CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153460|Reply: 1542

Sakti Cinta

 Close [Copy link]
Post time 5-5-2008 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua, aku member baru kat alam forum ni. tak sangka rupa-rupanya ada alam lain selain yang aku diami dalam blog. so nice to know u all...

Terkocoh-kocoh lelaki itu mengangkat sekujur tubuh kecil yang kelihatan kaku masuk ke sebuah rumah kosong tidak jauh dari pinggir tasik Hillsdale. Tubuh kerdil itu kemudian dibaringkan di atas sebuah katil kayu yang sudah usang.
        Matanya tertumpu pada luka besar di dahi anak itu. Darah pekat membasahi sebahagian besar kepalanya. Dia melihat nafas anak kecil itu turun naik. Barangkali dia sedang berperang dengan mautnya sendiri, bisik lelaki itu di dalam hati. Dia melangkah ke arah pintu, ingin cepat-cepat keluar dari situ.
        揗a

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2008 11:32 PM | Show all posts
Hembusan angin segar terasa menyapa nyaman di segenap wajahnya. Matanya yang kecil dibuka sedikit demi sedikit. Dia mendengus malas. Apabila kepalanya ditoleh ke arah meja kecil di sisi katil, mulutnya ternganga.
        揂lamak, dah lewat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 11:33 PM | Show all posts
Terkocoh kocoh Haril mengangkat kotak sederhana besar mendaki anak tangga sehingga ke tingkat 5. Habis basah lencun badannya bermandi peluh. Entah apa nasibnya hari ini terpaksa menginjak anak tangga demi anak tangga ke apartmentnya. Mulutnya kadang-kala terkeluar menyumpah lift yang sentiasa rosak setiap bulan. Jika diikutkan hatinya yang baran, ingin rasanya dia berpindah keluar dari apartment itu. Namun apa dayanya, bukan senang nak mencari rumah sewa di kota besar seperti ini.
        Belum pun jauh langkahnya menuju ke pintu apartmentnya, sehelai kertas dari kotak yang dibawanya diterbangkan angin di hadapan matanya. Haril tergaman. Bukan kerana kertas yang melayang dari kotak yang dipegangnya. Tetapi kerana memandang seorang lelaki bercermin mata hitam dan berkemeja putih yang sedang asyik merenungnya. Haril tiba-tiba dipalit resah. Gerak-geri lelaki itu mencurigakan. Kalau diikutkan, dia ingin segera meluru ke arah apartmentnya. Tapi bagaimana? Lelaki itu berdiri betul-betul di hadapan pintu apartmentnya.
        Haril menelan liur. Dia benar-benar gugup. Terasa darahnya menyirap sehingga ke muka. Bagaimana kalau lelaki di hadapannya itu berniat jahat? Lagipun hidup di kota besar begini, berbagai jenayah sering berlaku. Setiap hari berita pembunuhan, kes samun, rogol dan pecah rumah sering dimuatkan di dada akhbar. Oh tuhan, janganlah ada perkara buruk berlaku padaku. Aku masih mahu hidup, masih mahu bertemu ibubapa di kampung, doa Haril dalam resah berpanjangan.
        Tiba-tiba lelaki itu tunduk lalu mengutip kertas yang jatuh di kakinya. Dia berpaling ke arah Haril sebelum langkahnya diatur ke arah Haril. Haril tanpa sedar mengundur sedikit demi sedikit. Lelaki itu mengukir senyum sinis. Haril tercengang. Dia terpaku melihat senyuman itu.
        揟ak kenal aku lagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 11:46 PM | Show all posts
Diazey memandang jauh ke hadapan. Pemandangan luas terbentang di hadapan matanya memikat hatinya untuk terus memerhati. Sesekali terasa bayu pagi menghembus sepoi-sepoi bahasa ke mukanya. Dia memejamkan matanya. Terasa ada ketenangan menjelma kembali dalam jiwanya yang sudah lama tandus.
        揑bubapa kau tahu kau balik ke sini?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 07:33 AM | Show all posts
  dah ada kat pasaran ke novel ni. dah lama intai tapi tak jumpa kat kedai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 08:39 AM | Show all posts
best la..
smbg lagi n3 please!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2008 09:37 AM | Show all posts

Balas #5 zyma_ram\ catat

hy zyma, one of my blogger ada mention fsl forum Cari ni. katanya ruangan ni sesuai kalau kita nak improve skill dalam penulisan.betul ke? fsl pembaca kat dlm ni lg ramai dr kaki-kaki blogger. tul ke? actually sy asalnya nak publish e-novel baru just nak tengok respon camna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 09:43 AM | Show all posts

Balas #6 juneazry\ catat

hi jun, ni testing je tau. bukan sakti cinta ni yang sy nak publish sbnrnya.hehhe tapi takpelah, sya continuelah nanti.insya allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 09:49 AM | Show all posts

Reply #8 arrnita's post

ok teruskan usaha anda...good luck... kalau ada banyak cerite tu post aje kat sini.... dptlah kami baca dulu sebelum publish kan...
bila nak sambung?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 10:02 AM | Show all posts

Balas #9 Jaza2008\ catat

thnk jaza, insyaallh petang nanti sy smbung.tgh sibuk ciket now.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:43 AM | Show all posts
interesting... sambung lagi ek arrnita
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 02:04 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 02:32 PM | Show all posts
Dina Azura tersenyum simpul sebaik melangkah masuk ke biliknya. Sejambangan mawar segar bersama kuntuman lili indah menghiasi meja kerjanya. Dina Azura meletakkan tas tangannya seraya menuju ke arah jambangan tersebut. Matanya mengintai celahan kuntuman bunga, mencari-cari kad, meskipun dia sudah dapat mengagak pengirimnya.
        揔ad tak ada kerana tuannya sendiri yang datang menghantar tadi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 02:32 PM | Show all posts
Irman tertinjau-tinjau kelibat orang ramai yang keluar masuk ke restoran itu. Namun kelibat orang yang dinanti tidak juga kunjung tiba. Dia hampa. Matanya dikerling memandang pergelangan tangannya. Sudah masuk jam 1.15 tengahari. Mana Dina ni, takkan tak sampai-sampai lagi? Bukannya jauh pun restoran itu dari pejabat gadis itu.
        揈ncik nak pesan apa-apa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 03:35 PM | Show all posts
best jgk cter ni...

nanti smbung pnjng2 lg ekk arrnita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2008 03:46 PM | Show all posts

Balas #16 juliet80\ catat

thnks juliet, nanti sy sambung
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 04:18 PM | Show all posts
nak lagi...nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 06:26 PM | Show all posts
Laju kakinya melangkah mendaki tangga bangunan besar itu. Asalnya dia mahu menggunakan lift, tetapi mengenangkan orang ramai yang bersesak di hadapan pintu lift, dia membatalkan hasratnya. Lebih mudah menaiki tangga, apatah lagi tempat yang ingin ditujunya hanya di tingkat 4.
        揇iazey Hafizi, saya ada temujanji dengan Encik Roslan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 06:27 PM | Show all posts
Seperti yang dijanjikan, Diazey sampai awal ke majlis makan malam syarikat yang diadakan di Dewan Hotel Istana. Walaupun dia sudah melaporkan diri ke Bumi Emas, namun kelibat CEO syarikat itu masih belum sempat diintai bayangnya. Kata Roslan, ketua syarikatnya itu sering tidak masuk pejabat sejak akhir-akhir ini. Kerana itu Diazey memaksa dirinya untuk turut serta dalam majlis malam itu.
        Dia memandang wajah-wajah yang tidak dikenalinya. Wajah Roslan juga dicari, namun batang hidung lelaki itu tidak kunjung tiba. Diazey kian bosan dengan majlis seperti itu. Dia menuju ke meja buffet. Makanan yang terhidang memenuhi meja buffet, sedikitpun tidak menarik minatnya.
        揇ah kenyang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.079773 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list