CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20257|Reply: 45

Endurance Classic (Endurance Lumba Berkuda )

[Copy link]
Post time 11-6-2008 07:40 PM | Show all posts |Read mode


sebenarnya dah banyak gak saya baca tentang endurance lumba berkuda ni...
nampaknya ianya adalah satu sport yang malaysia sudah mula bersinar; apalagi
wakil malaysia selalunya adalah agong kita sendiri Tuanku Mizan -

mungkin kita boleh belajar dan have some knowledge what's this sport
is all about -

nanti bila ada apa2 article or cerita or even some experience dari forum members
yang menyertai or watching the event  - boleh la post di thread ini -

let's look at this one -

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

11 Jun, 2008          

Lebih 150 Peserta Menyertai Kejohanan Edaran Endurance Classic

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Seramai 150 peserta mengesahkan penyertaan dalam kejohanan kuda lasak, Edaran Endurance Classic (EEC) 2008 yang akan diadakan di International Endurance Park, Lembah Bidong, Terengganu akhir bulan ini.


Pengerusi jawatankuasa pengelola Edaran Endurance Classic 2008, Datuk Abdul Hamid Mustapha berkata kejohanan selama tiga hari itu yang bermula 26 Jun akan turut disertai Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Tuanku Mizan akan menyertai acara 160 kilometer yang merupakan acara kegemaran baginda," kata Abdul Hamid kepada pemberita di sini, Rabu.

Antara peserta luar yang akan mengambil bahagian ialah dari Australia, Perancis, New Zealand, Rusia, Itali, Bahrain dan Brazil, katanya.

Abdul Hamid berkata kejohanan tersebut akan mempertandingkan empat acara individu dan berpasukan dalam kategori 160km, 120km, 80km dan 40km.

Abdul Hamid berkata peserta bagi acara 160km yang mendapat Certificate of Competitiveness (COC) berpeluang untuk beraksi dalam World Endurance Championship (WEC) pada 9 Nov di tempat yang sama.

Beliau berkata setiap peserta perlu melepasi dua siri kejohanan terlebih dahulu dalam jangka masa 24 bulan untuk layak menyertai kejohanan WEC.

"Penganjuran kejohanan EEC tahun ini adalah sebahagian daripada persiapan untuk menghadapi WEC 2008 dan ia merupakan kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah WEC yang dianjurkan setiap empat tahun," katanya.

Abdul Hamid berkata setakat ini seramai lima peserta Malaysia termasuk Tuanku Mizan layak untuk menyertai kejohanan dunia itu sementara 15 peserta lagi masih menunggu peluang untuk melepasi kelayakan.

Empat lagi peserta ialah Datuk Kamaruddin Ab. Ghani, Abdul Halil Alihan, Mohd Shuaib Ishak dan Rosdan Mohd Nor.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2008 08:59 PM | Show all posts
July 27, 2008

Nazulki Muda Wins Malaysian Endurance Championship

SETIU, July 27 (Bernama) -- Nazulki Muda from Darul Iman Endurance Terengganu Club (DIET) emerged champion in the third circuit of the Malaysian Endurance Championship at the Terengganu International Endurance Park (TIEP) in Lembah Bidong here Sunday.


Riding Indiana Rose in the 160km race, Nazulki who clocked 12 hours 43 minutes and 52 seconds led the field ahead of Mohd Azizi Ismail from Tengku Mahkota Kelantan Club who registered 12:56:20s.

Another Tengku Mahkota Kelantan Club rider, Zainuddin Mohd Yusof came in third when he registered 13:08:23s.

Nazulki walked away with RM5,000 while Azizi collected RM3,000 and Zainuddin RM2,000.

Seven other riders failed to complete the race.

In the 80km race, Yusnar Yusup from Bukit Kiara Club crossed the finishing line in 6:25:30s to outpace 12 other riders to emerge winner.

Muhamad Arif Samsuri from Kuala Lumpur City Hall finished a close second when he clocked 6:39:16s followed by Azman Mat Ripin from DIET who registered 7:16:24s in the third place.

National Sports Institute director-general Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz gave away the prizes.

He said so far 12 national riders qualified for the World Endurance Championship at TIEP in Lembah Bidong in November.

-- BERNAMA


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

160km riding... is not funny -- mesti sore lepas race ni -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2008 01:00 AM | Show all posts
Agong sertai Cabaran Pahang-PENN Endurance


Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi antara
100 peserta yang akan menyertai kejohanan
Cabaran Pahang-PENN Endurance 2008 bermula
22 Ogos ini.



KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan antara 100 peserta yang akan menyertai kejohanan sukan berkuda Cabaran Pahang -PENN Endurance 2008 bermula 22 hingga 24 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, kejohanan yang akan diadakan di pantai Cherating di sini melibatkan tiga kategori iaitu 100km, 60km dan 20km dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM65,000.

"Empat peserta dari Singapura akan turut memberi saingan dalam kejohanan ini dan saya difahamkan Yang di-Pertuan Agong akan membawa lapan ekor kuda dari Royal Terengganu untuk menyertai kategori 100km," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Katanya, kejohanan itu juga merupakan acara pemanas badan sebelum kejohanan World Endurance Challenge (WEC) pada 6 hingga 9 November di Lembah Bidong, Terengganu.

Beliau turut berkata, Cabaran Pahang -PENN Endurance yang julung kali diadakan merupakan perintis kepada sukan berkuda di Pahang yang akan dijadikan acara tahunan.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan bersetuju memberi geran tahunan RM500,000 bagi penganjuran kejohanan itu selama lima tahun berturut-turut.

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2008 10:40 PM | Show all posts
August 24, 2008

Tuanku Mizan Wins Pahang-PENN 100km Endurance Challenge 2008

KUANTAN, Aug 24 (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin emerged champion at the Pahang-PENN 100km Endurance Challenge which ended at the Cherating here Sunday.


Tuanku Mizan astride Magna Thor took 8 hours 17 minutes and 49 seconds to finish ahead of the other riders in the gruelling race.

Asri Abd Aziz came in second in 8'17:55s while Datuk Mohd Shuaib Ishak was third in 8'21:14s.

Shamsuddin Ab Roni won the 60km category in 4'42:51s with Yusnar Yusup (4'42:52s) and Mohd Azhar Ariffin (4'59:33s) were second and third respectively.

In the 20km category, M. Syafiq Hakimi was first in 1'40:01s followed by Datuk Mokhtar Haron (1'40:02s) and Rosli Endut (1'40:03s).

His Majesty's team, Royal Terengganu Endurance Stable also won the team category in the 100km endurance while Magna Thor was named the best horse.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2008 05:26 AM | Show all posts
Tuanku Mizan ketuai saingan Kejohanan Kuda Lasak Dunia



TUANKU Mizan Zainal Abidin menatap biografi Cabaran Endurance
Piala Sultan Terengganu 2007 sambil diperhatikan Ahmad Said
(tengah) dan Dr. Salleh Mohd. Nor di Hotel Palace of Golden
Horses dekat Seri Kembangan, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Senarai akhir 12 pelumba ke Kejohanan Kuda Lasak Dunia 2008 di Lembah Bidong, Setiu akan diputuskan pada 1 Oktober ini.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, setakat ini 16 pelumba telah layak ke kejohanan yang akan bermula 6-9 November itu.

Skuad negara akan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada perlumbaan sejauh 160 kilometer itu.

"Peserta akan menjalani latihan pusat pada 15 Oktober ini di mana selain aspek fizikal dan mental, pelumba-pelumba ini juga akan disemai dengan semangat berpasukan," katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Tuanku Mizan berkenan melancarkan buku biografi, Cabaran Endurance Piala Sultan Terengganu 2007, semalam.

Penerbitan biografi itu yang pertama kali dilakukan dilihat mampu untuk memberi kesan besar kepada komuniti ekuestrian di negara ini.

Buku tersebut yang telah diterbitkan oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) itu bertujuan mengimbas kembali kejayaan penganjuran Cabaran Endurance Piala Sultan Terengganu tahun lalu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan Pengerusi Yayasan Diraja Sultan Mizan, Datuk Seri Dr. Salleh Mohd. Nor.

Sementara itu, Ramlan berkata, jawatankuasa pemilihan menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi bukan sahaja oleh pelumba, malah juga membabitkan keadaan kuda itu sendiri bagi memastikan ia cukup cergas.

"Kami membeli 13 ekor kuda dari luar negara yang menelan belanja hampir RM2 juta sebagai tambahan kepada kuda tempatan sedia ada bagi menyiapkan pelumba negara," katanya.

Beliau berkata, kuda yang tiba pada awal bulan ini akan dikuarantin selama empat minggu sebelum didedahkan dengan keadaan cuaca dan persekitaran di Malaysia.

Sehingga kini 26 negara mengesahkan penyertaan mereka dengan 24 negara akan menyertai acara berpasukan dan 12 negara akan menyertai acara individu.

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2008 05:32 AM | Show all posts
16 atlet dipilih sertai latihan



SULTAN MIZAN akan mengetuai cabaran negara pada Kejohanan
Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa 2008.


SERAMAI 16 atlet telah dipilih menyertai latihan pusat pasukan kebangsaan yang bermula Isnin ini.


Daripada jumlah itu, senarai akhir 12 atlet akan diumumkan pada 1 Oktober depan bagi menggalas cabaran pada Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa 2008 yang berlangsung di Lembah Bidong, Setiu Terengganu pada 6 hingga 9 November ini.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) yang juga Pengerusi Direktorat WEC 2008, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata latihan pusat itu akan lebih tertumpu kepada aspek mengukuhkan kekuatan mental dan fizikal.

Fasa akhir akan berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong bermula 25 Oktober sehingga berlangsungnya kejohanan tersebut.

"Seramai 12 atlet, 20 pegawai dan 40 petugas sokongan akan turut serta dalam program latihan fasa akhir itu.

"Mereka (atlet) akan menjalani latihan pusat pada 15 Oktober di mana aspek fizikal dan mental serta semangat berpasukan akan diberi penekanan," katanya pada sidang akhbar semalam.

Menurutnya, bagi memastikan ekuin negara mampu mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan itu kelak, sejumlah RM2 juta telah diperuntukkan untuk membeli 13 ekor kuda dari luar negara sebagai tambahan kepada kuda tempatan sedia ada.

"Kuda sudah sampai minggu lalu dan dikuarantin selama empat minggu sebelum didedahkan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di negara ini," katanya.

Program latihan untuk ekuin negara telah dimulakan sejak Oktober tahun lalu di mana seramai 24 orang atlet telah dikenal pasti.

Sebanyak 36 negara dengan kehadiran 150 kuda akan terlibat pada kejohanan berprestij ini yang akan mempertandingkan acara berpasukan dan individu.

Atlet negara akan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada kejohanan itu yang membabitkan jarak sejauh 160 kilometer.

Antara yang turut disenaraikan ialah Datuk Kamaruddin Abd. Ghani, Datuk Mohd. Shuib Isahak, Datuk Abdullah Taib, Mohd. Faizal Ismail, Rosdam Mohd. Noor, Che Ahmad Yusri Muhamad, Muhammad Alif Sabidi, Yusran Yusof, Zainuddin Yusof, Md. Rino Abd. Rani, Abdul Halim Alihan, Bakar Aman, Norlaily Buniyamin, Muhammad Firdaus Hamid dan Md. Aizie Ismail.


[ Last edited by  dexa at 9-9-2008 05:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2008 11:03 PM | Show all posts

latest info

10 Oktober, 2008          

Kejohanan Di Terengganu Tarik Minat Kerabat Diraja

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kejohanan Kuda Lasak Dunia 2008 yang akan berlangsung di Terengganu bulan depan berjaya menarik minat penunggang-penunggang daripada kalangan istana serta yang menduduki ranking teratas dunia.


Terbaru, kejohanan yang akan berlangsung di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu di Lembah Bidong dari 6 hingga 9 Nov, akan disertai putera raja dari Bahrain, Shaikh Nasser Hamad Al Khalifa yang juga menduduki ranking kesembilan dunia.

Shaikh Nasser, 21, pemenang pingat perak dalam acara individu dan berpasukan Sukan Asia di Doha pada 2006, akan disertai oleh saudaranya Shaikh Khalid, yang juga pemenang pada saingan Kuda Lasak 160km di Thetford, England, Ogos lepas.

"Kejohanan di Terengganu berjaya menarik saingan dari 34 negara, 22 darinya bertanding dalam kategori pasukan sementara 12 lagi dalam acara individu," kata penganjur kejohanan, Yayasan DiRaja Sultan Mizan dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Dua anggota keluarga pemerintah Al-Maktoum dari Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Shaikh Hamdan bin Mohammed dan adindanya Shaikh Majed, masing-masing menduduki ranking ke-17 dan ke-33 dunia, akan turut bersaing di Terengganu.

Uruguay pula menampilkan jaguh dunia, Pio Juan Miguel Olascoaga manakala dua wanita yang menduduki ranking 10 teratas dunia, Sabrina Arnold dari Jerman (ke-5) dan Margaret Wade dari Australia (ke-7) turut mengesahkan penyertaan mereka.

Pasukan Malaysia turut menampilkan penunggang dari istana apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sendiri akan mengetuai 12 penunggang negara pada kejohanan itu.

Tuanku Mizan akan disertai Datuk Awang Kamaruddin Abdul Ghani, Datuk Mohd Shu'aib Ishak, Norlaily Buniyamin, Abdul Halim Alihan, Bakar Aman, Muhammad Firdaus Hamid, Md Azizie Ismail, Mohd Faizal Ismail, Rosdam Mohd Noor, Yusran Yusof dan Zainuddin Yusof.

-- BERNAMA

***********************************************************************************

kita rakyat marhaen ni.. dapat tengok aje la... nak naik kuda pun.. ramai yang tak pernah
ada sekor kat cyberlodge dulu.. nama meor... tak tahu la hidup lagi ke tidak...

saya pernah naik kuda masa kat oversea la.. best juga.. -- tapi lepas tu sakit you know what
sebab tinggi la sangat.. but fun though... so kalau nak main sukan ni...
memang tak berkemampuan la jawabnya --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 06:45 AM | Show all posts
Peserta giat jalani latihan di TIEP

KUALA TERENGGANU - Peserta Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) FEI 2008 kini giat menjalani latihan bagi menghadapi cabaran di trek kejohanan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu, lapor IRMAN HASHIM

Pengurus Operasi kejohanan tersebut, Abdul Salim Fazlay berkata, para peserta menjalani latihan secara berasingan mengikut benua yang telah ditetapkan oleh Sekretariat WEC FEI 2008.

''Peserta-peserta dibahagikan kepada tujuh benua iaitu Malaysia, Amerika Selatan, Amerika Selatan, Eropah I, Eropah II, Asia Barat, Australia dan New Zealand untuk menjalani latihan di trek sejauh 160 kilometer itu.

''Mereka tidak akan menemui antara satu sama lain sehingga hari pertandingan bermula 5 hingga 9 November nanti," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Walaupun kuda-kuda baru tiba beberapa hari lalu, katanya, para peserta kini menjalankan latihan sebagai persediaan.

''Ini kerana kuda-kuda berkenaan berada dalam keadaan sihat, cergas dan tidak mengalami sebarang kesan walaupun diterbangkan terus ke Terengganu dari lokasi -lokasi dari luar negara.

''Bagaimanapun, kuda-kuda berkenaan telah dikuarantinkan selama dua minggu di TIEP yang juga merupakan pusat kuarantin kuda-kuda berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Salim memberitahu, sebanyak 97 ekor kuda yang akan menyertai WEC FEI 2008 sudah tiba dan ditempatkan di TIEP.

''Sebanyak 52 ekor kuda lagi yang akan menyertai kejohanan ini dijangka tiba dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2008 06:45 AM | Show all posts
Operasi WEC mula dibuka 24 jam

KUALA TERENGGANU - Kebanyakan peserta Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) FEI 2008 kini sudah tiba ke Terengganu untuk menyertai kejohanan tersebut yang akan berlangsung bermula 5 hingga 9 November ini.


Petugas Bilik Operasi Sekretariat WEC FEI 2008 di Wisma Darul Iman di sini, Dzulhairi Muda berkata, setakat ini, 51 peserta bersama lebih 100 krew mereka daripada 27 buah negara telah tiba sejak 14 Oktober lalu.

''Untuk itu, tiga bilik operasi dibuka 24 jam sehari sejak Selasa lalu bagi memantau segala urusan dan perjalanan sepanjang kejohanan itu berlangsung. Sebanyak tiga bilik operasi telah dibuka sepanjang kejohanan ini iaitu di Wisma Darul Iman ini, Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP)dan Gerbang Sukan Negeri di Gong Badak di sini," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:52 AM | Show all posts
Peranan besar krew teknikal


PETUGAS memindahkan kuda yang tiba di Lapangan
Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu baru-baru ini.


SEPERTI acara perlumbaan lain, penunggang kuda lasak juga memerlukan sokongan daripada pasukan teknikal.

Pengurus projek penyertaan atlet Malaysia Kejohanan Endurance Dunia (WEC) 2008, Mohd. Din Mat berkata, krew teknikal yang terlibat dalam acara sukan ini tidak seramai dalam sukan perlumbaan lain.

"Ia hanya melibatkan antara tiga hingga empat orang sahaja, bergantung dengan kemampuan dan keperluan dalam penjagaan kuda-kuda.

"Mereka (krew teknikal) memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan penunggang dalam sesuatu perlumbaan kerana segala persedian dan keperluan kuda adalah di bawah pengawasan krew tersebut," katanya semalam.

WEC 2008 yang akan berlangsung di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Terengganu dari 6 hingga 9 November dengan jarak 160 kilometer, merupakan satu laluan yang sukar dan panjang dalam menguji ketahanan dan kesediaan penunggang dan kuda dalam menamatkan perlumbaan.

Mohd. Din berkata, selain daripada itu, kepakaran pegawai perubatan haiwan juga memainkan peranan yang besar dalam menjaga kesihatan kuda.

Beliau berkata, setiap pasukan mempunyai pegawai perubatan tersendiri yang mempunyai kepakaran khusus dalam menjaga kesihatan kuda.

"Pihak penganjur juga mempunyai pakar perubatan haiwan tersendiri dalam menentukan keupayaan kuda sama ada dapat berupaya untuk meneruskan perlumbaan atau sebaliknya," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan perlumbaan kuda lasak itu, beliau berkata, setiap kuda diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan pada setiap loop atau hentian dalam menentukan kelayakan kuda tersebut untuk menamatkan perlumbaan.

"Kuda yang layak untuk meneruskan perlumbaan akan diberikan rehat selama 40 hingga 50 minit sebelum berhenti untuk membuat pemeriksaan di loop yang berikutnya," katanya.

WEC 2008 melibatkan tujuh loop, bermula dan berakhir di TIEF.

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 05:51 AM | Show all posts
WEC 2008: Keselamatan jadi keutamaan pihak penganjur


TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN akan mengetuai barisan 12
penunggang negara pada Kejohanan Kuda Lasak Dunia
2008 di Terengganu.



MALAYSIA, yang buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Kuda Lasak Dunia 2008 (WEC 2008) di Terengganu, akan memberikan tumpuan kepada aspek keselamatan memandangkan kejohanan itu turut disertai beberapa kerabat raja.

Hampir 1,000 petugas keselamatan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan bertugas bagi mengawal keselamatan sepanjang kejohanan itu yang akan berlangsung di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, Terengganu dari 6 hingga 9 November. Ia mengumpulkan 142 penunggang dari 34 negara.

Pengurus projek penyertaan atlet Malaysia WEC 2008, Mohd. Din Mat berkata petugas keselamatan turut membantu penunggang untuk memberi tunjuk arah jalan bagi memastikan mereka tidak tersalah laluan.

"Bagi memastikan penunggang tidak keliru pada waktu malam, pihak penganjur turut menyediakan tanda arah dan lampu di sepanjang trek perlumbaan untuk memudahkan penunggang mencari arah jalan yang betul," katanya.

Malaysia akan diwakili 12 pelumba dengan diketuai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Penunggang daripada kalangan istana yang telah mengesahkan penyertaan ialah Putera Raja Bahrain, Shaikh Nasser Hamad Al Khalifa dan dua anggota keluarga pemerintah Al-Maktoum dari Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Shaikh Hamdan bin Mohammed dan adindanya Shaikh Majed.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2008 07:06 AM | Show all posts
WEC 2008: ISN ambil strategi serampang dua mata


INSTITUT Sukan Negara (ISN) mengambil strategi serampang dua mata sempena penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) 2008 bagi memastikan penunggang negara dapat memberikan saingan pada kejohanan itu.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bahagian pertama strategi itu ialah dengan menghantar penunggang negara bertanding di luar negara seperti Argentina, Australia dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, peserta berkenaan dihantar bagi menimba pengalaman di samping mendapatkan dua sijil kelayakan (COC) bagi menyertai kejohanan itu.

"Bagi melayakkan mereka, setiap kuda yang ditunggang telah dikenal pasti oleh pakar veterinar dan penunggang-uji yang dihantar lebih dahulu oleh direktorat WEC 2008 untuk memastikan kesesuaian kuda untuk acara kuda lasak sejauh 160 kilometer ini," katanya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia sempena WEC 2008 di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.

Ismail berkata untuk bahagian kedua strategi itu, ISN dengan kerjasama Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) dan diiktiraf oleh Persatuan Ekuestrian Sedunia (FEI) telah menganjurkan empat kejohanan sirkit 160km di Lembah Bidong dari April sehingga Julai lepas bagi membantu lebih ramai peserta negara mendapatkan COC.

Beliau berkata melalui sirkit dan pertandingan itu, ISN sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas persediaan atlet dan kuda, berjaya melahirkan ramai atlet berbakat besar dalam sukan kuda lasak di negara ini.

"Ini kerana ramai penunggang tempatan berpeluang untuk bertanding dalam acara 160km peringkat antarabangsa "3 star FEI" untuk melayakkan diri ke WEC 2008," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menimbang dan memberi perhatian serius supaya penganjuran sirkit kuda lasak di negara ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

"Setakat ini kita telah membeli 15 ekor kuda untuk kegunaan atlet negara.

"Kuda-kuda ini bukan sahaja digunakan semasa WEC 2008 tetapi untuk Kejohanan Remaja Dunia di Hungary tahun depan dan Sukan Ekuestrian Dunia di Kentucky, Amerika Syarikat pada 2010," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 06:11 AM | Show all posts
Persiapan WEC 2008 lancar


RAHIN (kanan) menyambut ketibaan para peserta ke jamuan minum
petang sempena Kejohanan WEC di Stadium Tertutup Kompleks Sukan
Gong Badak baru-baru ini.



PERSIAPAN bagi penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) 2008 yang akan bermula Khamis ini dilaporkan berjalan lancar.


“Dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi WEC yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Said semalam, pihak penganjur mengesahkan segala persiapan menghadapi kejohanan itu berjalan mengikut apa yang dirancangkan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said kepada pemberita semalam.

Seramai 1,000 pegawai dan kakitangan akan ditugaskan di venue kejohanan di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong dari 6 hingga 9 November ini.

“Keseluruhannya disertai kira-kira 140 penunggang dari 33 buah negara,” tambah Abdul Rahin pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Kuda Lasak RTES/NHS 2008 di trek Permatang Seratus, Marang.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menyertai kategori 80 kilometer manakala anakanda baginda yang juga Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail mengambil bahagian bagi kategori 40km.

Abdul Rahin berkata, pelbagai acara sampingan akan diadakan sempena kejohanan tersebut antaranya pertunjukan kuda Lorenzo yang didatangkan khas dari Itali.

Tuanku Mizan dijangka merasmikan WEC 2008 malam Rabu ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Beberapa artis seperti Jamal Abdillah dan Mawi akan turut memeriahkan majlis perasmian.

“Sebanyak 50,000 cendera hati disediakan kepada penonton semasa majlis perasmian,” kata Abdul Rahin.

**********************************************************************

ah.. ada jamal abdillah la pulak...
- all the best to the competitors -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 09:40 PM | Show all posts
SEMANGAT...


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri)
bersama anakanda Seri Paduka, Tengku Muhammad Ismail (jersi 22)
dan Tengku Nadirah (jersi 33) serta beberapa peserta negara beraksi
pada perlumbaan Endurance Ride 2008 sempena Pertunjukan Kuda
Antarabangsa di trek Permatang Seratus, Marang semalam.



Seri Paduka berjaya menduduki tempat ketiga kejohanan yang dimenangi oleh penunggang Langkawi Endurance Team, Nazulki Muda itu. Ini merupakan persediaan pasukan baginda dan pelumba negara menjelang Kejohanan Kuda Lasak Dunia 2008 di Lembah Bidong, Setiu pada 6 November ini.


*****************************************************************************

tahniah tuanku -

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 02:28 AM | Show all posts
rasanya ada member masuk gak .... tp xtau acara ape.... semangat dia berlatih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 05:58 AM | Show all posts

Reply #15 karambunai's post

find out la dari dia karam....
start khamis ni ----  kuda2 tu kena quarantine semalam -
sebab diterbangkan dari oversea -
sweden ada, brazil ada, portugal ada.. ishhhh macam2 nationalities
kuda2 tu --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2008 06:00 AM | Show all posts
Penunggang wanita sandaran Uruguay



Pio Juan Miguel Olascoaga Amaya membawa kudanya, Ar Vale
berjalan-jalan selepas latihan persediaan menjelang Kejohanan
Kuda Lasak Dunia (WEC) 2008 di Taman Endurance Antarabangsa
Lembah Bidong, Setiu semalam.
- Gambar AZLAN BAHRUM


SETIU - Uruguay menurunkan enam penunggang handalan, termasuk empat penunggang wanita bagi merebut gelaran juara pada Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) FEI di sini.

Jurulatihnya, Pio Olascoaga Silveira berkata, selain penunggang nombor dua dunia Olascoaga Amaya, yang juga diiktiraf sebagai penunggang kuda lasak terbaik dunia, Uruguay juga menyandarkan harapannya pada Juan Cruz Caceres Aranda dan penunggang wanita Adriana Basso Mac Gregor, Isadora Machkinnon serta dua adik beradik, Flavia Maria Fernandez Danvilla dan Sofia Maria Fernandez Danvilla.

"Kesemua penunggang wanita ini amat teruja kerana dapat menyertai kejohanan ini. Mereka cukup bersedia untuk bersaing bersama 142 penunggang dari 32 negara," katanya selepas latihan di Pantai Merang di sini, semalam.

Pio berkata, pasukannya menetapkan sasaran untuk muncul sebagai juara kategori berpasukan walaupun menyedari saingan sengit yang bakal mereka hadapi daripada juara bertahan Perancis, di samping Portugal, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

"Sebenarnya, pasukan kami tidak gentar menghadapi saingan daripada pasukan lain. Kami hanya risau mengenai cuaca panas dan kering di sini yang mungkin menjejaskan prestasi penunggang dan kuda mereka," katanya.

Flavia Maria Fernandez Danvilla, 24, dan adiknya, Sofia Maria Fernandez Danvilla, 22, berkata, mereka tidak berapa biasa menunggang pada waktu malam, sedangkan enam daripada tujuh pusingan dalam kejohanan ini akan bermula pada pukul 5 pagi.

"Di Uruguay, kami jarang menunggang pada waktu malam. Bagaimanapun, bagi memenuhi syarat kejohanan ini, kami telah berlatih beberapa kali pada waktu malam," kata Flavia yang akan menunggang kuda bernama Count Spot.

Kejohanan ini memerlukan peserta menunggang kuda sejauh 160 kilometer di Trek Lasak Antarabangsa Terengganu Lembah Bidong yang melibatkan laluan di kawasan pantai, hutan, kampung, ladang, jalan raya dan sungai.

- Bernama

*************************************************************************************

ha - dari uruguay, france, bahrain semua pun ada... --
best kalau dapat tengok kan.. 160km bukan dekat2 ni

kalau pernah tengok cerita Hidalgo - lumba kuda kat padang pasir tu -
best cerita dia.. -- yang berlakon lord of the rings tu - ada -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 06:57 AM | Show all posts
WEC 2008 dirasmi penuh meriah


TUANKU Mizan sedang memukul rebana bagi menandakan perasmian WEC2008


PENUH warna warni.
Demikian suasana upacara perasmian Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) FEI XII yang dibuka secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Terengganu malam tadi.

Lebih menarik majlis perasmian kejohanan berprestij yang buat pertama kali diadakan di Terengganu dan Malaysia itu padat dengan gimik pertunjukan dan kesenian.

Turut menyaksikan upacara bersejarah itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan ahli-ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu (MPPR).

Majlis perasmian berkenaan dibuka dengan persembahan tarian kebudayaan bertajuk Selamat Datang dan pukulan pelbagai drum kebudayaan negara ini oleh Simfoni Drum Malaysia.


KONTINJEN kuda lasak negara segak berbaju melayu pada
upacara perasmian di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak semalam.



Ia diikuti pertunjukan cahaya serta bunyi menggunakan sistem lampu canggih dan persembahan kuda akrobatik oleh Lorenzo, The Flying Frenchman dari Perancis. Turut mengadakan persembahan ialah penyanyi terkenal negara, Jamal Abdillah, Ella, Mawi, M. Nasir, Haziq AF4, Kogee, Ameng Spring, Mila AF5, Kelvin Lau.

Tetamu turut dipersembahkan dengan pertunjukan bunga api selama 10 minit.

Serentak dengan perasmian tersebut maka bermulalah saingan antara 133 penunggang dari 32 buah negara dalam merebut kejuaraan kejohanan lasak paling berprestij itu yang menawarkan hadiah wang tunai AS$100,000 (RM354,589) bagi pemenang kategori individu, AS$80,000 (RM283,671) bagi kategori berpasukan serta AS$20,000 (RM70,917) untuk kuda terbaik.

Cabaran skuad negara yang terdiri daripada 12 penunggang itu diketuai Tuanku Mizan.

Kejohanan yang akan bermula hari ini hingga 9 Novermber itu akan berlangsung di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong.

Turut hadir dalam majlis perasmian semalam ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaacob dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Lebih 50,000 penonton membanjiri stadium untuk menyaksikan upacara kemuncak itu.


*******************************************************************************************

semalam tengok live kat TV best betul...
hadiah untuk WEC ni banyak... sebab ramai sponsor
especially bila agong yang involve


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 05:57 AM | Show all posts
Kuda negara layak bertanding
Oleh HISHAM IDRIS


KREW teknikal Malaysia, Laura Axsentieff bersama kuda Tuanku Mizan,
Pascha Larzae ketika sesi ujian kesihatan semalam.


SEMUA 12 ekor kuda yang bakal digunakan penunggang negara bagi membawa cabaran pada Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) 2008 telah lulus pemeriksaan veterinar yang dilakukan awal pagi semalam.

Kelulusan tersebut melayakkan penunggang negara menyertai perlumbaan sejauh 160 kilometer di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu hari ini.

Pengurus pasukan negara, Mohd. Apandi Mohamad berkata, dengan keputusan itu juga semua penunggang negara yang diketuai Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin layak menyertai perlumbaan yang akan bermula kira-kira pukul 5 petang hari ini.

"Namun begitu, Tuanku Mizan memutuskan untuk menunggang seekor kuda baka Arab bernama Pascha Larzae dan bukannya kuda Seri Paduka yang dipilih sebelum ini, Taljari Moonlight Pharaoh."

Selain Tuanku Mizan, anggota pasukan Malaysia adalah Datuk Kamaruddin Abdul Ghani (Navidad), Datuk Shuaib Ishak (Blue Bronco), Abdul Halim Alihan (Brokleigh Kentara), Norlaily Bunyamin (Bremervale Jessie James), Mohd Faizal Ismail (Edenfels Zephyr), Zainuddin Yusuf (Texas), Mohd Azizie Ismail (Janor Fee), Rosdam Mohd Noor (Janor Mamatembo), Datuk Abdullah Taib (Kerbalanea Armora) dan Che Ahmed Yusri Muhamad (Pern Three).

Selain Malaysia, semua 133 penunggang dan kuda mereka menjalani pemeriksaan ketat veterinar yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Veterinar Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) yang dianggotai 16 ahli, diketuai oleh presidennya, Dr Frans Arts dari Rusia.

Turut hadir melakukan pemeriksaan veterinar adalah Putera Mahkota Shaikh Hamdan Mohammed Rashid Al-Maktoum yang mengetuai pasukan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Selepas melakukan pemeriksaan veterinar, 126 penunggang dan kuda masing-masing layak untuk bertanding.

Dua penunggang digugurkan daripada bertanding kerana kuda mereka tidak cergas manakala lima penunggang gagal menghadiri pemeriksaan veterinar itu.

Sementara itu, impian juara dunia 2004, Itali memberi cabaran pada kejohanan kali ini musnah apabila penunggang kedua pasukan itu diketepikan selepas pemeriksaan wajib veterinar.

Pasukan Itali yang menjulang gelaran juara di Dubai pada tahun 2004 pada awalnya kehilangan penunggang pertama, Cinzia Lachelli yang gagal mengemukakan kudanya, Missouri, dan semalam, kuda Simona Di Battista, Lara, diketepikan oleh pakar veterinar kerana kecederaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2008 06:51 PM | Show all posts

07 November, 2008

Datuk Kamaruddin Abdul Ghani Lepasi Peringkat Pertama

SETIU, 7 Nov (Bernama) -- Penunggang Malaysia Datuk Kamaruddin Abdul Ghani berjaya melepasi loop atau peringkat pertama Kejohanan Kuda Lasak Dunia (FEI WEC) di Trek Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu di Lembah Bidong, Setiu di sini hari ini.


Penuggang nombor dua dunia Pio Juan Miguel Olasoaga Amaya dari Uruguay terkeluar daripada pertandingan.

Kamaruddin, bekas penunggang nombor satu dunia pada 2001, menduduki tempat ke-51 daripada 127 penunggang.

Beliau yang menunggang kuda Navidad berjaya ke loop kedua sejauh 27km, termasuk 11 penunggang Malaysia yang lain.

Penunggang tersebut ialah Mohd Shuaib Ishak (tempat ke-53), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (57), Mohd Faizal Ismail (59), Rosdam Mohd Noor (61), Zainuddin Yusof (68), Abdul Hamid Alihan (69), Muhammad Che Ahmad Yusri (70), Datuk Abdullah Taib (80), Md. Azizie Ismail (88), Muhammad Firdaus Hamid (93) dan Norlialy Buniyamin (97).

Kedudukan tangga teratas diungguli oleh penungang dari Sepanyol, Maria Mercedez Alvarez Ponton, diekori penunggang Emiriah Arab Bersatu, Shaikh Hamdan Mohd Al Maktoum dan penunggang Qatar, Abdulla Towain Al Marri.

Namun Amaya, pilihan pertama menduduki tangga keempat selepas kudanya Ar Valve gagal pemeriksaan veterinar pada loop pertama.

Seramai 12 penunggang lain juga terkeluar daripada pertandingan, menjadikan hanya 113 penunggang yang akan mara ke loop kedua.

Kejohanan FEI WEC sejauh 160km diadakan sebanyak tujuh loop yang dijangka tamat kira-kira 8 pagi esok.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah melepaskan para peserta pada 5.30 petang.

-- BERNAMA


**********************************************************************

masa kat news tadi - dengar  kuda  sultan mizan  disqualified  
(cedera or something -) so sultan terkeluar dari contender -

peserta dari spain menang individual  kalau tak silap
UAE - menang pasukan -


[ Last edited by  dexa at 8-11-2008 08:30 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.070529 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list