CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pesona1

buku-buku hikayat lama - siapa baca??

  [Copy link]
 Author| Post time 16-5-2008 10:38 AM | Show all posts

Reply #20 arasham's post



memang pun.. amik masa lama juga nak habiskan satu-satu buku..

karektor yang ada dalam buku2 hikayat ni pun digambarkan cukup hebat...

hikayat panji semirang cthnya: galoh cendera kirana, galoh ajeng, raden inu kartapati...

bahasanya saja, kalau tak minat memang tak terbaca la buku2 tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 10:45 AM | Show all posts

Reply #21 pesona1's post

itulah agaknya komsas nak guna buku2 novel popular kt sekolah.
aku tak setuju langsung. anak bangsa kita kena tahu buku2 ni suma.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 10:53 AM | Show all posts

Balas #21 pesona1\ catat

itulah pasal. sebab tu buku ni dibaca masa kecik-kecik dulu,
tak de saingan ngan buku lain dan tak de astro nak tengok
movie   kalau ada harus jadi cam generasi sekarang
berabuk buku tu kat stor.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 11:53 AM | Show all posts
salam..
buku buku hikayat ni kalau nak membaca ni mestilah kerana minat. kalau tak minat memang bertahun la nak menghabiskannya. Terutama sekali hikayat yang tebal tebal macam hikayat amir hamzah. bagi aku value cerita hikayat ini memang banyak, tetapi ini hanya pendapat persendirian, dan mungkin orang lain... lain la pulak pendapatnya. Antara value nya (bagi aku lah):

1. Sebagai bahan koleksi
2. Mengkaji bahasanya.
3. Mengkaji ceritanya.
4. Mengkaji asal usul hikayat tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 12:58 PM | Show all posts

Reply #23 arasham's post

budak sekarang mana nak baca buku camni... baca komik lagi best bagi diorang.   lupa la pulak zaman kecik dulu, astro lum ada lagi...  patut rasa banyak je aktiviti kecik dulu yang berfaedah...

ketua lanun...baca jugak ke buku hikayat ni?? err..hikayat amir hamzah tu, indonesia ke malaysia yerr.. tak pernah baca la yang ini.. story sket kisahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 02:16 PM | Show all posts
ini ada lagi satu thread pasal hikayat.. tajuknya Hikayat Bayan Budiman

http://forum3.cari.com.my/viewth ... =page%3D2&sercari=9

[ Last edited by  limau_nipis at 16-5-2008 02:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2008 05:53 PM | Show all posts

Balas #9 arasham\ catat

sy antra peminat bahasa sastera lama. antara yang dah baca yang masih ingatlah ialah Hikayat Hang Tuah, Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Merong Mahawangsa dan yang paling sy tertarik smpi sekarang ialah Hikayat Marakarma. Kalau dicari semula buku-buku ni tentu susah nak jumpa...tp buku-buku macam ni patut diberi perhatian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 08:03 PM | Show all posts
saya setuju sangat dengan arrnita...

dulu org baca jugak buku ni sebab ada part bahasa klasik dalam matapelajaran bahasa melayu. sekarang sy tak pasti masih ada atau tidak.

saya rasa, promosi terhadap buku2 seumpama ini patut dilakukan. bukan tak hebat, malah tak kalah dengan buku omputeh (macam harry porter) pun. ini bangsa kita asyik nak agungkan karya orang lain. sedangkan karya agung yang kita ada, lupa untuk dimanfaatkan..

mana la tau ada penerbit filem nak buat cerita hikayat ni jadi filem pulak. macam puteri gunung ledang.. masalahnya, yang kita julang genre baru dalam perfileman. malu nak buat filem lama camni.. profesor pun setakat buat anak mami jer.. (filem yang sy tak pasti sejauh mana nilai akademiknya)..

(kalau sy celoteh lebih panjang, nanti jadi pengkritik filem pulak..)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 09:43 PM | Show all posts
aku baca

hikayat panji semirang
demang lebar daun
merong mahawangsa
hang tuah
awang mulut merah

tp aku baca lbh kurang 15 thn lps
ingat2 lupa jln ceritanya cam ner

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 01:52 PM | Show all posts
sekarang ni tak mudah cari buku buku hikayat. hari tu pergi DBP pun tak banyak yang dapat. kalau siapa tahu kat mana boleh jumpa buku buku hikayat yang banyak, bagi tau la. Tolak tepi Kinokuniya, MPH dan Borders.. kat sana memang tak banyak buku hikayat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2008 10:06 AM | Show all posts
ni senarai harga buku2 hikayat yang silencez bagi...dari mph...

Originally posted by silencez at 16-5-2008 09:56 AM
kat mph:

hikayat merong mahawangsa : rm160
hikayat abdullah : rm29
hikayat hang tuah : rm180
hikayat inderaputera : rm10
hikayat khoja maimun : rm30


saya belum sempat nak pi cari lagi. so tak sure ada ke tidak buku2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by pesona1 at 18-5-2008 10:06 AM
ni senarai harga buku2 hikayat yang silencez bagi...dari mph...



saya belum sempat nak pi cari lagi. so tak sure ada ke tidak buku2 ni...


mahalnya hikyat hang tuah tu... kena ikat perut kalo nak beli cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 10:01 PM | Show all posts


Ini buku-buku hikayat lama yang diterbitkan semula dalam Bahasa Melayu moden. Jadi, tiada arakian, maka, sayugia, alkisah, etc. Lebih mudah dibaca dan difahami.

Hikayat Abdullah tidaklah 'hikayat lama' seperti Muhammad Ali Hanafiyyah dan Amir Hamzah. Ia sebuah karya klasik moden yang ditulis sekitar tahun 1870-an. Ketika Stamford Raffles sudah bertapak di Singapura. Ia sebenarnya jurnal peribadi Abdullah Munsyi, pembaca seolah-olah membaca 'blog' beliau. Kita dapat memahami cara hidup orang Melayu pada zaman itu. Siap ada ilustrasi alat-alat hukuman yang digunakan oleh sekolah pondok untuk menghukum pelajar nakal, contohnya kayu pengepit jari. Sangat seronok dibaca!

'Muhammad Ali Hanafiyyah' dan 'Amir Hamzah' adalah hikayat lama. Karya zaman Kesultanan Melayu Melaka. Inilah dua karya yang disebut dalam Sejarah Melayu bahawa kedua-duanya dibaca kepada askar-askar Melaka untuk meniupkan semangat mereka menentang Portugis. Kedua-duanya memang cerita perang.

Cuma, karya-karya zaman Melaka ini, zaman peralihan Hindu ke Islam memang banyak tahyul khurafatnya. Watak nabi dan malaikat pun ada dalam cerita ini. Contohnya, dalam 'Muhammad Ali Hanafiyyah', ada babak malaikat tidak sembahyang lalu sayapnya terbakar. Dia turun ke bumi, lalu apabila Hussin menyentuh sayapnya, malaikat itu pun sembuh. Juga, babak Nabi Muhammad sudah mendapat prophecy yang cucunya akan dibunuh oleh keturunan Muawiyyah. Maka Muawiyah pun tak nak berkahwin. Tapi satu hari waktu dia kecing, ada kala jengking sengat anu dia. Ubat punya ubat tak sembuh-sembuh. Nabi kata: nak sembuh senang saja, kena kahwin! Dia pun kahwin, tapi dengan perempuan tua ganyut putus haid, sebab tak nak dapat anak. Tapi, dia dapat anak juga! Dan anak itulah yang apabila dewasanya membunuh Hussin, cucu Nabi.

Dalam 'Amir Hamzah' lagi la, segala macam Nabi ada. Sepanjang pengembaraan Amir Hamzah, ada saja Nabi yang turun dari langit dan bagi dia barang. Pedang Nabi Adam la, panah Nabi Ishak la, baju besi Nabi Sulaiman la, etc. Dan yang ajar Amir Hamzah bermain pedang adalah malaikat Jibrail!

Membaca karya-karya lama ni, kita boleh tengok woldview orang Melayu zaman tu. Zaman peralihan Hindu ke Islam. Dan kita juga dapat tahu bahawa, Islam yang mula-mula sampai ke Melaka adalah mazhab Syiah, bukannya Sunnah wal jamaah.

Bacalah, best!

[ Last edited by  purbez at 20-5-2008 10:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:03 PM | Show all posts
nak tanya... buku2 hikayat korang di di tulis dlm tulisan ape sbb atuk pink ade buku hikayat siti zubaidah.. buku tu dah la tebal n di tulis dalam tulisan jawi.. mencabar nak baca...

[ Last edited by  pink_lavender at 21-5-2008 12:06 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 04:32 PM | Show all posts

Reply #34 pink_lavender's post

rumi la pink... kalau tulisan jawi lama, dengan bahasa bunga2 ni....aduiii...sure 3 tahun nak abis satu buku...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:40 PM | Show all posts

Reply #35 pesona1's post

tu la cover pun cam baru...
serius ingat korang baca yg lama2 yg tulis dlm tulisan jawi...
yg buku2 lama nie semua susah nak dpt kan skrg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 09:40 PM | Show all posts

Reply #33 purbez's post

purbez...
aku dilanda kemahajelesan yg teramat
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 10:10 PM | Show all posts

Reply #37 NickyAzrai's post

kita pun jeles gak
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by khaly at 16-5-2008 10:45 AM
itulah agaknya komsas nak guna buku2 novel popular kt sekolah.
aku tak setuju langsung. anak bangsa kita kena tahu buku2 ni suma.





Apa nak jadi dengan KOMSAS ni?   Bukannya nak martabatkan balik sastera di tempatnya, dipinggirkan lagi ada. Kepala otak dia orang tu fikir apa agaknya? Duit? Sebab karya2 popular tu ramai pembelinya? Negara2 mcm US, Britain, Perancis (ambil contoh2 yg baik saja) maju bertahun-tahun dari kita (Malaysia) masih lagi mementingkan sastera. Mereka cukup berbangga dengan kesusasteraan, contohnya karya-karya William Shakespeare masih lagi dikaji dan dibaca...malah diterjemahkan dalam bentuk seluloid.

Ikutkan karya2 lama memang berat sikit nak faham sebab bahasa & gaya penceritaannya. Tapi nak melentur buluh biar dari rebungnya. Nak suruh bebudak dah lewat remaja mencintai sastera memang payah, bagai anjing menyalak bukit. Tapi tabiat mencintai sastera dari umur pra-sekolah Insya-Allah berkesan. Sastera bukan medium khayalan semata-mata (seperti anggapan sesetengah pihak), tetapi sastera mengisi roh dan jiwa ilmu sains agar ia berada di landasan yg betul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 03:41 PM | Show all posts
twin nak tanya..kat mana leh cari buku hikayat macam ni. twin ada jumpa kat satu website online...tapi yg tu leather-bound. mahal giler. 1 buku dah RM130 - RM170. twin tak moh lah yg jenis simplified version (macam yg dia org jual utk budak sekolah)

dulu2 twin pernah baca lah tapi buku library. tu pun 15-20thn dulu. masa tu mana ada duit nak beli sendiri. skrang ni nak cari tak jumpa lah. nengok website DBP pun dah tak de buku ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.394524 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list