View: 12698|Reply: 65
|
NASI KANGKANG..APA RASIONAL SEBALIKNYA?
[Copy link]
|
|
aku tak pasti thread ni dah wujud ker tidak ...
apa pendapat kowang pasal nasi kangkang? setahu aku nasi kangkang ni guna peluh dari org yang mengangkang atas periuk nasi...pastu bagi suami makan...lepas tu suami akan dengar cakap isteri...iyerr kerr?
sebearya bende ni mistik ker apa? sedangkan dalam persetubuhan suami termakan gak peluh isteri yer tak...tak yah laa detail kat sini....
ok bagi pendapat korang....sesiapa pernah cuba tu lagi bagus...citer skit eheheh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada jampi serapah sam akot..takat kangkang je takkan jadi ... |
|
|
|
|
|
|
|
ko ingat benda ni boleh buat gitu2 je ker |
|
|
|
|
|
|
|
hadoilah ko nak belajar ke bro |
|
|
|
|
|
|
|
nasi kangkang ni pompuan je leh wat kan..
ader ker nasi kangkang versi lelaki..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 syazwan89's post
jgn dibuat dosa besau, x cium bau syurga karang...
tp kot2 laki tu jahat sangat x dgr kata, kangkanglah kat mane patut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 True-X's post
laki takyah pakai nasik kankang...
lelaki penyepak dan penendang nk menundukkan isteri nieh .... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar Popular Nasi Kangkang
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan bg suami dengar cakap tp bg suami jadi bodoh
hentikan lah sesiapa yg ada niat mcm tu, tak cium bau syurgaa... lain la kalo suami korang yg jilat sendiri... tu atas kehendak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 demonagirl6's post
|
|
|
|
|
|
|
emmmmm
ni akak tepek email yang akak dapat pasal benda nih.
Subject: Renungan bersama...Isteri nauzubillah
Anyway, take Ur time b'coz it really2 good story. Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu,saya merasa terlalu seronok.
Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?" kata saya setelah mempersilakannya duduk. " Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang," balas
Arifin. "Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh.Seluar pun longgar," tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan me! ngusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
" Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin. "atutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa ?" saya bertanya.
Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi.Setelah itu di sorotnya mata saya dalam-dalam.
" Entahlah..." katanya perlahan, "lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang...penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas, " kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya ,Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doctor tidak dapat melegakan penyakitnya. "Sakit apa, doctor pun t! ak tau," tambahnya.
"Dah pergi berubat kampung ?" saya bertanya. "Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian., sampuk...
macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin. Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab.
Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut " Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelahbeberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin. Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Di! sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati
tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an.Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi
lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
" Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain ? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok," kata Arifin.
Wajahnya sayu " Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".
Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza,Arifin membawa isterinya ke Singapura.Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat
mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. " Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, sayaharap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden," tambah Arifin.
"Insya-Allah....' Balas saya. Tapi saya mula terasa pelik.Perasaan ingin ! tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa
meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?" "Macam-macam ustaz...tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa ?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang dah sakit memang macam tu," kata Arifin. Saya Cuma mendiamkan diri.Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak.
Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang,saya berjanji untuk kerumah Arifin pada malam esoknya. " Datang ya, ustaz . Saya tunggu," katanya sambil mengangkat punggung. Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. |
|
|
|
|
|
|
|
bersambung
menyambung ceritanya;Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya. Saya tanya "kenapa?"Dia jawab , supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan
lain.
" Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tun! dukkan dengan ilmu hitam. "Saya tanya, masa bila awak buat ? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah.
Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. " Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya
maafkan. " Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri,racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengandia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa dirisaya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya.
Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian! kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. " Kalau sudah begitu
bunyinya,saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya
itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.
"Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan
sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. Saya tau
ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."
" Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik. " Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu
sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia ?" tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut. " Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku
dosanya, jadi adalah lebih baik Arrifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. "
Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia ?Maki dia? Tak ada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya. Setelah puas memujuk,akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin( salaamun qaulam
mirrabir rahim ) sebanyak tujuh kali. " Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan! solat," kata saya.
Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali,dia
lihat isterinya tidak bernyawa lagi. " Tapi alhamdulillah,sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah,memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak
sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan
Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam
memil! ih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......
|
|
|
|
|
|
|
|
Setau aku nasik kangkang ni dibuat time si isteri tu tengah dtg bln. pastu dikangkangnya atas makanan si suami, bomoh dok jampi bagai, hasil rembesan peluh dari kangkangnya tu dikasi si suami makan. ikut resipi la, nak kangkang atas nasik ke, belacan ke. ikut taste korang la. huiiii truk btol. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Zep at 5-5-2008 08:03 PM
Setau aku nasik kangkang ni dibuat time si isteri tu tengah dtg bln. pastu dikangkangnya atas makanan si suami, bomoh dok jampi bagai, hasil rembesan peluh dari kangkangnya tu dikasi si suami mak ...
hmm...aku ingat org berak atas nasik tu...hmm...kalau setakat peluh...anytime bley dapat kan hihihi....mesti ader jampi serapah nyer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 abgboroi's post
Hapa??!! kasi laki kau orang makan hasil kumbahan? naik geli pulak aku baca. ko ni pun. |
|
|
|
|
|
|
|
hurmm..
mmg bahaya..
syirik..
dosa besar..
jangan ler buat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|