CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3696|Reply: 19

Piala Malaysia 07/08 : Team Preparation, Games, Discussion

[Copy link]
Post time 17-5-2008 06:42 PM | Show all posts |Read mode
kumpulan A

Terengganu
Selangor
N9
Sarawak
Melaka
Kelantan

Kumpulan B

Johorfc
Pulau Pinang
Sabah
Kuala Lumpur
PDRM
Kedah

Kumpulan C

Perak
Perlis
Pahang
UPB Myteam
Johor PG
Tentera



info: yob4ever.com


3 team dari setiap kumpulan akan layak ke qote painel

[ Last edited by  panglimapetai at 17-5-2008 06:43 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 10:03 PM | Show all posts
Apa plak tulis 'info : yob4ever.com' lak nih? Benda nih dari FAM kan? Tak paham...tak paham....Nak promote web ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2008 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by arjunadewa at 17-5-2008 10:03 PM
Apa plak tulis 'info : yob4ever.com' lak nih? Benda nih dari FAM kan? Tak paham...tak paham....Nak promote web ke?


sedare.. bkn nak promot web..tapi yob4ever.com terlebih dahulu mendapat info ni.. sebab wakil2 dari yob4ever.com ada meembuat liputan bergambar semasa cabutan undi untuk undian piala malaysia ni semalam..

aku ada jugak jenguk web fam.. daripada pukul 3 sampai la ke malam.. tiada sebarang updates mengenai undian piala malaysia ni.. aku tak tau.. web fam lambat atau dorang terlupa nak updates kot..

ini adalah gambar2 yang wakil yob4ever.com ambik semasa membuat liputan bergambar semalam







Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 11:53 PM | Show all posts
jamban tu pun nak nyelit...
web FAM mmg haram pun....
update result pun lambat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 05:15 PM | Show all posts

Reply #1 panglimapetai's post

apa ke hey ni yob (pinjam trademark Riz ) 3 pasukan setiap kumpulan layak nih......... kalau dah 9 pasukan camner nak main quater-final.........???

tangga pertama & kedua setiap kumpulan akan secara automatik masuk q/final........ 2 lagi akan dipilih berdasarkan pencapaian terbaik dalam kumpulan
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:28 PM | Show all posts

Piala Malaysia [2008]

Ada lagi x thread ni ek?

Berikut merupakan senarai kumpulan & ahli kumpulan:
GROUP A
            1.
TERENGGANU
            2.
SELANGOR
            3.
N. SEMBILAN NAZA
            4.
SARAWAK
            5.
MELAKA
            6.
KELANTAN
            


GROUP B
1.
KEDAH
2.
JOHOR FC
3.
PULAU PINANG
4.
PDRM
5.
SABAH
6.
KUALA LUMPUR


GROUP C
1.
PERAK
2.
PERLIS
3.
PAHANG
4.
UPB FC/ MyTeam
5.
JOHOR PASIR GUDANG
6.
ATM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2008 12:33 PM | Show all posts
tak tau nak komen apa........... tak start lagi........
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:38 PM | Show all posts
erk... da ade
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 10:04 AM | Show all posts

Tirai Piala Malaysia disingkap Rabu

Date: 10/06/2008

RABU ini tersingkaplah tirai pertandingan terulung di negara ini
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 05:47 PM | Show all posts
jom...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:20 AM | Show all posts

full result

Group A

Terengganu 1 - 1 Selangor
Melaka 0 - 1 N.Sembilan
Sarawak 3 - 1 Kelantan

Group B

Johor FC  3 - 1 K.Lumpur
Sabah 1 - 3 P.Pinang
Kedah  1 - 1 PDRM

Group C

Perak  1 - 1 Perlis
Johor PBT  0 - 2 Pahang
UPB FC/MyTeam  2 - 0 ATM
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:30 AM | Show all posts
sejak musim EURO ni lupa lak aku kat M'sia Cup. Kuciwa team aku hnya mmpu seri je....

MOD better ko merged thread Msia Cup 07/08 ni...

[ Last edited by  chikli at 12-6-2008 09:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 09:51 AM | Show all posts

Kedah dapat suntikan semangat

KEDAH bakal menerima suntikan semangat menjelang pertemuan Piala Malaysia dengan Kuala Lumpur malam ini, apabila dua tonggak import-Marlon Alex James dan Bernard Huggins kembali ke pangkuan Hijau Kuning malam ini.

Kepulangan Marlon dan Bernard dialu-alukan jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah dan pengendali itu tidak menolak kemungkinan menurunkan kedua-dua pemain itu dalam kesebelasan utama walaupun mereka mengharungi perjalanan jauh ke Malaysia.

Kedua-dua bintang import Kedah itu sebelum ini terlepas beberapa perlawanan termasuk final Piala FA bertemu Selangor Sabtu lalu, kerana bersama skuad kebangsaan St Vincent & The Grenadines menghadapi kelayakan Piala Dunia.

揗ereka dijadualkan tiba di (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) KLIA tengahari esok (hari ini), dan kami akan membawa mereka terus ke Alor Star.

揗emang mereka mungkin sedikit keletihan tetapi saya rasa tidak ada masalah buat mereka untuk beraksi.

揑ni adalah kerana mereka pernah berada dalam situasi sama tahun lalu ketika kami bertemu Pahang dalam Piala FA, tetapi sejurus tiba di KLIA mereka terus ke Kuantan dan dapat beraksi dengan baik bersama kami.

揝aya yakin, kehadiran mereka akan kembali menguatkan barisan kami untuk memburu tiga mata esok (malam Ini),

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 09:15 AM | Show all posts
SHAH ALAM: Selangor took a jolt in their Malaysia Cup campaign when they lost 0-3 to Negri Sembilan in a Group A match at the Shah Alam Stadium last night.

It was the first defeat in three matches for the Red Giants, who are desperate for a silverware after losing to Kedah in the FA Cup final (2-3) last week.

But the Selangor side, playing in front of about 500 fans, were a let down last night and had two players, Mohd Amri Yahyah and R. Surendran, sent off in the last quarter of the match.

Negri's national Under-23 striker Mohd Zaquan Abdul Razak put the Deer in front in the 31st minute and S. Kunalan and Lamin Conteh added a goal each in the 70th and 72nd minutes.

The defeat saw Selangor slip from the top of the table to fourth spot.

Negri Sembilan moved to the top on seven points ahead of Kelantan on goal difference. They edged Terengganu 2-1 at the Sultan Ismail Stadium in Kuala Terengganu.

Defending champions Kedah, who besides the FA Cup have retained the Super League title, suffered a hiccup at the Darulaman Stadium in Alor Star, crashing to their first defeat at home this season with a 0-1 defeat by Premier League side Kuala Lumpur in Group B.

The defeat for the Canaries was a major surprise because they were back at full strength following the return of defender Bernard Huggins and prolific striker Marlon James from national duty.

The duo had been away for almost a month for the St Vincent and Grenadines' campaign in the 2010 World Cup qualifying tournament.

With overnight leaders Johor FC falling to a surprise 1-2 defeat by Sabah in Kota Kinabalu, KL move to the top of the table.

UPB-MyTeam kept their 100% record in Group C, edging Johor PG 3-2 in Johor Baru for their third win.

Perak thrashed Armed Forces 5-0 in Ipoh to move up to second place on five points.

[ Last edited by  epitome at 28-6-2008 09:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 12:40 PM | Show all posts

Kempen penuh kejutan

Date: 02/07/2008


Mohammadou Moustapha (kanan) menyumbat dua gol ketika Kelantan meratah Selangor Isnin lalu

BAGI peminat setia bola sepak tempatan, tidak mungkin mereka sendiri menjangka tiga kumpulan dalam pertandingan Piala Malaysia kini dikepalai oleh pasukan seperti Polis, Kelantan mahupun UPB-MyTeam.

Namun inilah situasinya sekarang. Kumpulan A yang dibarisi Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu antara lain diketuai oleh Kelantan dengan 10 mata. Anak buah Regis Laguesse kini berkongsi mata dengan Negeri Sembilan hasil daripada lima perlawanan, dengan menjaringkan 11 gol, termasuk lima yang membolosi gawang Selangor Isnin lalu.

Kumpulan B pula dikuasai oleh Polis, mengatasi pencabar terdekat Johor FC dengan satu mata. Polis yang membelasah Kuala Lumpur 7-0 Isnin lalu mengumpul lapan mata, manakala juara bertahan Kedah di tangga keempat dengan lima mata.


UPB-MyTeam yang dibimbing oleh Bojan Hodak adalah satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus, mengumpul 12 mata daripada empat perlawanan untuk mendahului Kumpulan C, disusuli Perlis dengan tujuh mata.
Bojan berkata dengan kehadiran trio import termasuk Sasa Brenezac anak buahnya tampak lebih yakin dalam menghadapi tekanan. 揇alam Liga Super kami tidak memiliki nasib dengan membocorkan beberapa gol pada lewat permainan. Ini disebabkan kurangnya pengalaman. 揃erbeza pula dengan kempen Piala Malaysia kami. Nampaknya kami lebih tersusun manakala pemain import kami berfungsi selaku peniup semangat,
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 10:07 AM | Show all posts

Kedah, Selangor terdesak

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

KUALA LUMPUR - Penyandang juara, Kedah dan juara 32 kali, Selangor semakin terdesak untuk mengembalikan sentuhan kemenangan hari ini bagi mengelak berlakunya kejutan tersingkir awal daripada saingan bola sepak Piala Malaysia.

Selangor dan Kedah kini melalui tempoh sukar apabila mencatat penurunan prestasi secara mendadak sehingga terpaksa menghuni tangga keempat dalam kumpulan masing-masing.

Selangor di tangga keempat Kumpulan A selepas dua kali kalah dalam dua perlawanan terakhir iaitu 0-3 di tangan Negeri Sembilan dan dibelasah 2-5 oleh Terengganu.

Nasib yang sama dialami Kedah dalam Kumpulan B apabila sekadar mencatat satu kemenangan selepas empat perlawanan dan kalah sekali.

Status selaku naib juara Piala FA, kemerosotan Selangor menjadi tanda tanya apatah lagi menjadi pasukan paling banyak bolos dalam kumpulan iaitu 10 gol.

Namun, penyerang Selangor, Safee Sali berkata, dia tidak gusar dengan prestasi Selangor dan peluang ke suku akhir masih terbuka luas.

Katanya, Selangor cuma tewas dua perlawanan sedangkan banyak lagi perlawanan yang akan diharungi.

''Saya berharap Selangor akan kembali mencatat kemenangan pada perlawanan esok (hari ini) apabila beraksi dalam perlawanan terakhir pusingan pertama ke atas Melaka.

''Peluang ke suku akhir masih terbuka kerana apabila masuk pusingan kedua nanti, Selangor lebih banyak beraksi di tempat sendiri,'' katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengenai dakwaan para pemain Selangor terkilan dan merosot moralnya gara-gara 'salam pengenalan' kurang enak selepas diambil alih pengurusan baru skuad itu, Safee enggan mengulas.

Cuma, katanya, walau apa pun ia bukan masalah besar dan sama sekali tidak menjejaskan semangat para pemain dalam memastikan Selangor terus cemerlang dalam kempen Piala Malaysia.

''Ia bukan isu bagi pemain. Fokus saya ialah mengembalikan sentuhan gol jika diturunkan pada perlawanan esok.

''Kali terakhir saya menjaringkan gol ialah ketika menentang Sarawak.

''Saya yakin jika para pemain mengembalikan kesungguhan untuk menang, Selangor akan kembali ke landasan kemenangan,'' katanya.

Kedah turut mengikut jejak kemerosotan mendadak Selangor apabila sekadar meraih lima mata daripada empat perlawanan dan kini di tangga keempat Kumpulan B.

Pasukan juara tiga kali musim lalu itu berdepan kesukaran untuk mencatat kemenangan apabila berdepan Johor FC di tempat lawan di Stadium J-Corp, Pasir Gudang, hari ini.

Skuad Kenari perlu berwaspada dengan ancaman Johor FC yang bertandang ke padang lawan tanpa rasa rendah diri.

Johor FC dijangka cuba mengambil kesempatan daripada kemerosotan prestasi Kedah sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2008 09:09 AM | Show all posts

Selangor mula bangkit, Kedah terkilan 3 mata

Oleh Fazallah Pit, M Hifzuddin Ikhsan, Rizar Mohd Nor dan Asrol Awang

BEKAS juara, Selangor kembali semula ke landasan kemenangan selepas membaham Melaka 5-2 dalam saingan Kumpulan A, kejohanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi buat menamatkan rentetan dua kekalahan berturut-turut.

Kedah turut ceria biarpun hanya mampu seri 1-1 ketika menentang Johor FC pada perlawanan Kumpulan B di Stadium JCorp, Pasir Gudang. Apapun, tuan rumah mengejutkan Kedah pada minit ke-18, menerusi jaringan Fahruzzah Ali hasil gerakan dimulakan Eddy Helmi Abdul Manan di sebelah kiri kawasan lawan sebelum melakukan umpanan cantik disudahkan baik Fahruzzah.

Tersentak dengan jaringan itu, Kedah mula mengatur serangan dan usaha mereka berjaya pada minit ke-29 apabila penyerang import, Marlon Alex James bijak menyudahkan hantaran cantik Khyril Muhymeen Zambri dalam kotak penalti lawan.



Khyril sekali lagi mengucar-kacirkan benteng Johor FC pada minit ke-39, namun hantaran cantiknya gagal disudahkan Marlon apabila rembatan pemain itu terkena tiang gol Johor FC.

Aksi menyerang kedua-dua pasukan berterusan di babak kedua, namun tiada jaringan diperoleh dan Saiful Sabtu turut gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan buat Johor FC.

Manakala dalam dua lagi aksi Kumpulan B, Pulau Pinang seri 1-1 dengan Kuala Lumpur di Stadium Negeri Batu Kawan dan Polis menewaskan Sabah 4-3 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dalam saingan Kumpulan A, kemenangan Selangor dilakar menerusi jaringan Amirulhadi Zainal (m-6), Frank Seator (m-45,47) dan Safee Sali (m-77,89) sementara Melaka membalas menerusi jaringan Rosaiful Nizam (m-42,48).

Kemenangan itu membolehkan Selangor mencatat tiga mata berharga untuk menghimpun tujuh mata selepas lima perlawanan, dan kembali mengukuhkan kemaraan ke suku akhir.

Bagi jurulatih Selangor, Dollah Salleh kemenangan itu satu kelegaan bagi seluruh pasukan.

"Saya tidak menjangkakan kemenangan besar malam ini. Pemain-pemain mempamerkan semangat juang tinggi untuk memastikan kemenangan ini", katanya.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, jaringan penalti Mohd Arsyah Ayob (m-90) membolehkan Sarawak mengejutkan Terengganu 2-1 di Stadium Sarawak, tuan rumah membuka jaringan menerusi Piousdinho Evwierhoma (m-69) sebelum pelawat menyamakan kedudukan menerusi Marzuki Yusof (m-86).

Pahang menewaskan Tentera 2-1 di pada aksi tunggal Kumpulan C di Stadium Darulmakmur malam tadi, Keita Voucacar (m-9) dan Norfazly Alias (m-13) menjaringkan gol Pahang sementara gol tunggal Tentera dijaringkan Nazri Akui (m-84).
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 12:01 AM | Show all posts
weh, aku perasan mutu bolasepak kita dah meningkat la apa pendapat korang.....dkm sebulan lebih ni, walopun bukan selalu, tapi bila aku tengok live piala Malaysia, highlight ke, perlawanan ulangan ke, aku enjoy semua....tak kira lah team mana pun......

tiada lagi apa yg org panggil main cam dak sekolah....

passing2 sume best2 beb.....memang enjoy.....

aku rasa mcm mutu Malaysia sudah hampir keluar dari tempurung kelapa bersalut besi tu.....

lagipun banyak pemain muda dah mula tenggelamkan geng2 yg tua2 versi era piala asia yg kena belasah  tu....

apa pendapat korang? korang rasa piala mesia ni makin okey tak?

ke aku yg over sebab aku tak bosan langsung, walopun tgk team sayur piala malaysia main....aku rasa best je...

control ball mmg dah okey....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 01:29 PM | Show all posts
dicopy dari fam.org.my...


JADUAL SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA

Pusingan pertama

Rabu, 6 Ogos, 2008

Selangor mln Polis
(Std Shah Alam, 8.45mlm)

Kedah mln Perak
(Std Darulaman, 8.45mlm)

UPB-MyTeam mln Johor FC
(Std Petaling Jaya, 8.45mlm)

Terengganu mln Perlis
(Std Sultan Mizan, 8.45mlm)
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 01:36 PM | Show all posts
selangor vs polis - too easy for s'ngor

kedah vs perak - 2 of my favourite..camne leh lwn sesama sendri lak ni..!!

myteam vs johor fc - the most low-profile match.....

terengganu vs perlis - nk sokong mana 1 nih..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.077689 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list