CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tamanmahkota1

MERGED - all on WATER FILTER

[Copy link]
Post time 16-5-2008 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by zvicmorrow at 15-5-2008 05:01 PM
ada beza tak dgn penapis air Hai-O..?


amat banyak perbezaan, di antaranya adalah :

1. Rx water made in malaysia
2. Rx water dicipta oleh orang Orang Islam Dr Nordin Darus
3. Rx water dicipta untuk mengubat kanser darah Dr Nordin pada tahun 2001
4. Rx water mendapat anugerah Malaysia Good Design (the only water filter kat Malaysia yang dapat anugerah tersebut)
5. Rx water mampu untuk menyamak air yang mengandungi Najis Berat (mughallazah) kerana terdapat kandungan tanah liat berion di dalam kartrij terakhirnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 09:20 AM | Show all posts
mmm..aku selalu beli air kat tong besar tu..sekali isi rm2...10 liter...nak beli filter ni tunggu pindah umah lagi 2 bulan..huhuh pakai botol mineneral plak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #9 beanbai's post

leh caye ke kalo isi air kat mesin2 tu....tak pennah try lagi sbb cam tak yakin je...ntah betul ke tak die filter...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by cyberboys at 16-5-2008 09:25 AM
leh caye ke kalo isi air kat mesin2 tu....tak pennah try lagi sbb cam tak yakin je...ntah betul ke tak die filter...


itu lah..saya pun risau bila menengokkan keadaaan kebersihan mesin tu. walau mcmana pun, air tu memang kena masak dulu sebelum diminum
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 10:43 AM | Show all posts
setahu haku RO tu air mati
semua mineral yang berguna habis ditapis
tolong betulkan kalau salah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 11:12 AM | Show all posts

Air Kita Bercampur Najis?

Air kita bercampur najis? Mungkinkah ianya akan atau telah terjadi? SYABAS telah mengesahkan kandungan ammonia berlebihan di Sungai selangor menjadikan air paip berbau najis.

Kosmo! mendedahkan apakah punca ammonia berlebihan. Kerajaan negeri menjelaskan ia disebabkan air bercampur sisa najis babi, kolam kumbahan dan tapak pelupusan sampah

Bagaimana untuk memastikan air yang kita minum adalah betul-betul suci? Kita sedia maklum najis mughallazah hanya boleh dicuci dengan menggunakan konsep samak.

Penapis Keempat Rx Water mempunyai Serabut Seramik Aura HT Bertenaga Tinggi memecahkan molekul air ke tahap terhalus. Tanah Liat Khas Berion Kalsium membantu menghasilkan Ion Kalsium sementara Pembekal Tenaga Vorteksiannya meningkatkan lagi kualiti tenaga air untuk memperbaiki kesihatan.
FORMULA : GeMaMiT (Getaran Magnetik Mineral Tanah Liat)
Kita semua tahu yang tanah liat ini berkalsium tinggi. Begitu juga air mata air, air zam-zam. Ia akan keluar dari celah-celah tanah liat dimana rupanya cukup camtik. Untuk makluman, dari sudut agama, gabungan (air+tanah) maka terjadilah konsep samak.

Tepuk dada..tanya Iman卆dakah air yang kita minum sekarang ini betul-betul suci?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2008 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by cyberboys at 16-5-2008 09:25 AM
leh caye ke kalo isi air kat mesin2 tu....tak pennah try lagi sbb cam tak yakin je...ntah betul ke tak die filter...


takat ni bro..air tu ler paling baik utk aku..berbanding ngan air paip umah..berkeladak...kalau jerang dlm heater..kuning tapi air yg aku beli ni..takder aper...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 02:54 PM | Show all posts
tumpang tanyer..rx water ni baper rm filter dia??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 08:27 PM | Show all posts

Reply #8 mentor77's post

En Mentor,

Kilang mana yang buat Rx ni..bukan kilang cina ke?  Tak baik la main2 sentimen, pusing ikut konsep tawaf la..itu la..ini la...  Kalau penapis dia orang islam yang jadi manufacturer, boleh la jugak cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by ummidhani at 16-5-2008 08:27 PM
En Mentor,

Kilang mana yang buat Rx ni..bukan kilang cina ke?  Tak baik la main2 sentimen, pusing ikut konsep tawaf la..itu la..ini la...  Kalau penapis dia orang islam yang jadi manufacturer ...


betul la..pencipta dia Dr Nordin Darus. bukan Cina. bukan macam sesetengah produk lain yang diimport dari Korea, Japan atau Cina dan dijenamakan dalam nama Malaysia.

boleh dapatkan buku karangan Dr Nordin sendiri, bagaimana dia boleh datang ilham untuk mencipta rx water. buku Air oh Air atau dalam bahasa Inggeris..water for life. menarik buku tuh....kalau nak baca, saya boleh pinjamkan..atau nak beli pun boleh..hanya RM22 saja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 11:27 PM | Show all posts

Terapi Air Penyembuh Aura

Sistem Rx-WaterTM adalah penemuan terbaru didalam teknologi penulenan air sejagat. Ia suci, bersih dan boleh memecahkan molekul air menjadi sekecil mungkin supaya ia mudah diserap ke dalam sel-sel badan dan sistem darah yang kemudiannya akan diedarkan ke seluruh tubuh badan dan menjadikan anda sihat daripada kepala hingga ke kaki

Memang sudah diketahui umum bahawa kualiti air yang kita minum memberi kesan kepada kualiti air didalam badan dan sel-sel badan kita. Mengambil air yang berkualiti rendah dalam jangkamasa yang lama akan merosakkan sel-sel tisu di dalam badan dan secara tidak langsung akan membawa kepada penyakit yang tidak diingini. Oleh itu tidak hairanlah air memang sudah diiktiraf di mata dunia sebagai satu rahsia kepada kehidupan yang sihat dan panjang hayat

Prinsip yang digunakan untuk Terapi Rx-WaterTM adalah melalui cara penyembuhan dengan menggunakan air sebagai media utama. Fikiran yang positif, zikir, percakapan dan tenaga serta semangat untuk sihat boleh di pindahkan kepada Rx-Water TM melalui gegaran. Justeru,apabila kita minum air itu, tenaga positif ini akan dipindahkan kepada sel-sel dalam badan kita dan ini akan membantu proses penyembuhan

Kita harus sedar bahawa air yang bersih, suci dan berkualiti mempunyai sumber tenaganya yang tersendiri dan kebanyakkan prinsip perubatan kuno adalah juga berasakan air, bukan sahaja dari segi rawatan untuk simptom-simptom yang tertentu, tetapi juga ia merupakan sebagai sumber kepada kehidupan dan kesihatan kita. Inilah yang menjadi asas Terapi Air Penyembuh Aura Rx-WaterTM

Perlulah diingati bahawa sebelum anda minum Rx-WaterTM, mintalah dengan nama Tuhan yang Maha Kuasa, kesihatan yang anda inginkan untuk tubuh badan anda dan hembuskanlah permintaan anda itu ke dalam Rx-WaterTM. Berlainan kaedah boleh dilakukan bergantung kepada keadaan
Untuk maklumat lanjut mengenari Rx-WaterTM Terapi Air penyembuh Aura, Sila lawati www.rx-water.com.my atau sila rujuk buku "AIR OH AIR" oleh Dr. Noordin Darus

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 06:42 AM | Show all posts
EN Mentor77,

org tanya soklan jawab je la straight to the point

tak payah pusing-pusing main sentimen agama / sentimen perkauman


kat atas tu dah ada yg tanya

1) berapa harga rx water filter tu?

2) sape pengilang dia? ye pencipta maybe org Islam tapi siapa yg manufacture part-part dia?


Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 07:49 AM | Show all posts
kalau nak tahu harga sila pm ok, kalau tak topik akan di masukkan ke bod problematic
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 17-5-2008 07:49 AM
kalau nak tahu harga sila pm ok, kalau tak topik akan di masukkan ke bod problematic


ok, tq puan moderator. ramai gak yang pm bertanyakan produk ini termasuk harga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 10:38 PM | Show all posts

Reply #21 mentor77's post

indah dah pakai rx water ni selama setahun. Air ni amat bagus berbanding dengan jenama yang Indah guna sebelum ni.

utk pengetahuan, sebelum ni Indah pakai jenama yg kononnya syarikat Islam, tapi rupanya produk tu hanya dilabelkan saja syarikat Islam, but made in Korea. sebab bila Indah nak beli spare part, nak tukar filter, stokis tu kata boleh beli di supermarket biasa saja..produk tu ada 7 filter.

then, indah pun rasa semacam keraguan dengan produk tersebut. Indah mula tercari2, apakah produk buatan Malaysia, yang dicipta oleh orang Islam. Maka dalam pencarian, alhamduilllah, Indah ternampak iklan rx water.

sejak minum rx water ni, Indah dapat rasai perbezaan. anak2 tak ada lagi selesema, walaupun tinggal di nursery, buasir suami sudah sembuh sepenuhnya, dan masalah sembelit tiada lagi. itulah keajaiban air ini, dengan Izin Allah, InsyaAllah.

baru2 ni ada office mate Indah, Injap Jantung dah rosak, dan doktor di IJN dah nak buat operation, sebulan saja dia amalkan rx water ni, last two weeks bila dia ke IJN lagi Doktor pelik macaman Injap dia boleh sembuh dan tak perlu buat operation lagi.

bila benda semua ni berlaku depan mata kita, baru la rasa anugerah Allah bagi kepada orang yang dapat ilham utk reka air ini, iaitu Dr Nordin Darus.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by indah at 18-5-2008 10:38 PM
indah dah pakai rx water ni selama setahun. Air ni amat bagus berbanding dengan jenama yang Indah guna sebelum ni.

utk pengetahuan, sebelum ni Indah pakai jenama yg kononnya syarikat Islam, t ...


betul la tu Indah...rx water ni memang terbukti bagus. sebab orang yang dapat ilham utk menciptanya adalah Dr Nordin Darus yang kena barah darah, then fully cured. sebab tu ramai pesakit-pesakit pelbagai penyakit dapat sembuh dengan meminum rx water ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 09:42 AM | Show all posts
Memang betul aku dan seisi keluarga sumer minum air ni sementelahan air paip kat putrajaya ni bersih macam tangki Alam Flora so terpakse minum air bertapis...air ni memang sedap diminum lepas minum kau taknak minum air lain dah...dan rasanya sungguh menyegarkan...ini pengalaman aku la...yg pasal anti kancer ke anti skt jantung ke aku tak tahu pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:18 PM | Show all posts
ada sapa-sapa tau contact no katadyn water filter tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:37 PM | Show all posts
diamond water filter
ade yg rm400++
try tgk kat kedai/distributor
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:42 PM | Show all posts
contact no utk diamond energy water
Tel: +603 - 89481688, Email: support@diamond.com.my

ni website dia
http://www.diamond.com.my/about_diamond_eng.htm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.063193 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list