CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57150|Reply: 124

Seni Kreatif -Merekabentuk Sabun [Video & info terbaru...last page]

[Copy link]
Post time 14-5-2008 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by lemak_masin at 19-10-2011 17:15

[size=200%]Pengenalan Kepada Kraf Membuat Sabun Hiasan Secara Cair & Bentuk @ 'Melt N Mold'


Kraf membuat sabun menggunakan teknik pencairan bahan asas sabun dan membentuk sabun menggunakan acuan atau secara ringkasnya 'melt n mold soap crafting' adalah sesuatu yang amat baru bagi orang Malaysia.

Walaubagaimanapun setelah anda mempelajari teknik-tekniknya yang amat mudah ini, anda mampu untuk menghasilkan satu sabun yang cantik dengan pilihan haruman, warna pilihan anda sendiri. Anda mungkin selepas ini tidak akan berbalik menggunakan sabun biasa lagi..

Selain untuk digunakan sendiri, sabun yang terhasil boleh juga dijadikan hadiah. Dengan menghasilkan sesuatu sabun yang unik dan menarik, anda juga boleh menjualnya dan menjadikannya sumber pendapatan..





[size=150%]Apa itu Sabun Berglyserin atau 'Glycerin Soaps'?



Tahukah anda bahawa glyserin adalah bahan yang terhasil daripada kombinasi lye (sodium hydroxide) dan lemak atau minyak sewaktu proses membuat sabun.Kombinasi bahan2 tersebut adalah sesuatu yang asas dalam setiap proses penghasilan dan pembuatan sabun..

Glyserin adalah penting kerana ia bertindak sebagai pelembab..ia memerangkap partikal udara dengan membentuk satu lapisan lembapan di permukaan kulit. Kebanyakkan sabun bayi mengandungi kandungan glyserin yang tinggi bagi mengelakkan iritasi dan memberikan kelembapan tambahan kepada kulit bayi yang lembut.

Oleh sebab itu lah sabun yang terhasil perlu disimpan ditempat yang kedap udara atau dibalut dengan plastik lutsinar bagi mengelakkan terjadinya perpeluhan di permukaan sabun.

Kebanyakkan sabun yang ada dipasaran telah dikurangkan atau hampir tiada glyserin. Ini adalah kerana glyserin tersebut telah diestrak keluar untuk digunakan dalam proses pembuatan bahan atau krim penjagaan dan rawatan muka yang mana marketnya lebih mahal berbanding sabun.



[size=150%]Keistimewaan Bahan Asas Sabun Berglyserin dalam proses 'Melt-n-Mold Soap Crafting'



Sekiranya anda mempunyai bahan-bahan dan mengetahui teknik membuat sabun, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menguntungkan kerana anda berpeluang menghasilkan sendiri sabun di rumah. Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa 'Lye' yang digunakan dalam proses membuat sabun adalah bersifat menghakis. Ia perlu dikendalikan dengan teliti dan berhati-hati. Silap gaya boleh melecur tangan.

Tetapi kalau anda tidak tau cara-cara membuat sabun 慺rom scratch

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2008 01:13 PM | Show all posts
[size=150%]Keistimewaan Hobi membuat sabun


1) Pakai aje peralatan sedia ada di dapur korang..lepas habis buat sabun, basuh cam biasa dan boleh pakai untuk kerja-kerja memasak seperti biasa.

2) Kalau korang tak puas hati dengan hasil sabun korang, cairkan semula sabun tersebut dan buat balik..jimatkan..

3) Boleh pakai ape2 jenis acuan yang flexible seperti acuan coklat, acuan kuih atau acuan ais. Boleh juga guna acuan yang kitar semula ..macam kulit telur, bekas botol plastik (potong dan ambil tapaknya), dan sebagainyaa

4) Boleh buat sendiri sabun-sabun yang comel dan unik, letak haruman kegemaran dan pakai ...takyah beli sabun lain dah...


Kat kedai2 jual peralatan buat kek banyak jual acuan yang comel2..selalunya acuan buat coklat..kalau you all duk kat shah alam boleh gi ke kedai baguz kat seksyen 13..mcm2 jenis acuan ada..acuan coklat comel2..tapi mahal skit laa..
kalau pakai acuan ais pun boleh..


Ada satu petua untuk senangkan sabun tu keluar dari acuan..iaitu letak skit petrolium jelly cam vesaline pada permukaan acuan sebelum tuangkan sabun. nanti bila dah sejuk senang sabun tu keluar..

Kalau pakai cookies cutter pun boleh..kene sapu dulu vaseline pada permukaan cutter dan buat terapan macam buat biskut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 01:16 PM | Show all posts
[size=150%]Antara sabun hiasan/sabun mandi/wedding favor yang boleh dibuat sendiri dirumah..


ini namanya sabun hirisan buah limau..
kalau korang guna warna hijau boleh jadikkan hirisan buah limau nipis.
Kalu letak warna pink pulak dan luarnya letak warna hijau boleh jadikan hirisan buah limau bali..










Kalau anak2 you all susah nak mandi..kene tarik telinga baru nak mandi, boleh try buat sabun2 berbentuk kartun. Just pakai apa2 acuan yang korang jumpa macam acuan kek/biskut, acuan ais ke atau buat sabun macam ni ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 01:19 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 01:24 PM | Show all posts
[size=150%]LANGKAH ASAS UNTUK MEMBUAT SABUN









[size=150%]~~~~~~~~~~~~~~~~~

1) Potong bahan asas sabun kepada ketulan-ketulan kecil
2) Letak dalam mikrowave dan panaskan dalam kuasa yang paling rendah selama beberapa min. (agak-agak la) kalau banyak ketulnya lama ler sikit. Kalau takde mikrowave boleh guna teknik double boil (cara macam nak cairkan/masak coklat)

3) Setelah cair tambahkan pewangi
4) Tambahkan pewarna
5) Kacau dengan rata
6) Tuang dalam acuan.
7) Spray sikit alkohol di permukaan sabun kalau ada bubble pada permukaan sabun tu
8).Biar selama beberapa jam
9) Keluarkan dari acuan dan boleh guna dah ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 01:29 PM | Show all posts
Ni gambar contoh handmade soap yang saya jumpa diinternet..selamat menjamu mata..!!










[ Last edited by  lemak_masin at 14-5-2008 01:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-5-2008 01:40 PM | Show all posts
[size=150%]INI ADALAH PERALATAN DAN BAHAN ASAS UNTUK MEMULAKAN PROSES MEMBUAT SABUN..





1) Bahan Asas Sabun
2) Pewarna
3) Pewangi
4) Acuan
5) Microwave Oven atau Periuk
6) Pisau Pemotong
7) Alas Tempat Pemotong
8 ) Penimbang
9) Mangkuk atau Jug Penyukat -yang tahan panas/mikrowave
10) Sudu atau Spatula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 01:44 PM | Show all posts
cuci mata lagi...













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2008 01:58 PM | Show all posts
Mari kita buat sabun ini pulak...







Beli bunga tiruan di kedai bunga. jgn beli bunga plastik..beli yang macam kain tu..

Lerai-leraikan kelopak bunga tersebut..kalau taknak lerai pun ok..

Panaskan sabun dalam microwave, masukkan pewangi..kalau nak masukkan pewarna pun bole..kalau taknak pun takpe..

sewaktu sabun tengah panas tu celup la kelopak atau bunga dalam sabun (gunalah penyepit ke ape ke )..bagi kene rata di seluruh permukaan kelopak...angkat dan biar sabun tu abis menitik dan letak bunga untuk dikeraskan atas kertas minyak...

bila dah keras boleh letak dalam balang/bekas kaca...

tip: Celup waktu sabun tengah panas sebab kalau sabun dah semakin sejuk, nanti sabun menjadi pekat dan kelopak bunga jadi tebal dan tak cantik...

sabun jenis ini sesuai diletakkan di sinki basuh tangan ... dan boleh digunakan sebagai sabun basuh tangan. Caranya, ambil sehelai kelopak dan guna sebagai sabun basuh tangan, dan kelopak bunga tu boleh dibuang atau diguna semula untuk buat sabun yang lain...

Untuk bunga yang besar tu boleh guna sampai sabun dipermukaanya habis dan recycle buat sabun yang lain...


Kalau tak faham ape yang saya terangkan ni .. bole tanyee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 02:02 PM | Show all posts
Ni contoh sabun hiasan untuk letak kat bilik air tetamu...
(sabun-sabun ini boleh lah digunakan sebagai sabun pencuci muka, sabun mandi dan juga buat sabun basuh tangan...)





letak la sabun-sabun tu dalam bekas kaca macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 02:11 PM | Show all posts
cantiknya.....lemak masin ada jual ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 02:49 PM | Show all posts
MANA NAK DPT BHN ASA SABUN TUE?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by titanium at 14-5-2008 02:11 PM
cantiknya.....lemak masin ada jual ke?



Ada sebahagiannya dijual..ada sebahagiannya boleh buat sndiri...

tapi kat dalam forum ni kite just sembang2 camne nak buat sabun2 hiasan ni je..
saje nak share ke seronokkan membuat sabun sndri di rumah...


kalau nak beli bahan pulak, awak just klik masuk ke website saya bawah ni

[ Last edited by  lemak_masin at 20-8-2008 04:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 05:15 PM | Show all posts
bahan2 asas sabun tu ade jual dekat mana2 tempat ke?
kedai apa yg jual benda ni eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 05:53 PM | Show all posts
Buat masa ni saya tak jumpa lagi kedai2 (offline) yang jual kraf buat sabun ni...tapi kalau nak dapatkan bahan2 sabun ni secara online leh PM je saya atau klik alamat kat bawah ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 12:35 PM | Show all posts
Menggunakan Acuan Bahan Kitar Semula



Gambar di atas menunjukkan hasil sabun yang menggunakan kotak susu (1 liter)..


Caranya:
1) Kotak susu itu dipotong la separuh dan ambil dasarnya sahaja..
2) Cairkan asas sabun macam biasa..letak la pewarna, pewangi dan kacau rata
3) Masukkan campuran sabun tu dalam kotak susu yang telah dipotong..
4) Tunggu la sampai keras (leh masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku selama 5 min )
5) Bila sabun keras cara untuk keluarkan sabun hanyalah dengan mengoyakkan kotak susu itu..

dan siap la sabun..


kalau nak lagi save buat bancuhan sabun dengan menggunakan warna yang berbeza..tuangkan sabun yang telah dibancuh ke dalam kotak susu tersebut..
tuang satu2 warna dan tunggu sampai sabun agak keras (0.5jam dengan suhu bilik aje) dan baru tuang sabun dengan warna yang lain..buat la sampai kotak susu tu penuh..baru ler letak dalam peti sejuk..

bila dah sejuk koyakkan kotak tu dan potong la sabun2 ikut warna2 dengan pisau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2008 02:49 PM | Show all posts
sy dh tgk website mysabun.dekat starter kit tu brapa berat bahan asas sabun tu eh? dan brapa ketul sabun yg dpt dihasilkan klu kita guna acuan yg dh diberi kt starter kit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 03:08 PM | Show all posts
salam...

saya pun minat n dah lama cari  cam ner nak wat sabun nie...
leh share tak ngan saya?
saya nak dapatkan starter kit die la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 03:42 PM | Show all posts
Hi kawan-kawan...

Untuk semua urusan jual beli..boleh Pm saya terus ye..sebab adalah dilarang menjual beli dalam forum ini...Sesapa yang berminat untuk mendapatkan Sabun ke..kit DIy ke..boleh Pm saya atau masuk ke website saya...ok..

Tak best la kalu nanti kene warning ngan mod..

Bila dah dapatkan DIy KiT tu boleh la buat sabun dan share kat forum ni pulak...

Just untuk menjelaskan ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 03:52 PM | Show all posts



Camne nak buat sabun camni....?

caranya mudah aje..

gunakan penerap kuih bentuk love dan gunakan cop huruf dan copkan dan tekan atas permukaan sabun tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.069828 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list