Originally posted by miszlala at 10-5-2008 07:46 AM
aku nk tya ni...hari ibu ni bape haribulan sebenarnya? 10mei ke 11mei ke 13mei ke....aku konpius la.hrp ada yg sudi jwb soalan aku ni
Di Malaysia dan sebahagian besar negara lain pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun diadakan sambutan Hari Ibu. Pada hari ini anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang anda lakukan untuk ibu anda hari ini walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan ibu anda.
Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).
Ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.
:pompom:For my mom and all mothers out there :pompom:
Sehari Dalam Hidup
Sebelum fajar tiba dia dah terjaga
Tertunai subuh diiringi doa
Agar sekeluarganya dilindungi yang Esa
Bergegas ke dapur, sarapan diatur
Dan sedar tak sedar semua beredar
Walau sunyi dirumah
Bukan bererti tugas berakhir
Tak putus berhenti
Untuk memastikan mereka pulang ke syurga
Masalah hadir baru dia dipanggil
Dan lantas memberi ketenangan hati
Dia permaisuri dalam keluarga
Dia juga hamba di dalam istana
Tiada meminta sebarang balasan
Cukuplah sekadar dihadiahkan senyuman
Selepas senja berlalu
Dia akan menunggu
Kepulangan disambut dipintu
Walau hanya sekelip mata
Mereka kekamar
Dia memastikan semua terlena
Terbisik di hati 攨selesai tugasku厰
Itulah sehari dalam hidup ibu
Happy Mother's Day kepada Bonda tercinta Puan Salmiah Binti Abu Bakar..
Semoga kebahagiaan dan keredhaan Allah sentiasa mengiringimu di mana jua dikau berada...
dan kudoakan agar DIA mengurniakan kesihatan yang baik & kesejahteraan hidup kpdmu...Amin..