CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: idx

Cari Keturunan Mandailing

[Copy link]
Post time 10-12-2008 08:42 PM | Show all posts
mengimbas kembali sejarah warisan mandailing .....

Jalanraya Hapuskan Warisan Mandailing di Perak?



Pembinaan Jalanraya hapuskan Warisan Sejarah Perak

Oleh: Faisal Mustaffa

BATU GAJAH 15 Nov - Waris-waris keturunan Mandailing di sini hari ini telah mengemukakan rayuan kepada pihak kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya supaya menimbang kembali cadangan untuk membina jalanraya Gopeng - Seputeh Fasa II sehingga terpaksa mengambilalih tanah perkuburan nenek moyang mereka yang berusia lebih 100 tahun.

Jurucakap bagi pempetisyen itu, Hj Mohd Zain bin Zon berkata bahawa pembinaan jalanraya tersebut akan melibatkan beberapa bidang tanah yang sudah pun diberikan pampasan termasuk sebidang tanah perkuburan yang menempatkan Dato Stia Raja yang dipercayai membuka Batu Gajah.

Menurut Mohd Zain, tanah perkuburan yang terletak di Lot 2038 dan Lot 34044 Jalan Tanjung Tualang itu bukan hanya penting bagi keturunannya (Mandailing) tetapi juga makam itu merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia.

Tanah perkuburan itu menempatkan lebih daripada 150 kubur.

Keluarga Mandailing inilah yang telah membina kedai-kedai (tuanpunya asal) pekan lama Batu Gajah.


"Dengan hapusnya tanah perkuburan ini, maka hapuslah sejarah Melayu, khasnya orang Mandailing Batu Gajah," ujar Mohd Zain lagi.

Waris-waris arwah yang dikebumikan di sini hari ini telah berkumpul di tanah perkuburan tersebut bagi menunjukkan protes mereka, termasuk Tan Sri Annuar (bekas pengerusi Suhakam) yang merupakan cucu menantu kepada Tok Stia.

Merujuk kepada sejarah, Dato Stia Raja atau lebih dikenali sebagai Tok Setia Raja, anak Bendahara Raja Ketua Mandailing di Selangor pernah terlibat bersama Raja Asal dalam Peperangan Klang (1867 - 73) kemudian berpindah bersama Raja Asal ke Perak, pada mulanya di Selama, kemudiannya menetap di Batu Gajah.

Tok Stia Raja juga telah memperkenalkan industri perlombongan bijih dan perladangan getah ekonomi Perak, khususnya Batu Gajah.

"Dari usaha Tok Stia dalam bidang bijih timah dan getah telah membawa kepadatan penduduk Melayu, Cina dan India ke Batu Gajah secara langsung merupakan orang yang membuka Batu Gajah," terang Mohd Zain, 65 tahun.

Menurut Mohd Zain yang juga merupakan generasi keempat Tok Stia, sekiranya Raja Asal dipelihara tanah perkuburannya, mengapa tidak Tok Stia.

Menurut buku Raja Bilah and The Mandailing tulisan Abdul Razzaq dan Khoo Salma Nasution (2003), kedua-dua Raja Asal dan Tok Stia sama handal (panglima perang), malah Tok Stia lebih berjasa kepada Batu Gajah.

Menurut buku itu lagi, hubungannya amat rapat dengan Raja Asal dan Raja Bilah (anak lelaki Raja Bilah berkahwin dengan anak perempuan Tok Stia Raja).

Dalam temuramahnya dengan Malaysia Today, wakil-wakil waris itu telah merayu kepada pihak berkenaan untuk mengkaji semula projek pembinaan jalanraya supaya mereka dapat menziarahi tanah perkuburan yang sentiasa dijaga kebersihannya.

Surat-surat telah pun dihantar kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab termasuk Jabatan Kerja Raya tetapi tiada apa-apa balasan.

---------------------------------------------------------------------------------------------


posted by
ar lubis

tuesday, july 3, 2007
http://amalmadina.blogspot.com/2007/07/jalanraya-hapuskan-warisan-mandailing.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2008 08:55 PM | Show all posts
arwah opah ade keturunan mandailing...tapi aku tak tahu plak apa nama marga nya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 08:56 PM | Show all posts
salam maxx... arwah opah maxx dok mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 09:07 PM | Show all posts

Balas #43 Redz-XacK\ catat

arwah opah dulu kat BGajah. nama marga pun dah tak wujud/tak gunapakai kut...sebab tak pernah tahu pun pak2 sedara yg guna apa2 nama marga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 09:09 PM | Show all posts
aku org mendailing gak, ramai sedara kat jelebu, negri... n aku bangga aku pandai cakap mendailing hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 09:16 PM | Show all posts

Balas #45 johan\ catat

cakap mendailing camana bunyi nya...ada ala2 cakap nogori 9 ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2008 12:16 PM | Show all posts
Ayah saya pun keturunan mandailing, marga Nasution. Tapi tak guna pun kat nama kitorang semua.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 03:59 PM | Show all posts
salamm.....kalau ikut keturunan dak.......atok dak dia mandailing, tapi tak tau marga mana............skang stay kat perak di kg.sungai bil.....ayah dark penah citer.......dulu2 masa zaman2 gawat.........banyak suku mandailing neh lari ke tanah melayu n buka penempatan di sini.......jadik, majoriti kg.sungai bil di perak tu kebanyakkannyer org2 mandailing.........ayah ckp, keturunan kami dari golongan2 bangsawan gitu...tapi tak tau la asal usul selanjutnya....setahu dark.....kalau mengira nombor tu, dia punya dialek tu cam orang indonesia jugak kira, like siji, loro, telu, papat etc, kalau tido=modom, kalau makan=mangan err..lelain tak tau sangat....sbb atok tak pernah guna bahasa ibunda ngan familiy.....heheh...nnti dark cuba tanya2 kat ayah dark..mak dark pula minnag kabau........ermm..tu pun tak tau sangat sejarah keturunan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 12:40 PM | Show all posts
Horas mandailing...
Ayah aku dari marga Nasution, ramai sedara area Sentul. Nenek belah ayah aku pulak marga Lubis area Selayang. Mak aku yang aku tau BatuBara belah atok aku.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 11:43 PM | Show all posts
Aku ada baca kt 1 forum ni, dah lupe kat mana, article tu ckp kat Msia ni ader lebih kurang 250 orang royalty suku2 Melayu yg berasal dari Indonesia, raja2 ni sume lari masa Belanda attack Sumatera dulu, byk gakla suku yg aku sendiri xnah dengar, nanti aku try track balik article tuh, kiranya, Sumatera n Semenanjung tu dulu macam adik-beradik tapi terpisah sbb perjanjian Inggeris-Belanda, damn colonial~ :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 01:58 PM | Show all posts
aku keturunan mandailing... mak n bpak ku sama mandailing.. bpakku keturunan nasution.. mak lak x sure... lubis kot...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 01:28 PM | Show all posts
me pun ada sikit keturunan mandailing sebelah mak, marga batubara kalau taksilap.  tapi dah lost any contact with the mandailing side...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 11:06 AM | Show all posts
salam...
saya nak yanya pada otai2 kat sini,mandailing ada kena-mengena dgn rawa tak
sbb saya selalu dengar yg keturunan rawa ni selalu dikaitkan dengan mandailing..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 02:02 PM | Show all posts
ada sesapa tahu keturunan syeh suliman pulau elik kat minang indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 03:03 PM | Show all posts
Jangan lupa ... sesama Mandailing sejati harus kirim SMS seperti ini sewaktu Hari Raya Iedul Fitri ...

Partubu ni andor manjurur mai tujulu… Partubu ni lungun manetek doi gabe ilu… Molo adong kesalahanku di ari na solpu, moof kon au sekeluarga na burju….

“Minal aidin walfaizin - Mohon Ma’af Lahir & Batin - Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1 Syawal 143x H”

Mangido mohopma au abang sagalo kasalahanku na ro sian obarku sangape sian kalakuanku, na usohirkon ataupe na usimoon, na usangajo ataupe na so uboto. Disonma au mangido mohop.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 09:32 PM | Show all posts
ada sesapa tahu makam syeh suliman pulau elik minang sumatera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 02:13 AM | Show all posts
aku de keturunan sblh mak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 07:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by Sh@rk_iR at 13-2-2010 19:43
aku org mendailing gak, ramai sedara kat jelebu, negri... n aku bangga aku pandai cakap mendailing hahaha
johan Post at 10-12-2008 09:09 PM


abg aku ke ni???
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 07:42 PM | Show all posts
eh...btw, abah aku keturunan Nasution n mak aku hasibuan.....dlm IC aku ada Nasution......n kalo jumpa sedara mara still ckp mandailing........bini aku pong dah bley dah ckp mandailing sket2......
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 11:02 PM | Show all posts
melayu-pattani ada jugak mandailing eh....membe aku belah2 perak ramai yg stok2 lubis ngan tanjung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.070324 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list