CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40529|Reply: 221

Apakah yang dikatakan adilnya Allah?

[Copy link]
Post time 20-5-2008 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Ok, dalam Al-Quran, Allah berkali - kali menyebutkan bahawa Dia adalah yang Maha Adil. Dan kita mengakuinya apabila Allah mengatakan bahawa setiap perbuatan buruk akan dibalas dengan balasan yang buruk dan setiap balasan yang baik akan dibalas dengan kebaikan...seperti yang dikatakan dalam Surah Lukman ayat 15.

Tapi, ada beberapa hal yang pada zahirnya kita lihat Allah semacam tidak berlaku adil...sebagai contoh, Allah melebihkan rezeki sesuatu kaum dan menyempitkan yang lain, Allah menolong sesuatu kaum dan membiarkan sesuatu kaum yang lain, Allah memakbulkan doa seseorang dan menolak doa seseorang yang lain juga Allah memberikan takdir yang berbeza bagi setiap makhluknya..

Jadi di manakah kebenaran Allah itu Adil??.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2008 05:36 PM | Show all posts
saper blh jawab soalan nih?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 05:42 PM | Show all posts

Reply #1 eastrun's post

Allah Maha Adil, Dia tidak pernah menilai manusia itu dari apa2 yang anda sebutkan di atas melainkan satu perkara iaitu taqwa.

jadi macam mana lebih atau kurangnya, sempit atau luasnya rezeki seseorang itu, Allah takkan kira kerna itu Dia yang takdirkan dan tiada apa2 yang manusia contribute di situ.

hanya satu sahaja usaha manusia yang Allah nilai, iaitu taqwa.
syukur Tuhan hanya kira taqwa sebagai penentu ukur kejayaan seseorang, kerna dengan penentu ukur ni, semua manusia berpeluang sama tetapi dgn cara tersendiri dalam mencari taqwa.

Tuhan adalah tidak adil kalau Dia menjadikan kekayaan atau kejayaan dunia sebagai penentu ukur kerana setiap org rezeki lain2. tapi Tuhan tidak begitu.

jadi bila Tuhan jadikan taqwa sebagai penentu ukur, itulah satu2nya cara yang paling adil untuk mengukur kejayaan manusia itu sesuai dengan tujuan manusia dicipta iaitu untuk diuji samada manusia itu mahu patuh akan Tuhan atau tidak.

kaya ka miskin ka kalau dikaji, adalah ujian......cuma manusia selalu tertipu dgn menganggap kaya itu lebih baik.
padahal org yang benar2 mencari taqwa tidak kisah akan apa takdirnya....yang penting dalam apa jua takdir rezeki  yang diberi, dia berjaya jadi manusia yang berjaya. bukannya hanyut dlm kekayaan, atau berkeluh kesah dalam kemiskinan.
padahal dlm kedua2nya(kaya dan miskin) boleh merosakkan manusia andai manusia tidak beriman dan dalam kedua2nya jugak manusia boleh bahagia andai manusia itu menjadikan taqwa sebagai target hidup.


tak penting apa yang anda sebutkan kat atas....itu hanya jalan cerita hidup kita. kita boleh berusaha jadi kaya tapi  resultnya adalah luar kawalan kita.
sebab tu Tuhan tak kira kaya miskin.

satu2nya benda yang kita bertanggungjawap atasnya adalah taqwa, di mana hanya perkara inilah kita akan dinilai seadil-adilNya.
kaya ka miskin ka, pedulik apa. tak masuk langsung dalam penilaian Tuhan.

yang dikira hanya TAQWA. itulah penilaian Tuhan yang Maha Adil.

[ Last edited by  ussopp at 20-5-2008 05:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 05:49 PM | Show all posts
Kalau Allah dah Kata Dia Adil, apa lagi nak persoal?

Allah Bagi kita Hidup, nikmat yang Allah Bagi kat kita tu tak terbalas kalau kita sujud sepanjang hayat.

Allah itu Razzaq, Pemberi Rezeki. Kalau Allah nak bagi lebih kat sesiapa yang Dia Kehendaki, siapa kita nak pertikai?

Dan, kalau seseorang itu miskin, tidak semesatinya dia gagal. Nabi Isa yang sangat miskin, tetap berjaya. Nabi Sulaiman yang kaya raya tetap berjaya. Allah itu Adil

Nabi Yusuf yang handsome rupawan tetap berjaya, Nabi Ayyub yang diuji penyakit sehingga ditinggalkan ahli keluarga, tetap berjaya. Allah itu Adil

Segala yang Ghaib dan yang Nyata dalam Pengetahuan Allah, kita nampak yang nyata saja, mana mungkin kita boleh faham atau boleh ukur keadilan Allah! Keupayaan kita terhad!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 06:57 PM | Show all posts
Allah itu Maha Adil..

aku rasa, kalau ko baca kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., mngkin kau akan dapat gambaran tentang betapa adilnya Allah..

sbb Allah Maha Mengetahui, kita plak tatau aper2 unless Allah bagi izin...

macam jugak kalau Allah matikan seorang anak yang baik, mak bapak rasa tak adil, mane tau, budak tuh dah besar jadi tokei dadah yang hebat, dan parents tuh pulak seorang yang beriman, so Allah nak selamatkan dua2, Allah amik budak tuh masa kecik.. parents tuh redha dan anak tuh masuk syurga... it's a win-win situation..

tapi kalau kite tengok secara kasar, tak adil, ye lah.. budak tuh baik, family beriman, tiba2 mati.. kan ke jahil kita nih?

just a simple situation je.. tak payah pegi jauh2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 09:48 PM | Show all posts
Keadilan tidak bererti sama rata 50/50, apa hak kita untuk bertanya mengapa Allah lebihkan sipolan kurangkan sipolan, Allah senangkan sipolan susahkan sipolan... atas dasar apa kita rasakan itu bukan satu keadilan?

Adakah kita sedar terlalu banyak perkara yang kita lakukan dalam hidup ini dengan tidak menghiraukan soal keadilan, dalam masa yang sama kita mengaku tidak patut ada peraturn yang menghalang kita berbuat tida adil begitu..

Kalau kamu beri wang kepada ibu kamu tidak kepada bapak kamu, ini tidak adil.
Kita makan ayam, daging, ikan dan sayur bermakna kita melakukan kezaliman dengan menyembelih binatang dan makan dagingnya.
Kalau kita digigit nyamuk kita tampar nyamuk tu bagi dia mati, ini satu kezaliman besar patutnya kita kena gigit kena balas dengan gigit juga...

peraturan mana kamu gunakan untuk menyatakan Allah itu tidak adil...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2008 10:12 PM | Show all posts

Reply #3 ussopp's post

Ya, Taqwa sebagai penentu dalam segalanya...Tapi, adil yang aku maksudkan di sini adalah mengenai janji Allah...Allah tidak memungkiri janjinya...tapi sebagai contoh, Allah kata:

"Berdoalah kalian kepadaKu, nescaya kan Kuperkenankan bagimu"

Semua orang pun berdoa, dan nabi suruh kita berdoa dengan sungguh2, tapi still Allah tak makbulkan,tapi ada orang minta je dapat, minta je dapat. So, di mana adilnya?. Allah perkenankan yang sorang dan tak perkenankan permintaan yang sorang lagi....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2)
Seorang yang dizalimi, kemudian dia berdoa kepada Tuhannya supaya memberikan balasan yang setimpal kepada orang yang menganiayanya dan membuat dia menderita...tetapi Tuhan tak tolong. Mana adilnya?

Padahal Allah ada kata, yang antara dia dengan orang yang dizalimi tidak ada hijab yang menghalang, doa mereka straight sampai kepadaNya...tapi kenapa Allah tak tolong, malah orang yang menzalimi tu terus-menerus dengan aktivitinya dan ketawa bagai dengan kesengsaraan orang yang dizaliminya
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3)
Kupia,
Perumpamaan yang ko beri tu bersifat kemanusiaan....Kita ni tak sempurna, mana mungkin kita boleh memenuhi semua kehendak manusia, tapi Allah ini Sempurna dan Maha Kuasa,Tapi Allah, Maha Kuasa, Maha Sempurna, Maha itu dan ini...kerana itu semua pun kita akan bergantung harap pada Dia, tapi bila dia neglect kita, pada hal kita telah memberikan penghormatan dan kepercayaan Tauhid yang penuh kepadaNya, mana adilnya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 20-5-2008 09:48 PM
Kalau kita digigit nyamuk kita tampar nyamuk tu bagi dia mati, ini satukezaliman besar patutnya kita kena gigit kena balas dengan gigit juga...


tergelak aku baca yang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2008 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 20-5-2008 10:12 PM
"Berdoalah kalian kepadaKu, nescaya kan Kuperkenankan bagimu"


-Ada syarat2 dan adab berdoa. Dalam Al Quran juga disebut berdoa dengan merendah diri.
-kadang2 Allah makbul segera, kadang2 dilewatkan.
-kalau tak di dunia, Allah beri ganjaran yang lebih besar di Akhirat

Allah sesekali tidak Memungkiri Janji-Nya

Seorang yang dizalimi, kemudian dia berdoa kepada Tuhannya supayamemberikan balasan yang setimpal kepada orang yang menganiayanya danmembuat dia menderita...tetapi Tuhan tak tolong. Mana adilnya?

Padahal Allah ada kata, yang antara dia dengan orang yang dizalimitidak ada hijab yang menghalang, doa mereka straight sampaikepadaNya...tapi kenapa Allah tak tolong, malah orang yang menzalimi tuterus-menerus dengan aktivitinya dan ketawa bagai dengan kesengsaraanorang yang dizaliminya


-Mana kita tahu Allah tak tolong? Mungkin pada zahirnya orang tak nampak.Derita hati boleh jadi lebih besar dari derita fizikal yang zahir.
-atau Allah lambatkan atas sebab2 yang kita tak tahu, untuk kebaikan kita (kalau kita teraniaya)
-atau kita banyak dosa pada Allah dan pada orang itu, walaupun kitateraniaya, mungkin juga dia teraniaya lebih teruk dari kita tanpa kitasedari, sedangkan dia juga berdoa pada Allah walaupun zahirnya nampak macam tidak.
-atau yang menzalimi kita tu bukan orang Islam, mereka sebenarnya dalam 'azab' tanpa sedari kerana jika mereka mati tanpa IMAN, mereka gagal selamanya

...kerana itu semua punkita akan bergantung harap pada Dia, tapi bila dia neglect kita, padahal kita telah memberikan penghormatan dan kepercayaan Tauhid yangpenuh kepadaNya, mana adilnya?


Kalau Allah nak Uji tahap keIMANan kita takkan kita nak pertikai keadilan Allah. Sedangkan para Nabi pun ada yang dibunuh, cukupkah kita kata kita telah berIMAN tanpa diuji sambil mengharapkan apa yang kita minta diperkenankan serta-merta?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:06 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 20-5-2008 10:12 PM


"Berdoalah kalian kepadaKu, nescaya kan Kuperkenankan bagimu"

Semua orang pun berdoa, dan nabi suruh kita berdoa dengan sungguh2,tapi still Allah tak makbulkan,tapi ada orang minta je dapat, minta jedapat. So, di mana adilnya?. Allah perkenankan yang sorang dan takperkenankan permintaan yang sorang lagi....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2)
Seorang yang dizalimi, kemudian dia berdoa kepada Tuhannya supayamemberikan balasan yang setimpal kepada orang yang menganiayanya danmembuat dia menderita...tetapi Tuhan tak tolong. Mana adilnya?

Padahal Allah ada kata, yang antara dia dengan orang yang dizalimitidak ada hijab yang menghalang, doa mereka straight sampaikepadaNya...tapi kenapa Allah tak tolong, malah orang yang menzalimi tuterus-menerus dengan aktivitinya dan ketawa bagai dengan kesengsaraanorang yang dizaliminya
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




saudara oh saudara..........

inilah akibat nya meletakkan pemikiran kita terlalu normal dengan dunia.....

normalnya dengan dunia, kita ingat yang baik itu adalah baik.....yg buruk itu adalah buruk.....

dari segi agama ia tidak begitu, jika berlaku perkara baik ia tak semestinya baik....dan buruk tak semestinya buruk.
mengapa anda hidup sampai ke hari ini tetapi masih pendek dalam memikirkan baik buruk dari Tuhan...
orang itu ketawa dan terus menerus dengan aktivitinya, adakah itu perkara baik...? beritahu saya adakah itu perkara baik....

dan benar2 kamu yakin kah apabila permintaan kamu tak ditunaikan ia benar2 buruk bagi kamu....? tahukah kamu hikmahnya....
mengapa kita cukup tidak mahu bersabar utk mendapat hikmahnya.
tentu saja ia leceh, berat dan sungguh susah utk ditanggung, tapi nak tunggu umur kita sampai berapa baru kita nak jadi orang yang gembira ditimpa musibah....?
biarlah kena sekarrang lagi bagus...sementara masa muda nie.

ginilah, ada satu kelemahan manusia paling ketara....mereka tahu jalan ke syurga itu susah, tapi tidak mahu membiasakan diri padanya.
susah utk saya terangkan di sini tapi jika saya pendekkan cerita , beginilah saya boleh kata " SILALAH HARGAI KESUSAHAN YANG DIBERIKAN PADA KITA"

Tuhan itu terlampau KAYA utk kita.........yang baik dari Tuhan itu adalah lambang kekayaanNya, dan yang buruk dari Tuhan itu lambang KekayaanNya.
apalah yang kita tahu.....

tahukan anda sebenarnya perkara2 buruk yang dikurniakan pada kita adalah sebenarnya sangat2 baik untuk kita.cubalah anda renung2kan dan fikir2kan.

dan saudara tulis ini...sila lihat.
"Berdoalah kalian kepadaKu, nescaya kan Kuperkenankan bagimu"


jikalau Tuhan benar2 memperkenankan serta merta, adakah kamu fikir itu benar2 terbaik untuk manusia....cubalah fikirkan, kalau semua org sekali doa saja terus dapat.fikir2kanlah. cuba imagine bagaimana perangai manusia normal jika Tuhan terus saja menunaikan permintaan semua org begitu sahaja...

adakah ia benar2 baik.?

Sesungguhnya, Tuhanlah yang mengetahui yang terbaik untuk manusia.

[ Last edited by  ussopp at 21-5-2008 08:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 20-5-2008 10:49 PM

Kalau Allah nak Uji tahap keIMANan kita takkan kita nak pertikaikeadilan Allah. Sedangkan para Nabi pun ada yang dibunuh, cukupkah kitakata kita telah berIMAN tanpa diuji sambil mengharapkan apa yang kitaminta diperkenankan serta-merta?


tentulah jalannya bukan mudah. itu perkara pertama yang kita kena terima sebelum kita mula melangkah.

[ Last edited by  ussopp at 21-5-2008 08:40 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 08:27 AM | Show all posts

Reply #10 ussopp's post

  Aku dah tak tahan la,jahatnya dia,buat aku macam ni...sedih sangat la..aku bergantung harap pada Allah, tapi dia lepas macam tu je...sedihnye....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 21-5-2008 08:27 AM
  Aku dah tak tahan la,jahatnya dia,buat aku macam ni...sedih sangat la..aku bergantung harap pada Allah, tapi dia lepas macam tu je...sedihnye....


aiyo...ko teraniaya giler ke?

hmm...silalah bersabar banyak2.....memang saya cakap macam senang je,
tapi percayalah untuk setiap perit yang ko tanggung tu, takkan terlepas dari pandangan Tuhan....
semua sedang dikira dan dihitung....

jangan ingat ia merugikan padahal ia benda yang sangat2 baik dan menguntungkan. yakni bersabar atas peritnya hati ko tu.
orang yang tak kena, bukannya ada peluang camnie.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:48 AM | Show all posts
dari malam tadi sebenarnya nk menulis kt tred east ni... tp tenet sungguh mengong n nk buka page payah gile...

tp bila baca posting2 di atas... dan posting est sendiri buat In terkedu di sini... kita sama je east.. diuji dan mmg menagis sedih bila kita yg tak bslah kena bkorban dan menerima akibatnya sedangkan yg berhak dihukum itu senang lenang lepaskan diri malah boleh bsuka ria lg... percaya dan yakinlah Allah sgt kasih kpd hambaNya yg merintih kernaNya...

mari kita renung ayat2 ini....

''Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; YangMengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang MahaPemurah, lagi Maha Mengasihani.''  -  maksud surah Al Hayr ayat 22.

~ Dialah mengetahui yg tersembunyi itu.. di luar jangkauan akal kita...

''Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalahdari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahaiMuhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yangmembawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikankebenaran hakikat ini).''  -  maksud surah An Nisaa ayat 79

~ Yang baik itu dr Allah dan buruk itu adalah dr kesalahan kita

''Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.''  - maksud surah An Nisaa ayat 104

~ In sering tenangkan diri dgn ayat ni... sakit/perit kita, kita mohon/merintih akan rahmat Allah... namun org2 kafir tdk mengharap apa yg kita harapkan... kita lbh bahagia krn ada tempat pengaduan yg baik....

~ east.. ada hikmah yg tersembunyi semua itu berlaku... jgn putus harap dgn rahmatNya....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:59 AM | Show all posts
Ingatlah nikmat dunia ini sementara sahaja dan penuh tipu daya tetapi kenikmatan yang ALLAH akan berikan diakhirat nanti lebih hebat dan tinggal syurga selamanya itulah  ganjaran yang paling hebat...  insyaallah ..... Oleh itu banyak lah bersabar dan BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH YANG  MAHA  AGUNG  

[ Last edited by  rez7779 at 21-5-2008 10:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:07 PM | Show all posts
adil adalah meletakkan sesuatu di tempat yang betul
kadang2 seseorang itu, lebih kuat imannya ketika dia miskin, manakala seseorang yang lain pula kuat imannya ketika ia kaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 12:09 PM | Show all posts
saja nak share

Kisah Raja Yang Zalim


Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang tabib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.

Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:20 PM | Show all posts

Reply #17 adamnoel's post

Nice story .......
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 20-5-2008 05:27 PM
Salam,

Ok, dalam Al-Quran, Allah berkali - kali menyebutkan bahawa Dia adalah yang Maha Adil. Dan kita mengakuinya apabila Allah mengatakan bahawa setiap perbuatan buruk akan dibalas dengan ba ...


East,

Adil itu bermaksud .. meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika doa itu lebih baik bagi manusia jika tidak ditunaikan .. maka Allah tidak menunaikannya ..
Jika rezeki yang sedikit lebih baik dari banyak .. maka Allah sedikitkan rezeki ...

Siapakah yang lebih mengetahui masa depan, baik-buruk dan perkara2 yang tersembunyi jika bukan Allah ?

Ingatlah maksud firman Allah "mungkin kamu suka sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, mungkin kamu benci sesuatu walaupun ia lebih baik bagi kamu"

Yakinlah dengan keputusan dan takdirnya .. berbaik sangkalah .. perkara yang telah berlaku memang mustahil untuk diubah .. tapi
kesabaran dan keredhaan kita akan Allah balas dengan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Inilah pegangan saya. Saya harap ia akan menjadi pegangan anda juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:39 PM | Show all posts

Reply #19 thedude's post

txs

jgn di lupa, stiap doa yang tak termakbul di dunia
di balas di akhirat
sampai tak silap, ada hadis atau tak saya tak sure
tp
ada yg kata
pada satu tahap
manusia akan berkata
"Ya Allah, jika ku ketahui bahawa begini besar ganjaran bagi doa ku yg tak termakbul, maka ku pohon semua doa ku tak termakbul!"

wallahualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.077699 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list