CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Gempa Bumi di China - Update: Gempa Bumi Lagi Di Sichuan 5.6 richter!!

[Copy link]
Post time 1-6-2008 07:04 PM | Show all posts
Helikopter Tentera Dengan 14 Penumpang Terhempas Di Kawasan Gempa
BERNAMA - 01 Jun, 2008 13:37 PM

BEIJING, 1 Jun (Bernama) -- Sebuah helikopter tentera yang membawa 14 penumpang termasuk 10 mangsa gempa yang cedera, terhempas pada tengah hari Sabtu di barat daya wilayah Sichuan yang sedang giat dipulihkan akibat bencana gempa bumi tiga minggu lepas.

Helikopter itu sedang dalam perjalanan pulang daripada misi menghantar pakar pencegahan epidemik ke daerah Lixian apabila ia berdepan dengan ribut dan kabus tebal dan terhempas," menurut laporan agensi berita Xinhua yang memetik sumber ketenteraan.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan dan naib pengerusi tentera China, Guo Boxiong sedang dalam perjalanan ke Sichuan.

Helikopter Mi-171 itu yang membawa empat krew dan 10 penduduk kampung yang cedera terhempas pada pukul 2.56 petang.

Pesawat itu digunakan pasukan bantuan gempa Ketumbukan Pemerintahan Tentera Chengdu.

Kejadian itu merupakan yang pertama melibatkan kemalangan pesawat yang dilaporkan dalam operasi bantuan gempa di mana helikopter memainkan peranan penting untuk mengangkut makanan dan mangsa yang terkandas dan peralatan ke kawasan yang terputus hubungan akibat tanah runtuh dan jalan raya yang pecah selepas kejadian gempa bumi berukuran 8.0 pad 2 Mei.

Di Mianyang, beratus anggota tentera dan jurutera telah siap menggali parit besar pada Sabtu malam untuk menyalurkan air tasik Tangjiashan yang terbentuk akibat gempa bumi itu selepas bertungkus lumus selama enam hari untuk mengelakkan banjir besar yang mengancam berjuta penduduk yang tinggal di kawasan hulu tasik itu.

Liu Ning, ketua jurutera sumber air kerajaan berkata peningkatan ketara paras air di tasik itu mungkin akan menyebabkan ia melimpah ke saluran buatan itu antara Ahad dan Khamis, menurut Xinhua.

Beliau berkata rancangan untuk meletupkan penebat di tasik itu untuk menyalurkan air keluar telah dibatalkan berikutan pembinaan parit besar itu sudah siap.

Lebih 600 orang dan berpuluh peralatan yang diangkut dengan pesawat telah bertungkus lumus mengalihkan lumpur dan batu-batuan untuk menyiapkan parit besar sepanjang 475 meter panjang itu.

Tasik Tangjiashan, satu daripada 34 tasik yang terbentuk di sungai-sungai akibat gempa bumi itu yang menghalang aliran sungai, menakung hampir 200 juta meter padu air.

Liu berkata paras air naik sebanyak 1.6m setiap hari dan berada pada paras 7m daripada birai paling rendah tasik itu.

Pasukan 1,800 tentera menyusuri kawasan itu pada Isnin dengan membawa bahan letupan manakala helikopter mengangkut berpuluh jengkaut untuk kerja penggalian untuk membina parit besar itu.

Sehingga pagi Sabtu, hampir 200,000 orang dipindahkan ketika pihak berkuasa bersiap sedia untuk memindahkan 1.3 juta orang ke tempat lebih tinggi sekiranya berlaku bencana banjir dari Tangjiashan.

Angka rasmi kematian akibat gempa bumi itu, paling teruk dialami China dalam tiga dekad, ialah 68,977 dengan 17,974 masih dilaporkan hilang, 367,854 cedera dan 45.55 juta orang kehilangan tempat tinggal.

China merayu bagi lebih banyak khemah daripada dermawan antarabangsa untuk mangsa berikutan musim hujan akan tiba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2008 10:43 PM | Show all posts
02 Jun, 2008
China Terus Gerakan Cari Helikopter Yang Hilang
Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 2 Jun (Bernama) -- China hari Isnin meneruskan operasi mencari di udara dan darat bagi mengesan helikopter pengangkut yang membawa 19 orang, yang terhempas di kawasan pergunungan yang dilanda gempa bumi di barat daya wilayah Sichuan.

Sementara itu di Mianyang, salah satu daripada kawasan yang paling teruk dilanda bencana itu, kawasan tasik Tangjiashan dijangka akan mula melimpahkan airnya hari ini semasa anggota tentera bertungkus lumus mengorek parit besar bagi mengalirkan sebahagian daripada air dari tasik itu.

Helikopter yang membawa lima anak kapal dan 14 mangsa bencana yang tercedera itu jatuh di kawasan jurang yang cukup sukar teroka dalam keadaan cuaca buruk, menurut laporan Xinhua News Agency, yang memetik sumber tentera.

Empat helikopter dan 1,240 anggota tentera dalam lapan kumpulan sedang meninjau sekitar kawasan itu bagi mencari pesawat Mi-171 yang terhempas selepas menghantar pakar perubatan ke wilayah Lixian.

Pasukan yang diketuai oleh Kol Qiu Guanghua itu sudah melakukan 63 penerbangan bagi mengangkut 26 tan bahan-bahan bantuan serta lebih 300 pekerja dan mangsa bencana, sejak hari kejadian itu pada 12 Mel lepas.

Terdahulu sebelum temuramah dengan televisyen China CCTC, Qiu berkata ekoran keadaan persekitaran yang cukup sukar, juruterbang perlu memerhatikan keadaan sekeliling dengan teliti dan menggunakan sepenuhnya keupayaan helikopter itu untuk terbang dengan selamat.

CCTV berkata pihak tentera sedang melebarkan pencarian di sekitar kawasan yang disyaki helikopter itu terhempas, di kawasan jurang curam yang dikelilingi hutan tebal di kawasan pusat gempa bumi bermagnitud 8.0 yang melanda wilayah Wechuan.

Menjelang malam tadi sekurang-kurangnya 600 anggota tentera diangkut selepas mereka menyiapkan saliran yang diharapkan pakar dapat menghalang bencana banjir apabila tasik Tangjiashan mula melimpahkan airnya.

Hampir 200,000 penduduk sekitar kawasan tasik itu sudah dipindahkan, semasa rancangan sedang dirangka bagi bagi melihat kemungkinan memindahkan kira-kira sejuta lagi penduduk di kawasan rendah yang dikhuatiri akan dinaiki air sekiranya bencana banjir mula merebak.

Dalam angka terbaru yang dikeluarkan hari ini, kerajaan China berkata jumlah kematian akibat bencana gempa bumi kini meningkat kepada 69,019 orang, dengan 18,627 masih hilang dan 373,573 tercedera.

Sumbangan derma dari dalam dan luar negara sudah mencecah 41.7 bilion yuan dalam bentuk wang tunai dan pelbagai barang keperluan, ketika 712,900 khemah yang amat diperlukan oleh mangsa di kawasan berkenaan, sudah dihantar ke kawasan terbabit.


Pejabat Kementerian Hal Ehwal Luar China berkata sumbangan derma dari komuniti China di luar negara kini mencapai 1.13 bilion yuan. (RM1=2.1 yuan).

Timbalan pengarahnya Ma Rupei berkata jabatan itu merancang untuk membina 100 sekolah-sekolah rendah dan 100 hospital-hospital kecil dengan menggunakan sumbangan derma itu, dalam tempoh antara tiga dan lima tahun.

"Kami sudah mulakan pembinaan 30 sekolah rendah dan 30 hospital," katanya pada satu persidangan berita.

-- BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

macam sudah jatuh ditimpa tangga...
nak tolong mangsa  gempa   chopper pulak
jadi mangsa... tak tau la apa jadi pada orang2 dalam
chopper tu, eh -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 08:34 AM | Show all posts
Tentera cari helikopter terhempas

CHENGDU: Beribu-ribu askar dikerah ke kawasan pergunungan pedalaman di wilayah Sichuan, China semalam dalam satu operasi mencari sebuah helikopter tentera yang terhempas ketika memindahkan mangsa gempa bumi.


Pesawat Mi-171 buatan Russia membawa 19 orang dengan 14 daripada mereka mangsa yang cedera dalam gempa bumi ketika ia berhadapan dengan kabus dan ribut sebelum terhempas berhampiran pusat gempa di bandar Wenchuan, Sabtu lalu.

Helikopter terbabit berpatah balik selepas membawa empat ahli pasukan pencegah penyakit di Lixian, lapor akhbar China Daily.

Laporan penyiar tempatan, CCTV dalam siaran berita tengah hari berkata, 4,000 tentera terbabit dalam operasi mencari tetapi tidak memberikan maklumat mengenai sebarang penemuan mangsa.

China amat bergantung kepada helikopter untuk mengangkut bekalan dan pekerja penyelamat selain memindahkan mangsa yang cedera di beberapa bandar di kawasan pergunungan berikutan jalan raya terjejas akibat tanah runtuh.

Sementara itu, pasukan askar menyiapkan kerja mereka membina sebuah terowong untuk mengalihkan air dari sebuah tasik yang terbentuk akibat tanah runtuh selepas gempa bumi lalu yang menyekat sungai Tongkou.

Penduduk kampung berhampiran meninggalkan rumah masing-masing semalam selepas polis dan askar mengarahkan mereka berbuat demikian.

揔ami masih menunggu sehingga saat terakhir,
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 07:52 PM | Show all posts
03 Jun, 2008   
Children In China Quake Zone To Be Vaccinated Against Epidemics


LANZHOU, June 3 (Bernama) -- Health authorities will vaccinate children in parts of the northwest Gansu Province in a drive to prevent post-quake epidemics, Xinhua news agency quoted local authorities as saying on Tuesday.

From June 5 to 19, children aged between eight months and 14 years in several quake-ravaged counties in Longnan City and the Tibetan Autonomous Prefecture of Gannan will be vaccinated against encephalitis, hepatitis and measles, said a spokesman of the Longnan health bureau.

Separately, the Central Committee of the Jiu San (Sept 3)Society, one of the eight leading non-Communist parties in China, donated 30,000 books on disease prevention to the quake-hit areas in Gansu on Tuesday.

Longnan and Gannan are close to Wenchuan County, Sichuan Province, the epicenter of the 8.0-magnitude earthquake on May 12 that has left more than 69,000 people dead.

In Gansu, the second worst-hit province after Sichuan, an area of 113,500 square kilometers was affected by the devastating quake, almost a quarter of the province's territory.

The quake left 365 people dead in the province, 10,157 people injured and more than 1.28 million households comprising 5.24 million people affected.

The disaster also destroyed 1.32 million houses and forced the evacuation of almost 1.8 million people.

The transport and communications infrastructure was severely affected, and secondary disasters occurred frequently.

In addition, the worst-hit areas in Gansu were mostly poor rural areas with rugged conditions, which greatly hampered relief efforts.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 09:22 PM | Show all posts
China Masih Perlukan Bantuan Asing Untuk Bina Semula Kawasan Yang Dilanda Gempa
BERNAMA - 04 Jun, 2008 20:45 PM

BEIJING, 4 Jun (Bernama) -- China berkata negara itu masih memerlukan bantuan asing bagi membina semula kawasan yang musnah dilanda gempa bumi di barat daya wilayah Sichuan, dan usaha turut dilakukan bagi memastikan semua sumbangan tunai serta barangan dikendalikan dengan lebih telus di sebalik kebimbangan berlaku rasuah.

Sumbangan masih terus diterima untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi 12 Mei lepas dengan angka rasmi korban sehingga kini berjumlah 69,122 orang manakala 45.7 juta orang lagi hilang.

Zhang Kening, Pengarah Antarabangsa Kementerian Perdagangan, berkata khemah masih diperlukan segera meskipun kerajaan merangka rancangan jangka panjang untuk menempatkan semula berjuta-juta orang yang terjejas.

Bantuan antarabangsa dialu-alukan dan China akan membincangkan kerjasama dengan negara serta organisasi luar negara mengenai program pembinaan semula termasuk memulihkan kemudahan pendidikan dan perubatan di kawasan yang dilanda gempa, katanya pada sidang akhbar bersama dengan Kementerian-Kementerian Hal Ehwal Awam dan Luar Negeri.

"Kami perlu membina semula infrastruktur di kawasan yang dilanda bencana seperti hospital, sekolah, kemudahan kebajikan dan membina semula persekitaran umum di sana.

Kesemua bidang ini menjadi keutamaan," katanya.

Seorang jurucakap kerajaan, Lu Guangjin, berkata Kabinet China telahpun mengarahkan jabatan yang berkaitan supaya memeriksa kualiti bangunan sekolah sedia ada bagi memastikan premis itu selamat untuk pelajar kembali meneruskan persekolahan.

Kemarahan orang ramai semakin memuncak ekoran kematian beribu-ribu pelajar yang bertimbus di bawah bangunan sekolah yang runtuh, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai kualiti bahan binaan dan piawaian keselamatan.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah keseluruhan pelajar yang meninggal dunia. Media negara pula melaporkan 7,000 bilik darjah musnah akibat gegaran dengan magnitud 8.0, yang paling buruk dialami oleh China dalam tempoh tiga dekad.

Pengarah Bantuan Bencana Kementerian Hal Ehwal Awam Wang Zhengyao berkata China amat kagum dengan bantuan antarabangsa yang diterimanya dan telahpun merangka langkah yang ketat bagi mengesan penghantaran wang tunai serta bekalan bantuan kepada mangsa gempa.

Sumbangan dari dalam dan luar negara kini mencapai 43.68 bilion yuan (RM20.8 bilion) dalam bentuk tunai serta barangan bantuan dan hampir 90 peratus telahpun diterima dengan satu pertiga daripadanya dihantar ke kawasan yang dilanda gempa.

Sementara itu, lebih 10,000 tentera meredahi kawasan lereng bukit yang berbahaya untuk mencari sebuah helikopter pengangkut tentera yang terhempas semasa cuaca buruk Sabtu lepas dengan membawa lima anak kapal dan 14 mangsa gempa yang cedera.

Penduduk kampung setempat membantu menunjukkan jalan kepada pasukan penyelamat dalam operasi itu, menurut televisyen negara, CCTV.

Di Mianyang, pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan tebing tasik Tangjiashan yang wujud selepas berlakunya gempa mungkin pecah dan mengancam nyawa lebih sejuta penduduk yang tinggal di hilir.

Sebuah alur lencongan sepanjang 475m digali bagi mengurangkan limpahan dari tasik itu.

Setakat ini, 250,000 juta orang telahpun dipindahkan dan pihak berkuasa merancang untuk membawa keluar 1.3 juta orang lagi jika keadaan menjadi semakin buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 09:46 PM | Show all posts
Wilayah Sichuan susun pulihkan peta pelancongan
BERITA HARIAN - 13:03 PM

CENGDU: Wilayah Sichuan akan mendedahkan pelan rekonstruksi gempa bumi pada bulan depan untuk memulihkan industri pelancongan wilayah berkenaan, dua bulan selepas syurga pelancongan itu mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi kuat.

Pelan itu dibuat oleh Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan dan Biro Pelancongan Wilayah Sichuan.

Pegawai agensi berita Xinhua dipetik sebagai berkata, destinasi pelancongan Sichuan akan dibuka secara berperingkat. Kini, sebarang kegiatan membabitkan kumpulan pelancong diharamkan masuk ke wilayah berkenaan atas sebab keselamatan.

" Premis pemulihan pelancongan akan diadakan di luar kawaan yang musnah itu kerana keutamaan adalah keselamatan pelancong," kata Pengarah Biro Pelancongan Wilayah Sichuan, Wu Mian.

Dengan kehebatan pemandangan alam semula jadi, Sichuan mempunyai lima tapak warisan yang diletakkan di bawah senarai Warisan Dunia PBB. Antaranya, Sichuan sangat terkenal dengan habitat panda yang semakin terancam.

Gempa bumi 8.0 magnitud yang melanda wilayah Wengchuan menyebabkan industri pelancongan negara berkenaan menyusut sebanyak sekurang-kurang RM32.5 bilion.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Biro Pelancongan Wilayah Sichuan, jumlah itu adalah separuh daripada jumlah perolehan tahun lalu.

Lebih kurang 568 tarikan pelancong di kira-kira 4,000 kawasan di wilayah itu rosak akibat gempa bumi, menyebabkan kerugian berjumlah RM13 bilion.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2008 09:54 AM | Show all posts
Polis sekat laluan sekolah runtuh

DUJIANGYAN: Polis China semalam menyekat laluan ke sebuah sekolah yang runtuh dalam kejadian gempa bumi bulan lalu, sehari selepas pihak berkuasa berhadapan dengan bantahan ibu bapa pelajar yang meninggal dunia akibat bencana alam itu.

Polis turut melarang pemberita dan pihak lain berhimpun di Sekolah Menengah Juyuan berhampiran Dujiangyan di wilayah Sichuan. Lebih 270 pelajar mati ketika sekolah itu runtuh dalam kejadian gempa bumi 12 Mei lalu.

Kelmarin polis meleraikan kumpulan ibu bapa yang melakukan tunjuk perasan di luar sebuah mahkamah Dujiangyan kerana tidak berpuas hati dengan kematian anak mereka. Tindakan polis adalah tindak balas terbaru yang diambil kerajaan terhadap ibu bapa yang melakukan perhimpunan terbabit.

Kematian pelajar berkenaan menjadi fokus bagi rakyat China dalam dan luar zon gempa sambil mendakwa berlakunya kegiatan rasuah dalam pembinaan sekolah terbabit.

Beribu-ribu penduduk terbunuh dalam gempa bumi bulan lalu dengan angka kematian yang disahkan melebihi 69,100 orang. Ibu bapa yang marah dan juga pasukan penyelamat menyalahkan struktur pembinaan yang lemah kerana hanya menggunakan dawai besi setebal pen mata bola dalam pembinaan 7,000 bilik darjah yang runtuh berkenaan. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 10:37 PM | Show all posts
PM China Selia Kerja Elak Limpahan Tasik Gempa Bumi
BERNAMA - 05 Jun, 2008 22:22 PM

BEIJING, 5 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri China Wen Jiabao, yang mendapat sanjungan ramai kerana mengambil langkah segera dalam menangani krisis gempa bumi di Sichuan, hari ini berkunjung ke sebuah tasik yang terbentuk akibat gempa bumi bagi menyelia usaha mengelak bencana banjir daripada limpahan air tasik berkenaan.

"Keadaan di tasik gempa Tangjiashan begitu kritikal ketika ini dan perkara paling penting ialah memastikan tiada siapa yang menjadi mangsa," kata Wen ketika mengunjungi tasik itu bagi kali ketiga sejak gempa bumi melanda wilayah berkenaan pada 12 Mei lepas, seperti yang dipetik oleh agensi berita rasmi Xinhua.

Xinhua melaporkan bahawa sejurus tiba di Mianyang, Wen terus menaiki helikopter ke tasik berkenaan yang terletak di daerah Beichuan, kawasan paling teruk terjejas.

Suku juta penduduk dipindahkan berikutan gempa bumi itu dan rancangan disusun bagi memindahkan lebih sejuta penduduk lagi yang tinggal di kawasan hilir tasik itu, ke tempat selamat.

Kata Xinhua, kejadian tanah runtuh dan hujan luar biasa lebat yang dijangka melanda kawasan hulu, meningkatkan risiko tebing tasik berkenaan pecah dan melimpahkan airnya ke Sungai Jianjiang.

Menjelang pukul 8 pagi ini, paras air di tasik itu meningkat kepada 738.5 meter, hanya 1.5m saja lagi untuk melimpah ke saluran lencongan yang dibina selama enam hari oleh beratus anggota tentera minggu lepas.

Sekumpulan pakar merancang mengalirkan sebahagian air dari tasik berkenaan ke saluran lencongan sepanjang 475m yang dibina itu, tetapi empangan tanah liat dan batu yang terbina akibat gempa bumi, mungkin rebak pada bila-bila masa akibat tekanan air, lapor Xinhua, yang memetik seorang jurucakap ibu pejabat kawalan tasik itu.

"Air sedang meresap keluar dari empangan itu," katanya. Sekiranya hadangan itu runtuh, kira-kira 20 juta meter padu selut dan batu akan menggelungsur ke dalam tasik berkenaan dan menghasilkan ombak besar.

"Kami perlu buat persiapan untuk menangani satu senario yang amat dahsyat dan berusaha mencapai hasil yang sebaik mungkin," kata Menteri Sumber Air Chen Lei hari ini pada satu mesyuarat di Sichuan.

Sementara itu, Naib Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar Qi Ji berkata beliau yakin sasaran China untuk menyediakan sejuta rumah sementara bagi mangsa yang hilang tempat tinggal, akan tercapai dalam masa tiga bulan.

"Bagi mengatasi masalah kekurangan bahan, kerajaan menetapkan sasaran pengeluaran bagi pengeluar utama, termasuk Baosteel dan Ansteel untuk memastikan bekalan yang mencukupi dalam usaha membina rumah pasang siap, yang mampu tahan antara tiga dan lima tahun," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata 230 pengeluar telah dikerah supaya beroperasi sepanjang masa bagi membina rumah itu.

Bagaimanapun, kekurangan tanah pamah di kawasan bergunung-ganang itu memberi masalah kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan usaha berkenaan.

Lebih 45 juta penduduk hilang tempat tinggal akibat gempa bumi itu, kejadian paling buruk sejak tiga dekad lepas di China, yang meragut 69,127 nyawa dan menyebabkan hampir 18,000 orang masih belum dapat dikesan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2008 03:20 AM | Show all posts
Usaha keluarkan air tasik bermula
UTUSAN MALAYSIA

MIANZHU 6 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 10:10 AM | Show all posts
Saturday June 7, 2008
China quake could speed growth of ad-hoc activism
By Emma Graham-Harrison and Lindsay Beck
CHENGDU (Reuters) - It was just an afternoon stroll down the streets of his hometown, but every step blogger "Yellow Peach" took was revolutionary.

Soldiers carry life jackets in preparation for rescue efforts at the Tangjiashan earthquake lake in the town of Jiuling, Jiangyou county, Sichuan province June 6, 2008. (REUTERS/Jason Lee)
There were no placards or banners, no slogans or matching T-shirts, but by "taking a walk" together for a couple of hours, a few hundred citizens of a laid-back southwestern city were illegally challenging government plans for a new oil refinery.

They wandered in quiet clusters down a route circulated by Internet and mobile phone, watched by uniformed and plainclothes police who knew exactly why they were there and later punished six people for their role.

"This was a victorious meeting, a rally. The kindling has already been scattered. What follows now depends on everybody," Yellow Peach wrote, signing off on a string of messages to a fellow blogger giving a blow-by-blow account of the protest.

The protest was typical of a new type of activism spreading rapidly through China -- ad hoc networks of the well-educated and relatively well-off, usually focused on one issue they feel threatens their health or wealth.

The Chengdu walkers hoped to imitate middle class pioneers from the more prosperous east coast who forced local governments to move or reconsider multi-billion dollar industrial and infrastructure projects when they took to the streets.

They largely ignore formal NGOs which Beijing monitors, emasculates or ties up in red tape, connecting instead through blogs, chatrooms or SMS phone messages to spread their message.

At their most effective, these creative, driven groups can change how and where firms do business in China and force the ruling Communist Party to be more responsive, experts say.

"This kind of civil society, based not around formal organisations but around issues, can mobilise more people and they are more determined," said Yiyi Lu, a researcher at British think-tank Chatham House who used to work in China's NGO sector.
"They are probably more effective on issues which mobilise them, because they directly affect their lives and interests."

QUAKE AND ITS AFTERSHOCKS

In the end, the activists in Chengdu never had a chance to find out if they could spark a wider revolt.
Less than two weeks after they took to the streets, the city was rocked by a massive earthquake which flattened towns and villages less than an hour's drive away, killing nearly 70,000.

The petrochemical project is now under review after the tremors caused chemical spills at smaller plants and village houses around its planned perimeter collapsed in ruins.

But as people across China rushed to help victims or send cash, food and clothing, the protesters found a new use for their organising and publicity skills -- and informal civil society may have gained a new impetus.

Ran Yunfei, a magazine editor who joined and blogged about the Chengdu demonstration, spent the days after the quake collecting news from the disaster zone and posting online details of places that hadn't received aid or were short of supplies.
His efforts aimed to help officials and volunteers focus their relief work. It also showed that the government did not have a monopoly on relief efforts.

"I'm interested in anything that touches on the rights and interests of the public, because those are the things that impact the lives of the common people," he told Reuters.

"The government is afraid people will think the volunteers are better than they are. That's the main reason the government restricts non-governmental organisations (NGOs)."

SEEDS OF ACTIVISM

For many of the young students who rushed to help, from a generation often labelled apathetic, selfish or only interested in wealth, it was their first experience of any kind of activism.

And in a country where most national youth movements of the last decade have been against a common enemy -- Japan, the United States, Western firms and media -- their efforts to help have been notable for uniting the country in a positive cause.

"Actually, young people pay less and less attention to politics but since the Olympics and now the earthquake it feels like all the young people have come together," said Liu Huanhuan, a student volunteer from Beijing.

And like their peers who had strolled against pollution, many were doing it alone -- not under the umbrella of the Communist Party or their schools, or even NGOs.

When quake victims no longer need help, volunteers may seek a new outlet for their activism. Causes such as environmentalism, which uses the same informal networking, could be a natural fit.

Still, it is a large step from supporting the injured and destitute to challenging officials and powerful industrial giants, which could yet discourage many.

Protests are banned by a government still haunted by the memories of 1989 student demonstrations on Beijing's Tiananmen square, that ended in a bloody army crackdown.

And some activists who have been chipping away for years at China's massive pollution, deforestation, desertification and other problems, warn that in a country where corruption is rampant and big business powerful, success doesn't come easily.

"If you have these headlong rushes to one activity and then another, it's hard to get a real solution," said environmental writer Feng Yongfeng. "The effects are often temporary and easily overturned.

Copyright
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 02:12 PM | Show all posts
8 panda terselamat gempa dipamer di Zoo Beijing
UTUSAN MALAYSIA



BEIJING 5 Jun - Lapan ekor panda yang terselamat semasa gempa bumi awal bulan lalu mula dipamerkan kepada para pengunjung di Zoo Beijing hari ini.

Para pegawai menjangka beruang-beruang ini mampu menarik perhatian berjuta-juta pelawat semasa Sukan Olimpik Beijing pada Ogos ini.

Selepas upacara sambutan khas, para pelancong China kelihatan mengelilingi ruang yang menempatkan panda yang berada dalam kurungan dan merakam gambar ketika ia mengunyah daun buluh.

Binatang yang dikategori sebagai spesies terancam itu tiba di zoo ini pada 24 Mei lalu dari tempat pembiakannya di Wolong di barat daya wilayah Sichuan, 30 kilometer dari pusat gempa.

"Kami melayan mereka dengan manja, bercakap dengan dialek Sichuan dan mengekalkan hubungan mata supaya ia boleh menyesuaikan diri dengan kediaman baru," kata penjaga panda terbabit, Wu Daifu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 02:14 PM | Show all posts
Sichuan diancam banjir - Paras air tasik makin naik akibat gegaran susulan
UTUSAN MALAYSIA


anggota tentera mengangkut bahan letupan untuk membina terusan
bagi laluan air dari tasik-tasik di sekitar wilayah Sichuan yang dikhuatiri akan pecah, semalam


MIANYANG 5 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 07:44 AM | Show all posts
Runtuhan bangunan diletup permudah aliran keluar air tasik
UTUSAN MALAYSIA

JIANGYOU, China 8 Jun - Anggota tentera hari ini bertindak meletupkan rumah kayu dan kesan runtuhan bangunan di tasik yang terbentuk akibat gempa bumi bagi memudahkan pengaliran air serta mengurangkan ancaman banjir terhadap lebih sejuta penduduk di kawasan berhampiran.

Air di tasik kawasan gempa Tangjiashan terus bertambah walaupun jumlah air yang melalui laluan air yang dibina oleh para jurutera dan askar semakin meningkat.

Pihak berkuasa masih terus berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan walaupun operasi pengaliran air di kawasan tersebut berjalan lancar, lapor agensi berita Xinhua.

"Terdapat banyak runtuhan bangunan di bahagian atas dan ada antaranya dalam bentuk yang besar seperti rumah-rumah kayu.

"Oleh itu kami mengarahkan tentera untuk memusnahkan runtuhan tersebut dengan menggunakan bahan letupan," kata Menteri Sumber Air, Chen Lei kepada China Central Television.

Tasik Tangjiashan yang terbentuk berikutan kejadian tanah runtuh yang menahan Sungai Tongkou dari mengalir.

Tindakan mengeluarkan air tasik ini menjadi keutamaan segera kerajaan bagi mengelakkan berlaku satu lagi bencana.

"Saya berharap pengaliran air tasik ini akan dilakukan segera bagi membolehkan kami segera pulang," kata seorang jururawat, Wang Jing yang ditempatkan bersama 9,500 yang lain di cawangan kampus Sekolah Muzik Sichuan di bandar Mianyang.

Usaha pengaliran air ini perlu dilakukan secara terkawal dan berhati-hati kerana jika tersilap langkah ia akan memberikan kesan yang dahsyat.

Jika air mengalir terlalu perlahan ia akan memberi tekanan yang berlebihan kepada dinding empangan manakala jika ia mengalir terlalu laju berkemungkinan ia akan memecahkan saliran air serta memusnahkan empangan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 04:32 PM | Show all posts
Seleweng bantuan gempa, 15 pegawai dipecat
10/06/2008

BEIJING 10 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 07:40 PM | Show all posts
Tentera Guna Misil Luaskan Laluan Air Dari Tasik Gempa Di China
BERNAMA - 10 Jun, 2008 18:38 PM

BEIJING, 10 Jun (Bernama) -- Jurutera tentera China hari ini menggunakan misil bagi memecahkan bongkah batu di sebuah tasik yang terbentuk akibat gempa bumi di barat daya negara ini untuk mempercepatkan aliran airnya ke sebuah alur buatan manusia.

Rempuhan air dari tasik itu ke arah Beichuan di wilayah Sichuan turut menghanyutkan mayat mangsa yang terkorban dalam bencana alam berkenaan.

Bagaimanapun, pakar pemuliharaan air memberi amaran bahawa tasik itu dan empangannya tetap berbahaya selagi airnya tidak turun ke paras bawah 720 meter, demikian menurut agensi berita Xinhua.

Walaupun aliran deras air dari tasik itu mengurangkan ancaman banjir di kawasan hilirnya, pihak berkuasa terus berjaga-jaga terhadap kejadian tanah runtuh dan kemungkinan empangan tasik berkenaan pecah berikutan gegaran susulan yang berlaku di wilayah itu.

Sehingga 9 pagi ini, air tasik itu berada pada paras 742mm manakala paras di pintu masuk ke alur yang dibina, turun 10m daripada 740m pada Sabtu semasa usaha mengalirkan airnya bermula.

Siaran televisyen rasmi menunjukkan anggota tentera menembak misil dari jarak dekat bagi meluaskan dan mendalamkan pintu air tasik itu ke alur berkenaan dan menyebabkan airnya merempuh keluar selaju 6,420m sesaat menjelang 11.30 pagi hari ini, berbanding hanya 80m sesaat pada malam Isnin.

Rempuhan air itu melanda empat tasik gempa bumi lebih kecil di hilir tasik Tangjiashan dan dijangka sampai ke bandar raya Mianyang lewat hari ini di mana lebih suku juta penduduk telah dipindahkan.

Latihan telah dijalankan bagi memindahkan sehingga 1.3 juta penduduk jika keadaan menjadi semakin buruk. Tangjiashan adalah antara lebih 30 tasik yang terbentuk apabila aliran sungai terhalang akibat tanah runtuh apabila gempa bumi paling buruk dalam tempoh tiga dekad di China, melanda Sichuan pada 12 Mei.

Sementara itu, bangkai helikopter pengangkut tentera yang hilang pada 31 Mei dijumpai pagi ini berhampiran pusat gempa di bandar Yingxiu dengan semua lima anak kapalnya terbunuh, lapor Xinhua yang memetik sumber tentera.

Lebih 10,000 orang dikerah mencari pesawat itu apabila ia gagal dikesan selepas menghantar bekalan kepada penduduk di sebuah bandar.

Xinhua melaporkan bangkai helikopter jenis Mi-171 itu ditemui di kawasan hutan di barat laut Yingxiu pada 10.55 pagi dengan kipas dan bahagian lainnya bertaburan di kawasan semak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 10:48 PM | Show all posts
China Finds Missing Helicopter, Bodies Of Passengers, Crew
BERNAMA - 10 Jun, 2008 15:25 PM

CHENGDU, June 10 (Xinhua) -- Searchers have found the remains of the missing Chinese helicopter and people on board in the mountains near the quake epicenter town Yingxiu, China's Xinhua news agency quoted a military source as saying here Tuesday.

The debris of the downed Mi-171 helicopter was found in the bushes northwest of Yingxiu Township at 10:55 a.m. Tuesday.

Militia and reservists mobilised by the Chengdu Military Area Command found the missing chopper.

A crew of five military personnel and 14 quake victims were all found dead. The helicopter was broken up with parts including the propeller, airframe and empennage found scattered in the bushes.

The Mi-171 military transport helicopter crashed at 2:56 p.m. on May 31 while transferring 14 injured local residents from the epicenter of the May 12 magnitude-8.0 quake in the southwestern Sichuan Province.

The helicopter, affiliated with the quake-relief troops of the Chengdu Military Area Command, was reported to have encountered strong turbulence and fog.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 10:32 AM | Show all posts
Air tasik ancaman baru mangsa gempa bumi


CEMAS: Penduduk Beichuan memerhatikan air Tasik Tangjiashan membanjiri kawasan rendah, Qushanzhen, semalam.


Penduduk berjaga-jaga hadapi kemungkinan banjir akibat aliran deras

CHENGDU: Air tasik yang terbentuk akibat gempa bumi kuat China, mulai mengalir deras semalam ketika bandar di kawasan hilir diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir buruk jika tebing sungai yang goyah itu roboh.

Seorang pakar geografi Britain pula memberi amaran laluan air itu mendatangkan bahaya baru kerana terbukti sukar dikawal.


"Kerajaan perlu memindahkan semua penduduk di kawasan hilir sungai kerana ada kemungkinan tebing mungkin pecah berikutan hakisan yang berlaku terlalu cepat. Bagi saya, ini seperti satu keadaan yang sukar dikawal," kata David Petley, pensyarah Universiti Durham, Britain yang membuat penilaian berdasarkan kajian ke atas usaha pelepasan air tasik berkenaan.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel kepada agensi berita The Associated Press (AP).

Sementara itu, stesen penyiaran rasmi CCTV menyiarkan imej air yang mengalir deras daripada tasik di Tangjiashan, kawasan rendah yang terletak di hilir bandar Beichuan.
Penduduk di situ sudah dipindahkan sebelum ini, manakala mereka yang tinggal di sepanjang sungai berkenaan kini bersiap sedia meninggalkan kawasan itu jika paras air meningkat mendadak.

Setakat ini, lebih 250,000 penduduk di hilir sungai sudah dipindahkan ke kawasan tinggi berikutan kebimbangan sekatan yang menahan air tasik itu, pecah. Seramai 1.3 juta penduduk tinggal di kawasan hilir sungai berkenaan.

Menurut CCTV, 40 peratus rumah di bandar Qingyi berdepan risiko ditenggelami air, manakala bandar Mianyang, turut diarah berjaga-jaga.

Seorang penduduk, Wu Zhenxing berkata, air banjir yang dilepaskan daripada tasik itu sudah menenggelamkan rumah di tepi sungai di bandar Qinglian. Bagaimanapun, ramai penduduknya sudah pun berpindah.
"Semua penduduk tetap berasa lega kerana air itu tidak menenggelamkan jalan raya mahu pun penempatan lain yang berjiran dengannya," kata Wu.

Sejak beberapa hari lalu, askar China mengguna bahan letupan termasuk dinamit dan senjata antikereta kebal bagi meletupkan halangan di sepanjang laluan buatan manusia, bertujuan mempercepatkan aliran air serta mengatasi kemungkinan limpahan air tasik yang sukar dikawal.

Namun, masih belum jelas sama ada kumpulan jurutera dapat mengawal aliran air itu dan mengelak berlakunya runtuhan tebing yang boleh menyebabkan banjir buruk di kawasan laluannya.

Agensi berita Xinhua berkata wartawannya melihat pokok, kaca televisyen, peti sejuk dan mayat mangsa gempa bumi dibawa arus deras air tasik dari kawasan pergunungan itu.

Selain itu, kumpulan penyelamat turut menemui bangkai sebuah helikopter tentera udara yang terhempas di kawasan pergunungan di barat daya China ketika membawa mangsa cedera dalam bencana bulan lalu itu.

Mayat lima anak kapal dan 14 mangsa gempa itu ditemui di kawasan nahas dekat bandar Yingxiu. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:07 AM | Show all posts
Bangkai helikopter ditemui
BEIJING 10 Jun - Sebuah helikopter tentera yang terhempas 11 hari lalu di bahagian barat daya China ketika melakukan misi menyelamatkan mangsa gempa bumi, ditemui hari ini bersama-sama beberapa mayat penumpang yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Agensi berita China melaporkan bangkai pesawat tersebut ditemui di utara pekan Yingxiu di wilayah pergunungan Sichuan.
Dalam kejadian yang berlaku pada 31 Mei lalu, helikopter pengangkut Mi-171 bersama lima krew dilaporkan hilang ketika sedang membawa 14 mangsa gempa bumi yang cedera di wilayah Sichuan.

Agensi itu bagaimanapun tidak melaporkan sama ada mayat yang ditemui merupakan kesemua 19 penumpang pesawat tersebut.
- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 03:47 PM | Show all posts
11 Jun, 2008   
China's Quake-ravaged Areas Remain Open To Foreign Journalists



CHENGDU, June 11 (Bernama) -- China's quake-ravaged areas remain open to overseas journalists in time of disaster relief as well as rebuilding, a Chinese government official said here Wednesday.

"Our open policy remains unchanged. Overseas reporters are welcome to the quake-hit areas in Sichuan Province to cover disaster relief, resettlement of residents as well as reconstruction," XINHUA news agency quoted Wang Guoqing, deputy director of the Information Office of the State Council as saying here.

Wang said some foreign reporters had complained of difficulties in accessing certain areas of Sichuan.

"We will do our best to help them," he told the state media in the provincial capital Chengdu.

The 8.0-magnitude earthquake on May 12 aroused widespread concern across the globe, and a multitude of journalists, rescuers, relief workers and volunteers have flooded into Sichuan ever since.

Four weeks after the quake, the death toll stood at 69,146 as of Tuesday noon, with 374,072 people injured and 17,516 missing.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 07:04 AM | Show all posts
Hujan lebat ancam kawasan takungan di Zhejiang
UTUSAN MALAYSIA

BEIJING 11 Jun - Hujan lebat yang melanda bahagian selatan dan timur China hari ini mula mengancam kawasan takungan air di timur wilayah Zhejiang.

Lebih membahayakan paras air di kawasan takungan di wilayah ini kini mencecah paras bahaya, sehari selepas pengaliran air berjaya dilakukan dengan lancar di wilayah Sichuan setelah beberapa penahan dan tembok yang terbentuk akibat gempa berjaya di letupkan tentera, kelmarin.

China semalam mengumumkan kejayaan mewujudkan saliran air di tasik 'gempa' di Tangjiashan, bagaimanapun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kini, keadaan dijangka akan menjadi lebih teruk.

Hujan lebat turut membahayakan nyawa lebih 930,000 penduduk di wilayah Zhejiang, yang turut memusnahkan lebih 70,000 hektar kawasan pertanian, menyebabkan operasi 286 kilang terpaksa diberhentikan serta mengakibatkan 115 jalan raya ditutup.

Lebih 1,880 bangunan runtuh akibat kejadian itu di Zhejiang dan wilayah selatan Guangxi.

Jabatan Meteorologi di Zhejiang turut memberi amaran hujan lebat akan berterusan selama dua hari.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir sejak Sabtu lalu, telah mengakibatkan keadaan huru-hara di Hong Kong dan paras air banjir kini telah mencecah paras rekod.

Keadaan ini turut menyebabkan banjir dan tanah runtuh di banyak kawasan.

Setakat ini dua orang dilaporkan terbunuh akibat cuaca buruk.

Jalan raya di kebanyakan kawasan terpaksa ditutup termasuk di landasan kapal terbang mengakibatkan banyak penerbangan terpaksa ditunda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.535347 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list