CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8072|Reply: 48

kakak Vince - Vanessa lebih popular dr Vince?

[Copy link]
Post time 6-5-2008 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Vanessa atasi populariti Vince?Oleh FERIDE HIKMET ATAK




MEREKA jelita, seksi dan punyai seorang adik yang pernah menjadi juara program realiti televisyen popular. Justeru, apalagi yang mereka perlukan jika ingin turut meraih populariti dan bergelar selebriti seperti adik mereka itu. Memilih untuk turut bergelar bintang realiti TV adalah langkah kanan buat Pamela dan Vanessa Chong.
Sebelum ini umum mengenali Vanessa sebagai kakak dan pengurus juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong.
Namun, apabila Vanessa serta seorang lagi adik-beradik Chong, Pamela turut bergelar bintang realiti TV apabila meraih naib juara Amazing Race Asia musim kedua, nampaknya mereka tiga beradik kini bersaing sesama sendiri dari segi populariti.
Apa yang menarik, khabarnya populariti Pamela dan Vanessa kini sudah melebihi populariti Vince. Betulkah begitu?
Semua itu benar setidak-tidaknya di Filipina, yang mana masyarakat di sana lebih mengenali Pamela dan Vanessa berbanding Vince.
Bercerita mengenai pengalaman baru menjadi selebriti di Filipina, Pamela dan Vanessa memberitahu, masyarakat di sana sangat teruja dengan pemenang-pemenang Amazing Race Asia 2.
"ernah sekali ketika kami di lapangan terbang Filipina, orang ramai terus serbu dan mengambil gambar kami.
"Kebetulan Vince juga hadir tetapi mereka seperti mengabaikan Vince dan menyuruh Vince mengambil pula foto kam pulai," ujar Vanessa sambil tergelak ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

VANESSA (kanan) dan Pamela memiliki pakej lengkap untuk bergelar selebriti.

Jika Vince bergelar selebriti menerusi bidang muzik, justeru apakah bidang yang sama bakal diceburi Pamela dan Vanessa?
Jawapannya mungkin tidak buat masa sekarang. Ini kerana Pamela dan Vanessa sebaliknya menjadi rebutan dalam industri penyiaran.
Tambahan pula, Vanessa yang sebelum ini seorang yang pemalu dan Pamela pula yang sememangnya agresif, kini mula berjinak-jinak dan beralih arah ke bidang pengacaraan pula di samping menjadi duta bagi produk-produk tertentu.
Namun, sesuatu yang tidak dijangka, rezeki Pamela dan Vanessa bukannya muncul dari bumi kelahiran sendiri sebaliknya banyak tawaran itu datangnya daripada negara luar.
Kini mempunyai tugasan baru, membuatkan mereka banyak menghabiskan masa berulang alik dari Malaysia ke Singapura, Thailand dan Filipina.
"Selepas Amazing Race Asia 2 berakhir, kami banyak menerima tawaran dari ketiga-tiga negara itu. Tetapi lama-kelamaan, kami juga tertanya-tanya tidakkah mana-mana penerbit yang inginkan kami melakukan sesuatu dalam industri penyiaran atau hiburan?," ujar Pamela.
Sambungnya, "Tetapi persoalan itu bukan kerana menganggap diri kami sudah cukup bagus untuk dikenali oleh khalayak dan terlalu mendambakan publisiti. Cuma sekadar mahu ingin tahu saja."

BERSAMA Vince (kiri) dan ahli keluarga yang lain.

Menurutnya lagi, walaupun kurang mendapat perhatian di Malaysia, namun mereka gembira kerana masih dikenali umum.
"Seronok bila seorang budak sekecil usia lima tahun menegur kami dan mengatakan yang dia suka menonton rancangan Amazing Race Asia 2," ujarnya berseloroh.
Menyentuh lebih lanjut mengenai bidang pengacaraan yang kini diceburi mereka, beritahu Pamela, dia dan Vanessa ka kini sedang sibuk mengendalikan sebuah rancangan laman web, talentstar.com di Singapura.
"Bidang pengacaraan merupakan tapak permulaan kerjaya pertama dan baru kami untuk pergi jauh dalam industri hiburan.
"Dan seterusnya beberapa lagi tawaran mengacara telah kami terima di Filipina," ujar Vanessa yang telah pun menjadi duta bagi produk Elianto di Filipina.
Sememangnya Pamela dan Vanessa kini dalam perjalanan menjadi selebriti terkenal di Filipina.
"Setakat ini kami memang menerima banyak tawaran dari segi pengacaraan ataupun duta produk di Filipina. Peluang kami banyak di Filipina dan di Thailand pula kami menjadi duta bagi produk air mineral," tegas Pamela.
Melihatkan Vanessa kini seperti mempunyai kerjaya baru, adakah Pamela masih mempunyai masa untuk terus menjadi pengurus Vince.
"Saya sudah tinggalkan Vince!," pantas jawab Vanessa yang sebenarnya berseloroh.

DUA beradik glamor yang meraih tuah di negara luar.

"Taklah. Sebenarnya dia kini mempunyai pengurusnya sendiri. Nak ikutkan hati memang saya mahu menguruskan kerjaya Vince, tetapi dengan jadual saya yang semakin padat, saya terpaksa meminta Vince mencari pengurus yang baru," jelasnya.
Hidup Rovilson berubahPada sesi temu bual bersama Pamela dan Vanessa yang diatur oleh Astro itu, pemenang ketiga Amazing Race Asia 2, peserta dari Filipina, Rovilson Fernandez turut hadir. Namun, rakan gandingannya dalam program tersebut, Marc Nelson, tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan di Filipina.
Rovilson yang mempunyai syarikat majalahnya sendiri dan lebih banyak bekerja di belakang tabir kini berasa teruja apabila dirinya semakin dikenali.
"Ingatkan, selepas Amazing Race Asia 2 tamat, perjalanan hidup saya seperti biasa. Tetapi tidak sangka pula ia berubah sekelip mata.
"Tambahan pula kini diri saya banyak terdedah di kaca TV dan kemana-mana saja kami pergi, pasti ada yang menegur," ujarnya.
Dalam program tersebut, kebanyakan perhentian yang dilepasi sentiasa dimenangi oleh Rovilson dan Marc.
Ia melayakkan mereka memenangi hadiah bernilai lebih daripada $50,000 (RM160,000). Namun, di sebalik membazirkan wang diraih itu, mereka sebaliknya mempunyai perancangan sendiri iaitu untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi.
"Saya dan Marc ingin menjalankan sebuah perniagaan yang boleh mendatangkan hasil pada masa hadapan. Apa pun, dengan lebihan wang yang ada, kami ingin mengembara semula ke setiap negara yang telah kami lawati sepanjang rancangan Amazing Race Asia 2," tegas Rovilson.
Memori indah bawa kesedaranWalaupun sudah hampir dua bulan program itu tamat, memori yang indah masih terlekat kuat di benak fikiran.
Tidak menyangka, kudrat yang ada mampu menamatkan pertandingan yang penuh cabaran yang memaksa mereka menggunakan kekuatan fizikal dan mental, ia menjadi memori di sanubari.

ROVILSON (tengah) sama seperti Vanessa dan Pamela turut merasai tempias glamor selepas bergelar bintang produk realiti TV.


"Bukan mudah untuk melupakan saat-saat susah dan senang sepanjang menjalani pengembaraan yang penuh dengan cabaran," ucap Pamela seketika seperti mengimbas kembali saat-saat mereka menempuh halangan bersama.
Rovilson pula mencelah, program tersebut membuatkan mereka sedar betapa pentingnya seorang teman dalam membantu dirinya bagi setiap benda yang dilakukan.
"rogram ini juga menyatukan kami dan peserta-peserta lain menjadi rapat.
"Memori yang terindah sekali apabila masing-masing cuba untuk menempatkan diri menjadi yang pertama bagi setiap perhentian.
"Tetapi dalam masa yang sama, kami juga ingin membantu mereka yang jauh di belakang untuk sama-sama menjadi pemenang. Tidakkah ia suatu benda yang pelik?," seloroh Rovilson.
Vanessa pula mengatakan, satu memori paling ngeri apabila dia hilang ingatan buat seketika ketika terjun ke laut sepanjang 10 meter.
"amela menangis dan menyangka saya akan lupa diri sampai bila-bila.
"Satu lagi kenangan manis, bila kami terpaksa membersihkan najis gajah untuk ke perhentian seterusnya," kata Vanessa.
Apa pun, kini mereka telah pun berjaya melangkah setapak untuk meneruskan karier baru mereka yang penuh dengan cabaran. Semoga sukses.


Daring jugak ekk dua beradik ni....takpelah org kafir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 09:28 AM | Show all posts
Kesian Vince dia plak kena amik gambo kakak2 dia ngan peminat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 09:28 AM | Show all posts
yang masuk exporace tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 09:30 AM | Show all posts
bukanlah amazing race asia 2....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 09:35 AM | Show all posts
vince terus tenggelam.... kakak-kakak di pulak yang glamour..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 09:37 AM | Show all posts
Kesian Vince...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2008 09:39 AM | Show all posts
cantiknya vanessa
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 09:52 AM | Show all posts
syg diorg nih..nyaris2 dpt no1..all the bestt ladiess
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 09:53 AM | Show all posts
Oklah tu, rotate pulak ......
Takkan adek je nak glamer,kan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 09:55 AM | Show all posts
rovilson n vanessa ni kan digossipkan bersama
nway i like they all ni
im a big fan of TAR2
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 09:56 AM | Show all posts
vanessa ney cun gler r
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:07 AM | Show all posts
Vanessa pula mengatakan, satu memori paling ngeri apabila dia hilang ingatan buat seketika ketika terjun ke laut sepanjang 10 meter.

Bila pulak terjun laut, terjun kolam la

Vanessa ni masa AF1 dulu pun dah glamer dah
sebab dia tiap2 minggu datang konsert
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:12 AM | Show all posts

Reply #1 nazlinda04's post

tp tak sedaring org bukan KAFIR. tentu ko pun setuju dgn aku kan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by midnightkiller at 6-5-2008 10:12 AM
tp tak sedaring org bukan KAFIR. tentu ko pun setuju dgn aku kan!


betul!! itulah pakej yang harus ada tuk jadik artis zaman ini...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by nazlinda04 at 6-5-2008 09:19 AM

Daring jugak ekk dua beradik ni....takpelah org kafir



diorang mmg daring dlm TARA tuh lg pun... x kesah ler...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:22 AM | Show all posts
like both of them specially  vanessa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2008 10:23 AM | Show all posts
Vanessa yg mana satu? yang rambut blonde tu ke atau black hair?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:51 AM | Show all posts
nape pic secoit sangat......
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 01:21 PM | Show all posts
cantikla kakak vince....so diaorg dua la yg pemenang dr asia dlm amazing race tue???x sangka...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 03:26 PM | Show all posts
kesian vince dah tak fofular..tu la nyanyi live asyik semput je

tapi suka sgt tengok family derang ni..very supportive to each other
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.082764 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list