CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2519|Reply: 10

hero hollywood kekal 'muda'

[Copy link]
Post time 17-5-2008 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Hero Hollywood kekal 'muda'

FORD berlakon dalam satu adegan filem Indiana Jones
and the Kingdom of the Crystal Skull.

BILAKAH untuk bersara? Bagi kebanyakan manusia yang berumur 60-an lebih cepat bersara adalah lebih baik.

Bagaimanapun, dalam dunia perfileman di mana kerjaya pelakon dipenuhi dengan campuran bakat, ego, keangkuhan dan kadang-kala pembedahan plastik, persaraan merupakan keputusan yang sukar dilakukan.

Contoh terbaru di Hollywood berhubung situasi itu adalah aktor Harrison Ford yang berumur 65 tahun dan kini menjadi hero dalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.

Namun, Ford bukan satu-satunya pelakon yang cuba mengekalkan imej sebagai seorang hero muda.

Ikon-ikon filem dari tahun 1960-an dan 1970-an seperti Al Pacino dan Sylvester Stallone masih berbuat demikian.
Ford merupakan antara pelakon paling bertuah.

Selepas sekian lama tidak terlibat dengan drama bercorak ngeri, dia kembali semula dengan peranan sebagai Indiana Jones.
Sebelum ini, kutipan tiket sebanyak AS$1.1 bilion (RM3.5 bilion) berjaya diperoleh menerusi tiga filem Indiana Jones lakonan Ford.

"Tiba-tiba dia kembali menjadi hebat dan mendapat liputan setiap majalah di Amerika," kata seorang pengkritik filem, Leonard Maltin.

"Bagaimanapun, tanpa peranan itu (Indiana Jones), dia mungkin berada dalam bot yang sama seperti orang lain (pelakon lama yang sudah bersara)," tambahnya.

Bagi ikon-ikon yang sudah berumur, penglibatan dunia Hollywood kini hanya dilihat untuk memperoleh wang.
Menurut ketua pengkritik filem untuk majalah Daily Variety, Todd McCarthy, aktor Robert De Niro perlu

AL PACINO (kiri) memegang aktres Alicia Watt dalam filem 88 Minutes.

membiayai empayar perhotelan restoran dan Festival Filem Tribeca anjurannya.

"Saya berpendapat, itu (wang) adalah motif dia (Niro) kerana di peringkat awal kerjayanya, Niro dilihat amat bijak memilih watak dan pengarah filem yang dia mahukan," katanya.

McCarthy menyatakan pelakon seperti Ford yang pernah digelar sebagai lelaki paling seksi di dunia ketika menjadi bintang muda menyebabkan imejnya itu sukar ditinggalkan.

Keadaan itu juga merupakan fenomena yang dihadapi oleh bintang seperti Al Pacino yang berumur 68 tahun tetapi dia berlakon dalam filem terbarunya, 88 Minutes.

Dalam filem itu, dia dikelilingi oleh sejumlah wanita muda sehingga lakonanya mendapat kritikan hebat.

Namun menurut Maltin yang menjadi pengritik filem untuk program televisyen Entertainment Tonight, seorang pelakon itu sebenarnya suka untuk terus berlakon.

"Seseorang pelakon mungkin menyatakan dia perlu untuk berlakon.

"Kebanyakan mereka saya anggap menghadapi satu persoalan untuk sekurang-kurangnya untuk mengambil watak yang kurang menyenangkan pada satu tempoh tertentu sebagai cara untuk terus kekal berada di depan mata penonton dan dalam permainan (filem)," katanya. - Reuters



lagi satu aku rasa yg best  clint eastwood.. tu feveret  hero aku tu..  mmg aku suka eastwood terutama film2 dirty harry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 07:30 AM | Show all posts

pelakon hollywood ... lg tua lg nampak handsome n gagah
pastu kalau berlakon gaji sure berjuta-juta .....
cara lakonan makin mantap ...
berlakon dlm filem lain .. mean genre berlainan ...
dr komedi ke sci-fi ke thriller ke horror ke adventure ke ape2 jer la ....
point is .... di hollywood main tua makin berguna ...
tmbh lagi harrison ford ... handsome maaa ....
kalah rosyam nor ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 12:19 PM | Show all posts
ni kes botox gak lah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 04:00 PM | Show all posts
muder ker.. siap ader orng panggil dier 'grandpa' dan fossil ader laa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 04:10 PM | Show all posts
aku tengok cite FIREWALL dan trailer indiana jones nih, tak jauh beza pung.
muda apa... tang mana nampak muda ntah. penulis artikel tu buta kot.

[ Last edited by  bzzts at 17-5-2008 05:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 17-5-2008 07:30 AM

pelakon hollywood ... lg tua lg nampak handsome n gagah
pastu kalau berlakon gaji sure berjuta-juta .....
cara lakonan makin mantap ...
berlakon dlm filem lain .. mean genre berlainan ...
...


betul...yg tua, lagi laku citer2 lagi2 utk watak hero action
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2008 06:00 PM | Show all posts

Reply #6 Eddlisa_uyuk's post

bruce willis dlm diea hard 4 plak cemana reporter ni komen ekk?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 17-5-2008 06:00 PM
bruce willis dlm diea hard 4 plak cemana reporter ni komen ekk?



tetap botak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 06:43 PM | Show all posts

Reply #8 serupahero's post

botak tu lain cite la... tuwa atau mude tu yg jadi topik kat sineh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 08:13 PM | Show all posts
heheh..makin tua makin menjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 11:18 PM | Show all posts
rosyam nor pong sama











ye kew aku main picit jer nih.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071116 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list