CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20746|Reply: 53

Lembing Awang terbang tikam mangsa

[Copy link]
Post time 26-5-2008 01:33 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my




Tragedi Lembing Awang pulang ke Dayang membabitkan cinta tigasegi berlaku sekitar 1776 di Muar, apabila tunangan Awang dirampas anakpenghulu, Bachuk

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati.

Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yangberlaku kira-kira 232 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagipenduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunyaperistiwa yang meragut 99 nyawa.
        
   
Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segiitu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenalisebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yangcuba merebut cinta seorang wanita, Dayang.

Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yangtinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetujumenjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang. Pasangan ituditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung.

Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang inginberkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awangjuga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang,Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburutermasuk Bachuk.






Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancangmembalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjaditunangan musuh sekampungnya itu.

Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawaAwang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakanpemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis.

Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulumendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera. Sudah adatkampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua.

Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetujumenerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan.Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencarirezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.
                                Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehinggamenang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilahlembing iaitu panjang dan pendek yang menjadi pusaka kerajaan Bugisserta bungkusan wang.

Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjangperjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinyamenewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya keranarakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapitiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu jugaadalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang.

Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa harisebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yangmengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju kemajlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor,Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generasiterdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadismereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.

揝ebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang seharidaripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awangbelum pulang dan memang dia merancang mengotakan janjikan untuk pulangtepat pada masanya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 10:26 AM | Show all posts
ingin dinyatakan bahawa gambar itu bukannya lembing awang yang sebenar...
lembing awang tu lurus jerk..
aku pernah tengok gambornya mase kecik dulu..

penafian tersebut jugak pernah disiarkan di dalam rancangan mesteri nusantara yang diterbitkan oleh TV3
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 11:23 AM | Show all posts
lembing tu cam org hindu punya..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 11:38 AM | Show all posts

Reply #3 Acong's post

yups... aku pernah menyaksikan lembing cam kat atas tu kat telok batik lumut.. ade budak jumpe dlm laut.. tempat tu tempat hindu buang abu mayat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 01:09 PM | Show all posts

Reply #4 muor76's post

erk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 03:34 PM | Show all posts
1776, kalo masa tu tanah melayu menyertai olimpik, tentu tanah melayu memungut pingat emas acara lonta lembing, atlit nya Awang dari muar johor....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2008 04:14 PM | Show all posts

Reply #6 salimrock's post

hehehheheh

ni cite yg logik nyer..
bile awang tau bacok wat palat awang pon ngamuk... amukan dia disertai oleh kengkawan dia yg berbulu ngan bacok... takde pon lembing tu terbang sendiri.. tapi ramai terbunuh sebab awang n kengkawan dia bunuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2008 08:22 PM | Show all posts

Reply #7 muor76's post

saje kasi tajuk gempak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2008 08:23 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 26-5-2008 10:26 AM
ingin dinyatakan bahawa gambar itu bukannya lembing awang yang sebenar...
lembing awang tu lurus jerk..
aku pernah tengok gambornya mase kecik dulu..

penafian tersebut jugak pernah disiarkan ...


pelik.. ni kroit amik kat Berita Harian..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:03 AM | Show all posts

Reply #9 kroit92's post

ko ade tengok tak pic kiyai salleh yg kuo kat berite harian.. ko rase mane dia amek?

lembing awang pulak ke dayang tu dia amek dari web nih..

http://www.geocities.com/tengku_ ... ulang_ke_dayang.htm

web sekolah tengku mahkota tu laks amek gambo tu dari mastika tahun 1998..

gambor pakcik yg memegang lembing ala-ala hindu tu gak pernah disiarkan semula dlm mastika keluaran okt 2001...

tu ler sejarah gambor pakcik yg memegang lembing ala-ala hindu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:30 AM | Show all posts
contoh contoh bentuk lembing/bende yg berkaitan hindu






nak contoh lagik? bentuk nih dipanggil trisula... satu simbol hindu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:41 AM | Show all posts
contoh mate lembing org bugis






yg atas nih contoh mate lembing org bugis...

so harap tak confuse ler yerk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 10:27 AM | Show all posts
Thanks bro Muor dgn penjelasan ini.

Masa kecik2 dlu pn mmg ade terbaca buku cerita ttg ini. Bgitu juga dgn cerita Kucing Bertanduk serta Sultan Mahmud mangkat dijulang. Time baca cerita2 ni sure aku terbayang suasana masa peristiwa ni berlaku.

Ade yg cerita juga lembing Dayang ni bhgian pisaunye ade lubang dan boleh mengeluarkan air mata seolah2 ade peristiwa tak elok yg akn berlaku terhadap tuan punya lembing.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:43 AM | Show all posts

Reply #13 edmundo's post

welkam..

penerangan supaya tak timbul kekeliruan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 06:24 PM | Show all posts

nie lak design lembing cina......

http://dana.ucc.nau.edu/~msb46/Weapons_of_Ancient_China.html

[ Last edited by  Acong at 27-5-2008 06:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 07:10 PM | Show all posts
nape awang tak bawak dayang lari sesama ye?
sejarah ni sama tragis dengan sejarah mahsuri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 09:27 AM | Show all posts

Reply #16 the_none's post

kenape dia tak bawak lari?
dia tak nak ler.. takkan ler dia nak ingat kisah yg melukakan hati dan perasaan dia lak...
lagi pon mase tu bapak dayang pon terbunuh..

kalo ikut cite bapak aku.. awang ngan bacok di tak ngan..
sebab awang tu dari family org bese bese jerk.. dan bacok nih dari keluarga penghulu.. so bacok ni pandang rendah pade awang... dorang nih memasing ade org kuat.. awang ade org kuat dia.. dan bacok ade org kuat dia...
diorang nih, dayang, awang dan bacok nih adelah dari clan yg same.. tapi keluarga yg berlainan.. (paham tak?).. jadik walaupon dr clan yg same.. sebab manusia nih selalu membezakan antara satu same lain.. tu yg ade bergaduh dan rase bangga..

jgn kata mase zaman tu jerk.. zaman 40an 50an pon masih ade lagik nak beza antara manusia...

mase zaman awang dan dayang nih.. org muor lebih dikenali ngan name org padang..
kalo cek susur galur.. org padang nih bermula ngan pembukaan kerajaan raja chempa bugis kembayat di bukit mor, pt jawa, muor

mak ghani seman dr org padang.. mak najib dr org padang.. mak hishamuddin pon dr org padang
selain dr tu cikgu mat lib (yg bukak pondok ribath di pt perupok) tun dr ismail (tun dr ismail aku tak ingat blah bapak dia ker atau mak dia).. paglima hitam (bukan panglima lidah hitam yerk)
dan ramai lagi ler..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 04:51 PM | Show all posts
johor pun kaya dgn sejarah kan........

org muar cun2...muar 76 mesti cun org nye, tu avatar gambar anak ke, gambar anak cun, mak dia mesti cun.....

wa ada kenal satu awek org muar memang cun...he..he...

aku pun rasa dari segi logik pun, mungkin awang dan kawan2 dia gi mengamuk la, kira bergaduh dgn pengikut2 bachok....tak pun dgn org kg....




nape skarang ni takde org letak nama anak, cam org dulu2 ar...bachok, awang, dolah, dolmat, si pitung, lekir, lekiu , kasturi,

itu nama klasik org2 melayu tu.......he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 05:08 PM | Show all posts

Reply #18 salimrock's post

ape lak aku cun.. aku laki lerrr...
mak dia yer ler cun...

mengenai name mase tu mungkin tanah melayu nih lom terime perkare dr luor...
lagi satu mungkin sebab kesedaran agama.. so letak name yg maknenya baik..
kalo dulu.. ade sesetengah bugis menggugurkan name daeng..
sebab.. cam kat kemboja.. kerajaan bugis kat sane kalah perang ngan org asal sane.. so dorang terpakse lari ke tempat lain.. (tu yg bukak kerajaan kat bukit mor) atau ade yg tinggal.. tp tak gunekan name yg menunjukkan ciri-ciri bugis seperti daeng..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 05:53 PM | Show all posts
muor 76 ni bugis ke??

selangor pun ramai bugis tau, ada kawan wa nama Daeng Ahmad *********, wa dgr nama pun dah kecut perut..ni mesti keturunan pendekar nie.........


kat johor, budaya tradisi melayu masih diamal kan lagi tak, cam kuda kepang, lagi yg joget apa tu ar...aku lupa la yg joget pakai songkok senget tu......

itu la kekadang cerita rakyat ni saja ditokok tambah supaya jalan cerita jadi sedap...tapi kalo pikir2 balik ada mistik gak tau disebalik tu....cth kalo lembing tu byk bunuh org, org percaya lembing tu berpuaka, dan dahaga kan darah....aku tau la kalo ada kejadian mistik dah tentu la kerja jin dan syaitan, tapi org melayu percaya benda ni, dan aku rasa bangsa2 lain pun percaya gak la benda nie....

teringat cerita aku, kawan dia kawan polis, nak mintak no ekor, bomoh tu tau dia polis, suruh bawak pistol lama  yg byk makan darah......
kawan ni pun bawak la....

tapi pistol tahun 60 an nye polis, tak tau la byk makan darah ke tak..

dia menang , tapi tak de la straight on that day, after a few days( or maybe weeks or months )  trying - maybe luck la tu.....dpt la RM 200... special...

jadi la lepas la duit pengeras bomoh tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.075879 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list