CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxomeara

Russia - The new world order!

[Copy link]
Post time 23-6-2008 11:31 AM | Show all posts
ANT 4 TEAM SEMI FINAL...AKU NAK SUPPORT RUSSIA LA PLAK...TEAM AKU SEME DAH BUNGKOOOSSS.AKU TERPIKAT DGN GAME RUSSIA..TMBH2 LG DGN ANDREI ARSHAVIN & ROMAN PAVLYUCHENKO TU..MMG HEBAT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 11:37 AM | Show all posts
Euro 2008: 'Arshavin bagai Maradona'

Guus Hiddink

Kemahirannya memang melimpah dan ia adalah bakat semulajadinya: Hiddink

BASEL: Pele, Maradona, Zico, Platini, Baggio, Zidane. Mampukah Andrei Arshavin menjadi pewaris kepada penghormatan selaku antara pemain hebat menyarung jersi nombor 10?

Nombor pada jersi yang secara tradisinya melambangkan gabungan hebat kemahiran dan kekuatan, wawasan serta jaringan tampak agak tenggelam daripada detik penting Euro 2008 kali ini.


Aksi penting pada pentas terbesar biasanya menuntut persembahan memukau penuh berkesan dan daripada lorekan sejarah, ia biasanya dijelmakan pemain yang memakai jersi nombor 10.

Dan ianya dapat disaksikan pada awal pagi semalam.

Arshavin cemerlang pada tempoh 90 minit awal di St Jakob Park, memberikan segalanya untuk menunjangi Russia mencipta kemenangan 3-1 ke atas Belanda pada masa tambahan yang hanya berlangsung selepas penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy menyamakan kedudukan pada minit ke-86.
Malah pemain kecil dengan pipi yang merah padam kerana kesungguhannya sejak awal lagi, ketara lebih memukau pada tambahan 30 minit. Aksinya menjulang Russia meraih kejayaan, menyumbat gol pada minit ke-116 demi memastikan kamera - dan tumpuan peminat bola sepak dunia - terarah kepadanya.

Jurulatih Russia, Guus Hiddink menyifatkan Arshavin sebagai 'pemenang sejati.'

"Kemahiran miliknya memang melimpah. Dia tahu bagaimana untuk menggelecek di depan benteng lawan. Pertahanan boleh berlari rapat dengannya tetapi tidak boleh mengekangnya. Itu adalah bakat semulajadinya," kata Hiddink.

Arshavin dan pemain Belanda, Wesley Sneijder menepati status selaku pemain berjersi nombor 10 seperti tradisinya. Lincah dan sukar dikekang, berbisa pula menggunakan kedua-dua kaki. Dan pemain terkecil dalam barisan pasukan masing-masing.
Ia meletakkan mereka dalam situasi seperti Diego Maradona, memiliki pusat graviti rendah untuk menyukarkan kekangan benteng lawan yang lebih tinggi. Dan seperti legenda Argentina itu, Arshavin - pada ketinggian 1.72 meter - adalah jeneral di tengah padang.

Biarpun tidak memakai lilitan ketua pasukan, perencana gerak berusia 27 tahun itu menentukan rentak Russia dan mendorong serta mengarah rakan lainnya. Lebih hebat, mereka tampak gembira untuk menuruti segala arahannya. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:38 AM | Show all posts
Euro 2008: Dua tabiat Pavlyuchenko buat pasukan geram, gembira
BASEL: Roman Pavlyuchenko memiliki tabiat menyumbat gol penting buat Russia, tetapi dia juga memiliki tabiat terlepas peluang mudah yang menyusul.

Kelmarin, dia melakukan kedua-duanya tatkala Russia menewaskan Belanda 3-1 selepas masa tambahan untuk menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Eropah pertamanya dan menghantar pulang pasukan pilihan.

揔ami bertindak baik menyudahkan satu tugasan baik. Ia amat menakjubkan,
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:39 AM | Show all posts
Euro 2008: Sentuhan Hiddink sehebat dongeng 'Raja Midas'

SAAT GEMBIRA: Hiddink (kanan) meraikan kejayaan Russia ke separuh akhir bersama pemainnya selepas menewaskan Belanda 3-1 dalam saingan suku akhir di Stadium St Jakob Park di Basel, awal pagi kelmarin.

Pengendali Russia tetap gembira dilabel 'pengkhianat Belanda'

BASEL: Sentuhan 'Raja Midas' milik Guus Hiddink berterusan di pentas antarabangsa apabila skuad Russia bimbingannya merobek sanubari Belanda dengan kejutan kemenangan 3-1 pada suku akhir Euro 2008, awal pagi semalam.

Hiddink, 61, sebelumnya berkata dia akan gembira dilabel 'pengkhianat Belanda' jika Russia menundukkan skuad negaranya dan dua gol pada masa tambahan mengesahkannya.


"Saya amat bangga dengan pencapaian pasukan ini," kata Hiddink – skuad Russia menundukkan Belanda hanya berbekalkan persiapan dua hari selepas kemenangan 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan D ke atas Sweden.

"Persiapan kami selepas bertemu Sweden bermakna hanya ada dua hari untuk berehat. Kami tidak boleh berlatih daripada segi taktikal, kami hanya ada 10 minit di stadium, semalam, untuk melakukannya.

"Melihat apa yang dilakukan pasukan ini, ia memang persembahan menakjubkan – sesuatu yang saya tidak pernah alami dalam kerjaya saya sebelum ini."
Selepas beroleh hajatnya menyingkirkan Belanda, Hiddink juga menamatkan detik kemunculan terakhir Marco van Basten selaku jurulatih Belanda selepas empat tahun mengendalikannya.

Hiddink juga kini mampu menambah kemunculan ke separuh akhir Euro 2008 dalam senarai rekod gemilangnya.

Sejak perpecahan Soviet Union, ini juga adalah kali pertama Russia melepasi peringkat awal kumpulan pada kejohanan utama – selepas lima percubaan.

Media Russia juga sudah lama menggelar Hiddink 'ahli silap mata' sebelum pasukannya layak ke Euro 2008 selepas pengendali Belanda itu mengemudi negaranya serta Korea Selatan ke separuh akhir Piala Dunia 1998 dan 2002.
"Apa lagi mahu kita panggil dia, tambahan pula selepas dia sudah membawa begitu banyak pasukan ke Piala Dunia dan Kejohanan Eropah," kata pemain sayap Russia, Yuri Zhirkov.

Buat perencana gerak Russia, Andrei Arshavin – yang menyumbat gol ketiga Russia – tiada pertikaian mengenai beza dua jurulatih itu.

"Pasukan yang menang mempunyai jurulatih Belanda yang terbaik," katanya. – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:40 AM | Show all posts
Euro 2008: Russia mampu raih gelaran - Van Basten
Skuad Hiddink diibarat juara dalam pembikinan

BASEL: Pada kaca mata jurulatih Belanda, Marco van Basten dia melihat Russia mampu terus mara dan memenangi mahkota kejuaraan Euro 2008 selepas perit menyaksikan skuad bimbingannya ditumbangkan lawan itu, 3-1 pada aksi suku akhir, awal pagi semalam.

Pengendali berusia 44 tahun itu menyaksikan harapannya mahu menambah gelaran sebagai jurulatih kepada satu dimenanginya selaku pemain pada 1988 - menundukkan Soviet Union 2-0 - dimusnahkan skuad Russia, yang dipimpin seorang lagi warga Belanda, Guus Hiddink.


揝aya beritahu mereka beraksi amat baik. Saya berikan pujian apabila masuk ke bilik persalinan mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 12:32 PM | Show all posts
:pompom: go russia go!!!:pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2008 12:46 PM | Show all posts

Reply #120 moist's post

kami penyokong russia dari dooollluuuuuu lagi - kata Dullah ngan maxo
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 01:18 PM | Show all posts
disebabkan tim juara dunia ...dah bungkos....
semifinal gua nak support tim ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 03:00 PM | Show all posts
Aduuh..Hiddink ckp players yg punyai pusat graviti rendah terer main bola..

Pemain M'sia ramai gk yg CG rendah...hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 05:32 PM | Show all posts
sebenarnya kesian kat gus hiddink je...

    
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 05:41 PM | Show all posts
amboi....banyak bye artikel ckp russia leh menang la..bakal joara la...arshavin best la..pavlyuchenko hebat la..kalo kalah ngan holland tu, sume artikel ni akan kuar gak, tapi tukar nama netherlands ngan van basten je..

although arshavin n pavlyuchenko got all d limelight, aku rase Sergei Semak ngan Yuri Zhirkov yang btul2 bawak Russia sampai sini. Semak, as DM, jaga back 4 n midfield power gile..si zhirkov lak aku memang minat dari mase arsenal kalah ngan cska moscow 2 seasons ago. overlapping runs, dribble, tenacity. die ni cam gattuso, tapi ade speed,skill n creativity.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by moist at 23-6-2008 05:41 PM
amboi....banyak bye artikel ckp russia leh menang la..bakal joara la...arshavin best la..pavlyuchenko hebat la..kalo kalah ngan holland tu, sume artikel ni akan kuar gak, tapi tukar nama netherla ...


zhirkov, zyryanov do the running. arshaving is the architect. semak dows all the dirty job.

special credit to denis kolodin for keeping RVN at bay

Pavlyuchenko, well, bnyk gile chance die dpt... patutnye dh 2, 3 bijik die score...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by moist at 23-6-2008 11:24 AM
sume cakap sokong dari dulu lg...padahal russia ni umur baru 20 tahun. stat feymes pun 10 tahun lepas..jadi terer pun 4-5 tahun lepas..walopun dulu ade karpin, titov,smertin, mostovoi n karyaka.. ...


it's called sarcasm. sape2 yg slalu masuk bod bolatalk international mesti familiar dgn ayat "sejak duluuuuuu lagi" ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 06:03 PM | Show all posts

Reply #133 maxomeara's post

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by maxomeara at 23-6-2008 05:52 PM


it's called sarcasm. sape2 yg slalu masuk bod bolatalk international mesti familiar dgn ayat "sejak duluuuuuu lagi" ni


aku peminat Barnsely sejakk duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..bila depa menang kat anfield..duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 04:06 PM | Show all posts
Russia telah kembali....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2008 06:50 PM | Show all posts
Originally posted by thylord at 23-6-2008 12:46 PM
kami penyokong russia dari dooollluuuuuu lagi - kata Dullah ngan maxo



masukkan haku sekali..aku ahli terbaru jen003...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 06:50 PM | Show all posts
Originally posted by thylord at 23-6-2008 12:46 PM
kami penyokong russia dari dooollluuuuuu lagi - kata Dullah ngan maxo



masukkan haku sekali..aku ahli terbaru jen003...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 07:05 PM | Show all posts
Originally posted by Pak_Jen at 2-6-2008 06:33 PM
boooooooooooo lah team neh..


muahhaha... nak join ahli kelab lak..


yuran 50 rouble
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 08:48 PM | Show all posts

Reply #139 dollah_bedwi's post

itu orang cakap talak selupa bikin.. muhkan mcm haku yg sokong russia dari duuuuuuluuuuuuuuuu lagii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.206254 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list