CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Gempa Bumi di China - Update: Gempa Bumi Lagi Di Sichuan 5.6 richter!!

[Copy link]
 Author| Post time 15-5-2008 09:58 PM | Show all posts
China hantar lebih banyak bekalan untuk mangsa gempa bumi

CHENGDU: Pihak tentera Chengdu menggugurkan lebih banyak bekalan bantuan untuk mangsa gempa di kawasan teruk seperti Beichuan dan Wenchuan di wilayah Sichuan, hari ini, lapor agensi berita Xinhua.


Bekalan yang dihantar itu ialah 50,000 bungkusan makanan, 25,000 pasang kasut, 5,000 selimut dan 54,000 pasang pakaian, kata pihak tentera. Lebih 30 penerbangan penghantaran bantuan dilalukan ibu pejabat bantuan bencana Majlis Negeri hari ini.- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 06:23 AM | Show all posts
Keajaiban mangsa gempa China - Budak 11 tahun dikeluarkan selepas 68 jam terperangkap

CHUNMEI dirawat oleh beberapa jururawat selepas
berjaya dikeluarkan dari celah runtuhan di pekan Yingxiu
semalam.

YINGXIU - Keajaiban berlaku semalam apabila para anggota penyelamat berjaya menarik keluar seorang budak perempuan berumur 11 tahun dari celah runtuhan selepas 68 jam sekolahnya runtuh akibat gempa bumi di pekan Yingxiu, barat daya China kata seorang jurugambar AFP.

Ia merupakan antara berita baik yang berlaku sejak gempa bumi itu berlaku pada Isnin lalu di wilayah Sichuan dengan kekuatan 7.9 magnitud yang setakat ini angka korban melebihi 50,000 orang.

"Ajaib, dia masih hidup," jerit seorang saksi ketika budah perempuan itu, Zhang Chunmei dirawat oleh beberapa jururawat yang memakai topeng muka.

Jururawat-jururawat itu menggelap tubuh badan Chunmei dengan tuala pembasmi kuman dan memeriksa nadi sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut.


BEBERAPA anggota bomba yang menaiki kren mencari mangsa gempa bumi di sebuah bangunan di Dujiangyan.

Di runtuhan sekolah rendah Miaoba, di daerah Beichuan, para doktor memotong satu kaki seorang kanak-kanak perempuan bagi membolehkan dia ditarik dengan selamat dari celah runtuhan.

Kanak-kanak itu, Yang Liu terperangkap selama tiga hari dan kelmarin seorang jurugambar merakamkan gambarnya bagi membolehkan doktor-doktor melakukan kajian sebelum pembedahan.

Seorang doktor yang mahu dikenali sebagai Wang menyatakan operasi pembedahan itu mengambil masa kurang 20 minit.

"Ia tidak melibatkan masa yang lama, mereka (para doktor) hanya perlu memotong melalui tulang," katanya.

MANGSA-mangsa yang terselamat dirawat di sebuah khemah di Wudu, Sichuan.

Seorang gadis berumur 22 tahun juga berjaya dibawa keluar dari celah runtuhan bangunan di Dujiangyan.

"Saya yakin anda (anggota penyelamat) akan datang dan menyelamatkan saya. Saya masih hidup. Saya berasa gembira," katanya.

Seorang pakar menyatakan masa untuk menyelamatkan para mangsa semakin singkat.

"Dalam tempoh 72 jam selepas gempa bumi merupakan tempoh paling genting," kata Ketua Jurutera Biro Seismologi di Shijiazhuang, Liang Guiping.


SEORANG wanita (tengah) tidak bermaya selepas melihat mangsa yang dikenalinya mati di pekan Hanwang.

Sementara itu, seorang pakar feng shui, Raymond Lo menjelaskan kenapa China memulakan Tahun Baru dengan kejadian buruk.

Dalam tempoh kurang empat bulan, negara itu menghadapi protes di Tibet diikui dengan bantahan pada larian obor Olimpik oleh aktivis Tibet, kemalangan maut kereta api dan kini tragedi gempa bumi.

Menurutnya, kejadian itu mungkin mempunyai kaitan dengan tarikh lahir Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menterinya, Wen Jiabao. Kedua-dua pemimpin itu dilahirkan dalam Tahun Kuda.

Berdasarkan astrologi China, tahun 2008 adalah Tahun Tikus. Menurut Lo, dalam astrologi haiwan Cina, kuda selalu berbalah dengan tikus. "Oleh itu, jika anda dilahirkan dalam Tahun Kuda dan berbalah dengan tikus, anda akan mendapati terdapatnya satu tahun yang penuh pergolakan," katanya.


YI menjerit selepas kaki kirinya dipotong di Beichuan semalam.

Satu lagi punca kejadian buruk banyak berlaku di China sejak awal tahun ini adalah kerana Tahun Tikus adalah simbol bumi serta air iaitu satu hubungan tidak stabil untuk 2008.

Lo meramalkan lebih banyak bencana bakal berlaku di China. Namun, katanya, kejadian buruk itu tidak akan berlaku pada Sukan Olimpik Beijing yang bermula pada 8.8.2008 kerana ia merupakan nombor bertuah berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 10:21 PM | Show all posts
China buries quake dead as new aftershock hits
By John Ruwitch

BEICHUAN, China (Reuters) - China struggled to bury its dead and help tens of thousands of injured and homeless on Friday when a powerful aftershock brought new havoc four days after an earthquake thought to have killed more than 50,000.


A Chinese chess set (R) is
displayed as parents cry in front
of the fresh grave of their son
who died in a collapsed school
at the township of Wufu in Mianzhu
city, north of Chengdu, in Sichuan
province May 15, 2008.


President Hu Jintao flew to the battered province of Sichuan and Premier Wen Jiabao said the quake damage could exceed the devastating 1976 tremor in the northeastern city of Tangshan that killed up to 300,000 people.

Wen called on officials to ensure social stability as frustration and exhaustion grew among survivors, many of whom lost everything and were living in tents or in the open air.

China put the death toll at 21,500 on Friday but has said it expects it to exceed 50,000.

Thousands of men, women and children were heading by foot for Mianyang, a city near the epicentre, saying they were abandoning their ruined villages for good.

Anger has focused on the state of school buildings, many of which crumpled in the quake, burying thousands of children and prompting the Housing Ministry to order an investigation.

"We cannot talk about giving up too easily," Wen said. "Life should go on. I believe people in the quake area can definitely build their hometown even better with their own hands. That is also the biggest consolation for the dead."

Thousands of residents from Beichuan, one of the areas worst hit by Monday's 7.9 magnitude quake, streamed down the road away from the town, carrying babies, bags and suitcases as they left in search of shelter.

The town was a scene of devastation, with virtually every building either demolished or damaged beyond habitation.

To the south, in the village of Houzhuang, residents said they were coping on their own, aid and troops yet to reach them.

"We ate some corn, but now we are suffering from diarrhoea after drinking water from the ditch for two days," a resident said.

BUCKLED ROADS, LANDSLIDES

The aftershock, measuring 5.9 on the Richter scale, hit Lixian, to the west of the epicentre in Wenchuan, cutting off roads and newly repaired telecommunications.

"A number of vehicles were buried in landslides. The casualties were not known," Xinhua news agency said.

China has mobilised 130,000 army and paramilitary troops to the disaster area, but with buckled and blocked roads, supplies and rescuers have struggled to reach the worst-hit areas.

Offers of help have flooded in from across China and abroad and the first foreign rescue team, a group of about 60 people from Japan, reached Sichuan on Friday. China has accepted further offers of rescue teams from Russia, Taiwan, South Korea and Singapore, the Foreign Ministry said.

"The most urgent needs are for tents and, unfortunately, for body bags," Elisabeth Byrs, spokeswoman of the U.N. Office for the Coordination of Humanitarian Affairs told a news briefing in Geneva.

First-aid kits, ready-to-eat meals, tarpaulins, blankets, clothing, flashlights and emergency lanterns were also needed.

At China's request, the World Food Programme said it was sending enough ready-to-eat meals for 118,000 people.

Neighbouring areas have also suffered, with more than 50,000 made homeless in one county of Gansu province to the north, Xinhua said.

A CRY FOR HELP

But there were still small victories.

A 50-year-old worker was rescued from a collapsed fertiliser plant after being trapped for about 100 hours, a witness said.

Rescuers saved a child from the debris of a school in Beichuan 80 hours after the quake struck. They said they could hear weak calls for help from amid the rubble, Xinhua said.

Three more people in Beichuan were rescued on Friday, two in the remains of an office building and one in a collapsed hospital.

Many raised questions about school construction.

In Dujiangyan, a school collapse buried 900 students. In Wufu, nearly every building in the village withstood the quake but for a primary school, whose collapse killed about 300.

"Our child wasn't killed by the earthquake. She and the others were killed by a derelict building. The officials knew it was unsafe," said Bi Kaiwei, whose daughter, 13, was killed.

Two girls held hands in the ruins of their school promising not to give up hope. "When rescuers found them, one in a coma and the other dead, their hands were still clenched together," Xinhua said.

Housing Minister Jiang Weixin said the schools weren't designed to withstand such a powerful earthquake, but added corruption was a possible cause.

"At this stage we cannot rule out the possibility that there has been shoddy work and inferior materials," Jiang told a news conference in Beijing.

There were also concerns about epidemics if the dead were not soon buried or cremated.

Bodies were lined up along the riverbank in the town, where more than 3,000 soldiers were searching for survivors.

Hundreds of damaged dams have also raised fears of collapse or flooding that could inundate towns and cities that are already struggling to recover from the quake.

China has asked the United States for satellite images to help locate victims and identify damaged infrastructure.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 02:55 AM | Show all posts
Bangunan tidak selamat 300 murid terkorban
UTUSAN MALAYSIA

WUFU 16 Mei - Kejadian sebuah sekolah rendah runtuh dalam gempa bumi di yang menyebabkan kira-kira 300 murid terkorban mencetuskan kemarahan ibu bapa yang mendakwa bangunan itu tidak dibina mengikut piawaian.

Hampir semua bangunan di pekan luar bandar ini masih bertahan dalam gempa bumi Isnin lalu, sebaliknya Sekolah Rendah Baru Nombor Dua runtuh.

Kini, ibu bapa yang menggunakan tenaga empat kerat dalam usaha terdesak untuk menyelamatkan anak-anak mereka di bawah runtuhan melepaskan kemarahan kepada pegawai tempatan yang didakwa meluluskan pembinaan sekolah itu.

Anak perempuan Bi Kaiwei, Yuexing, 13, berada di tingkat dua apabila dinding bangunan sekolah dan siling roboh dalam gempa itu.

"Anak kami bukan terbunuh disebabkan gempa bumi, tetapi dia dan rakan-rakannya terbunuh disebabkan bangunan yang tidak selamat.

" Pegawai tahu bangunan itu tidak selamat," kata lelaki itu.

Dia menuding jari ke arah sebuah bangunan lama yang tidak mengalami kerosakan.

"Kami pernah tinggal di sana.

" Bangunan itu dibina pada 1982 dan masih bertahan," katanya.

Bangunan sekolah tiga tingkat yang roboh sejurus sebelum sesi petang bermula, kini hanya tinggal timbunan konkrit dan bata.

Buku nota, beg sekolah, pakaian dan bekas makanan bertaburan di celah-celah runtuhan.

Keadaan sama kelihatan di pekan dan bandar di seluruh wilayah Sichuan, yang menyaksikan lebih 50,000 orang dipercayai maut termasuk ratusan pelajar yang tertimbus apabila bangunan sekolah mereka runtuh.

Perdana Menteri, Wen Jiabao awal minggu ini berdiri di tengah-tengah runtuhan sebuah bangunan sekolah di Sichuan dan memberitahu pelajar yang terperangkap bahawa mereka akan diselamatkan.

Namun tindakan simbolik Jiabao itu tidak membawa kesan di Wufu, di mana penduduk mendakwa kerajaan tempatan belum mengumumkan bilangan sebenar murid-murid yang terbunuh.

Kehilangan begitu ramai kanak-kanak dalam bencana itu, begitu dirasakan, memandangkan banyak keluarga hanya mempunyai seorang anak, berikutan dasar perancangan keluarga yang dilaksanakan oleh kerajaan China bertujuan mengawal pertumbuhan penduduk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 02:56 AM | Show all posts
122 gempa susulan di Sichuan
UTUSAN MALAYSIA

BEIJING 16 Mei - Sejumlah 122 gempa susulan berlaku di Sichuan, wilayah yang paling teruk dilanda gempa bumi pada Isnin lalu, yang meragut 22,069 nyawa.

Menurut jabatan seismologi China, sehingga lewat semalam, kawasan terjejas telah mengalami 122 gempa susulan berukuran melebihi 4 pada skala Richter.

Gempa susulan yang paling kuat berlaku di daerah Lixian di wilayah tersebut hari ini dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter.

Agensi berita Xinhua melaporkan, gempa susulan di Lixian telah menyebabkan tanah runtuh dan memutuskan hubungan jalan raya.

" Berpuluh kenderaan tertimbus akibat tanah runtuh," kata Xinhua.

Gempa susulan turut memutuskan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih yang baru saja dipulihkan selepas gempa bumi sebelum ini.

Media negara itu menyifatkan gempa susulan yang berlaku telah "menyukarkan lagi keadaan" ketika usaha menyelamat di daerah Lixian giat dijalankan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 02:58 AM | Show all posts
China bergelut atasi masalah akibat gempa
UTUSAN MALAYSIA


Presiden China, Hu Jintao menenangkan seorang mangsa
ketika melawat Kampung Shengli di Pekan Leigu di daerah Beichuan.


SHIFANG 16 Mei - China bergelut dengan pelbagai masalah termasuk kesulitan untuk mengkebumikan ribuan mayat dan merawat mereka yang cedera.

Negara itu juga berdepan kesulitan untuk menempatkan mangsa yang hilang tempat tinggal serta masalah kehabisan bekalan makanan dan air berikutan gempa bumi Isnin lalu.

Dari tengah-tengah zon bencana di wilayah barat daya, Sichuan yang dilanda gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu, Perdana Menteri, Wen Jiabao menggesa pasukan penyelamat meneruskan usaha menyelamat tetapi harapan semakin tipis bagi menyelamatkan mereka yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

" Menyelamatkan nyawa masih menjadi keutamaan kami, selagi harapan masih ada untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup," kata Jiabao yang dipetik oleh agensi berita Xinhua.

' 'Presiden Hu Jintao berlepas ke Sichuan awal hari ini "untuk menenangkan mangsa dan meninjau operasi bantuan dan menyelamat," lapor Xinhua.

Kunjungan tersebut adalah yang pertama beliau ke wilayah itu sejak bencana itu melanda.

Jiabao juga mengulangi seruan pucuk pimpinan Parti Komunis supaya memastikan kestabilan sosiol kerana perasaan gelisah dan kelesuan makin meningkat di kalangan mangsa.

Setakat ini, mengikut angka rasmi kira-kira 22,069 orang disahkan terkorban dan sekurang-kurangnya 25,000 lagi masih terperangkap, kata pegawai.

Di pekan Yingxiu, kelihatan mayat-mayat dibariskan di sepanjang tebing sungai.

Seorang pegawai Parti Komunis memberi amaran wabak boleh meletus jika mayat tidak dikebumikan atau dibakar segera.

" Kami amat memerlukan beg mayat.

" Bekalan makanan dan air minum yang digugurkan dari udara pula sangat terhad," kata Bai Licheng.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan notis mengarahkan mayat dibersihkan serta dikebumikan secepat mungkin dan diletakkan jauh dari sumber air serta kawasan berpenduduk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2008 07:57 AM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 07:57 AM | Show all posts










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 08:31 AM | Show all posts
ramai bebudak yg terkorban la dalam tragedi ni
bangunan sekolah runtuh.. bebudak tertrap kat dalam runtuhan
memang sangat sangat sangat menyedihkan.. nak2 lagi kat China,
ada peraturan yg satu keluarga takleh ada anak ramai (utk hadkan populasi)
so memang kesian sangat kat ibubapa yg kehilangan anak2 ni..
memang.. sedih gila tengok..


bangunan sekolah yg runtuh


makcik ni.. anak dia mati dalam runtuhan kat sekolah tu


mangsa yg mati..


lagi mangsa yg mati..


lagi.. kanak2 yg mati..


budak ni masih hidup masa dikeluarkan dari runtuhan
tapi mati beberapa minit selepas tu..



pakcik ni cuci habuk kat kaki mayat anak dia..


budak ni selamat.. tapi kaki dia kena potong..


perasan? atas batu besar tu.. mayat bebudak..


rasa sayu tengok gambar2 ni.. takziah buat penduduk china..
syukur sangat2 kat malaysia takde mala petaka & bencana gini..
tapi kalau benda nak jadi, jadi jugak kan.. tak kira la luar kawasan liputan ke,
kawasan yg sama waktu dengannya ke.. kena jugak kalau dah ditentukan..
mintak dijauhkan & dilindungi la negara & kita semua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 06:31 PM | Show all posts
Selamat tertimbus 96 jam


LAGI MANGSA: Askar dan pekerja penyelamat menarik mayat
seorang pelajar dari timbunan bangunan sekolah di Beichuan, semalam
.


Anggota penyelamat terus dengar jeritan mangsa minta tolong

BEICHUAN: Pasukan penyelamat berjaya menarik keluar seorang jururawat yang masih hidup walaupun terperangkap selama 96 jam di bawah runtuhan klinik akibat gempa bumi di China, Isnin lalu.

Dalam satu lagi perkembangan berkaitan, penyelamat berjaya menarik keluar seorang pelajar yang terperangkap 80 jam dalam runtuhan bangunan sekolah, semalam.

Agensi Xinhua melaporkan, penyelamat masih mendengar jeritan meminta tolong yang lemah daripada bangunan runtuh utara Sichuan dan berharap menyelamatkan lebih ramai pelajar.

Satu lagi gempa susulan sekuat 5.9 pada skala Richter turut melanda di Lixian, barat pusat gempa di Wenchuan menyebabkan jalan raya dan telekominkasi terputus.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan menyelamatkan mangsa gempa, pegawai kerajaan China kini diasak pelbagai pertanyaan daripada rakyat yang berang berhubung begitu banyak sekolah runtuh dalam gempa bumi maut dan berjanji untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab membina bangunan berstruktur lemah.

Dalam satu perbincangan online luar biasa di kalangan rakyat tempatan, angka pertama muncul mengenai jumlah bilik darjah yang musnah ialah 6,898 dengan tambahan kemusnahan masih dikira di kawasan paling teruk terjejas di Wenchuan dan Beichuan.

"Jika masalah kualiti benar-benar wujud dalam bangunan sekolah, kami akan mengenakan hukuman keras terhadap mereka yang bertanggungjawab sekali gus memberi rakyat jawapan memuaskan," kata Han Jin, ketua jabatan perancang dan pembangunan Kementerian Pendidikan dalam forum anjuran negeri.

Pihak berkuasa tempatan diarah menyiasat mengapa banyak bangunan sekolah runtuh, kata Yang Rong, pengarah standard Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Luar Bandar.

Namun, jawapan pegawai yang tidak memuaskan dalam sesi soal jawab online mendapat kutukan di internet selepas gempa sekuat 7.9 menyebabkan keseluruhan kampung musnah.

"Bangunan kerajaan China pada setiap peringkat lebih hebat berbanding yang ada di negara maju tetapi bilik darjah lebih teruk dari negara Afrika, siapa yang patut dipersalahkan?" kata satu komen dalam bbs.people.com.cn, di mana sesi soal jawab itu berlaku.

"Sebenarnya apa jenis bangunan standard anti-gempa yang ada untuk setiap sekolah?" tanya seorang lagi pengunjung.

Jumlah kematian besar di sekolah akibat gempa agak menyedihkan di negara yang mengehadkan kebanyakan rakyatnya untuk memiliki seorang anak. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 01:36 AM | Show all posts
Bayi gempa ditemui hidup
UTUSAN MALAYSIA


BAYI AJAIB... Bayi perempuan berusia 13 hari dikendung oleh anggota penyelamat
selepas dia, ibunya dan 161 mangsa gempa bumi lain berjaya dikeluarkan
selepas enam hari tertimbus di bawah runtuhan bangunan
di Yingxiu di daerah Wenchuan, barat laut Wilayah Sichuan, China, semalam.


BEICHUAN 17 Mei – Satu keajaiban berlaku apabila seorang bayi perempuan berusia 13 hari ditemui hidup setelah dikeluarkan dari runtuhan bangunan di Xingxiu, daerah Wenchuan, semalam.

Ibu bayi tersebut turut diselamatkan. Mereka merupakan antara 163 mangsa gempa yang berjaya diselamatkan dalam operasi menyelamat semalam.

Turut berjaya diselamatkan dalam operasi yang masuk hari keenam itu adalah murid perempuan berusia 10 tahun dan dua warga asing dari Jerman dan Amerika Syarikat.

Pasukan penyelamat turut berjaya menyelamatkan berpuluh-puluh murid yang terperangkap di sebuah sekolah rendah, juga di Xingxiu.

Ekoran penemuan banyak mangsa yang masih hidup, Presiden China, Hu Jiantao menggesa pasukan penyelamat supaya bertindak lebih pantas bagi menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih terperangkap.

“Walaupun, peluang terbaik untuk menyelamatkan mangsa, iaitu 72 jam selepas berlaku gempa, usaha menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap tetap menjadi keutamaan kita,” kata Jintao kepada mangsa-mangsa yang terselamat, iaitu seminggu selepas China meraikan kejayaan membawa Obor Sukan Olimpik ke Puncak Everest.

Pasukan penyelamat meneruskan gerakan menyelamat, sementara pihak berkuasa pula menumpukan usaha untuk menyediakan perlindungan dan makanan kepada berjuta-juta lagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pula mengumumkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$7 juta (RM22.71 juta).

Angka korban rasmi bencana itu kini meningkat kepada 28,881 orang berbanding 22,069 orang semalam. Sementara mangsa yang cedera pula berjumlah 198,347 orang.

Kira-kira 4.8 juta penduduk pula kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, China juga telah melaksanakan pelan kecemasan kemalangan nuklear dan mengarahkan kakitangannya bersedia menghadapi keadaan kecemasan, berikutan gempa bumi termasuk yang membabitkan beberapa tapak simpanan nuklearnya.

Sebelum ini, pemantau nuklear Perancis berkata, beberapa tempat simpanan nuklear China mengalami kerosakan kecil akibat gempa itu, tetapi tidak ada sebarang kebocoran dilaporkan.

China dipercayai mempunyai sebuah reaktor penyelidikan, dua tapak pengeluaran bahan bakar dan dua tapak simpanan senjata atom di wilayah Sichuan yang terletak antara 60 hingga 145 kilometer dari pusat gempa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 03:10 AM | Show all posts
Air tasik melimpah beribu berpindah
UTUSAN MALAYSIA

BEICHUAN 17 Mei - Beribu-ribu mangsa gempa bumi di daerah Bichuan di barat daya wilayah Sichuan, China bergegas meninggalkan wilayah berkenaan selepas tersebar berita air dari sebuah tasik di daerah ini mula melimpahi tebingnya.

Anggota tentera juga telah memindahkan warga emas di tengah bandar ini, sementara mangsa yang terselamat dalam bencana itu membawa keluar anggota keluarga mereka dengan menaiki kenderaan ke tempat selamat.

Perkembangan itu turut membantutkan operasi menyelamat mangsa dan pengagihan bantuan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 46 mangsa yang cedera di daerah ini, perlu dipindahkan segera berikutan paras air di tasik berkenaan meningkat dengan mendadak.

Sementara itu, stesen televisyen Hong Kong melaporkan, kira-kira 1.2 juta penduduk di Qingchuan, kira-kira 90 kilometer dari sini, juga diarah berpindah.

Seorang anggota polis memberitahu, pasukan penyelamat bimbang limpahan air dari tasik tersebut akan menenggelamkan bandar ini.

"Aliran sungai di tasik terbabit telah tersumbat disebabkan tanah runtuh dan paras air semakin meningkat hingga melepasi tebing. Ini sangat membimbangkan kami," katanya.

Di Sichuan dan Chongqing pula, sekurang-kurangnya 17 empangan dilaporkan turut retak.

Sebahagian empangan itu terdapat di Sungai Min yang mengalirkan air ke beberapa kawasan di Sichuan.

Empangan Lianhehua di barat laut Dujiangyan, yang dibina penghujung 1950-an turut dilaporkan retak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2008 03:39 AM | Show all posts


BAYI AJAIB... Bayi perempuan berusia 13 hari dikendung oleh
anggota penyelamat selepas dia, ibunya dan 161 mangsa gempa
bumi lain berjaya dikeluarkan selepas enam hari tertimbus di bawah
runtuhan bangunan di Yingxiu di daerah Wenchuan, barat laut
Wilayah Sichuan, China, semalam.



Bayi gempa ditemui hidup

BEICHUAN 17 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 11:48 PM | Show all posts

China : Gempa Bumi.. Lagi!

Gempa kuat di wilayah sempadan Sichuan-Gansu, China
UTUSAN MALAYSIA - 18/05/2008 1:52pm

KUALA LUMPUR 18 Mei — Gempa bumi kuat 6.0 magnitud melanda Wilayah Sempadan Sichuan-Gansu, China awal hari ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa itu berpusat di 32.3 darjah Utara dan 104.9 darjah Timur. Tidak ada ancaman tsunami dikeluarkan.

Sementara itu, satu gempa sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter dikesan di Timur Kepulauan Ryukyu, 679km ke tenggara Kobe, Jepun pada 6.14 pagi.

Gempa itu berpusat di 28.5 darjah Utara dan 134 darjah Timur kira-kira 3,000km ke timur laut Kudat, Sabah.

Tidak ada ancaman tsunami, kata kenyataan jabatan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2008 11:55 PM | Show all posts

MENYAYAT HATI: Lin Buzhi (kiri) dan isterinya, Yan Baozhen tidak dapat
menahan kesedihan apabila mayat anak perempuan mereka, Lin Jingrong, 6,
dijumpai dalam timbunan runtuhan bangunan tadika Qushan di Beichuan
kelmarin berikutan gempa yang dahsyat Isnin lalu.


[ Last edited by  dexa at 20-5-2008 01:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 02:20 AM | Show all posts
Tiga maut gempa susulan - Gegaran jejas operasi mencari, bantu mangsa
UTUSAN MALAYSIA


orang ramai menunggu dengan sabar sewaktu kerja-kerja menyelamat dilakukan
di kawasan kilang yang musnah di Yinghua, Sichuan, kelmarin.


JIANGYOU 18 Mei – Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dalam satu gempa susulan kuat yang melanda bahagian barat daya China awal hari ini.

Kejadian itu turut mencederakan lebih 50 orang lain di samping menjejaskan operasi mencari mangsa gempa bumi yang masih selamat serta membantu hampir lima juta penduduk yang diancam penyakit dan banjir.

“Mereka balik ke rumah yang rosak untuk mengambil barang apabila gegaran itu berlaku tiba-tiba,” kata seorang pegawai di sini.

Gegaran dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter itu menggegarkan kawasan yang paling teruk terjejas dalam gempa bumi Isnin lalu yang dianggarkan meragut lebih 50,000 nyawa di wilayah Sichuan ini.

Wilayah ini telah mengalami sekurang-kurangnya 24 gegaran susulan melebihi 5.0 pada skala Richter sejak gempa bumi bermagnitud 7.9 itu.

Dalam situasi sedemikian pasukan penyelamat tetap bertungkus-lumus untuk menyelamatkan lebih 10,000 orang yang dipercayai masih terperangkap di dalam runtuhan walaupun harapan semakin tipis ketika ini.

Sementara itu hujan lebat turut menambahkan kesengsaraan kebanyakan daripada 4.8 juta penduduk yang hilang tempat tinggal.

Berpuluh-puluh ribu penduduk berkenaan berteduh dalam keadaan menyedihkan di di bawah khemah sementara yang bocor di pekan Maoxian.

Mereka amat memerlukan bantuan makanan, ubat-ubatan dan perlindungan lebih sempurna, menurut laman web Sichuan News.

“Hujan di Maoxian menyebabkan penduduk ditimpa bencana demi bencana,” lapor akhbar itu dengan menekankan betapa besarnya cabaran kemanusiaan yang dihadapi oleh China ketika ini.

Sementara itu, Beijing mengumumkan hari berkabung negara selama tiga hari bermula esok bagi menghormati kematian mangsa tragedi gempa bumi tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2008 05:30 PM | Show all posts
Lelaki diselamat selepas enam hari

BEICHUAN 18 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 06:44 PM | Show all posts
May 19, 2008 14:56 PM     

Sirens Wail As China Mourns Quake Victims


By Tham Choy Lin

CHENGDU, May 19 (Bernama) - A hush fell across China at 2.28pm Monday and then sirens wailed, marking the exact moment a week ago when the nation was shaken by its worst disaster post-millenium in the massive earthquake that rocked southwestern Sichuan province killing tens of thousands and more still buried under the debris.

The government had ordered the people to observe three minutes of silence the same time the 8.0 magnitude quake hit as the country began three days of official mourning.

Television showed rescue teams in quake hit areas downing their tools in a mark of respect. Thousands in cities stood in utter silence.

In the morning, throughout the country flags were raised and then lowered to half-mast in memory of the deaths that included hundreds of school children who were in their classes when the tremor hit.

As of Sunday, the official death toll stood at 32,476 with almost 32,000 in Sichuan alone, and the number of injured was over 220,000.

"As far as we can remember, this is the first ever national mourning ever held for victims of natural disasters since the People's Republic was founded in 1949," the official Xinhua News Agency said in a commentary..

"Throughout China's history, the practice has been reserved for emperors and top state leaders. The most recent national mourning many Chinese remember was held for the late leader Deng Xiaoping in 1997," the commentary said.

Against the odds, two women were pulled out alive on Monday by rescuers, mostly soldiers, who had toiled around the clock to search for survivors under thousands of collapsed buildings including schools

Xinhua said one of them, a 50-year-old woman called Wang Fazhen, was extricated from the rubble of a residential block.

China's seismology bureau on Sunday raised the force of the tremor to 8.0 surpassing the 7.8 quake that flattened the northern city of Tangshan in 1976 and left an estimated 250,000 dead in the deadliest such disaster of the last century.

At a primary school in Chengdu, the provincial capital, anxious parents stood outside when classes resumed on Monday and pupils raised their right hands in salute as the flag was hoisted up and dropped to half mast.

One parent said there was less pupils than usual because many parents were still worried about aftershocks in the city that suffered another strong tremor on Sunday morning.

"I am here only to pick up my children's school bags. I won't let them come to school until things are more stable," said the parent, who has two children in separate primary schools.

He was told by teachers of the two schools that pupils would be moved to another venue to continue classes.

Outside the school fence remained a row of tents where people had been spending their nights since the quake.

The calamity has also cast a shadow over the domestic relay of the Beijing Olympics torch relay, which the Games organisers said will be stopped during the national mourning period "to honour the memory of those that lost their lives in the terrible earthquake."

Donations from home and abroad have reached 8.945 billion yuan (US$1.278 billion dollars) in cash and goods , state media said.

As of Sunday afternoon, the death toll reached 31,978 in Sichuan, 364 in Gansu province, 113 in Shaanxi province, 16 in Chongqing municipality, two in Henan province and one each in Yunnan, Hubei province and Hunan provinces.

-- BERNAMA

   sedih betul aku baca ni..   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2008 09:42 PM | Show all posts
Tanah runtuh, lebih 200 penyelamat dikhuatiri tertimbus
19/05/2008


BEIJING 19 Mei _ Lebih 200 petugas penyelamat di kawasan gempa di barat daya China, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian lumpur tebal berikutan tanah runtuh sejak dua hari lalu.

Kejadian berlaku dipercayai akibat kedudukan cerun bukit dan gunung yang tidak stabil ekoran gegaran-gegaran susulan yang berlaku selepas gempa bumi yang melanda wilayah barat daya China itu Isnin lalu, menurut Kementerian Pengangkutan China hari ini.

Maklumat lanjut mengenai kemalangan itu tidak diperolehi, sama ada mangsa berjaya dikeluarkan atau masih tertimbus.

Kemalangan itu terjadi selepas tujuh hari gempa bumi pada skala 7.9 Richter melanda Wilayah Sichuan yang menyebabkan lebih 30,000 orang penduduk terkorban.

Selepas gempa itu, beratus-ratus gegaran susulan dirasai di sekitar wilayah pergunungan itu.

Runtuhan batu-batu gunung yang terjatuh ke dalam sungai menyebabkan aliran sungai tersekat dan keadaan ini diburukkan lagi dengan hujan lebat yang menyebabkan air melimpahi tebing sungai. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 07:24 PM | Show all posts
Tiga pegawai dipecat gagal kendali operasi bantuan

BEIJING 19 Mei - Tiga pegawai kerajaan di sebuah bandar yang mengalami kemusnahan akibat gempa bumi China pada Isnin lalu telah dipecat kerana gagal mengendalikan operasi bantuan.

Menurut agensi berita Xinhua hari ini, dua daripada pegawai di bandar Dujiangyan itu tidak hadir bertugas, dengan seorang daripadanya memilih untuk menjaga kedai runcitnya dan bukan membantu usaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Mereka berdua ialah pegawai Biro Arkib Dujiangyan, Li Shu dan setiausaha jawatankuasa Parti Komunis di Kampung Tuanjie, Liu Dingxiang.

"Kedua-dua mereka tidak hadir untuk menyertai operasi bantuan bencana selepas arahan dikeluarkan berkali-kali supaya mereka kembali bertugas.

"Perbuatan mereka menimbulkan pengaruh sosiol yang negatif," menurut laporan yang memetik biro disiplin bandar tersebut.

Dingxiang enggan membantu mangsa gempa, sebaliknya dia terus mengurus kedai runcitnya selepas bencana itu, lapor Xinhua.

Pegawai ketiga, Xiao Rong yang merupakan timbalan ketua biro hal-ehwal awam Dujiangyan dipecat kerana melakukan kesilapan dalam pengiraan angka kemalangan jiwa.

Lebih 3,060 orang terkorban di Dujiangyan, sebuah bandar berdekatan pusat gempa bumi di wilayah Sichuan pada 12 Mei lalu.

Sekurang-kurangnya 3,200 lagi cedera, kata pihak berkuasa tempatan.

- AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078291 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list