CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 41718|Reply: 23

Gunung Tahan : Sejarah & Konspirasi -

[Copy link]
Post time 11-5-2008 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Konspirasi Gunung Tahan
Oleh Mohd Azis Ngah | Gambar Nurul Shafina Jemenon dan Arkib Negara


PANGLIMA Kakap Hussein, Penghulu
Kuala Tembeling di Kuala Tahan.



Pembesar Melayu mensabotaj penjelajah Inggeris yang ingin merampas hasi bumi berpakat degan penunjuk arah untuk memutarbelitkan laluan ke puncak gunung


BERDASARKAN kajian sejarah seperti yang tertulis dalam jurnal oleh Skinner (1878), rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay pada 1875.

Beliau dikatakan mengesan gunung itu dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Gunung Tahan juga dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai Gunung Rotan, Gunung Ulu Tanum dan Gunung Siam.

Gunung Tahan juga dipercayai mendapat namanya selepas dikategorikan sebagai satu kawasan larangan (Forbidden) atau 'tahan dari datang atau didekati'. Larangan ini tidak dapat dipastikan alasannya tetapi kemungkinan untuk menjaga semangat gunung.

Alasan yang tersirat mungkin untuk menjaga khazanah alam di kawasan itu agar terus terjaga. Sejak akhir abad ke 19, banyak ekspedisi dijalankan untuk menjelajah dan meneroka puncak gunung ini serta membabitkan kumpulan diketuai rakyat Inggeris dengan bantuan penduduk tempatan.

Menariknya, walaupun banyak ekspedisi diketuai penjelajah Inggeris dilakukan, semua ekspedisi itu gagal untuk sampai ke puncak gunung terbabit, malah ada kalanya mereka masih menggunakan laluan sama dengan kumpulan terdahulu.



Di sinilah timbulnya andaian akan peranan pembesar Melayu ketika itu dalam menghalang ekspedisi meneroka hasil alam semula jadi di negara tercinta sehingga timbul cerita kemungkinan mereka mensabotaj bagi mengelak hasil bumi dikaut penjajah.

Secara logiknya, penduduk tempatan yang tinggal di kawasan itu tidak menghadapi masalah kerana ia adalah kawasan mainan mereka, tempat berburu serta mencari rezeki hutan.

Menurut kajian awal yang dijalankan pensyarah Jabatan Pengurusan Hutan (Perniagaan Rekreasi dan Pemasaran), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Azlizam Aziz, walaupun tidak mempunyai bukti dalam bentuk catatan mengenai andaian sabotaj itu, beliau percaya ia berlaku.

Hujahnya mudah, pembesar Melayu ketika ini memang orang yang cukup berpengaruh dan rakyat sememangnya taat setia kepada Sultan dan pembesar. Apa saja perintah dan arahan mesti dipatuhi. Rakyat yang enggan berbuat demikian akan dianggap menderhaka.

Dalam kajian sejarah pembukaan trek ke puncak Gunung Tahan, beberapa nama individu pernah dicatatkan dan mereka mempunyai peranan dan pengaruh yang cukup besar menentukan hala tuju ekspedisi ditaja penjelajah Inggeris.


Bermula dengan ekspedisi arahan Sultan Ahmad pada 1881 bertujuan mencari harta karun di puncak gunung kononnya terdapat tempayan mengandungi 'ibu emas' dan 'ibu perak', ia diikuti beberapa ekspedisi lain diketuai penjelajah Inggeris.

Sepanjang tempoh itu hingga 1905 yang membawa kepada penemuan puncak Gunung Tahan, beberapa nama penduduk tempatan pernah dicatatkan antaranya Panglima Garang Yusuf, Penghulu Bakar, Panglima Kakap Husin, Datuk Tok Muntri Idin, Dolah dan Mat Akib, Bulang, Mat Aris, Che Nik dan Mu'min, Mat Leher dan Mat Rifin, Yusuf Sukiman (penunjuk arah), Orang Dayak/Borneo Man atau penjejak Iban.

Bagaimanapun, Panglima Kakap Husin mempunyai pengaruh kuat dan popular manakala pada peringkat pelaksana arahan (bawahan) membabitkan empat orang iaitu Bulang, Mat Aris, Che Nik dan Mu'min yang mencatat sejarah sebagai kumpulan pertama menjejak kaki ke puncak Tahan.

Dr Azlizam berkata, beliau percaya ketika itu sudah wujud tanggapan kuat bahawa segala harta bumi di tanah air sendiri perlu dijaga, jangan sekali-kali serahkan kepada 'Orang Putih'.

Kemungkinan besar Pembesar Melayu ketika itu cuba menyelamatkan kawasan mereka, dengan cara menyukarkan penjelajah Inggeris daripada masuk ke kawasan 'larangan'. Mungkin mereka yang memberi arahan kepada penunjuk arah supaya 'jangan beri Orang Putih sampai ke puncak'.

"Itu andaian kita, tak direkodkan dan tiada bukti tetapi logiknya boleh terjadi. Banyak yang kena kaji, yang bertulis dan lisan. Pembesar dulu memang bijak, mereka 'tipu' penjelajah Inggeris dengan berpakat bersama penunjuk arah supaya memutar belit laluan. Kebanyakan ekspedisi gagal di kawasan sama iaitu di Teku Gorge," katanya.

Panglima Kakap Husin yang juga Penghulu Hulu Tembeling dikatakan sering didatangi kumpulan ekspedisi yang memintanya menyediakan bantuan peralatan, makanan, penunjuk arah, pembantu terdiri daripada penduduk tempatan.

Ekspedisi paling menarik seperti yang pernah dicatatkan ialah Ekspedisi Robinson pada 1905. Dalam ekspedisi itu, Robinson tidak merekodkan siapa yang pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Tahan, beliau cuma mengatakan empat pembantu mereka berbangsa Melayu secara bersama tiba di puncak Tahan pada jam 10.15 pagi pada 16 Julai 1905.

Mereka ialah Che Nik, Mu'min, Mat Aris dan Bulang yang memainkan penting dalam ekspedisi itu yang dikatakan terlalu sukar selama dua bulan untuk sampai ke puncak.

Robinson menggambarkan empat sekawan itu sebagai orang yang sangat periang, sentiasa menganggap setiap masalah atau cabaran itu suatu yang mudah untuk diselesaikan - itulah rahsia kejayaan mereka mengharungi ekspedisi yang panjang.

Ekspedisi Robinson bermula di Kuala Tembeling pada pagi 17 Mei dengan menaiki bot menuju ke Kuala Tahan dan mereka bergerak melalui Sungai Tahan menuju ke Kuala Teku dengan menaiki 14 sampan yang mengambil masa empat hari untuk sampai.

Kumpulan itu terdiri daripada 65 orang membawa bekalan makanan seperti 15 beg beras seberat 25 kilogram setiap satu, ikan masin dan ayam hidup. Mereka menggunakan bakul diperbuat daripada rotan dan daun palma yang besar.

Pelbagai masalah timbul menyebabkan ramai peserta menarik diri kerana tidak sanggup, ada mendakwa disampuk 'penghuni' hutan dan ada yang mendakwa tidak dibayar gaji.

Pada minggu pertama Jun 1905, kumpulan itu mendaki sepanjang permatang tidak bertanda dikenali sebelum tiba di 'Bukit Pemerhatian'. Di situ, mereka melihat dua bukit di depan sebuah padang yang sangat luas. Kedua-dua bukit itu dinamakan Gunung Tangga Lima Belas dan Gunung Reskit.

Pada 7 Jun, dua penunjuk arah, penduduk tempatan berbangsa Melayu, memacakkan bendera di Gunung Gedong yang berada pada tiga kilometer dari Bukit Pemerhatian tadi.

Pada 16 Julai 1905, Che Nik, Mu'min, Mat Aris dan Bulang mencacat sejarah apabila berjaya membawa kumpulan ekspedisi itu ke puncak. Walaupun Robinson berahsia siapa yang paling awal sampai, beliau merekodkan bahawa mereka sampai secara bersama.

Catatan beberapa ekspedisi menawan puncak Gunung Tahan (berdasarkan kajian penyelidik UPM):

# 1875 - Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).

# 1880 - Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak.

Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.

# 1884 - Residen Perak, F A Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.

# 1893 - H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan.

Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.

# 1890 - Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.

# 1989 - W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak.

Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.

# 1902 - Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.

# 1905 - Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan.

Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).

# 1906 - Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.

# 1912 - Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki.


-----------------------------------------------------------------------------------------------
interesting macam2 route pulak yang diikuti --  saya ikut route yang
memang semua orang ikut pun.. dan dah sampai ke puncak pun
masa ada challenge tahan dulu --  and it's nice --

saya rasa bila kita masuk hutan ni - kena hormat sikit... tak perlu nak
meludah sana sini... tak perlu jerit jerit macam kambing... just tahu
apa yang nak buat... and tahu kenapa kita daki tu... --

gunung tahan ni about half of gunung kinabalu - about -  tapi still
mencabar nak daki kalau tak ada preparation or stamina -- but a good
climb --  bagus juga kita find out tentang sejarah gunung tahan -- dan kalau
tak silap saya  banyak juga kan, kes2 di mana orangramai  sesat masa nak
camping kat gunung tahan... maybe kena belajar mengenai gunung ni dulu -
dan niat kita tu bagus masa nak camping or climbing the mountain -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 05:33 PM | Show all posts
Aku naik gunung Tahan sekali jer, tahun 1997.
Trek dari Merapoh ke Kuala Tahan.

Aku rasa kalau orang putih jadi naik gunung ni sure nama dia bukan Gunung Tahan.
Akan jadi nama Inggeris macam Gunung Everest.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 06:44 PM | Show all posts

Reply #2 sofianbm's post

make sense -

nasib baik tak namakan mount robinson, eh...
tapi ada air terjun robinson -- kat cameron highland tu -

anyway - mount robinson saya dah naik kat alberta  -
masa saya pergi banff and lake louise - camping kat mount
robinson park -  a beautiful place -
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 06:56 PM | Show all posts
Gunung Tahan kalau nak dekat naik ikut Merapoh, kalau nak thrill naik ikut Kuala Tahan,jauh gila,dulu tahun 1992 pergi,naik dan turun ambil masa seminggu .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 09:23 PM | Show all posts

Reply #4 rempo's post

ikut Kuala Tahan lebih adventurer -
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 12:01 AM | Show all posts

Reply #5 dexa's post

Ya betul lebih adventure.Entah berapa banyak gunung kena daki dan turun,entah berapa batang sungai kena redah dulu sbl sampai kaki G.Tahan.Yg paling saya ingat ada satu gunung tu namanya G.Rajah(on the way ke kaki G.Tahan), banyak betul pokok tongkat ali,sempat juga cabut 7/8 batang pokok buat stok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2008 02:36 PM | Show all posts
g tahan ni kalau nak sampai puncak nye kena redah 28 bukit, kena cross 7 sungai and naik 7 gunung. tu yg guide saya bagitau masa kami naik tahun '95 dulu. kami naik dari merapoh and turun kat k tahan. hampir 9 hari jugak ler naik turun gunung tu. macam2 mende kami nampak hehehe...

sebelum naik kami gi training naik g nuang selama 2 bulan. mmg berbaloi training ni. aku siap turun 2kg asa ekspedisi nih.

kat puncak ade kolam. mmg sejuk giler air dia. kemah aku kat tiang besi penanda aras gunung. angin mmg kuat dan sejuk. time tu mmg rasa nak mkn je sebab sejuk.

kami gi 30org...ada 2 guide. time tu kos tak mahal sgt. dengar sekarang guide kenakan rm1000 per trip.

mmg mysterious xpdc ni. macam2 bende yg aku rasa aku nampak tapi aku buat donno jer. kami kem katrescamp....tempat yg agak keras menurut guide.

kami juga jumpa bangkai kapal terbang british masa dari puncak ke g. gedung. bersepai bangkai kapal terbang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 10:34 AM | Show all posts
Panglima Kakap Husin bin Salleh, disemadikan di Kampung Pasir Seberang, Kuala Tembeling. Waris beliau masih ramai lagi terdapat di sepanjang Kampung Pasir Durian sehingga ke Pasir Tambang, Kuala Tembeling dan juga di Kuantan dan Pekan Pahang. Panglima Kakap Husin telah direkodkan sebagai tokoh yang membuka Taman Negara Pahang. Kisah sejarah tersebut boleh dibaca di balai pameran Taman Negara di Kuala Tahan.

Dikisahkan apabila Panglima Kakap Husin menginap di rumah rehat kerajaan di pekan Jerantut, terdapat sebuah bilik yang menjadi kebiasaan dan kegemaran beliau. Bilik tersebut adalah bilik yang terbaik di rumah rehat tersebut. Sekiranya bilik tersebut diduduki oleh orang inggeris sewaktu beliau tiba, maka bilik itu akan dikosongkan segera untuk Panglima Kakap Husin.

Senjata-senjata milik Panglima Kakap Husin sebahagiannya ada dipamerkan di Muzium Diraja Pekan dan selainnya disimpan oleh waris beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 09:52 AM | Show all posts
citer la ape benda yang korang nampak sepanjang expidisi tu
yg aku dengar citer, kat kaki gunung ta ...
aizverus Post at 26-4-2010 14:27



   yg aku dengar citer, kat kaki gunung tahan, ada satu pondok dan ada 1 mayat yang kain kapan tapi masih bernyawa?!
berdekatan dengannya ada satu keris/pedang terpacak kat batu...


ceter laa sapa yg taw..!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:39 AM | Show all posts
Kalo naik turun smpai berhari2, bersepah2 la taik korang masa berak kt atas gunung tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 12:12 PM | Show all posts
pegi TAHAN tahun 2000 dr kuala tahan. memang kena naik dan turun 7 gunung baru sampai puncak tahan. kat gunung rajah tu guide amik satu kulit pokok. malam tu kami rebus kulit pokok tu dan minum airnya. rasanya sebijik macam sarsi. sedap..... lepas tu rebus plak tongkat ali...try minum...hu..hu..hu.. pahit tak hengat.

penatnya...jgn cakap le....tapi seronoknya mmg tak terucap.

misterinya kat satu campsite...aku and the gang dengar orang azan kat tepi sungai  masa kitaorang mandi. balik campsite tanya bebudak laki...diorang kata diorang tak dak azan pun so siapa yg azan tu masih menjadi misteri hingga ke hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 03:44 PM | Show all posts
Kalo naik turun smpai berhari2, bersepah2 la taik korang masa berak kt atas gunung tu...
wrdzin Post at 15-9-2010 11:39


Takper la...Baja organik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:03 PM | Show all posts
Makin tinggila gunung tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 02:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by BENTARA at 11-7-2011 14:11
Gunung Tahan kalau nak dekat naik ikut Merapoh, kalau nak thrill naik ikut Kuala Tahan,jauh gila,dulu tahun 1992 pergi,naik dan turun ambil masa seminggu ..
rempo Post at 11-5-2008 18:56



    1st time mendaki tahun 1985 ikut kuala tahan/ulu tembeling
ambil masa 5 hari......kem site lak kat kat kuala tahan.......
babi hutan banyak wo ........ sesilap mereka masok khemah jika lalai.....
yg paling best pernah buat adengan skodeng..... di bilik air..... banyak lobang woooooo

kalai kedua  mendaki ikut merapoh.....pada tahun 2007
time ni tak fit pon dan tak sampai puncak frust giler beb!!!! hanya sekadar singgah di pertengahan jalan
dan patah balik.......kem site.......maklom le dah tuek!!! hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 06:38 PM | Show all posts
ape mistik gunung tahan ni...ce cite ce cite
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 02:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 14-7-2011 09:45

~ EDITED ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2012 11:26 PM | Show all posts


replika Gunung Tahan


Pengalaman Nur Umaisarah Sameaun yang sesat tatkala mahu menikmati panorama indah di kawasan berdekatan, meneruskan perjuangan merentas kawasan hutan rimba
Petikan Utusan Malaysia: UMAI TIDUR DI CELAH BATU, MINNUM AIR SUNGAI 19 HARI

[size=85%]
Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI
[quote]KUANTAN 26 Feb. – Langsung tidak menjamah makanan dan cuma minum air sungai serta setiap malam kesejukan tidur di celah batu adalah antara pengalaman perit Nur Umaisarah Sameaun, yang hilang selama 19 hari di Gunung Tahan.

Kesengsaraan menahan lapar dan cuma meneguk air dari Sungai Putih sejak hilang dari kumpulan rakannya pada pagi 7 Februari lalu, tidak membuatkan gadis berusia 21 tahun itu berputus asa untuk terus bertahan.

Nur Umaisarah mengatasinya dengan cara setiap kali tiba waktu makan tengah hari atau malam, dia memejamkan mata dan membayangkan dirinya sedang menikmati hidangan yang lazat.

Sementara itu, ditanya mengenai rahsia kekuatannya bertahan tanpa makanan sepanjang berada di dalam hutan, Nur Umaisarah memberitahu:

“Walaupun saya terlalu lapar dan berlaku beberapa insiden menyebabkan saya cedera tetapi saya tidak pernah panik, mungkin itulah yang memberi kekuatan untuk saya terus bertahan.”

Komen Aurakaya:


Pada tahun 1997, saya juga pernah mengikuti ekspedisi mendaki gunung tertinggi di Semenanjung ini. Dalam banyak-banyak gunung yang pernah saya daki termasuk gunung tertinggi di Asia Tenggara (Gunung Kinabalu), ternyata Gunung Tahan memiliki cabarannya yang tersendiri. Hanya sesiapa yang benar-benar 'tahan' saja layak untuk menawan puncak Tahan.

Kisah Umaisarah yang tersesat dalam ekspedisi tersebut membuatkan saya 'recall' semula pengalaman ekspedisi saya 11 tahun lalu. Saya juga boleh rasakan bagaimana payahnya beliau meredah denai dan sungai secara berseorangan tanpa bantuan rakan.

Ternyata beliau s
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 02:14 PM | Show all posts
Gunung tahan sangat best
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 12:52 PM | Show all posts
lame dh tak panjat gunung... udah tua la nie...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 08:22 PM | Show all posts
x pernah panjat gunung tinggi2 ni..hohoo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.103742 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list