CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19716|Reply: 115

injil Barnabas(satu2nya injil yg selari dgn ajaran Rasullulah)

[Copy link]
Post time 9-5-2008 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali oleh penganut Kristian.Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh St Barnabas iaitu murid Jesus iaitu apostle Jesus(Yoshua/Isa as). St Barnabas ialah pakcik Markus(Markus juga seorg apostle Jesus). Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian. Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Lautan Mediterranean pada zaman Maharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .

Injil ini popular di kalangan orang Islam kerana hampir selari dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak dikatahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti. Bergitu juga ramai orang Islam hanya pandai menyebut Injil Barnabas tetapi tidak pernah membacanya.

Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16 sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

continue....


[ Last edited by  cronicle86 at 9-5-2008 09:29 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2008 10:23 AM | Show all posts
Manuskrip Itali dan Sepanyol dilihat mempunyai gaya bahasa dan penulisan Constantinople / Istanbul kerana ada catatan kaki berbahasa Arab . Constantinople ialah nama lama bagi bandar Istanbul di Turki. . Masyarakat Constantinople mungkin berbahasa Itali dan Sepanyol. Artifak -artifak Sacromonte di Granada 1590-an dihasilkan setelah orang Islam diusir dari Sepanyol. Granada Moor jatuh ke tangan Kristian pada 1492 M. Tetapi orang Islam Mudejar dan Sephandi Yahudi masih menetap di Venezia di Kesultanan Ottoman , Turki.

Pengkaji lain mendakwa Injil Barnabas tidak ditulis di Istanbul, tetapi di Rome , Itali kerana ungkapan syahadah dalam Injil Barnabas tidak sama dengan syahadah bahasa Arab .



continue...


[ Last edited by  cronicle86 at 9-5-2008 09:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 10:43 AM | Show all posts
pernah baca ke injil barnabas? kat rumah aku ada injil barnabas dlm translation bahasa indonesia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 10:52 AM | Show all posts
Dikritik oleh Pendeta Kristian
Injil Barnabas telah dikritik oleh oleh 3 dekrit berikut :

Dekrit Gelasius menyebut Evangelium Barnabas sebagai Injil yang dilarang. Injil ini kemudian ditemui dalam Perpustakaan Paus Sijtus V ( 1585 - 1590 ) dan ditemui oleh seorang pastor bernama Pra Marino atau Vra Marino. Injil Barnabas telah dipakai di Gereja sehingga ke masa Dekrit Gelasius.

Injil Barnabas telah 'disembunyikan' bersama-sama Injil-Injil yang lain yang disebut sebagai Apocrypha(Injil meragukan/direka-reka). Kebanyakan daripada Injil-Injil ini berjaya dimusnahkan. Sebahagian lagi hanya diketahui namanya sahaja.

Satu naskah Injil Barnabas yang berjaya diselamatkan oleh Pastor Vra Marino yang sekarang berada di National Bibliothek, Vienna, Austria. Dari naskah yang menarik ini telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk oleh Dr Khalil Saadah(seorg penganut Kristian Otodoks Mesir,menterjemah pada tahun 1908).

Tiga dekrit di atas berlaku sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Nabi Muhamad dilahirkan pada 571 m.Sarjana Kristian Mesir iaitu Dr Khalil Saadah menyatakan Injil Barnabas yang tersimpan di Perpustakaan Vienna , Austria adalah penemuan tak ternilai dalam sejarah. Tebalnya 225 halaman.
Injil Barnabas dilihat sangat anti Triniti dan anti Paul. Sedangkan dalam Bible yang diterima pakai oleh Paus, Paul lebih penting daripada Jesus.

Kisah pastor Vra Marino dianggap sebagai cubaan mengaibkan tokoh-tokoh gereja Katolik Rome pada 1590-an. Vra Marino dianggap cuba memalukan Paus Siktus V yang menjadi ketua gereja pada tahun 1585-1590 yang mana menganggap Injil Barnabas dianggap sebagai hoax(penipuan).


[ Last edited by  cronicle86 at 9-5-2008 09:30 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 10:55 AM | Show all posts

Reply #3 idx's post

tak penah tapi my father salu ckp pasai injil ni masa kecik2 dulu..
dan di situ aku minat utk mgkaji..
dan dr internet byk bicara pasai injil ni..
trutama kalu dgr debat dr ahmad deedat..
salu jgk die utarakn pasai injil barnabas ni..
idx..
kalu ada pape2 nk kongsi..
respon la ek kat sini..
leh kite kongsi ilmu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 10:55 AM | Show all posts

Reply #3 idx's post

tak penah tapi my father salu ckp pasai injil ni masa kecik2 dulu..
dan di situ aku minat utk mgkaji..
dan dr internet byk bicara pasai injil ni..
trutama kalu dgr debat dr ahmad deedat..
salu jgk die utarakn pasai injil barnabas ni..
idx..
kalu ada pape2 nk kongsi..
respon la ek kat sini..
leh kite kongsi ilmu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2008 10:56 AM | Show all posts
sori tenet wat hal..
double post lak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 11:04 AM | Show all posts
Kandungan Injil BarnabasPaul telah menyeleweng
  • Bahawa Paul adalah orang yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Jesus yang sebenarnya.(Lihat Barnabas抯 verse pendahuluan ayat 7 dan 222:3)
Saul yang bergelar Paul atau Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus dan pengikut-pengikutnya. Dia tidak pernah belajar kepada Jesus sendiri
kemudian tiba-tiba ia mengaku bertaubat, seterusnya mengaku pula menjadi rasul Jesus. Dan akhirya oleh penganut Kristian mengakuinya juga sebagai seorang rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci. Barnabas menyatakan Paulus sebagai telah menyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan agama itu dari dalam. Barnabas menyatakan sebab dia menulis Injil Barnabas kerana faktor Paulus yang menyeleweng ini. ( Barnabas Kata Pendahuluan 1-9) ms 51


[ Last edited by  cronicle86 at 9-5-2008 09:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2008 11:06 AM | Show all posts
Jesus tidak mati disalib tetapi Judas Iskariot mati disalib
  • Bahawa Jesus tidak disalibkan yang disalibkan ialah Judas Iskariot(Yahuza).( Lihat Barnabas 112:13-16 ;215:1-6; 217:77-81)
Pasal 215,216,217 dalam Injil Barnabas menyatakan Jesus tidak mati disalib. Sebaliknya Judas Iskariot yang mati disalib.

Judas Iskariot mengetahui Jesus bersebunyi dari sebuah rumah ke sebuah kebun(Gethsamane Garden,kebun pokok zaitun di Palestin) dan berdoa. Lantas Judas Iskariot menawarkan maklumat itu kepada Penguasa Yahudi(King Herod) dengan wang 30 keping emas. Sepasukan askar dengan dipandu oleh Yudas Iskariot pergi ke kebun itu. Allah telah memerintahkan malaikat Jibril, Mikhail, Rufail dan Uril membawa Jesus ke langit ketika 11 orang murid Jesus sedang tidur.

Dengan takdir Allah, Judas Iskariot berubah rupa dan wajahnya menyerupai Jesus. Judas Iskariot menafikan dirinya Jesus walaupun disoal berulang-kali. Judas ditangkap oleh askar dan dibawa ke Jerusalem. 11 murid Jesus berjaya menyelamatkan diri. Judas diseksa, ditutup matanya dan hampir menjadi gila. Tetapi semua yang melihat hanya ketawa kerana menyangka Judas Iskariot buat-buat gila. Jika orang Kristian melihat pasti mereka kasihan.

Kemudian Judas diserahkan kepada Pilatus ( wakil pemerintah di situ). Judas dipakaikan dengan pakaian ganjil berwarna ungu dan mahkota menyerupai raja Yahudi. Yudas dibawa ke Bukit Tengkorak dalam keadaan disalib dan bertelanjang. Yudas berteriak "Ya Allah, mengapa engkau tinggalkan aku. Orang yang bersalah terlepas sedangkan aku mati teraniaya".

Ibu Jesus dan lain-lain telah mengkebumikannya. Barnabas , Yahya, Yakub serta Maryam ibu Jesus telah pergi ke Nazareth. Beberapa orang telah menggali kubur Judas, menyembunyikan jenazah Judas dan menyebarkan berita Jesus telah bangkit sesudah mati disalib.

Kemudian Allah telah memerintahkan malaikat membawa Jesus turun ke bumi untuk menemui Maryam yang kesedihan. Jesus memerintahkan Barnabas menulis kitab Injil.

Pada hari ke-3, Jesus memerintahkan Yakub dan Yahya mengumpulkan tujuh orang muridnya termasuk Nikodimus dan Yusuf. 72 orang lain lain turut hadir untuk makan malam(last supper) di Bukit Zaitun. Bukit Zaitun adalah tempat Jesus naik semula ke langit


Gethsamane Garden dimana Nabi di bawa ke langit oleh jibrail,mikail,urail dan rufail

[ Last edited by  cronicle86 at 9-5-2008 09:32 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 11:09 AM | Show all posts
Muhammad sebagai Masihi
  • Bahasa Masihi yang ditunggu-tunggu kedatangannya bukan Jesus tetapi Nabi Muhammad. ( Lihat Barnabas 96:3-15 ; 97:1-19 ; pasal 190 -191)
Dalam Injil Barnabas, Jesus menerangkan akan kehadiran seorang Masihi yang bernama Muhammad. Muhammad adalah namanya yang diberkati. Jesus juga mendakwa dirinya bukanlah Masihi yang ditunggu-tunggu. (muka surat 97 dan 42:2)
Menurut satu versi Injil Barnabas:
'Dan paderi itu berkata: "Bagaimana Masihi itu akan digelar?" {Jesus berjawab} "Muhammad adalah nama berkatinya." ' (bab 97).


Jesus mengaku, dan mengatakan kebenaran: "Saya bukanlah Masihi itu." (bab 42:2)
Kalau penulis Injil Barnabas telah mengalami dalam sebuah masyarakat Kristian, dia akan mengetahui makna masihi secara lain. Dalam Christendom, ia telah mengambil konotasi pada seorang pemerintah yang dianjurkan menyelamatkan para orang yang beriman dari penyelaran. Penggambaran ini sesuai dengan pandangan umat Islam terhadap Muhammad.
Masihi bermaksud penyelamat atau seseorang yang diberkati, dan oleh kerana itu, menurut seorang pedebat Islam Ahmed Deedat, gelaran itu dapat diberikan pada mana-mana nabi, dan Jesus bermaksud Muhammad diberkati Allah.


[ Last edited by  cronicle86 at 9-5-2008 09:33 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 11:09 AM | Show all posts
Nabi Ibrahim mengorbankan Nabi Ismail, bukan Nabi Ishak
  • Bahawa anak Nabi Ibrahim yang hendak dikorbankan menurut Bible adalah Ishak. ( Lihat Kejadian 22: 1-13). Sedangkan dalam Injil Barnabas adalah Ismail ( Lihat Barnabas 208:4-8)
Barnabas juga menyatakan al Masih dari keturunan Ismail bin Ibrahim, bukan dari Ishak bin Ibrahim. ( 43:10). Masihi juga berketurunan Arab.( Barnabas 208:1-2). Anak Nabi Ibrahim yang dikorbankan ialah Ismail dan bukan Ishak. Sedangkan agama Yahudi dan Krstian percaya anak Nabi Ibrahim yang dikorbankan ialah Ishak.

[ Last edited by  cronicle86 at 9-5-2008 09:33 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 11:10 AM | Show all posts
Jesus menghalau Paul yang mendakwa dirinya Allah atau Anak Allah
  • Bahawa Jesus dengan tegas mengengkari ketuhanannya dan mengengkari dirinya sebagai Anak Allah. ( Lihat Barnabas 52:10-14; 94:1-2 ; 112- 5 ; - 10 ; 206: 2-6)
Barnabas menulis Jesus murka kepada Paul dan menuduh Paul sebagai iblis yang berusaha membuatkan Jesus berdosa. Ini kerana Paul memanggil Jesus sebagai Allah atau Anak Allah.( Barnabas 53:6 ; 69:6 ; 70:1, 94:1)
Selaras dengan Islam
Tokoh Islam dari Mesir , Rashid Rida dan Sayyid Abul Ala Maududi dari Pakistan menggunakan Injil Barnabas untuk menerangkan tentang Jesus. Namun Injil Barnabas bukanlah Injil tulen 100 % tetapi mungkin telah ditokok dan dibuang bahagian-bahagiannya. Injil Barnabas dilihat lebih otentik berbanding Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yohanes.


[ Last edited by  cronicle86 at 9-5-2008 09:34 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 11:17 AM | Show all posts
Injil Barnabas ini salu di sangkal oleh penganut kristian tegar sbgai cubaan org islam utk berdakwah..akn tetapi,ia disangkal sama sekali oleh ramai ulama2 dan cendikiawan islam.Antara dalilnya adalah :

  • Injil Barnabas membenarkan minum anggur ( arak ?) tetapi Islam melarang keras.
  • Barnabas menggalakkan perkahwinan monogami .Sedangkan Islam membenarkan poligami jika mampu.
  • Ucapan syahadah tidak sama dengan ucapan syahadah orang Islam berbahasa Arab masa kini.
~~~~ajaran Nabi Isa kemungkinan menghalalkan minuman anggur yg diperam.Tetapi ajaran Rasullulah membatalkan Ajaran rasul2 terdahulu.bergitu juga dgn poligami.perlu di igt bhawa Nabi Musa as iaitu nabi yg mmbawa ajaran Taurat yg di anuti orang Yahudi juga mgamalkan perkhwinan poligami..(mengawini anak2 perempuan Nabi Shuib as ataupun Jethro dalam Taurat aka Tanakh/Torah/Old Tastement)

akhir kata..waallahualam..assalamualaikum..


[ Last edited by  cronicle86 at 9-5-2008 09:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 03:06 PM | Show all posts
tak ada pun ayat2 dr injil barnabas tu....tunjukkanlah ayatnya...

nk juga tgk betul ker nama muhammad tu ad kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 03:51 PM | Show all posts
Nape kecik sangat ler tulisan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 04:24 PM | Show all posts
edit la skit tulisan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2008 09:28 PM | Show all posts

Reply #14 migdal_bavel's post

ok ni antara verse2 yg ada kat gospel of barnabas..

The name of "Muhammad" is frequently mentioned verbatim in the Gospel of Barnabas, as in the following quote:

"Jesus answered: `The name of the Messiah is admirable, for God himself gave him the name when he had created his soul, and placed it in a celestial splendour. God said: "Wait Mohammed; for thy sake I will to create paradise, the world, and a great multitude of creatures, whereof I make thee a present, insomuch that whoso bless thee shall be blessed, and whoso shall curse thee shall be accursed. When I shall send thee into the world I shall send thee as my messenger of salvation, and thy word shall be true, insomuch that heaven and earth shall fail, but thy faith shall never fail." Mohammed is his blessed name.' Then the crowd lifted up their voices, saying: `O God, send us thy messenger: O Admirable One, come quickly for the salvation of the world!'" Barnabas 97:9-10.

The Italian manuscript replaces "Admirable One" with "Muhammad"

~the admirable one adalah bermaksud yg terpuji..dan yang terpuji dalam bahasa arab mmbwa mksd 'Muhammad' atau 'Ahmad' !!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 09:36 PM | Show all posts

Reply #16 Gess's post

da edit da..sori kalu myusahkn korg ngn tulisan kcik tu..hik3 ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 10:53 PM | Show all posts
menarik. cerita la lagi kandungan injil barnabas
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 11:49 PM | Show all posts

Reply #18 cronicle86's post

tenkiu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.077964 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list