CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cronicle86

injil Barnabas(satu2nya injil yg selari dgn ajaran Rasullulah)

[Copy link]
Post time 21-5-2008 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 21-5-2008 03:42 PM


Barnabas ini dikatakan salah sorang dari 12 original Hawari. St Paul yang langsung tak pernah bertemu dengan Nabi Isa a.s. sepanjang hayatnya...(tapi die claim jumpe ruh Isa a.s. Walahualam)


Ini claim paul jumpa Isa a.s yang di muatkandalam bible;

"It is expedient for me to boast; nothing is to be gained by it, but I will go on to visions and revelations of the Lord. I knew a man in Christ above fourteen years ago, whether in the body, I cannot tell; or whether out of the body, I cannot tell: God knoweth; such an one caught up to the third heaven. And I knew such a man, whether in the body, or out of the body, I cannot tell: God knoweth; How that he was caught up into paradise, and heard unspeakable words, which it is not lawful for a man to utter. Of such an one will I glory: yet of myself I will not glory, but in mine infirmities.." 2 Corinthians 12:1-5

Itu pun Dia sendiri tidak pasti dengan 'Visions' itu.. siapa yang dia nampak, "whether in the body, or out of the body, I cannot tell" dan apa yang dia dengar "and heard unspeakable words, which it is not lawfull for a man to utter".

Persoalannya - siapa yang paul jumpa ?, kerana sebelum ini melalui pengakuan paul sendiri, dia adalah musuh kristian nombor satu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2008 04:17 PM | Show all posts

Reply #63 migdal_bavel's post

Kalo mcm tu apsal yahudi x iktiraf Isa (a.s) sdngkan dia ikut ajaran judaism. Just nk tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2008 04:49 PM | Show all posts

Reply #60 migdal_bavel's post

ko leh bukak link ni..
pnjg link ni..12minit..ada 12 part sume..tgk sume ek..

http://www.youtube.com/watch?v=w_b0I5ZWZFs&feature=related
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 05:49 PM | Show all posts

Reply #65 molotov's post

sebab dia buat ajaran baru selepas itu

soal sama ada paul lah yg mengubah ajarannya, itu ak x tau dan berlepas diri

tapi sudah terestablished pemahaman kita sedunia bahawa kristianiti diasaskan oleh jesus

kalau macam tu, kenapa islam x iktiraf kristianiti sebab islam kan menerima jesus?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 01:06 AM | Show all posts

Reply #67 migdal_bavel's post

Owh. Maksud ko Yahudi iktiraf Jesus sbgai prophet tp x iktiraf Christianity la. Macam Islam gak ke???
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 01:23 AM | Show all posts

Reply #68 molotov's post

tak, yahudi tak iktiraf jesus

maaf kalau bahasa melayu ak sangat teruk sampai ko terkeliru

kadang2 ak pun x paham ap ak tulis

maksud ak, jesus dulu adalah penganut asal judaism tapi kemudiannya, dia mengasaskan ajaran sendiri dan menyeru umat Yahudi mengikutinya

maka sebab itulah yahudi tidak menerima jesus

sama la mcm ayah pin, atau rasul melayu di KL baru2 ni tu...diorang kan asalnya muslim, tp bila dah buat ajaran baru yg bertentangan dgn islam, maka sudah tentu tertolak dan tidak diiktiraf

samalah halnya terhadap jesus sbb dia mengaku sbg anak Allah...maka adalah mustahil bagi Allah mempunyai anak

bagaimanapun, hubungan Yahudi dan Kristianiti tetap baik biarpun berlainan akidah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2008 10:30 AM | Show all posts

Reply #69 migdal_bavel's post

mhhhhh..NAbi ALLAH ISA tidak pernah pun mengaku dia anak tuhan....
mmhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #71 milay's post

itu menurut ajaran Islam kan?

menurut ajaran Kristianiti, dia mengaku

jadi, yg selayaknya mentakwil kedudukan ajaran jesus yg sebenar adalah org2 kristian sendirilah

kita bukan org kristian, mana kita tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 02:58 PM | Show all posts

Reply #72 migdal_bavel's post

mmh..aku pernah terbaca dlm previous post ko. kata u all menunngu turunnya nabi Isa juga di akhir zaman..
tp mcm konflik pula dgn ayat di atas bila ko ckp u all tak iktiraf nabi Isa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 03:00 PM | Show all posts

Reply #72 migdal_bavel's post

jawapan ko ni mcm jawapan budak upsr..x mcm previous post ko sebelum2 ni...
pelikla...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 03:13 PM | Show all posts

Reply #73 milay's post

ko tersilap baca kot....maksud ak kitorang tunggu messiah kitorang

yang mana, messiah itu kononnya adalah jesus menurut kristianiti dan islam

jangan perlekehkan orang lain, sebab Allah lah Penilai terbaik, bukan diri kita

ak akui yg ak bukanlah berilmu sgt mcm korang

tp, menurut ajaran Judaism, memang jesus tak diiktiraf

umat Yahudi menunggu messiah yg mana, bukanlah jesus sebab kriterianya tertolak...

ini adalah asas Judaism yg semua org patut ketahui

semoga Allah mengampunkan dosa ak kerana telah kelirukan ko yg ingat jesus itu adalah ditunggu-tunggu umat Yahudi padahal ini adalah suatu yg bertentangan dgn Aqidah Yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 23-5-2008 12:23 AM
tak, yahudi tak iktiraf jesus

maaf kalau bahasa melayu ak sangat teruk sampai ko terkeliru

kadang2 ak pun x paham ap ak tulis

maksud ak, jesus dulu adalah penganut asal judaism tapi kemu ...




setahu aku nabi isa tak pernah mengaku dia anak tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:20 PM | Show all posts

Reply #69 migdal_bavel's post

owh baru aku paham.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:58 PM | Show all posts

Reply #75 migdal_bavel's post

penganut Islam / kristian / Yahudi..semuanya menunggu 'penyelamat di akhir zaman.."
adakah org yg dituggu oleh ketiga2 agama langit ini org yg sama?...
messiah yg dituggu oleh penganut judaism...apah ciri2 yg ada beliau?
selama hari ini..aku ingat kita semua menuggu kedtgan semula Nabi Allah Isa..
Betulka..judaism menolak Nabi Isa aka jesus? aku pertama kali dengar ini..
sbb apa yg aku faham..ajaran Nabi Isa telah diselewengkan ..
konsep trinity itu bukan ajaran beliau.....
Satu soalan..didalam kitab taurat/talmud..ada tak ke kisah mengenai /nabi Allah Isa/nabi mohamad?


psst..ko ni jgnla..sikit2 ckp org memperlekehka...aku tgk byk juga ko memperlekehkan fahaman org  gak..
sinis lagi...sesama la kita belajar...adat la dlm mencari ilmu..terasa sikit2 tu...

[ Last edited by  milay at 23-5-2008 05:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 06:57 PM | Show all posts

Reply #78 milay's post

penganut Islam / kristian / Yahudi..semuanya menunggu 'penyelamat di akhir zaman.."
adakah org yg dituggu oleh ketiga2 agama langit ini org yg sama?...
selama hari ini..aku ingat kita semua menuggu kedtgan semula Nabi Allah Isa..


oh, maka betullah ko tersilap paham dalam menisbahkan perkataan messiah yg ak tulis itu sebagai jesus/isa...

tidak, hanya kristian dan muslim saja yg menunggu isa...

kami menunggu messiah lain yg sesuai menurut nubuat2 yg ditulis dalam al-Kitab kami

Betulka..judaism menolak Nabi Isa aka jesus? aku pertama kali dengar ini..sbb apa yg aku faham..ajaran Nabi Isa telah diselewengkan ..
konsep trinity itu bukan ajaran beliau.....


oh oh, kalaulah kami mempercayai akan isa, sudah tentu ajaran Judaism telah lama ditinggalkan sebab ajaran Kristianiti (kebanyakan denomination) di bwh jesus telah menfasakh banyak hukum-hakam suruhan dlm Judaism seperti berkhatan, makanan kosher, menghormati shabbat etc

betul ker ajaran kristianiti diselewengkan?

apa hak kita, org bukan kristian yg sanggup memandai-mandai ckp agama kristian itu bukan ajaran isa tetapi ajaran paul?

ak tny kawan2 kristian ak, diorang siap tunjuk ayat2 yg menerangkan bahawa isa sendiri mengaku sbg anak Allah

ak dah lupa ayat2 tu tp kalau korang nak ak panggilkan rakan2 ak dr board C&C, ak boleh tolong panggilkan supaya diorang menegakkan kebenaran
bahawa isa sendiri mendirikan ajaran kristianiti yg kini

korang kene paham, bahawa fahaman yg mengatakan bahawa ajaran isa itu diselewengkan adalah fahaman dlm agama Islam korang je, ia tidak teraplikasi dlm fahaman kristianiti mahupun yahudi

bagi yahudi, ajaran kristian jelas mengajar konsep trinity dan konsep itu diajar oleh jesus

jikalau korang nk cakap isa difitnah dan ajarannya diselewengkan, maka ak pasti korang akan ckp ajaran musa kami pun diselewengkan dan kami mengikut syaitan selama ini...

tolonglah hormati agama kami, sama seperti kami menghormati agama korang

kalau korang nak hina kami atas dasar terdapat org2 kristian dan yahudi yg memfitnah dan mempermainkan agama Islam dan org2 muslim,
adakah ini yg disuruh oleh Islam?

adakah dgn membalas dendam terhadap org2 yg sepenganut itu sunnah yg diajari muhammad biarpun penganut itu tidak mencerca kamu, tp sebab saudara2 sepenganutnya telah menghina kamu, maka kamu bolehlah menghina mereka? macam tu erk?

Satu soalan..didalam kitab taurat/talmud..ada tak ke kisah mengenai /nabi Allah Isa/nabi mohamad?


Taurat (dengan kata umum merujuk kepada Ibrani Bible yg terdiri daripada 24 buah kitab suci) adalah wujud terlebih dahulu daripada isa dan muhammad

maka, kisah2 tentang mereka sudah tentu tiada

yg ada hanyalah ramalan2 dan nubuat2 yg umum, yg meramalkan kedatangan nabi besar, yakni messiah yg ditunggu-tunggu kami

bagi org2 kristian, kitab2 kami yg 24 buah itu merupakan kitab perjanjian lama mereka, yg dilengkapi oleh kitab2 perjanjian baru

sebab itulah mereka percaya terhadap kitab2 kami di samping menambahkan kitab2 baru (new testament)

kitab2 new testament itu menjawab segala ramalan dan nubuat yg terdapat dlm kitab2 Ibrani Bible kami (yg mereka panggil old testament)

maka, kesimpulan yg mereka dapat ialah, jesus itulah messiah yg kami, umat yahudi tunggu2kan

ok, sekarang kitab Talmud

Talmud adalah Taurat dalam bentuk lisan yg dibahaskan (oleh ramai pendeta) sebenarnya

dan dlm perbahasan itu, ada nama2 isa dan muhammad yg diiktiraf sebagai nabi dan messiah palsu

ada bahagian khusus dlm Talmud yg menceritakan perilah isa itu, bahkan utk menyebut nama ibraninya adalah haram bg kami sebab isa mengaku dirinya Allah

dan perihal muhammad, syarahan tentangnya pula lebih kepada kedudukan ajaran islam itu di sisi judaism di mana, islam adalah bida'ah kpd judaism

ak x mahu bahaskan kedua-dua tentang isa dan muhammad sbab ini hanyalah kepercayaan judaism dalam menghukumi mereka, maka ak khuatir korang akan terasa hati dan terhina dan terjadilah peperangan agama di sini...padahal kita pada mulanya membincangkan perkara yg umum


messiah yg dituggu oleh penganut judaism...apah ciri2 yg ada beliau?


kedatangannya memerlukan penggenapan nubuat2 yg tertulis dalam Biblie Ibrani kami yakni kitab2 TaNa''Ch:

1. Penubuhan kembali institusi Sanhedrin (Mahkamah Syariah Agung Yahudi)
2. Dia akan menjadi Raja Yahudi dan para pemerintah dunia akan bernaung di bawahnya
3 Seluruh dunia akan menyembah Allah yang Esa yakni Allah orang Israel (sebab umat Israel terlebih dahulu mengenali Allah melalui nabi2 yg diutus oleh-Nya)
4. Baginda mestilah berketurunan Raja Daud (Nabi Daud)
5. Baginda mestilah seorang yang takwa dan taat terhadap halachah (syariah Yahudi)
6. Kejahatan dan kezaliman tidak akan wujud di bawah pemerintahannya
7. Ilmu dan pengetahuan tentang Allah akan menyelubungi dunia
8. Dia akan diikuti setiap manusia tanpa mengira bangsa dan kebudayaan
9. Seluruh Israel akan pulang ke tanah air mereka-Israel
10.Tiada lagi kebuluran, penyakit dan kematian. Semua orang akan hidup selama-lamanya sehinggalah kiamat berlaku
11.Umat Yahudi akan menikmati kebahagian dan keriangan
12.Baginda akan menjadi rasul keamanan
13.Setiap umat dan bangsa mengakui dan memohon maaf atas kesalahan yang mereka buat terhadap Umat Israel
14.Setiap manusia di atas muka bumi akan menjadikan Umat Yahudi sebagai Cahaya atau Rahmat mereka dalam mentarbiyahkan rohani mereka
15.Bandar-bandar yang termusnah di Israel akan dibangunkan kembali
16.Senjata-senjata peperangan dunia akan dihapuskan dan tiada lagi peperangan sehinggalah kiamat
17.Haikal akan dibina semula agar tanggung jawab2 keagamaan Umat Yahudi akan disempurnakan
18.Baginda akan menyempurnakan dunia ini dengan mengajari setiap manusia tentang penyembahan terhadap Allah yang Esa
19.Orang-orang Yahudi akan khatam pengetahuan mereka tentang seluruh Taurat tanpa perlu mempelajarinya. Bahkan merekalah Taurat yang berjalan.
20.Segala keinginan dan hasrat kita akan disempurnakan oleh baginda
21.Dia akan menukarkan tanah-tanah yang gersang kepada tanah yang subur dengan tanaman

Jelas di sini, jesus dan muhammad tidak mencapai kriteria2 di atas

sebab jesus telah menasakhkan hukum hakam yahudi...

jauh sekali bg muhammad yg di dalam ajaran Islamnya, dia mengharamkan umatnya daripada mengikuti sunnah2 orang Yahudi

psst..ko ni jgnla..sikit2 ckp org memperlekehka...aku tgk byk juga ko memperlekehkan fahaman org  gak..
sinis lagi...sesama la kita belajar...adat la dlm mencari ilmu..terasa sikit2 tu...


betul, ak memang sarkastik dan sinis dlm menjawab soalan2 yg menghina kepercayaan ak...begitu juga setiap Yahudi yg lainnya

itu adalah marhalah mu'amalah yg dituntut  oleh agama kami dalam memberi pelajaran terhadap mereka yang mempersoalkan kedudukan ajaran kami sewenang-wenangnya,

agar orang2 sedemikian insaf bahawa mereka tersilap dlm menyoal danmenghakimi kami dan agar mereka sedar bahawa agama mereka juga pastiakan sewenang-wenangnya disoal dan dihakimi sedemikian rupa nanti
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 08:19 PM | Show all posts

Reply #79 migdal_bavel's post

Al-Masih (penyelamat) dari sudut Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda;
.. Maka kedudukan 'Isa dalam umatku (muslim) itu adalah,
1. Sebagai pemegang pemerintahan yang adil.
2. Pemimpin yang jujur
3. Menghancurkan palang salib.
4. Menyembelih (membunuh) babi.
5. Menghapuskan perpajakan (membawa erti bahawa satu-satunya agama yang diterima adalah Islam kerana dimaklumkan, pemerintah Islam tidak mengambil pajak dari penganut Islam)
6. Sedekah di tinggalkan ( tidak ada yang suka menerima, sebab kekayaan umat manusia sudah melimpah ruah)
7. Tidak lagi diurus kekayaan yang berupa kambing dan unta.
8. Kedendaman dan kebencian lenyap sama sekali (semua hidup dalam aman damai).
9. Dihilangkan racun segala sesuatu yang mengandungi racun, sehingga anak kecil lelaki memasukkan tangan dalam mulut ular, tapi tidak menyebabkan bahaya dan pula seorang anak perempuan menghalau harimau, tapi tidak menyebabkan bahayanya.
10. Serigala ada dikalangan kelompok kambing, tapi hanyalah sebagai anjingnya (menjaga kambing).
11. Seluruh permukaan bumi penuh kesejahteraan sebagaimana penuhnya suatu bekas dengan air.
12. Kalimat menjadi satu (manusia seia sekata- bukan terpaksa atau takut)
13. Yang di sembah hanyalah Allah.
14. Peperangan sudah meletakkan bebannya (tiada sebab untuk berperang)
15. Golongan Quraisy dapat memperoleh kerajaannya (kekuatannya)
16. Bumi adalah umpama bekas perak dan menumbuhkan tanamannya seperti dizaman Adam (elok dan penuh keberkahan).

     Dengan terlaksananya perkara-perkara diatas, maka janji Allah s.w.t. akan menjadi kenyataan bahawa Islam akan dinampakkan sangat tinggi dan diluhurkan diatas semua agama yang pernah ada didunia ini,

Firman Allah s.w.t Surah Fath ayat 28
" Dia (Allah) yang mengutus rasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk memenangkannya diatas seluruh agama dan cukuplah Allah itu sebagai saksi"

   Nampak seperti ada persamaan dengan nubuat yang kamu sebut kecuali perkara-perkara yang lebih condong kepada kepentingan kebangsaan yahudi.

[ Last edited by  Nazrulism at 23-5-2008 08:35 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2008 10:53 AM | Show all posts

Reply #79 migdal_bavel's post

bgus ulasan ko..tambah2 bab kitab taurat tu..
bgus2..
tp aku nk tya kat ko..
cane ngn zionisme?
kan yahudi tu..camne ngn pdekatan zionisme yg mghalalkn ptumpahan darah?
lagaknya macam golongn messiah..tp mghalalkn ptumpahan darah..
dan dikatakn ttubuhnya zionisme kerana buku manual 'protokol org2 tua yahudi'(the eldest jews's protokol)...
ko tau tak buku tu?
mcm teramat femes je kn?
arap leh kgsi ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 01:08 PM | Show all posts

Reply #81 cronicle86's post

majoriti yahudi adalah zionists

zionism halalkan pertumpahan darah? tak lah

yg melakukan tumpah darah adalah polisi israel yg agak kejam terhadap rakyat palestine

dan mereka tidak layak utk mewakili zionism keseluruhannya

macamlah al qaeda yg menumpahkan darah org2 bukan muslim yg tak berdosa, diorang tidak menunjukkan bahawa islam itu menghalalkan tumpah darahkan?

yg rabbi2 menghalalkan pergi berperang itu adalah sebab orang2 arab yg mulakan dahulu maka adalah wajib utk pertahankan tanah air

bg perang lebanon baru2 ini, itu tidak sah disisi judaism sbb israel yg mulakan dahulu

sbb itulah kita tgk israel agak dimalukan dlm perang itu kerana Allah tidak merestui perang itu

Allah menyertai perang yang sah sahaja

mcm perang 6 hari yg menakluk Yerusalem...itu adalah perang yg mulia

kesimpulannya, jgn hukumi zionism dgn melihat kejahatan2 askar israel dan polisi semasa israel sbb diorg (kerajaan israel) tu kan bukanlah org2 yg alim dan taat kpd agama sgt

protokol of zion tu ak x tahu dan malas nk ambil tahu sbb itu fitnah

itu adalah tulisan org2 russia yg bencikan yahudi dan anti semitik serta anti zionist

anda boleh buat kajian sendiri yg ini adalah great fraud yg diciptakan manusia dlm memfitnah org yahudi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2008 12:56 PM | Show all posts

Reply #82 migdal_bavel's post

mcm mana ko leh kate fitnah..
ni bukn nk memprovokasi..atau mmpersoal..
sbb henry ford sndiri mgaku pasal protokol itu..
siap ada persidangan lagi die ckp..
heny ford juga adalah jews..
migdal..
aku myangkal tuduhan ko yg mgatakn pelestin yg mmulakn dulu..
palestin tak pnh mmulakn dulu..org palestin mpertahankn tanah air dorg..
kn kalu di ikutkn sjarah..israel yg mceroboh..msuk negara dan bunuh rakyat pelestin tak kira kcik besar tua muda..kejam sgguh!
aku myangkal btol2 tuduhan ko tu..
die myangkakn pelestin adalah tanah dorg..n hndak hapuskn pelestin..kalu gitu..aku hendak singapura tu..tu kn tanah kite dulu..
israel skrg mnggunakn kkuatan yg die ada utk mlakukn kkjaman..aku takkn lupe pristiwa shatila..
satu lgi..masa mula pjajahan yahudi dulu..bukn islam yg berperang..tp org arab kristian..sbbnya..mmpertahankn tanah air..yela..tanah air dorg kn..spe tak marah org masuk umh kite snng2..biadap plak tu..
harap ko ikut sjarah pperang zionism n plestin trutama mujahiddin pelestin..

jap..nape ko gune nama ALLAH..kalu ko yahudi..ko akan gune YHWH kn..igt..elohim atau ALLAH dah lama Yahudi tak  gune..sama juga pggunaan ben dalam nama org yahudi..sbbnya..tak nk sama ngn bahasa arabic..

ko yahudi kn?
migdal..
sori kalu terkasar bahasa..aku ingin mprtahan golongan seagama aku..nk btol persepsi ko..igt..palestin tak pnh mmulakn..sjarah mbritahu kite..ISRAEL yg memulakn(mnceroboh)!..

waallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 02:00 PM | Show all posts

Reply #83 cronicle86's post

google sendiri pasal great fraud of protocol of elders of zion

anda boleh baca sendiri bukti2 tu

henry ford kan neo nazi

apa pulak dia jewish

ko hanya baca pasal sebelah pihak, ko tak tengok bukti2 yg menunjukkan buku itu adalah palsu dan tak terkarangpun oleh yahudi

alah, malas lah nak cakap pasal israel palestine kat sini, ambik ajalah singapore tu, itu bukan tanah air ak

ambik juga semua tanah2 kat asia tenggara ni, tak ada masalah

yg ak tau, orang2 arab israel hidup dgn baik dan mesra dgn yahudi israel, bukannya seperti melayu, cina dan india yg hidup saling berprasangka di malaysia ini (rujuk chinese cari forum dan CI khususnya, ataupun RSF)

nampaknya, ramai juga orang muslim yg tak suka orang2 Yahudi guna nama Allah, padahal dlm Al-Qur'an, Allah cakap Dia disembah oleh orang2 Yahudi

pasal penggunaan nama Allah itu, kesemua kitab2 yahudi yg menafsirkan dan memudahkan pemahaman Talmud  dalam memahami Aggadah (Akidah/Tauhid/Usuluddin), Halachah (Syariah/Fiqh) dan Kabbalah (Sufi/Ihsan/Akhlak) adalah terkarang dalam bahasa Arab dan Tuhan ditulis dengan nama Allah

ko tak pernah mempelajari agama Yahudi, yg ko pelajari hanya sejarah2 yahudi yg diputarbelitkan, yg menghina org2 yahudi, itu saja

ben tidak digunakan oleh yahudi di eropah saja dalam memudahkan pergaulan mereka dgn masyarakat eropah setempat

jangan cuba berbuat fitnahlah yg ben itu x nak disamakan dgn arab

bahasa ibrani dihidupkan kembali oleh ben yehudah dgn pertolongan bahasa arab dan dia adalah zionist yg mulia dan semua yahudi berhutang padanya dalam mengembalikan lidah bahasa ibrani setelah 2000 tahun tak menjadi bahasa ibunda

dan selepas israel diwujudkan, rmi yahudi eropah membuang nama2 yg berbau bukan yahudi itu dan gunakan semula ben tapi sebagai nama keluarga saja

maksudnya jika dahulu ia adalah jacobsons, maka stelah pindah ke israel, mereka ubah menjadi ben-ya'akov

kesemuanya (anak, cucu, sedara mara yg bernama jacobsons) ini akan ditukar nama keluarga tersebut sbg ben-ya'akov

penggunaan ben yg menghubungkan ayah dan anak (cth, yehudah ben avihu) itu wujud dlm ritual2 keagamaan mcm nama2 yg terpahat di batu nisan, manakala penggunaan ben yg menghubungkan ibu dan anak (cth, idan ben miryam) juga berkaitan dgn keagaamaan seperti apabila ingin mendoakan seseorang itu, maka perlulah sertakan nama penuhnya dgn berbinkan ibunya...

dan bg pengetahuan ko, org2 arab sendiri pun tiada bin sebab mereka guna nama keluarga

kalau ad bin pun, ia digunakan ebagai nama keluarga (cth, bin ladin), bukan seperti di malaysia ini, yg menggunakan bin utk menghubungkan ayah dan anak

tak perlulah seolah2 nak wujudkan ketegangan yahudi dan arab

yahudi dan arab lebih mesra daripada yahudi dan melayu..itu pendapat peribadi ak dan ko sebagai melayu patut berasa malu dgn prestasi bangsa ko yg sudah hilang penghormatan oleh org lain...(padahal, masa mula2 ak dtg dahulu di malaysia, punyalah mesra bagai nak rak korang ni yer,byk lah madah2 berhelah... pandai betul berhipokrit)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.194498 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list