsa nargis masih terus sengsara!!

[Copy link]
Post time 7-6-2008 02:11 PM | Show all posts
Paksa mangsa taufan jadi buruh kasar sebelum diberi bantuan, Junta terus tekan rakyat
UTUSAN MALAYSIA

YANGON 5 Jun - Rejim tentera Myanmar telah memaksa mangsa Taufan Nargis menjadi buruh kasar sebagai tukaran mendapat bantuan makanan selain terus meningkatkan kempen menghalau para pelarian dari kem sementara.

Amnesty Internatonal turut menyatakan, pihak berkuasa di beberapa kawasan yang dilanda taufan terus mengalihkan bekalan bantuan walaupun junta tentera pernah berikrar mengatasi masalah tersebut beberapa minggu lalu.

"Berpuluh-puluh ribu penduduk berdepan dengan risiko jika hak asasi manusia terus dilanggar. Pematuhan terhadap hak asasi manusia perlu menjadi paksi kepada usaha bantuan," lapor Amnesty hari ini.

Menurut kumpulan hak asasi itu, selepas lebih sebulan masih ramai mangsa taufan di kawasan yang terjejas teruk masih tidak mendapat bantuan dan junta tentera secara berterusan mengenakan sekatan ke atas usaha bantuan antarabangsa.

Amnesty menyatakan ia menerima 40 laporan mengenai tindakan tentera dan pihak berkuasa tempatan menyeleweng bantuan, merampas atau menyalahgunakan bantuan kepada mangsa taufan.

Walaupun junta membenarkan pekerja bantuan memasuki Delta Irrawady, beberapa insiden rasuah dan penyelewengan berlaku sekali gus menjejaskan agihan.

Kebanyakan kes membabitkan tindakan merampas bantuan sumbangan penderma persendirian atau menangkap penderma yang enggan menyerahkan bantuan.

Jurucakap Amnesty di Bangkok, Benjamin Zawacki berkata, pihaknya berjaya memerangkap pegawai junta yang cuba menyeleweng bantuan selepas pegawainya bertegas menyertai pekerja bantuan PBB mengagihkan bantuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2008 06:53 AM | Show all posts
Mangsa Nargis diancam Monsun pula

YANGON 7 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2008 04:52 PM | Show all posts
Ratusan ribu kesejukan

Mangsa Taufan Nargis Myanmar kekurangan khemah, penempatan


YANGON: Beratus-ratus ribu daripada 1.5 juta mangsa Taufan Nargis yang terselamat, kini kesejukan dan terdedah kepada hujan lebat berikutan kekurangan kawasan penempatan dan khemah untuk berlindung.

Masalah itu didedahkan agensi bantuan antarabangsa ketika negara itu berdepan hujan lebat berikutan permulaan monsun.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persekutuan Palang Merah serta Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa memberi amaran 慿eperluan mendesak
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 07:43 AM | Show all posts
Jumlah mangsa Taufan Nargis yang sakit, kelaparan semakin meningkat, Ribuan mayat masih gelimpangan - Palang Merah
UTUSAN MALAYSIA

YANGON 8 Jun - Mayat lebih 10,000 mangsa yang terkorban akibat Taufan Nargis bulan lalu mungkin tidak boleh dikenal pasti lagi kerana keadaan mayat yang telah rosak teruk setelah dihanyutkan air.

Menurut Palang Merah Antarabangsa, pengebumian lebih 78,000 mayat yang terkorban, kini bukan lagi keutamaan kerana mereka lebih menumpukan kepada usaha penyampaian bantuan kepada 2.4 juta mangsa yang terjejas teruk.

Tindakan junta menghalang kemasukan pekerja bantuan asing turut melambatkan usaha penyampaian bantuan.

Mayat-mayat mangsa yang terkorban dalam kejadian itu masih lagi boleh dilihat bergelimpangan di Delta Irrawaddy walaupun tragedi itu telah berlaku lima minggu lalu.

Terdapat mayat yang dicampak ke dalam terusan atau kubur besar yang digali tanpa sebarang tanda, malah masih banyak mayat yang boleh dilihat di kiri kanan jalan.

"Usaha mengenal pasti mangsa adalah sukar pada saat ini. Kebanyakan mayat telah rosak teruk dan kehilangan baju kerana terkoyak dan tiada sebarang pengenalan ditemui," kata jurucakap Palang Merah di Myanmar, Craig Strathern.

Ujar beliau, agensi ini telah mula membahagikan beg mayat dan borang pengenalan bagi tujuan pengebumian namun beliau ragu-ragu usaha ini akan berjaya kerana kebanyakan sukarelawan semakin tidak bersemangat.

Keadaan ini dilihat sangat berbeza ketika kejadian Tsunami 2004 yang mengorbankan lebih 230,000 orang.

Di Aceh, Indonesia pencarian mayat mereka yang terbunuh dalam tragedi tsunami itu diberi keutamaan sejajar dengan ajaran Islam yang menyegerakan upacara pengebumian.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih separuh daripada 2.4 juta mangsa masih belum menerima bantuan secukupnya kerana jumlah mereka yang terlalu ramai dan kesukaran untuk memasuki kawasan pedalaman.

Agensi Palang Merah turut memberi amaran bantuan segera dalam bentuk khemah sementara perlu diberikan kepada 1.5 juta mangsa yang kini tidak mempunyai tempat tinggal, jika tidak kematian akibat wabak penyakit dan kelaparan dijangka meningkat.

"Jumlah mangsa yang sakit dan kelaparan semakin meningkat dan tanpa bantuan khemah sementara keadaan ini akan menjadi lebih teruk," kata seorang jurucakap Palang Merah, John Sparrow.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2008 05:12 PM | Show all posts
Mayat mangsa Taufan Nargis sukar dikenali

Bencana menyebabkan 78,000 terbunuh


YANGON: Berpuluh-puluh ribu mayat penduduk Myanmar yang terbunuh dalam kejadian taufan di negara itu tidak akan dapat dikenali berikutan mereka dihanyutkan jauh dari rumah masing-masing serta dalam keadaan reput.

Jawatankuasa antarabangsa Palang Merah berkata sekurang-kurangnya 78,000 dianggarkan terbunuh dalam kejadian taufan itu yang menyaksikan lebih 2.4 juta mangsa terselamat masih belum mendapat makanan, air minuman dan tempat perlindungan sewajarnya.

Sekatan kerajaan junta terhadap pekerja bantuan daripada memasuki Delta Irrawaddy yang teruk terjejas juga menjadikan semua tugas lebih sukar.

Berikutan itu mayat yang tidak terurus masih lagi mengotori kawasan delta selepas lebih lima minggu Taufan Nargis melanda negara itu. Kebanyakan mayat terdampar di terusan dan menjadikan kawasan perkuburan tidak bertanda manakala yang lain masih belum tersentuh.

"Mengenal pasti mayat pada peringkat ini adalah amat sukar," kata jurucakap Palang Merah di Myanmar, Craig Strathern.
"Kebanyakan kini sudah di peringkat reput dan maklumat yang kami dapati daripada kebanyakan mayat yang terjejas akibat ombak besar yang dibaw taufan adalah mereka sudah tidak berpakaian atau mempunyai barangan yang boleh dikenal pasti.

"Kami mempunyai laporan sesetengah mayat terdampar lebih tujuh kilometer dari kawasan asal mereka," katanya.

Strathern berkata Palang Merah minggu lalu mula mengedarkan beg mayat dan borang untuk menyenaraikan mayat yang ditanam dan sebarang maklumat yang diperoleh sebelum sukarelawan mengebumikan mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata sukar untuk melakukan usaha mengenal pasti mangsa secara besar-besaran kerana tiada motivasi.
Undang-undang Myanmar membenarkan keluarga mengisytiharkan orang hilang sebagai mati hanya selepas tiga minggu bagi membolehkan keluarga si mati menuntut harta dan pemilikan tanah atau barangan peninggalan lain.

"Kami tidak mengetahui sebarang inisiatif untuk mengenal pasti mayat secara positif. Saya tidak tahu sebabnya. Jika tiada tuntutan daripada keluarga atau perintah perundangan dalam sistem, tidak banyak yang boleh dicapai." - AP
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 06:39 PM | Show all posts
Myanmar: Polio Vaccination For Cyclone-survived Kids
BERNAMA - 09 Jun, 2008 16:32 PM

YANGON, June 9 (Bernama) -- Myanmar has given polio vaccination to 540 cyclone-survived children under five years of age in relief camps in Laputta, one of the disaster-hard-hit townships in southwestern Ayeyawaddy delta.

Another 720 children ranging from 9 months to 10 years of age were also given measles vaccination, China's XINHUA news agency was quoted as saying on Monday.

A total of 770 storm victims of Kanback native village have also moved back from relief camps, the report added. According to the United Nations Children's Fund, of the 2.4 million people affected by the cyclone storm Nargis, 960,000 or 40 percent were estimated to be children.

Meanwhile, nearly a dozen foreign medics have also been rendering medical aid services in different cyclone-hit regions since mid-May.

Myanmar announced that the first phase of the country's post-disaster restoration work -- rescue and relief, has finished up to a certain extent and it has now entered into a second phase of resettlement and reconstruction.

Under the post-disaster restoration plan, 30 Myanmar private companies have been taking part in the restoration work in cyclone- hit regions with assignments by the government to take the responsibility of undertaking resettlement work in 17 affected townships.

Deadly tropical cyclone Nargis, which occurred over the Bay of Bengal, hit five divisions and states -- Ayeyawaddy, Yangon, Bago, Mon and Kayin on May 2 and 3, of which Ayeyawaddy and Yangon inflicted the heaviest casualties and massive infrastructural damage.

Myanmar estimated the damages and losses caused by the storm at US$10.67 billion with 5.5 million people affected.

The storm has killed 77,738 people and left 55,917 missing and 19,359 injured according to official-released death toll.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2008 06:38 AM | Show all posts
Junta dakwa hidup mangsa lebih baik
BERITA HARIAN

YANGON: Perdana Menteri Myanmar berkata, kerajaan tentera akan memberikan bantuan mencukupi kepada mangsa terselamat dalam Taufan Nargis bulan lalu untuk memastikan kehidupan mereka lebih baik berbanding sebelum dilanda bencana alam berkenaan.

Akhbar The New Light of Myanmar memetik Perdana Menteri, Jeneral Thein Sein berkata, kerajaan bersedia membantu penduduk untuk memulakan kehidupan sama ada di tempat asal atau berhampiran kem bantuan yang menempatkan mangsa selepas taufan 2 hingga 3 Mei lalu.

Junta tentera Myanmar dikritik kerana didakwa menyingkir mangsa taufan dari kem pelarian ketika mereka tidak mempunyai kelengkapan secukup untuk meneruskan kehidupan.

Kerajaan yang sensitif dengan kritikan berkenaan menyifatkannya sebagai pembohongan dan sengaja menjejaskan kestabilan negara berkenaan.

Thein Sein yang melawat kawasan Delta Irrawaddy Sabtu lalu berkata, kerajaan akan menyediakan penempatan sementara kepada mangsa sebelum diberikan rumah kekal, lapor akhbar berkenaan.

Mereka yang pulang ke kawasan rumah asal akan dibekalkan dengan catuan selama seminggu yang akan dibekalkan kem bantuan berhampiran, katanya yang dipetik akhbar berkenaan.

Kerajaan juga akan membekalkan bekalan kuasa dan benih padi kepada petani selain peralatan menangkap ikan kepada nelayan, lapor akhbar sama.

揔erajaan akan menyediakan bantuan kepada mangsa taufan untuk meningkatkan kehidupan mereka supaya lebih baik berbanding sebelum ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2008 04:51 PM | Show all posts
PBB hantar bantuan besar-besaran di Delta Irrawaddy
YANGON 9 Jun - Helikopter Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini buat kali pertama menjalankan operasi bantuan besar-besaran di serata Delta Irrawaddy di Myanmar dengan menghantar bekalan kecemasan ke kampung-kampung terpencil yang dilanda Taufan Nargis pada 2 dan 3 Mei lalu.

Jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP), Paul Risley berkata, empat helikopter yang tiba semalam mula menerbangkan bekalan makanan dan keperluan kecemasan lain ke kampungkampung di sekitar pekan Bogale dan Labutta.

Sebelum ini hanya sebuah helikopter PBB yang beroperasi dengan melakukan enam penerbangan pada minggu lepas, kata beliau.

Kebanyakan bekalan bantuan dihantar dengan bot yang mengambil masa beberapa jam untuk merentasi jarak dekat menerusi rangkaian saluran air di delta tersebut.

"Hari ini merupakan kali pertama kita dapat melihat kesan berganda," kata Risley.

Helikopter berkenaan menghantar bekalan ke empat kampung terpencil pada pagi ini.

"Kawasan itu belum menerima bekalan makanan atau bentuk bantuan lain sebelum ini," kata beliau.

Helikopter tersebut membolehkan pekerja bantuan menghantar peralatan berat seperti sistem pembersihan air bagi membekalkan air bersih ke kampung yang terputus hubungan sejak dilanda taufan lebih lima minggu lalu.

Empat lagi helikopter yang disewa khas oleh WFP kini berada di Bangkok sebelum dijadual terbang ke Myanmar pada minggu ini.
- AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2008 10:33 AM | Show all posts
Ikan makan mayat tak benar


HASIL TANGKAPAN: Nelayan memunggah ikan yang ditangkap di Pathein, Delta Irrawaddy, semalam.


Myanmar nafi khabar angin hasil tangkapan wilayah dilanda taufan tak selamat dimakan

YANGON: Sebuah kumpulan sekutu kerajaan Myanmar semalam menafikan khabar angin bahawa ikan daripada kawasan dilanda taufan tidak selamat untuk dimakan kerana dikatakan memakan mayat manusia serta bangkai binatang mangsa bencana alam terbabit.

Sejak Taufan Nargis melanda Delta Irrawaddy di Myanmar bulan lalu, kebanyakan penduduk di bandar raya terbesar negara itu, Yangon enggan memakan ikan berikutan khabar angin mereka memakan mayat mangsa taufan.


Satu khabar angin tersebar bahawa kebanyakan ikan didapati mempunyai jari manusia dan barang kemas dalam perut mereka.

"Ia tidak benar. Kami boleh memberi jaminan," kata Toe Nandar Tin, seorang ahli eksekutif Persekutuan Perikanan Myanmar kepada akhbar Myanmar Times dalam artikel disiarkan kelmarin.

"Ia sama sekali mengarut. Ikan air tawar dari delta datangnya dari kawasan penternakan ikan bukan dari sungai."
Katanya sampel ikan turut diuji untuk mengesahkan ia selamat untuk dimakan.

Toe Nandar Tin berkata, khabar angin itu menyebabkan penangguhan pesanan daripada pembeli asing, tetapi beliau tidak mengulas lanjut. Pembeli utama ikan Myanmar termasuk China, Thailand dan Singapura.

Persekutuan Perikanan Myanmar adalah sebuah pertubuhan mewakili sektor swasta, tetapi ia bersekutu dengan Kementerian Penternakan dan Perikanan.

Sekurang-kurangnya 55 peratus sektor perikanan di negara itu musnah termasuk 2,000 bot kecil dan 329 kapal nelayan luar pantai, lapor akhbar mingguan berbahasa Inggeris berkenaan.
Ombak besar akibat taufan itu turut memusnahkan sejumlah 15,000 hektar kawasan penternakan udang dan 1,200 hektar kawasan penternakan ikan.

Taufan yang sama membunuh lebih 78,000 penduduk, manakala 56,000 yang lain dilaporkan hilang. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2008 03:44 PM | Show all posts
11 Jun, 2008   
Myanmar Denies Tax-cut On Forex Donations For Cyclone Victims


YANGON, June 11 (Bernama) -- Myanmar has denied making deduction from foreign exchange currency donation for cyclone victims, saying that such donations were fully spent for the relief and rehabilitation efforts, a local daily reported Wednesday.

Some foreign broadcasting stations have accused the Myanmar government of making a tax-cut of 10 percent on foreign donations in foreign exchange currencies to the storm-affected areas, China's Xinhua news agency quoted the local media as saying.

Myanmar has opened three such accounts with the state-operated Myanmar Foreign Trade Bank under the name of Rehabilitation and Reconstruction Sub-Committee for U.S. dollar, Euro and Singapore dollar respectively.

Meanwhile, the Myanmar authorities said it allows direct personal donation right down to specific persons and regions in cyclone-hit areas, advising donors to seek assistance from the National Disaster Preparedness Committee at different levels.

"Individuals and organizations wishing to do so may go right down to the storm-hit towns, wards and villages of their choice so that the donation operation can be carried out more effectively," the committee said.

The committee also said the donations are being delivered to the storm victims in a speedy and systematic manner.

Wellwishers from across Myanmar have made or are continuing to make donations in cash and kind out of generosity to storm victims individually or in groups.

Donated aid supplies including foodstuff, consumers goods and construction materials have been or are being transported to 21 cyclone-affected townships in southwestern Ayeyawaddy division and 3 such townships in Yangon division, the authorities said.

Meanwhile, the Myanmar government has also increased spending for several times reaching up to over 70 billion Kyats (US$63.63 milion) for relief efforts from 50 billion Kyats last allotted.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 12:06 PM | Show all posts
Ibu hamil mangsa taufan Nargis di Myanmar perlukan perlindungan segera

BANGKOK (Thailand): 10,000 wanita mengandung antara adalah sebahagian daripada 2.4 juta orang yang terselamat dalam kejadian taufan Nargis di Myanmar memerlukan bantuan segera bagi menjamin kelahiran bayi mereka dengan selamat, kata Petugas Perancangan Keluarga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Lebih seratus wanita melahirkan bayi mereka setiap hari di kawasan yang dilanda taufan, kata jurucakap Tabung Dana PBB, William A Ryan.

Kelahiran dan kehamilan sememangnya berisiko di Myanmar, iaitu salah satu negara termiskin di Asia, walaupun sebelum taufan Nargis melanda, katanya.

Kadar kematian ibu sebelum taufan di Myanmar adalah 380 dalam setiap 100,000 kelahiran, hampir empat kali kadar di negara Thai dan 60 kadar di Jepun, katanya.

"Kemusnahan pusat kesihatan dan kehilangan bidan juga menambahkan lagi risiko sedia ada," kata Ryan.

" Kini wanita mengandung tidak tahu ke mana harus mereka tuju untuk melahirkan anak dengan cara yang betul," katanya.
Ryan berkata, kemudahan kesihatan yang musnah perlu diganti semula dengan segala kemudahan obstetrik yang wajar dan agensinya mewujudkan dua klinik bergerak dengan dianggotai doktor perubatan Myanmar bagi menyediakan rawatan pranatal kepada wanita yang ingin melahirkan bayi.

Pada masa sama mereka juga memerlukan bidan terlatih yang boleh menanangani rawatan kecemasan. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 10:05 PM | Show all posts
13 Jun, 2008
Wisma Putra Kumpul RM4.1 Juta Untuk Mangsa Taufan Nargis

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kementerian Luar berjaya mengumpul RM4.1 juta untuk mengsa Taufan Nargis yang berlaku di Myanmar awal bulan lepas.


Dalam satu majlis penyerahan cek bantuan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim menerima RM100,000 daripada Maxis Communications Berhad dan RM10,000 daripada Pemuda Umno Johor.

Beliau berkata sebelum ini Yayasan Al-Bukhary telah menyumbang sebanyak RM800,000 kepada dana yang diusahakan kementerian itu.

"Pada hari ini kita telah menjumlahkan kesemua lebih kurang RM4.1 juta bantuan sudah dikumpulkan oleh Kementerian Luar untuk tujuan khusus tersebut. Memang harus saya nyatakan dari angka itu, Malaysia telah menyumbang AS$1 juta dan RM500,000 dalam bentuk sumbangan pelbagai.


"Sebagai rekod, harus saya nyatakan inilah pertama kali kita terima sumbangan dari badan siasah yakni dari Pemuda Umno Negeri Johor. Alangkah baiknya saya rasa jika langkah murni seperti ini terus menerus diberi sambutan oleh masyarakat politik kita," kata Rais.

Beliau berkata Kementerian Luar akan mempertimbangkan pemberian sumbangan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kad kredit.

-- BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------------------

alhamdullilah kalau dapat tolong mangsa taufan nargis ni -
sedih tengok keadaan mereka sekarang yang hidup melarat
dan kehilangan harta benda dan saudara mara

dengan pertolongan sedikit sebanyak dapat meringankan
sedikit bebanan yang mereka tanggung --
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 10:07 PM | Show all posts
13 Jun, 2008
Wisma Putra Kumpul RM4.1 Juta Untuk Mangsa Taufan Nargis

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kementerian Luar berjaya mengumpul RM4.1 juta untuk mengsa Taufan Nargis yang berlaku di Myanmar awal bulan lepas.


Dalam satu majlis penyerahan cek bantuan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim menerima RM100,000 daripada Maxis Communications Berhad dan RM10,000 daripada Pemuda Umno Johor.

Beliau berkata sebelum ini Yayasan Al-Bukhary telah menyumbang sebanyak RM800,000 kepada dana yang diusahakan kementerian itu.

"Pada hari ini kita telah menjumlahkan kesemua lebih kurang RM4.1 juta bantuan sudah dikumpulkan oleh Kementerian Luar untuk tujuan khusus tersebut. Memang harus saya nyatakan dari angka itu, Malaysia telah menyumbang AS$1 juta dan RM500,000 dalam bentuk sumbangan pelbagai.


"Sebagai rekod, harus saya nyatakan inilah pertama kali kita terima sumbangan dari badan siasah yakni dari Pemuda Umno Negeri Johor. Alangkah baiknya saya rasa jika langkah murni seperti ini terus menerus diberi sambutan oleh masyarakat politik kita," kata Rais.

Beliau berkata Kementerian Luar akan mempertimbangkan pemberian sumbangan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kad kredit.

-- BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------------------

alhamdullilah kalau dapat tolong mangsa taufan nargis ni -
sedih tengok keadaan mereka sekarang yang hidup melarat
dan kehilangan harta benda dan saudara mara

dengan pertolongan sedikit sebanyak dapat meringankan
sedikit bebanan yang mereka tanggung --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 09:18 AM | Show all posts
Junta Myanmar curiga niat AS



TIGA kapal tentera laut Amerika Syarikat berlabuh
di Pelabuhan Lammchabang, Bangkok Selasa lalu
selepas kerajaan Myanmar enggan membenarkannya
memasuki perairan negara itu.

YANGON - Ketika masyarakat antarabangsa bertungkus-lumus mencari dana untuk membantu mangsa siklon di Myanmar junta negara berkenaan semalam mendakwa bantuan kemanusiaan dari Barat tidak boleh dipercayai.

Dalam satu kenyataan yang jelas merujuk kepada Amerika Syarikat (AS), junta Myanmar memberi amaran bahawa niat baik Washington itu sentiasa dicurigai.

Myanmar sebelum ini tidak membenarkan beberapa kapal membawa bekalan kemanusiaan dari AS, Britain dan Perancis berlabuh di ngara itu.

Sebuah akhbar yang dikuasai kerajaan mendakwa Washington menggunakan bantuan kemanusiaan itu sebagai satu helah untuk menakluk Myanmar dan simpanan minyak negara itu.

Akhbar New Light of Myanmar melaporkan bahawa bantuan kemanusiaan daripada negara yang menggenakan sekatan ekonomi terhadap negara itu bukanlan ikhlas tetapi ia diberikan dengan beberapa syarat.

Walaupun junta Myanmar terus melahirkan keraguan berhubung sumbangan daripada Barat tetapi beberapa negara, selebriti, agensi bantuan serta individu persendirian masih menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Antara individu terkenal yang telah menghulurkan bantuan termasuklah Ratu Britain, Elizabeth II, bilionair terkenal, Bill Gates, penulis novel popular, JK Rowling dan beberapa bintang terkenal Hollywood.

Namun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa badan itu setakat ini hanya menerima separuh daripada wang yang dijanjikan oleh para penderama untuk membantu mangsa siklon.

Menurut badan dunia itu, beberapa negara masih menangguhkan sumbangan kerana bimbang dengan larangan yang dikenakan oleh Myanmar terhadap pekerja bantuan. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 07:35 AM | Show all posts
Kempen anti denggi di kawasan Taufan Nargis

YANGON 16 Jun - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melancarkan kempen anti denggi besar-besaran pada minggu ini di kawasan yang dilanda Taufan Nargis.

Nyamuk Aedes telah menimbulkan ancaman besar di kawasan bencana, kata pegawai PBB hari ini.

Menurut pakar denggi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Leonard Ortega, lebih 1,700 sukarelawan akan dikerahkan di 22 kawasan utama di Yangon dan Delta Irrawaddy bagi menyembur racun serangga di kawasan pembiakan nyamuk.

WHO dan Dana Kanak-kanak PBB (UNICEF) mengendalikan operasi itu dengan kerjasama pertubuhan bantuan tempatan.

"Ancaman penyakit itu membimbangkan bukan sahaja kerana sekarang ini musim denggi tetapi juga kerana ramai penduduk menjadi pelarian, banyak rumah yang musnah dan penduduk lebih terdedah kepada gigitan nyamuk," kata Ortega.

PBB menganggarkan 2.4 juta penduduk menjadi mangsa Taufan Nargis yang melanda pada 2 dan 3 Mei lalu dan memberi amaran lebih sejuta memerlukan bantuan, kebanyakannya di kawasan terpencil di Delta Irrawaddy.

"Kami khuatir lebih banyak kes denggi akan berlaku pada tahun ini.

"Kerana itu kami melancarkan kempen besar-besaran menyembur racun bagi mengawal nyamuk dan mengurangkan jangkitan," kata Ortega.

Fasa pertama operasi itu melibatkan penyemburan 44 tan racun larva dalam tempoh 10 hari.

- AP
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 06:19 PM | Show all posts
21 Jun, 2008

Myanmar To Build Low-cost Housings For Cyclone Victims

YANGON, June 21 (Bernama) -- Myanmar is reclaiming land plots in cyclone-hit areas to build up to 100,000 low-cost housings for homeless storm victims, Xinhua news agency said quoting a report in the local weekly Voice Saturday.


These low-cost housings at 500,000 Kyats (US$450) each will be constructed free of charge by government-designated private companies for the survived villagers in Ayeyawaddy delta region's Laputta, Bogalay, Dedaye and Phyapon, the report said.

A total of 30 private companies have been assigned by the government's National Disaster Preparedness Central Committee to undertake reconstruction work in 17 disaster-affected areas.

The reconstruction covers 14,000 houses and 88 schools in villages in Bogalay by the Htoo company.

The Japan Platform Foundation will also help build 2,500 to 3, 000 houses for Myanmar cyclone victims in Yangon and Ayeyawaddy divisions, and the project will be implemented with the cooperation of Myanmar's biggest organization of the Union of Myanmar Federation of Chambers of Commerce and Industry (UMFCCI), earlier reports said.

Myanmar has announced that the first phase of the country's post-disaster restoration work -- rescue and relief, has finished up to a certain extent and it has now entered into the second phase of resettlement and reconstruction.

Deadly tropical cyclone Nargis, which occurred over the Bay of Bengal, hit five divisions and states -- Ayeyawaddy, Yangon, Bago, Mon and Kayin on last May 2 and 3, of which Ayeyawaddy and Yangon inflicted the heaviest casualties and massive infrastructural damage.

Myanmar estimated the damages and losses caused by the storm at 10.67 billion U.S. dollars with 5.5 million people affected.

The storm has killed 77,738 people and left 55,917 missing and 19,359 injured according to official-released death toll.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2008 04:43 PM | Show all posts
Nargis: Hampir 85,000 terkorban, lebih 53,000 hilang

YANGON 24 Jun - Myanmar hari ini mengumumkan, Taufan Nargis yang melanda pada 2 Mei lalu telah meragut sejumlah 84,537 nyawa berbanding perangkaan awal iaitu 77,700 orang.

Timbalan Menteri Luar, Kyaw Thu ketika mengumumkan angka tersebut turut memberitahu pemberita bahawa sejumlah 53,836 mangsa masih hilang.

Pada 17 Mei lalu, para pegawai menyatakan sejumlah 77,738 orang terkorban dan 55,917 lagi masih hilang dalam bencana Nargis.

Petugas bantuan antarabangsa yang sebelum ini dilarang memasuki wilayah bencana, belum lagi mengeluarkan angka kematian dan jumlah mangsa yang hilang kerana sesetengah kawasan masih sukar untuk dimasuki selain berdepan masalah kekurangan kakitangan.

Pihak junta yang sebelum itu berdepan dengan kecaman antarabangsa, akhirnya membenarkan kemasukan petugas bantuan asing selepas menerima lawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon.

Laporan terkini PBB semalam menyatakan, petugas bantuan asing, pekerja Palang Merah dan PBB telah berjaya membantu 1.3 juta penduduk yang menjadi mangsa bencana itu.

Tiga kumpulan iaitu wakil PBB, ASEAN dan junta telah melawat kawasan bencana bagi menilai kemusnahan dan bantuan kemanusiaan yang diperlukan.

Satu laporan kemajuan mengenai bencana itu akan dikeluarkan lewat hari ini, sementara laporan akhir pula dijangka dikeluarkan pada 18 Julai ini.

- AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2008 07:39 PM | Show all posts
25 Jun, 2008   
Bantuan Perubatan Bernilai RM2 Juta Dihantar Ke Myanmar


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia hari ini menghantar bantuan perubatan bernilai RM2 juta untuk mangsa Taufan Nargis di Pyopon, Myanmar, bencana alam yang mengorbankan lebih 78,000 nyawa di negara anggota Asean itu pada 3 Mei lepas.

Bantuan itu diterbangkan dengan dua pesawat Hercules C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan TUDM Subang pagi Rabu.

Pembantu Setiausaha Bahagian Pengurusan Krisis dan Bencana Negara, Mohamed Fauzi Mohamed Abdullah memberitahu Bernama, bantuan itu merupakan susulan kepada bantuan kemanusiaan sumbangan kerajaan Malaysia yang dihantar pada 12 Mei lepas.

"Bantuan perubatan dapat digunakan untuk tempoh dua minggu. Misi kali ini disertai 25 orang daripada pelbagai agensi kerajaan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 06:08 AM | Show all posts
Kehidupan selepas Nargis

Kami melihat trak-trak mengangkut kerbau dari bahagian lain di negara ini untuk membantu kerja-kerja di bendang.


DI kawasan-kawasan di mana bangunan sekolah rosak, murid-murid
belajar di dalam khemah atau rumah agama.


Seorang lelaki berpaut pada batang pokok selama beberapa jam bagi menyelamatkan dirinya daripada gelombang ombak kuat. Seorang bayi yang dahaga hanya mampu diberi air yang tercemar, kanak-kanak terbiar begitu sahaja dan kampung-kampung musnah sama sekali.

Ini adalah antara beratus-ratus cerita yang didengar oleh pasukan penilaian dari Malaysia, Singapura dan Thailand semasa lawatan kerja selama tiga minggu ke delta Irrawaddy, Myanmar untuk menilai tahap kemusnahan akibat bencana taufan Nargis yang melanda negara itu pada 2 dan 3 Mei lalu.

Pegawai Majlis Keselamatan Negara dari Malaysia, Badrul Shah Mohd Idris, berkata, meskipun dengan tragedi yang dahsyat dan kemusnahan besar ke atas rumah dan sektor pertanian, mereka yang terselamat nampak begitu cekal meneruskan kehidupan.

"Penduduk membantu antara satu sama lain...Bagi mereka kehidupan adalah lebih penting pada waktu ini daripada bersedih dengan kehilangan yang dirasai. Mereka terpaksa mula bercucuk tanam atau menangkap ikan untuk terus hidup. Walaupun makanan sukar diperoleh, namun mereka masih sanggup berkongsi makanan dengan kami semasa lawatan ini," katanya.

Semasa misi ini, Badrul berkata, pasukan terlibat sempat melawat beberapa bandar yang terjejas termasuk Bogale, Labutta dan Prapon di Teluk Benggala di mana mereka menyaksikan seluruh kampung musnah sama sekali.

Gambaran keperitan

Dengan menaiki bot-bot kecil menyusuri sungai-sungai yang arusnya kuat, Badrul berkata, mereka menemui ramai penduduk kampung yang terselamat daripada taufan Nargis dan di satu kawasan lain, mereka melihat seorang kanak-kanak menjaga adik-adiknya selepas ibu bapa mereka terbunuh dalam malapetaka berkenaan.


"Terdapat banyak kes seumpama ini dan kami memberi kerjasama rapat dengan UNICEF dan para pegawai Myanmar untuk membantu kanak-kanak berkenaan. Siasatan awal kami mendapati bantuan dibawa masuk dari semasa ke semasa," katanya.

Mengikut laporan rasmi, jumlah kematian ialah 84,537 dengan 53,836 orang hilang dan 19,359 cedera. Taufan itu melanda selatan Yangon dan delta Irrawaddy, iaitu kawasan jelapang padi negara tersebut.

Di bawah pasukan petugas kemanusiaan diketuai ASEAN, pasukan Penilaian Segera dan Penilaian Bersama Selepas Nargis (PONJA) telah dihantar ke kawasan terjejas untuk menyediakan laporan bagi kerja-kerja pembinaan dan pemulihan semula.

Major Ow Yong Tuck Wah dari Singapura berkata, di bandar Pinsalu, kakitangan dan pesakit hospital terpaksa memecahkan bumbung hospital selepas gelombang setinggi lima meter melanda kawasan berkenaan.

Di sebuah perkampungan lain pula, seorang lelaki yang mengalami kecederaan di dada dan belakang memberitahu kami bahawa beliau terpaksa memaut pada batang pokok untuk selama beberapa jam bagi menyelamatkan diri daripada ombak kuat manakala seorang bayi yang baru dilahirkan hanya disuapkan dengan air hujan dan nasi sahaja.

"Mereka tidak pernah melihat ombak besar dan kuat seperti ini dalam hidup mereka setakat ini. Di sebuah kampung lain, kami masih dapat melihat mayat-mayat tetapi di kebanyakan tempat, orang ramai telah mengkebumikan mayat-mayat berkenaan," katanya.

Paling terdedah bahaya

Ow, yang pernah mengikuti misi serupa ketika tsunami di Thailand dan gempa bumi di Indonesia, berkata, wanita dan kanak-kanak adalah yang paling terdedah dengan bahaya kerana mereka tidak berdaya untuk melawan ombak dan banjir kuat, yang berlaku selama beberapa jam.

Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih dan pembinaan semula yang dijalankan oleh kerajaan, sektor swasta dan masyarakat itu sendiri dapat dilihat di mana-mana.

Ditanya sama ada mereka menghadapi sebarang halangan dalam menjalankan tugas masing-masing, Ow berkata, melainkan beberapa tempat pemeriksaan di luar Yangon, yang lain mereka diberi kebenaran masuk ke tempat-tempat berkenaan dan mendapat kerjasama yang baik daripada para pegawai di Yangon dan bandar-bandar yang mereka lawati.

Mengenai kritikan bahawa kerajaan Myanmar tidak berusaha secukupnya untuk membantu mangsa, Ow dan Badrul berkata, terdapat bukti bahawa pada dasarnya ada bantuan dijalankan oleh pihak berkuasa.


Pemandangan dari udara menunjukkan sebuah kampung dan sawah padi
di Bogale, ditenggelami air akibat taufan Nargis yang melanda Myanmar pada Mei lalu.



Contohnya, di Bogale, pasukan berkenaan melihat lampu-lampu jalan berfungsi semula setelah tiang-tiang lampu elektrik yang baru dipasang dan pihak tentera dari bahagian lain digerakkan semula.

"Malahan, awal bulan ini, kami melihat trak-trak mengangkut kerbau dari bahagian lain di negara ini untuk membantu kerja-kerja di bendang manakala benih yang tahan dengan air masin dari bahagian utara diagih-agihkan kepada petani yang terjejas," katanya.

Mengenai laporan bahawa mangsa dipaksa keluar dari kem-kem penempatan semula, Ow berkata, daripada pemerhatian mereka, penduduk kampung itu sendiri yang beria-ia hendak pulang untuk membina semula kehidupan dan menanam padi kerana musimnya akan berakhir tidak lama lagi.

Badrul pula berkata, laporan awal oleh pasukan ASEAN berkenaan digunakan oleh agensi-agensi bantuan antarabangsa untuk menyelaras bantuan terutama di kawasan terpencil.

Harungi kesukaran

Menurut Badrul, walaupun beratus-ratus sekolah rosak, namun penduduk agak bernasib baik kerana taufan itu berlaku semasa cuti sekolah dan ramai guru terselamat kerana mereka bercuti di bahagian lain di negara itu.


"Di kawasan-kawasan di mana bangunan sekolah rosak, murid-murid belajar di dalam khemah atau rumah agama.

"Guru atau kakitangan hospital yang terbunuh pula digantikan dengan pasukan bergerak," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:25 PM | Show all posts
Trauma Taufan Nargis
Oleh FUAD HADINATA YAACOB





揂DA yang datang dengan mata bernanah mungkin kerana masuk pasir ketika taufan; patah kaki, tangan patah dan bersambung tak betul, kepala lutut tercabut serta kanak-kanak kurang zat makanan sehingga tinggal rangka akibat serangan Taufan Nargis.


揟aufan yang melanda Nyanmar pada 2 Mei lalu mengorbankan 84,537 orang dengan 53,836 hilang. Akibat malapetaka itu kehidupan rakyat Myanmar lebih derita, malah wujud trauma dan tekanan apabila mendengar angin dan hujan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.361032 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list