CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3261|Reply: 1

sulaman artifak antik

[Copy link]
Post time 12-6-2008 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Penyulam artifak antik
Memerlukan ketelitian luar biasa, hanya penyulam terbaik mampu memulihkan artifak sulaman yang berusia ratusan tahun. Chang Mei-Yun dari Taiwan mampu melakukannya.


CHANG di sisi salah satu artifak yang mendapat sentuhan tangannya untuk dipulihkan.

MENYULAM mungkin kelihatan seperti hobi yang sudah lapuk. Tetapi Chang Mei-Yun, pakar seni sulaman dari Taiwan berkata, permintaan terhadapnya kian berkembang. Chang diiktiraf sebagai salah seorang penyulam terbaik dunia.

Dalam usahanya untuk menjadi pakar sulaman seperti hari ini, Chang telah mengelilingi dunia untuk mempelajari jahitan dari segenap segi dan cara. Dia telah mempelajari 1,587 teknik jahitan untuk tujuan itu.

Dedikasinya telah membuahkan hasil apabila dia telah diiktiraf ke tahap elit sebagai penyulam tangan pakar, yang mampu membaik pulih artifak sulaman antik.

"Saya, kadangkala hanya bergantung kepada pembelajaran lisan daripada mulut untuk mempelajari sesuatu teknik khusus," kata Chang yang merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sulaman di Tainan University of Technology di selatan Taiwan.

Langsing dan bercermin mata, Chang berkata, dia pernah bermusafir hampir sepanjang hari untuk sampai ke sebuah biara Turki terpencil dan tidak lagi menerima kehadiran pelancong selama tiga dekad demi, mempelajari corak jahitan tradisional.

Chang yang kini berusia 56 tahun telah mula mempelajari kraf jahitan sejak remaja dan kemudian mengembangkan bakatnya di Jepun. Dia merupakan satu-satunyawarga Taiwan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa budaya Jepun untuk memulihara artifak sulaman.

Pengalaman di Jepun telah membawanya menyertai sebuah projek di Soviet Union, di mana dia telah bermastautin di sana selama sembilan tahun. Ia bertujuan membantu memelihara artifak sulaman empayar silam di Kremlin meskipun dalam kekurangan pertukaran hubungan diplomatik, sivil dan hal ehwal pelancongan.

"Orang Rusia sangat menghormati dan memelihara barangan seni. Mereka mengalu-alukan bantuan daripada sesiapa sahaja yang mahu berkongsi idea dengan mereka," kata Chang.

"Saya amat bernasib baik kerana dapat menyaksikan artifak-artifak sulaman dari Empayar Rom Timur dan mempelajari bagaimana untuk membaik pulihnya," tambahnya.

Pelanggan Chang kini termasuklah muzium tempatan dan asing serta pengumpul-pengumpul persendirian. Dia juga dipelawa oleh National Museum of American History di Washington, Amerika Syarikat (AS) untuk membaiki kain rentang Star Spangled yang berusia hampir 200 tahun.

Chang turut menolak untuk mendedahkan lanjut mengenai pelanggan-pelanggannya yang disifatkan sulit, meski dia ada memberitahu rancangan untuk melawat AS dan Itali untuk kajian.

Chang nampak akan potensi yang baik dalam pembaikan hasil kerja sulaman berikutan kesedaran dalam pemuliharaan budaya dan sejarah yang kian meningkat.

Di Taiwan, sebagai contoh, kira-kira 20,000 bahan sulaman antik yang tersimpan di muzium kini sedang dibaikpulih sementara pengumpul persendirian telah membeli artifak sulaman vintaj dari Eropah yang bernilai jutaan dolar AS, kata Chang.

Revolusi Budaya China pada 1960-an turut meninggalkan artifak sulaman yang rosak dalam amaun yang besar, katanya.
Dilancarkan oleh ketua komunis Mao Zedong, revolusi budaya memperlihatkan berjuta-juta 'pengawal merah' memusnahkan objek-objek yang bersimbolkan feudalisme termasuklah kerja seni dan peralatan agama.

Pusat sulaman di Tainan University yang diketuai Chang telah diasaskan pada tahun 2000 dan kini mempunyai 145 pelajar. Menurutnya permohonan memasuki pusat itu kian memberangsangkan seiring itu dengan seni kraf yang semakin popular.



KOS untuk membaik pulih artifak antik mencecah jutaan dolar.

Kos untuk membaik pulih sulaman antik boleh mencecah berjuta-juta dolar Taiwan bergantung kepada sejauhmana kerosakannya, kata Chang.

"Membaik pulih sulaman antik merupakan kerja halus dan teliti kerana kita perlu memperbaikinya tetapi dalam masa yang sama mengekalkan rupa antiknya," katanya.

Chang berkata, dia memperoleh ketenangan minda menerusi sulaman semasa bergelut dengan penyakit kanser tiroid hampir sedekad yang lalu.

"Menyulam membantu saya menemui ketenangan dalaman dan kepercayaan apabila doktor telah berputus harap terhadap saya," ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 11:11 PM | Show all posts
Just amazing tapi tak kalah juga sulaman tradisional yang dibuat oleh makcik-makcik Melayu kat Kuala Kangsar, Perak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.069153 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list