CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10325|Reply: 22

Pakaian Jadi Reput Tiap 3 Bulan -

[Copy link]
Post time 28-5-2008 03:40 AM | Show all posts |Read mode
Tukar tiga bulan sekali
Oleh MANIRAH OTHMAN




KUALA TERENGGANU - Pelik. Mungkin itulah yang boleh dikatakan terhadap nasib yang menimpa keluarga Suhaimi Awang Mohamad, 48, dari Kampung Hiliran Masjid, Chabang Tiga dekat sini kerana terpaksa membeli pakaian baru setiap tiga bulan.


Ini kerana dalam tempoh itu, pakaian mereka dikatakan mereput secara misteri sehingga memaksa beliau sekeluarga ke pasar raya berdekatan untuk membeli pakaian baru.

Ia menimbulkan tanda tanya kerana punca sebenar kejadian itu masih gagal diketahui sedangkan mereka sudah berbelanja ribuan ringgit hanya semata-mata menukar pakaian baru.

Menceritakan kejadian itu, Suhaimi berkata, biasanya kesemua fabrik seperti baju, selimut dan tuala mula menunjukkan tompokan hitam seakan-akan terkena minyak tar selepas dibasuh kali pertama.


MOHAMAD ALIF AIMAN, 6, menunjukkan baju
yang mula berbintik hitam tanda mulai mereput
sebelum dijangka koyak seminggu dua lagi.



Malah jelas Suhaimi, pakaian itu akan menjadi semakin teruk selepas beberapa basuhan dan lama-kelamaan mula mereput dan koyak beberapa minggu kemudian.

"Apabila sudah tidak boleh dipakai lagi kami terpaksa membakar sahaja pakaian-pakaian itu sebab terlalu banyak bahagian rosak," katanya ketika ditemui semalam.

Beliau pernah membakar berpuluh-puluh helai baju ahli keluarganya yang rosak dalam masa seminggu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya rasa macam strange aje... tapi mungkin air kat rumah tu
campur chemical ke?...atau washing machine tak bagus ke...
ishhhh... takkan air.. sebab mereka minum air juga...
strange though -

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 06:08 AM | Show all posts
jiran-jiran tak ada masalah yg sama

Penyakit pakaian mudah 'reput' tak jangkiti jiran
KUALA TERENGGANU - "Kami juga pelik dan tidak tahu apa puncanya."

Itu kenyataan jiran-jiran Suhaimi Awang Mohamad, 48, di Kampung Hiliran Masjid, Chabang Tiga dekat sini yang mengalami masalah pakaian yang mereput secara misteri.

Menurut Azizah Muhamad, 54, masalah yang dialami keluarga Suhaimi tidak berjangkit ke rumah jiran-jiran yang lain termasuk rumahnya yang terletak kira-kira 20 meter dari situ.

"Kami hairan sebab kalau pasal air, kami juga gunakan saluran air yang sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Harun Muhamad, 60, pula memberitahu, Jabatan Kesihatan sudah mengambil sampel air di rumah mereka untuk dibandingkan dengan air di rumah Suhaimi beberapa bulan lalu.

"Tetapi kami dimaklumkan tiada masalah kualiti pada bekalan air tersebut," katanya yang memberitahu Jabatan Kesihatan turut mengambil sampel air longkang di rumahnya.

Jelas pembuat batik itu, bahan digunakan untuk pembuatan yang dijalankan di rumahnya itu juga tidak mungkin menyebabkan ia berjangkit ke rumah jirannya itu.

"Kalau tidak tentulah kami dulu yang kena ataupun jiran-jiran yang lebih dekat," katanya.


memang pelik
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 07:49 AM | Show all posts
clorox ?  
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 07:57 AM | Show all posts
sihir?.. mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 08:09 AM | Show all posts
mungkin badan mereka keluarkan kimia kot?.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 08:10 AM | Show all posts
adakah sama mcm kes satu family yg rumah nya ada api..
tak sure kat mana..tp kat rumah tue, akan ada api..mcm tulah
pity the family..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2008 09:44 AM | Show all posts
a'ah. kes yg kene smbar api tu pun banyak. tiba2 je perabot boleh terbakar. tp x dpt dikesan secara saintifik. angkara sihir? wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 09:53 AM | Show all posts
bahan pencuci? chemical reaction dgn air? washing machine dah karat? pipe air karat? water pollution - sthg seeps into the soil and polute the water?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 10:07 AM | Show all posts
entah2 dia org yang dh spin x sidai mmg lah berbintik & reput
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 10:20 AM | Show all posts
ha cepat sesaper yang tengah xder keje pegi siasat..

tapi rasanya bukan keje setan..tapi misteri jugakla..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 12:43 PM | Show all posts
kalo air derang tercemar...mesti jiran sebelah2 rumah akn menerima nasib yg samakan.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 12:46 PM | Show all posts
ke pi longgok kain basah kat tepi sampai berbintik tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 01:16 PM | Show all posts
tapi baju sekolah anak dia ngan kain semayang takde masalah lak....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 01:24 PM | Show all posts
PK masa blaja kat mlake penah jadi cani..towel PK ada tompok2 itam then reput
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 02:18 PM | Show all posts
fungus kut!..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 02:44 PM | Show all posts
Kadar keasidan yg tinggi air paip kat rumah depa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2008 06:54 AM | Show all posts
Keluarga Suhaimi perlu jumpa pakar

KUALA LUMPUR - Kejadian aneh yang menimpa Suhaimi Awang Mohamad, 48, dan ahli keluarganya yang menyebabkan pakaian mereka terpaksa ditukar setiap tiga bulan kerana reput perlu dirujuk kepada pakar perubatan atau kimia bagi merungkai puncanya.

Pensyarah Kimia Organik Universiti Malaya, Prof. Dr. Hapipah Mohd. Ali memberitahu, kejadian itu boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan satu kajian terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti kejadian itu.

Antara faktor yang boleh menyebabkan kepada kes itu ialah peluh, cara pemakanan, daya tahan badan, buah pinggang dan hati yang semuanya perlu diambil kira dalam meneliti punca kejadian pelik itu.

"Sebagai contoh, peluh yang dihasilkan oleh badan keluarga tersebut mungkin memainkan peranan dalam pereputan fabrik yang digunakan.

"Malah keluarga tersebut mungkin ada mengalami masalah kegagalan hati dan buah pinggang yang turut memberi kesan kepada kulit mereka dan membawa kepada kejadian itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan kami semalam mengenai sebuah keluarga di Kampung Hiliran Masjid, Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang mengalami kejadian pelik.

Ini kerana fabrik seperti pakaian, selimut, baju dan tuala mula mereput dan koyak selepas dibasuh beberapa kali.

Malah keluarga tersebut juga terpaksa membeli pakaian baru setiap tiga bulan ekoran masalah tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

mungkin pemakanan  tapi takkan la tukar seminggu sekali  3 bulan sekali...
orang2 yang homeless pun tak ada reput begitu...  keluarga ni pulak terpaksa
beli pakaian baru paling lama tiap 3 bulan.. -

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 09:47 AM | Show all posts
mungkin jgk pemakanan...tapi powernye asid yg keluar dari bdn diorg sampai 3 bln sekali kena tukau baju
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 04:19 PM | Show all posts
macam macam... sapa keja CSI tolong skit wat kajian
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 04:31 PM | Show all posts
gunalah DYNAMOOO.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066724 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list