CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tamanmahkota1

MERGED - all on WATER FILTER

[Copy link]
Post time 31-10-2006 02:25 PM | Show all posts
Saya guna RX Water ...kenapa? sebab dari pengalaman sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 02:30 PM | Show all posts
Kawan-kawan...Lypoh nak share cerita ni ye... harap2 sudi dengar..sori sebab pjg sikit sbb copy dr forum sebelah..

Lypoh sebenarnya pernah bekerja di salah sebuah stokist RX Water ni. Ketika joint tu memang tak berapa minat utk mengetahui tentang sistem rawatan air ni sebab beranggapan semua water filter adalah sama.. tetapi disebabkan Lypoh ditugaskan dibahagian training jadi sedikit sebanyak Lypoh kena melihat dan meneliti material2 training yang disediakan oleh anak2 buah. Untuk sebulan pertama tu hari2 dok mengadap cd pengasasnya dan membuat sedikit penyelidikan ttg Rx-water ni supaya kalau peserta tanya nanti taklah tergagap-gagap nak jawab..

Yang Lypoh perhatikan ttg produk ni ialah:-

RX- maknanya rawatan/preskripsi
Water- Air

1. Pengasasnya seorang doktor perubatan beragama islam, pernah bertugas di majlis sukan negara dan digelar Dr sukan. Kalau kawan2 ingat dia pernah glamor dgn prase ni .."satu..dua..tiga...lapan, lapan lagi...." melalui senamrobik di saluran RTM satu ketika dulu.

2. Disahkan mengidap Lymphorma Cancer- kanser darah dan sejak itu dia mendapati penyakit dia menjadi lebih worst kalau dia terminum air yang tidak dirawat. Jadi dia pun mencuba mcm 2 jenis air sebelum menemui RX-Water ni. Beliau mula mengamalkan air ini disamping mengambil ubatan2 lain yang telah ditetapkan oleh Dr pakar di UM dan bila penyakitnya sembuh, ramai mengesyorkan dia patent kan air terapi ini dan jualkan pada org ramai...

3. RX Water telah ditambah dengan Pengubah Aura pada Katrij ke 4, yang sebenarnya banyak mengubah penampilan seseorang.

Bila bergaul dengan peserta2 kursus, saya dapati ramai drpd mereka dahulunya berpenyakit tetapi selepas mengamalkan RX Water ini, dengan izin Allah mereka beransur pulih...Mula tu Lypoh ingat mereka ni fanatik...tapi sebenarnya bukan...mereka betul2 merasai kelebihannya.hanya org yg sakit menghargai kesihatan..

Nnt Lypoh update lagi...sambil2 tu sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut boleh pm Lypoh atau lawati website ni http://www.rx-water.com/
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 02:31 PM | Show all posts
Ok..Lypoh nak sambung balik

Salah satu sebab kita perlukan sistem rawatan air ni adalah disebabkan paip2 yg membekalkan air ke rumah kita kebanyakkannya berkarat dan tangki air diatas rumah kita tu dah berapa lama kita tak bersihkan..itu yg menyebakan keladak, kotoran & klorin berkumpul. Walaupun telah dimasak, kadang kadang rasa klorin tu tetap ade especially di kawasan lembah klang ni.. kalau lama2 tentunya teruk jugak buah pinggang kita nak menapis nye kan?

Kawan2 ini bukan promosi..belilah ape2 sistem rawatan air utk kegunaan keluarga kita, ianya satu pelaburan yang menguntungkan berbanding menghantar duit ribu riban ke hospital bila dah sakit. Memang air adalah salah satu punca penyakit...

Ok, ni Lypoh nak share pengalaman sendiri..

7 hari sebelum hari raya hari tu mama Lypoh kena mild stroke. Tangan kanannya yg dia selalu komplen kebas dulu terus tak boleh nak mengenggam. Masa kena kat opis dia, dia perasan dia tak leh pegang pen utk menulis dan masa call hubby Lypoh lidahnya macam dah keras, nak ckp pun tak jelas..dia dimasukkan ke hkl utk rawatan. Setelah keluar, tangan still tak kuat & tak berasa...jadi makcik Lypoh dr kampung terus ambil dia balik ke Melaka untuk dijaga sementara kami adik beradik especially Lypoh masuk opis utk arranged cuti kecemasan dan terus balik cuti raya.

Di Kampung makcik Lypoh ni mula memberi mama Lypoh minum RX- Water ni. Sebenarnya makcik Lypoh ni setahun lalu beli RX-Water ni dr tempat kerja Lypoh ni dengan harga ahli diatas ehsan bos Lypoh (sebab staff tak boleh jadi ahli)...Selain minum, dia juga rendamkan tangan yang kebas tu pagi & petang dengan air tu. Memang full treatment dia bagi kat mama Lypoh memandangkan dia tak bekerja.

Alhamdulillah, dengan Izin Allah dalam masa 3 hari tu ada perubahan pada tangan mama Lypoh, dan boleh mengenggam sikit2. Masa kami balik kg tu mama Lypoh dah boleh pegang sikat dan menyikat rambut dia sendiri.. alhamulillah ...walaupun Lypoh kerja di syarikat tu Lypoh tak pernah pun teragak nak beli RX Water ni dulu sebab staff memang ditelah disediakan RX Water ni di pejabat dan digalakkan ambil air tu utk kegunaan minuman keluarga. bos Lypoh mmg suka bersedekah.. tapi bila mak sendiri dah kena, kena batang hidung, barulah Lypoh beli utk letak di rumah.

Rupanya makcik Lypoh selalu sedekah berbotol2 RX Water ni kat kawan2 dia kat kampung..yang mana ade penyakit mcm kencing manis, lelah, batu karang dan darah tinggi tu tanpa sesen pun bayaran..Insya Allah..sebab tu berkat agaknya. Kalau kawan -kawan nak rasa atau nak beli dengan harga ahli, bagitau Lypoh ye..insya allah Lypoh boleh tolong supplykan...
Kakitangan kerajaan boleh beli secara ansuran melalui potongan koperasi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 05:20 PM | Show all posts

MERGED - WATER FILTER utk rumah

Tak tau la boleh masuk sini ke tak..

Liz berfikir2 nak beli water filter. Tapi budget tak la tinggi.

Sedang intai2 Diamond, RO dan RX.

Ada sesapa leh cerita lebih lanjut..

[ Last edited by  gorgonz at 26-5-2008 12:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by gucci at 31-10-2006 10:09 AM
fuzzy, gucci nanti pun in the near future nak pakai penapis untuk the whole house.  Tapi bukan sekarang.  Priority list gucci tu panjang jugak since dah beli rumah sendiri nih...heheheh...tapi both ...


Hehehe..samalah kita gucci..bila masuk rumah baru ni..duit keluar macam air..semua over budget.  Sebenarnya Water Filter ni dah diKIVkan utk next year nye budget but org Blondal tu bagi easy payment (interest free).  Boleh buat 6 kali bayar..guna PD cheque..so we all pun ok je lah.  Air kita ni mmg lah kotornye..pernah terjadi kan dulu sampai ada bau masam kat air.. nak mandi/gosok gigi pun nak termuntah bau dia.. tu yg we all decided for the new house filter the whole house.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 08:57 AM | Show all posts
Liz...saya dah cerita kat topic sebelah( water filter ) ttg Rx water...Liz boleh refer kat sana ye...

sambil2 tu Liz boleh tgk website nye jugak..http://www.rx-water.com/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2006 10:04 AM | Show all posts
Ramai yg pm LyPoh nak tanya harga...

RM 2380.00 bukan ahli
RM 1980.00 kalau ahli....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:10 AM | Show all posts
Lupa nak bagitau...boleh guna kredit card dan  utk yg layak, sekarang ade promosi oleh syarikat WWN tu sendiri..

'Pembiayaan belian-plus' dgn kerjasama bank rakyat...bayaran serendah RM67 sebulan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2006 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by HangLyPoh at 1-11-2006 10:04 AM
Ramai yg pm LyPoh nak tanya harga...

RM 2380.00 bukan ahli
RM 1980.00 kalau ahli....


dr. nordin darus kan.  member aku ada jd ahli.  yg promote kat rumah dia rahmat mega penyanyi tu.  RX water ni ngan beyond water rs nya lebih kurang sama function dia.  cuma harga yg membezakan.  BW lg mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by -dOrRRiE- at 26-10-2006 11:53 AM


Saya byk buat research before beli water treatment for my family... saya lebih berminat dengan water treatment compared to water filter sebab water treatment ni bukan setakat filter saja tapi i ...


dOrRRiE...leh suggest water treatment apa yg ok? u guna brand pe?tq  byk atas info2 yg u bg...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 03:08 PM | Show all posts
ekcelli, katadyn dgn tecnowater tu satu company. Jaja pun pakai tecnowater,
satu kelebihan pakai tecno ni, maintainance dia kurang la sket. Sesetengah jenis water treatment tu kena tukar penapis every 6 month atau every year. Tp tecno
punya x payah, cuma kena cuci je. unless kalau patah laa. . Rege dalam RM1588,
boleh cash, kalay utang pun leh, muka RM388, pastu bulan2 RM100x12.
No tel. opis dia dah ilang, tp no. tel collector dia ada la. Ng Kok Foo,
012-5230232. Try la tanya no opis kat dia ni.:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 04:14 PM | Show all posts
dah ada topik nih;
waterfilter
Reply

Use magic Report

mamaaze This user has been deleted
Post time 2-11-2006 10:32 AM | Show all posts
Lypoh,
nak tanya,RX water ni siap ade air panas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 04:37 PM | Show all posts
okay thankx yer
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:50 AM | Show all posts
aku pun guna katadyn utk paip dlm rumah ... buleh terus minum. Utk luar rumah slps meter plak, guna yg tabung mcm roket tu, tp tak tau la apa brand sbb masa beli tu sekali dgn katadyn... rege rm2600 temasuk instalation. Setakat ni dah lebih setahun , aku tgk ok je .... simpan air dlm jug utk seminggu pun takde keladak
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by waksir at 3-11-2006 11:50 AM
aku pun guna katadyn utk paip dlm rumah ... buleh terus minum. Utk luar rumah slps meter plak, guna yg tabung mcm roket tu, tp tak tau la apa brand sbb masa beli tu sekali dgn katadyn... rege rm260 ...

sama laa...dh 4thun pakai katadyn, bru 1x tukar yg dlm n kt luar cam roket tu tukar karbon dia je... mmg leh minum trus dr paip, tpi sya msak gk. heheheh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2006 11:00 AM | Show all posts
kalau nak yg elok (luar umah) bese rege dalam 2k
ada satu aku tengok dia pakai konsep pasir jerlus
xyah mentenen sbb x de foam based filter (yg slalu penoh ngan karat courtesy of air syabas yg kotor tahap air kat longkang>
rege stat dr 1.8k kalu x silap
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by ecam at 4-11-2006 11:00 AM
kalau nak yg elok (luar umah) bese rege dalam 2k
ada satu aku tengok dia pakai konsep pasir jerlus
xyah mentenen sbb x de foam based filter (yg slalu penoh ngan karat courtesy of air syabas yg ko ...


brand??
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 12:31 PM | Show all posts

Reply #54 cinoise's post

tak ingatt..
kalau x silap kat carrefour subang ada satu supplier dia
tingkat bawah kat pintu masuk dr parking (sblh eskeleter)
festaim jumpa kat tesco kajang, tingkat 1
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by ecam at 4-11-2006 12:31 PM
tak ingatt..
kalau x silap kat carrefour subang ada satu supplier dia
tingkat bawah kat pintu masuk dr parking (sblh eskeleter)
festaim jumpa kat tesco kajang, tingkat 1


oo penah nampak gak kat tesco kajang... ok ke?? nih dia filter jek ke atau jadik life water??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077147 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list