CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8303|Reply: 47

Home Schooling -

[Copy link]
Post time 3-6-2008 07:00 AM | Show all posts |Read mode
Tiada tekanan belajar di rumah

Kanak-kanak ini tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah, namun mereka juga mempunyai pencapaian setaraf dengan kanak-kanak lain yang ke sekolah. Bagaimana?




Mereka seperti kanak-kanak biasa. Suka bermain, bergaduh dan membuat hal-hal yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu. Sikap mencuba dan kehendak untuk mempelajari sesuatu kemahiran dalam keselesaan sendiri, membuka ruang kepada kanak-kanak ini untuk mengenali hampir setiap jenis perkara yang diminati.

Ini boleh diperluaskan dari aspek akademik hinggalah aktiviti kokurikulum seperti bermain alat muzik, sukan, seni mempertahankan diri, membuat kebajikan, mengambil kelas bahasa tambahan dan bermacam-macam lagi kegiatan yang tiada batasan. Jika bersekolah sepenuh masa, mampukah impian si kecil ini tercapai?



HOME SCHOOLER didedahkan kepada aktiviti yang membina kemahiran


Dari luaran, kanak-kanak ini adalah sama seperti kanak-kanak yang ke sekolah. Namun, kanak-kanak yang tidak ke sekolah tetapi belajar di bawah bimbingan ibu bapa atau tenaga pengajar profesional dikenali sebagai home schooler atau belajar di rumah. Dalam erti kata lain, home schooler tidak pernah menjejak kaki di perkarangan sekolah kerajaan sekalipun swasta atau pernah bersekolah. Jika pun mereka pernah ke sekolah biasa, mereka memilih untuk berhenti atas sebab-sebab tertentu.

Antara alasannya ialah kanak-kanak ini menganggap didikan atau tunjuk ajar yang betul dan mencapai standard yang dikehendaki boleh didapati di rumah?

Penulis buku, Learning Beyond Schooling, Chong Wai Leng, 43, dengan tegasnya menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya menggubah cara kita mendidik si kecil dan menukar cara kita memahami keperluan pada hari kemudian nanti.

"Kita tidak patut menunggu untuk perubahan kerana tempoh pembesaran amat singkat," ujar Wai Leng.


KOH YU LING (dua dari kanan) mendidik anak-anaknya mengikut kehendak
dan minat mereka di rumah.



Menurutnya, golongan ibu bapa akan gagal sekiranya tanggungjawab besar itu dilepaskan hanya kepada sekolah.

Malah, ibu bapa juga tidak berasa puas hati dengan hanya memeriksa buku laporan sahaja!

Kandungan buku sulungnya lebih mengutarakan objektif untuk memetik beberapa isu yang timbul. Dia juga bersetuju bahawa penggubalan sistem ini akan memakan masa yang lama dan wajar dilakukan dengan pemikiran yang terbuka oleh pakar.


AMRITA (kiri) dan Samantha seronok belajar di rumah dan begitu menggemari muzik


Antara pengisian buku ini ialah pengalaman dan perkongsian ibu bapa yang menghadapi pelbagai cabaran dan saat genting ketika anak-anak meronta enggan kembali ke sekolah.

Bagi pasangan Koh Yu Ling dan Leong Yeng Khuen, masalah yang ditempuhi tidak jauh berbeza.

Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. Anak sulung, Leong Jian Yi, 10, bertukar menjadi seorang yang pendiam dan pemalu sebaik memasuki alam persekolahan di negara seberang.

"Ketika itu, kami tinggal di Singapura. Daripada seorang kanak-kanak yang periang dan ceria, dia banyak mengadu mengenai tekanan yang dihadapi di sekolah terutamanya dengan rakan sekelas," kata Yu Ling.

Memandangkan anaknya tidak mendapat manfaat di sekolah, dia mengeluarkannya dari sekolah tersebut setahun setengah kemudian.

Sejak itu, Yu Ling yang juga bekas guru sains, melihat perkembangan positif ke atas anaknya yang belajar di bawah pemerhatiannya di rumah.

"Setiap hari dan waktu, saya meluangkan masa yang berfaedah dengannya untuk mempelajari sesuatu ilmu. Dia tidak perlu tergesa-gesa untuk mendahului kanak-kanak lain. Sebaliknya, dia belajar pada tahap dan kemampuan sendiri."


"Jian Yi juga menunjukkan minat dalam bahasa Jepun, selain mengikuti kelas Aikido," ujar Yu Ling dengan penuh bangga sambil memandang ke arah Jian Yi yang sibuk bermain scrabble di atas lantai.

Meskipun masih agak pemalu tetapi mesra, si kecil ini mungkin boleh diberi antara gelaran pemilik laman blog termuda di Malaysia.


CHONG WAI LENG melancarkan buku Learning Beyond Schooling
di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Dia akan mengemaskinikan lamannya hampir setiap hari dengan bercerita tentang kehidupan sehariannya di http://princezzkaren.blogspot.com.

"Sebagai ibu, saya berasa gembira dengan perubahan ini dan dia sememangnya teruja," sambung Yu Ling yang tidak berhasrat untuk menghantar anaknya menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia sudahpun merancang dengan teliti masa depan Jian Yi dan anak-anak lain yang akan belajar di kolej swasta dan bukan universiti tempatan. Keputusan Yu Ling ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kumpulan penyokong FamilyPlace.

FamilyPlace merupakan sebuah laman komuniti yang membincangkan isu-isu berkenaan keibubapaan dan soal pembelajaran anak-anak.

Ia diasaskan oleh Wai Leng bersama suaminya, Soon Koi Voon. Mula diperkenalkan pada tahun 1998, kini laman yang memperoleh Skim Geran Aplikasi Demonstrator daripada Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan dari tahun 1999 hingga 2000, mempunyai kira-kira 1,000,000 pengunjung dalam sebulan.

Di samping Malaysia, 30 peratus daripada pelayar datang dari Singapura, Australia dan tidak ketinggalan Amerika Syarikat (AS). Sebahagian daripada 4,000 ahlinya juga telah mempraktikkan pendekatan pembelajaran alternatif iaitu Home Schooling. Di AS sahaja, catatan rekod menunjukkan bahawa seramai 1.1 juta kanak-kanak menjalani pendekatan Home Schooling pada tahun lalu.

"Home Scholling bukan satu konsep baru. Ia wujud sejak sekian lama. Walaupun penerimaannya agak perlahan di Malaysia tetapi amat memberangsangkan.




Pada awalnya, ramai membantah, namun realitinya akan datang juga," jelas Wai Leng yang mempunyai tiga orang anak yang belajar di rumah.

Yang paling tua ialah Amrita Soon Hui Yang, 12, diikuti Samantha Soon Hui Zhen, 11, dan Arian Soon Li, 4. Ditanya mampukah anak-anaknya lulus dengan baik sekiranya diletakkan di sekolah? Wai Leng menambah, Samantha pernah mendaftar di sekolah pada tahun empat dan muncul sebagai pelajar terbaik di dalam kelas dan tahunan.


Bagaimanapun, dia meminta untuk berhenti sebaik merasai tekanan pada tahun lima untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun berikutnya.

Sementara itu, FamilyPlace yang baru menyambut ulang tahun ke-10, sesekali mengadakan pertemuan dan lawatan untuk memperkayakan lagi minda ahli, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Mathew Salleh Palmer, 14, merupakan anak tunggal. Ibunya, Norhayati Salleh berkata, dia bersyukur kerana sekarang dia dapat meluangkan lebih banyak masa dengan anaknya.

"Ketika menguruskan bisnes keluarga, saya tetap ada masa untuk mengawasi pergerakan Mathew yang suka topik-topik berkenaan aeroangkasa dan muzik," ujarnya yang tinggal di Subang Jaya, Selangor.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

teringat jiran saya masa saya kat oversea dulu - anak2 dia 5 orang semua
homeschooling... and good children too - anak dia baik dengan saya
dan bijak... juga good manners ... pandai main alat music .. violin, piano..
rasanya kalau dengan didikan yang betul - homeschooling pun banyak
advantage nya -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2008 08:01 AM | Show all posts
Itu la, ingat kat M'sia ni tak ada HS konsep ni. Say pun sebenarnya minat dgn cara ni, sebab kalau ikutkan selama 6 jam anak2 di sekolah, waktu yg kualiti dgn pelaaran adalah 2 jam aje. Ini adalah kerana, selalu sgt guru2 dihtr kursus (tiad guru gantia), guru2 kanan meeting di waktu sekolah dan lebih terok lgi anak2 memasuki pertandingan kuiz di luar sekolah. maka aktiviti ni akan memudaratkan pembelajaran anak2 especially anak2 yg nak exam. Guru2 kalau membaca ni, jgnla marah ye... ini experience saya aje, kenkadang saya pontengkan ank2 saya klau di sekolah ada acara2 yg tak mendatangkan menafaat seperti ceramah motivasi (sebab nak mengubah manusia ni bukan nya sekelip mata...tapi sepanjang waktu)
Dan untuk maklumat, anak2 saya tidak pernah pergi tuition, tapi hny belajar di rumah dgn ayahnya, saya pernah cabar seorang guru sains anak saya ttg m/pelajaran sains yg dia ajar, ternyata guru tu sungguh cetek ilmu sains nya.....dia tanya ngan anak saya, mana anak saya dpt maklumat ttg astronomi dan marine....anak saya jawabla..dari browsing internet aja sir.....and FYI...anak saya berada di Darjah 6.
Kami ambil inisiatif sendiri...mengajar anak2 kami di rumah, setiap hari selama 2 jam... lebih berkualiti dari 6 jam mereka di sekolah...
Saya bukan nak kondem cara pengajaran di sekolah2 M'sia ni, tapi ramai academician merungut, apabila anak2 masuk Universiti, mereka tidakla sebijak mana keputusan SPM mereka..sebab mereka hanya menghafal soalan dan bila tiba di Universiti... tiada lagi hafalan, maka disitula timbulnya kelemahan anak2 ni....
udah tiba masanya.... kita ambil tindakan sendiri...ajarla anak2 kita secara detail.. utk ilmu, bukan utk masuk universiti saja.
My question is: mana lagi elok? Bodah tapi Pandai atau Pandai tapi Bodoh?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 09:11 AM | Show all posts
Bodah tapi Pandai atau Pandai tapi Bodoh?????


bodoh atau pandai itu subjektif
adakah dengan pengetahuan sekelumit fakta dlm astronomi dan marine mengesahkan kepandaian anak anda?

bukankah ramai ahli akademik yg mempunyai phd mengakui bahawa lagi tinggi pelajaran mereka, lagi mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya tidak tahu banyak perkara lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 09:21 AM | Show all posts

Reply #2 SANKURIANG's post

agree...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 09:28 AM | Show all posts
agree too..makin tinggi blaja, makin byk benda plak yg nak di explore..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 09:51 AM | Show all posts

Reply #2 SANKURIANG's post

bukan semua parents mampu mengajar anak mcm cik puan & suami.. kdg2 bg parents yg bekerja, nak cari org jaga anak pun tak mampu bayar.. tu sbb JAIS selangor wujudkan sekolah intergrasi, 7.45- 1.30 belajar akademik. 2.00 - 5.00ptg ajar Fardhu Ain... anak2 boleh bwk bekal makanan atau bayar duit makan pd pihak sekolah. parents nak dtg hantar lunch pun boleh.. sekolah adalah tempat bersosiol.. bukan setakat nak belajar ilmu dunia saja.. kanak-kanak belajar hidup bermasyarakat.. belajar mengaji, baca doa.. bersukan. berpesatuan.. belajar tentang budaya kaum lain.. kita sendiri seronok main bola dgn pasir & lumpur.. tp bila turn anak kita... tgk dlm skrin pc jek???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2008 09:59 AM | Show all posts
I guess in a way home schooling is good, but having said that.... I acknowledge the fact that the school environment had molded 2 of my children from a shy and timid child to a confident student who knows that sky is the limit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 10:00 AM | Show all posts
rasanya konsep HS ni wujud di malaysia.. contoh artis mcm diana danilelle.. dia ambik private tution.. & daftar peperiksaan awam sbg calon pelajar luar.. ramai artis jek yg buat mcm ni sbb masa kerja yg tak tentu.. & tak mau terikat dgn peraturan & disiplin sekolah.. bukannya sbb sistem peperiksaan di malaysia tak bagus..
berkaitan dgn kualiiti lepasan SPM yg tak mencapai taraf di IPT.. logiknya kalau result dia tak bagus, mcm mana dia boleh apply & diterima masuk sesuatu course tu??? sbenarnya bila dah sampai di IPT, student kena laa upgrade & sesuaikan diri dgn cara pembelajaran di IPT.. sudah semestunya berlainan dgn sekolah kalau tak, apa bezanya dia dgn beribu lagi yg dpt straight As tu??? hidup ni survival.. kalau berjaya masa SPM, mungkin tewas masa di IPT.. kalau berjaya di IPT.. dean's list tiap-tiap semester, mungkin lps grad tanam anggur 5 tahun...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #6 m8's post

I'm a working mother (part time) and my hubby is a senior lecturer (with a  Phd - refer to KLKL atas tu) kalau nak seribu daya... kurangkan TV time, because that BOX is really a culprit in the house. And to KLKL once again, I"m not refering to my son's knowledge on astronomy or maine ya... I'm taling about those students in the varsity... yesterday my hubby came back home with a long sigh...he said that a student from science stream, doesn't know how to measure the mass volume of water... dia tanya mcm mana kau boleh lepas masuk U? Ini la yg saya maksudkan... Bodoh tapi Pandai... Pandai tapi bodoh...
Mcm ni ye: Bodoh tapi Pandai is like this.... back in the 70's education really being taught sebagai knowledge....kitadiajar agar pandai dan berilmu....w/pun ada yg dpt resuts MCE mereka 2nd grade 0or even 3rd grade, but they are itteligent...they applied the knowledgethey learned in school all throughout their lives...there it goes,...kononnya sekolah BODOH (ye la dpr 2nd grade or 3rd grade)tapi dari segi pengetahuan org yg mcm ni la yg berjaya dlm hidup ...dia PANDAI nak hidup
PANDAI tapi BODOAH ni mcm ni... resultsnya berpuluh puluh A1's.... masuk U sana sini...tapi sampai U BODOH..(mcm kes tadi) apabila keluar U... nak minta keja susah... sebab tak ada konfident nak speak English.. ye la dia boleh kata results SPM dia blh dpt A1 utk English (ni berlaku depan mata saya... bagaimana seorg Pegawai Tadbir tak ada confidence nak speak English)... see... itu la senarionya... bukan pasal anak saya boleh dpt knowledge dgn browsing internet.. sebab students di U pun tak tau nak cari info dari GOOGLE... sad kan...
Sapa2 yg menjadi lecturer di public U, kalau membaca ni, boleh la bagi pandangan...
Sorry KLKL... aku cuma menyatakan apa yg "nyata"... memang pahitkalau kita diberitahu benda yg betul...tetapi pahit tu la ubat... manis tu racun...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 10:10 AM | Show all posts

Reply #6 m8's post

Sekolah tempat bersosiol??? What about our neighbour??? Bukan kah anak2 kita boleh bersosiol sekejap sebelum waktu magrib tiba????Zaman sekarang, anak2 yg terlebih sosiol ni la yg menimbulkan penyakit masyrakat.... buatkan mereka sayang rumah mereka dan menjadikan rumah ku syurga ku.... kalau anak2 asyik dibiarkan bersosiol berlebih2an pun akan memudarat jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 10:39 AM | Show all posts

Reply #10 SANKURIANG's post

bersosiol tu bukannya setakat melepak, berdating... mengumpat.. bersosiol di sekolah adalah mengikut peraturan & disiplin di sekolah.. contohnya kalau cikgu takde dlm kelas, boleh pergi ke library, buat discussion.. buat berlatih debates, latihan menari kebudayaan... keceriaan taman sekolah.. buat research di IT lab.. buat projek sains.. cari ahli & tentukan kelas taekwondo.. eh byk lagi laa. di sekolah ni adalah asas utk anak-anak belajar cara bersosiol & membentuk diri menjadi pemimpin.. mcm mana dia menjadi ketua kelas dan mengawal rakan-rakan lain yg membuat bising masa cikgu takde..  
parents harus percaya dgn potensi anak-anak.. sbb kdg2 tingkah laku anak-anak dirumah berlainan sekali bila disekolah.. kalau dia rasa dia cukup bagus, disekolah, dia akan tau. mungkin ada yg lebih bagus dari dia.. membentuk intergriti anak-anak mmg tanggungjawab parents tp membina intergriti anak-anak.. adalah dgn sokongan faktor sekelilingnya.. iaitu masyarakat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #11 m8's post

masalahnya sekarang, kalau anak2 kita saja yg bersemangat nak guna makmal IT, or library... tapi bila anak2 minta buka lab atau library...cikgu akan cakap.. tak boleh sebab tak ada guru pengawas...sampai bila budak nak pandai menggunakan kemudahan sekolah??? ia org ni (pd pengamatan aku la0 lenbih suka bergebang gebang dlm kelas..especially the high scholls boys.
Back to square root 1...balikla kpd mak ayah.....anak kita tanggungjawab kita... ingat.. tanggungjawab tu amanah... esok kita ditanya.....jawab la kita
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by SANKURIANG at 3-6-2008 10:52 AM
masalahnya sekarang, kalau anak2 kita saja yg bersemangat nak guna makmal IT, or library... tapi bila anak2 minta buka lab atau library...cikgu akan cakap.. tak boleh sebab tak ada guru pengawas. ...




yup.... anak2 adalah tanggungjawab kita.

Since mac tak berkemampuan utk homeschoolkan anak2.... that is why mac melibatkan diri dalam kegiatan seharian anak2, be it di rumah atau pun disekolah.

Parents sekarang lebih pada melepaskan saja anak ke sekolah, tanpa mengetahui, apa yang anak mereka buat disekolah, dan apa yang sekolah boleh offer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 12:06 PM | Show all posts

Reply #12 SANKURIANG's post

kemudahan IT lab kat sekolah untuk semua pelajar tp tentu ada peraturannya.. kita harus ada pengawasan cikgu, atau pembantu makmal sbb bila ada byk tangan tentu laa jahanam PC kerajaan.. ada ramai lagi student lain yg lebih memerlukan keperluan IT berbanding pelajar yg mmg ada kemudahan PC dirumah.. lagi pulak, kalau takde pengawasan, student mungkin asyik main game pulak.. tak psl2 IT lab jd mcm cc yg  bersepah diluar..

mengexplore ilmu bukan semata-mata ilmu akdemik shj.. bukan jugak dgn kebolehan IT semata.. bijak akal tidak diukur dgn pencapaian berderet A.. yg penting membina insan yg normal sahsiahnya..
kalau dia genuis, menjadi ahli cendiakawan yg terbilang.. Alhamdulillah tp kalau dia jadi penjual ikan di pasar.. pun bersyukur sgt sbb dia boleh mencari rezeki yg halal.. kalau pun menjadi penjenayah/ makan rasuah dll.. kita titipkan doa semoga da diberi hidayah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 12:12 PM | Show all posts

Reply #13 macademia's post

elok sgt kalau parents boleh attend & aktif dgn aktiviti PIBG disekolah.. boleh tau kemana yuran sekolah dibelanjakan... cikgu-cikgu disekolah pun terhad kebolehannya dlm bidang akademik tp kalau ada parents yg berkebolehan dlm ko-kurikulum.. contohnya jurulatih silat, hoki, .. hatta gotong royong membersihkan surau sekolah pun amatlah di alu-alukan.. drpd kita bayar upah pd org lain baik kita bayar pd parents...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 04:50 PM | Show all posts
aku stuju nagn konsep home schooling neh...anak2 akan jadik lebih rapat dgn ibubapa...lgpong mslh gejala sosiol dpt dielakkan sbb kat skolah ada seribu satu perangai pelajar...tuh blom masuk lg perangan haramjadah bebudak nakal..jd,x de lg isu pengaruh rakan sebaya..x semestinyer sekolah jadik tempat bersosiol dan berkawan...kat kwsn neighbourhood pong bleh jadik tmpt bersosiol...

hehe aku x der anak lagi tp kalu ditakdirkan aku ade anak satu ari nanti,aku akan amalkan konsep home schooling...aku x pecaya lagi kat skolah sbb skolah jugak leh jadi punca gejala sosiol...aku x akan biarkan anak2 aku bergaul ngan pelajar yg x tentu hala kat skolah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2008 09:20 PM | Show all posts

Reply #9 SANKURIANG's post

ur huhband senior lecturer? ade vacancy tak?...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 10:36 PM | Show all posts

Reply #16 menatang's post

kalau mampu apa salahnya.. ajar anak sendiri.. mampu dari segi ilmu.. dari segi kewangan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 10:55 PM | Show all posts

Reply #18 m8's post

Insya-Allah,aku akan lakukan yg terbaik untk bakal anak2 aku...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by m8 at 3-6-2008 12:12 PM
elok sgt kalau parents boleh attend & aktif dgn aktiviti PIBG disekolah.. boleh tau kemana yuran sekolah dibelanjakan... cikgu-cikgu disekolah pun terhad kebolehannya dlm bidang akademik tp kalau ...



yes, mac memang active..... kat sekolah tu mmg mac tau mostly apa yg terjadi.....

Sampai orang jabatan pun dah ingat mac ni cikgu....  sebab asyik ikut anak2 gi pertandingan...
mac pun dah terbiasa orang panggil mac cikgu... dulu, mac ada cakap la.... no, i'm a parent... tapi penatla pulak.... so now just smile ajer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.077683 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list