CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Sejarah Shah Iran dan Pemerintahannya -

[Copy link]
Post time 27-4-2010 01:03 PM | Show all posts
Kejap ya Anne. I upload gambar yg first tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 01:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by fatinandreanna at 27-4-2010 13:46

Shah Iran Mohammad Reza Pahlavi ( ketika itu Crown Prince) mengahwini HRH Princess Fawzia dari Mesir di Kaherah pada 16 March 1939. Ketika perkahwinan ini Crown Prince Mohammad Reza berumur 20 tahun.

  
HRH Princess Fawzia bt Fuad lahir pada 5 november 1921 di Alexandria adalah anak perempuan sulung Raja Fuad 1 & Ratu Nazli dari Mesir.

Adik beradik seibubapa dengan Princess Fawzia adalah
1) Prince Farouk 1 ( 1920 -  1960) yg kemudiannya menjadi King Farouk 1.
2) Princess Faiza (1923 - 1924)
3) Princess Faika ( 1926-1983)
4) Princess Fathiya ( 1930-1976)

Princess Fawzia juga mempunyai seorang kakak dan abang dari perkahwinan terdahulu ayanhandanya dengan sepupunya Princess Shivakiar Khanum Effendy iaitu:

1) Prince Ismail Fuad ( 1896-1896) Meninggal ketika bayi.
2) Princess Fawkia ( 1897-1974)
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 02:20 PM | Show all posts
Princess Fawzia pada lahirnya being sytled as HSH atau  Her Sultanic Highness sebelum di naikkan menjadi HRH apabila ayahandanya
Sultan Fuad 1 dinaikkan gelaran menjadi Raja Fuad 1 oleh British pada 1923.

   


Kejelitaan Princess Fawzia amat menakjubkan dan dikatakan sebagai antara wanita tercantik di dunia.

Jurugambar tekenal Sir Cecil Beaton yg mengabdikan Princess Fawzia dalam potert ini pernah mengatakan
If ever Botticelli were reincarnated and wished to paint an Asian Venus or primavera [Spring], here is his subject. He would delight in the Queen’s features contained in a perfect heart-shaped face: strangely pale but piercing blue eyes; crimson coloured lips curling like wrought iron volutes; and the way the dark chestnut hair grows beautifully from the forehead.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 02:23 PM | Show all posts
Excerpt dari William Shawcross, The Shah’s Last Ride: The Fate of an Ally,       (Simon & Schuster 1988) tentang Princess Fawzia

Her slim, elegant figure was shown off to advantage by the latest in sophisticated French fashion, and her cosmopolitan attitude was mixed with a keen sense of fun and a passion for living. Yet, paradoxically, she could also be extremely reserved. Those attributes, when combined with her air of regal aloofness, made her an irresistible challenge to men.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 02:47 PM | Show all posts
Reply  anne83

Tapi kan Anne, agama HIM Shahbanu ni menimbulkan persoalan baru pulak bagi saya. S ...
fatinandreanna Post at 27-4-2010 10:54


Shah Iran ialah seorang Sekular...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 02:59 PM | Show all posts
Ayahanda Prince Mohammad Reza Pahlavi iaitu Shah Reza Pahlavi mencari calon yg sesuai bagi  anak kesayangannya dan mempertimbangkan Princess Fawzia kerana ia akan memperkukuhkan lagi kedudukan kerajaan Pahlavi dan kekuatan Iran di rantau ini. Serta kecantikannya yg legendary.

Fawzia merupakan adik kesayangan abangnya King Farouk 1 dari Negara Mesir yg ketika itu teramat mewah dan kekuatannya di timur tengah hanya dapat ditandingi oleh Iran atau Parsi. King Farouk 1, pula kontra dari pandangan orang ramai mengimpikan kembalinya zaman Khalifah dengan baginda sebagai khalifah pertama.

Princess Fawzia yg merupakan seorang penggemar sukan musim salji tersua buat pertama kali dgn Crown Prince Mohammad Reza pada satupercutian di Switzerland pada 1937 dan ternyata menyukai Prince Reza.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2010 03:13 PM | Show all posts
Pada 1938, Shah Reza mengumumkan pertunangan Crown Prince Mohammad Reza & Princess Fawzia. Mengikut undang2 Parsi, setiap pewaris takhta mesti mengahwini gadis Parsi. Bagi mengatasi masalah ini; Shah Reza Pahlavi telah meminta Parlimen Parsi/Iran untuk mengisytiharkan bahawa Princess Fawzia adalah warga Parsi. Jadi anak mereka dianggap mempunyai darah parsi tulen.



Potret rasmi pertunangan antara HIH Crown Prince Mohammad Reza Pahlavi & HRH Princess Fawzia.

Ketika ini Princess Fawzia berumur 17 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 04:49 PM | Show all posts
Majlis perkahwinan Crown Prince Mohamad Reza & Princess Fawzia berlangsung pada 16 Mac 1939 di Istana Abdeen, Kaherah. Selepas kepulangan dari berbulan madu majlis ini juga diadakan di Tehran 11 mac 1939.



Rakyat Mesir menyambut kedatangan Shahpur untuk perkahwinan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 04:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 04:56 PM | Show all posts
  
Ketika santapan perkahwinan diraja.

dari kiri, Princess Fawzia, CP Mohamad Reza & King Farouk1
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 04:59 PM | Show all posts


Pengantin Diraja

Dari kiri, Queen Farida, King Farok1, Princess Fawzia, CP Mohamad Reza Shah & Queen Mother Nazli.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 05:02 PM | Show all posts


Potret Rasmi Perkahwinan Diraja CP Mohamad Reza & Princess Fawzia

Bersama kerabat diraja Mesir.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 05:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by fatinandreanna at 27-4-2010 17:19

Video perkahwinan mereka.


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 05:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by fatinandreanna at 27-4-2010 17:18

Video penyani terkenal Mesir, Umi Kalthoom menyanyi di majlis perkahwinan CP Mohamad Reza & Princess Fawzia

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:18 AM | Show all posts
wah.... tengs fatinandreanna... sgt byk pic dr u.... u minat ke royal family of iran ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 05:24 AM | Show all posts
wah.... tengs fatinandreanna... sgt byk pic dr u.... u minat ke royal family of iran ni?
anne83 Post at 28-4-2010 09:18


I suka Princess Soraya.

Sejarah dia buat saya banyak berfikir. Macam zorostrian tu jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 05:51 AM | Show all posts
Sesiapa yg nak berminat tentang the Last Shah Jahan Mohammad Reza patut baca buku THE RISE AND FALL OF PAHLAVI DYNASTY, memoir of former General Hussein Fardust. Buku ini juga boleh didapati dalam english translation oleh Ali Kabar Dareini.

General Hussein adalah anak kepada seorang Brigadier general ketika zaman pemerintahan Shah Reza. Merupakan salah seorang pelajar yg dipilih oleh Crown Prince Mohammad Reza Shah sendiri untuk belajar bersamanya di kelas khas di Istana & Le Roy Institute di Switzerland. Kita dapat mengikuti pandangan bekas general ini tentang sistem beraja Iran & kehidupan keluarga dirajanya.

Sedikit except dari buku ini boleh dibaca di link di bawah ini.
Disclaimer Segala pendapat di buku ini adalah dari penulis buku ini sendiri yg diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

http://books.google.com.my/books?id=SJZ_xgqCOMQC&printsec=frontcover&dq=The+rise+and+fall+of+the+Pahlavi+dynasty:+memoirs+of+former+general+Hussein&source=bl&ots=wfCUbpkW4e&sig=6MS3Cnj0_PuvUr89eoxtNDl2Vhw&hl=en&ei=7_HdS4ifJMmprAfS59nIBw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CBgQ6AEwAA#v=onepage&q&f=false
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 06:01 AM | Show all posts
Untuk memberikan general idea tentang isi kandunagn buku ini saya senararikan 8 chapter yg terdapat di buku THE RISE AND FALL OF PAHLAVI DYNASTY, memoir of former General Hussein Fardust.

1. From my entry into court to the fall of Reza Shah.
2. Early years of Mohammad Reza's reign.
3. The Shah and The Royal Court.
4. Pahlavi Regime, the west's espionage bastion.
5. Secret agencies during Pahlavi's.
6. Internal securityduring Pahlavi's.
7. Pahlavi's regime, superpowers and middle east.
8. Revolution & fall of dynasty.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 06:48 AM | Show all posts
Bila memperkatakan tentang kedudukan agama islam di iran, ada kontroversi yg  besar berlaku pada melibatkan kerabat dirajanya.

Yang menjadi topik kontrovesi adalah Princess Shams, kekanda sulung Shah terakhir; Shah Mohammad Reza menukar status agamanya sebagai penganut Islam kepada penganut Kristian Katholik. Suaminya keduanya, Mehrdad Pahlbod dan dua anaknya ( 2 orang jika menurut wikipedia)  turut mengikut jejak langkahnya kemudian.

Peristiwa ini dijadikan antara modal oleh pihak Ayatollah dalam kempennya untuk memburukkan imej Shah sekeluarga.

Princess Shams &  
Mehrdad Pahlbod


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 06:57 AM | Show all posts
HIH Princess Shams juga ada mendirikan private chapel di istana nya di Mehrshahr. Selain itu HIH dan suaminya kadangkala membuat lawatan (atau mungkin juga pilgrimage) ke Vatican City & berjumpa dengan His Holiness The Pope.



Princess Shams & Mehrdad Pahlbod ( dua & tiga dari kiri ) ketika di Vatican City.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.098375 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list