CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: naden

TERRITORIAL DISPUTES : Mungkinkah Malaysia Makin Mengecil?

[Copy link]
Post time 13-1-2009 09:29 AM | Show all posts
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 09/08/2008

Johor akan bertindak jika Singapura perluas kawasan di Pulau Pisang

JOHOR BAHARU 9 Ogos — Kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya jika Singapura didapati telah meluaskan kawasan sekitar rumah apinya di Pulau Pisang di sini, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman hari ini. Katanya, kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan berlaku perluasan kawasan melebihi dari apa yang ditandakan kepada republik itu di bawah indentur (kontrak) antara Sultan Johor dengan kerajaan Negeri-negeri Selat pada 1900. “Indentur itu memperuntukkan kawasan tertentu bagi rumah api itu iaitu lebih seekar, satu rod. Jalan menuju ke rumah api itu ialah kira-kira satu ekar sementara jeti ialah 17 pol,” kata beliau. Tanpa menyebut jenis tindakan yang akan diambil, Ghani berkata jika dakwaan itu (mengenai Singapura memasang pagar di luar kawasan ditanda) benar, maka Singapura telah melanggar indentur itu.

Ghani bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo Perusahaan Kecil dan Sederhana Johor 2008 di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 09:30 AM | Show all posts
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 10/08/2008

Singapura tidak berhak perluas kawasan rumah api

JOHOR BAHRU 9 Ogos - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan Singapura tidak berhak memperluaskan kawasan rumah api di Pulau Pisang kerana ia menyalahi perjanjian pada tahun 1900 yang dimeterai antara Sultan Johor dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat.Beliau berkata, berdasarkan perjanjian berkenaan, kawasan yang diberikan untuk membina rumah api itu hanya seluas 0.45 hektar atau satu ekar sahaja.

Menurutnya, perjanjian yang bertarikh 6 Oktober 1900 itu juga memberi kawasan untuk jalan ke rumah api dan jeti.

Sehubungan itu, jelas Abdul Ghani, kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya Singapura didapati menjalankan kerja-kerja memperluaskan rumah api yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura itu.

"Ada peruntukan kita boleh mengambil alih rumah api itu sekiranya pihak berkenaan berhenti menggunakan atau gagal menyenggara dan tidak menjaganya dengan baik seperti yang tercatat di dalam perjanjian itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ekspo Usahawan Negeri Johor 2008 di Plaza Angsana di sini hari ini.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberitahu pegawai Malaysia dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura diarahkan menyiasat laporan kononnya Singapura menjalankan kerja-kerja pembesaran kawasan rumah api Pulau Pisang di perairan Pontian, Johor.

Menurut Abdul Ghani, kedaulatan Pulau Pisang tidak boleh dipertikaikan oleh mana- mana pihak.

Jelas beliau, pulau berkenaan yang terletak kira-kira sembilan batu nautika dari Pontian telah diwartakan dalam Pejabat Daerah Pontian sejak tahun 1985 dan dalam pentadbiran Majlis Daerah Pontian pada 9 Mei lalu.

Tambahnya, pulau itu juga menempatkan sebanyak 87 dusun milik penduduk tempatan, 15 rumah tradisi Melayu, 200 tapak perkuburan Islam dan sebuah bekas tapak masjid.

"Kalau ada cadangan untuk mengambil alih (rumah api Pulau Pisang), kita serahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk langkah susulan," katanya.

Mengenai cadangan Rais agar kerajaan negeri mewujudkan satu pelan induk pembangunan Pulau Pisang, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan menentukan cadangan pembangunan yang terbaik untuk pulau itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:32 AM | Show all posts
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 11/08/2008

Siasat dakwaan Singapura perluas kawasan rumah api



PONTIAN 10 Ogos - Dakwaan kononnya Singapura memperluaskan kawasan rumah api di Pulau Pisang perlu disiasat secara serius memandangkan perkara tersebut berkaitan dengan kedaulatan negara dan negeri Johor.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, kawasan yang diperuntukkan bagi pengurusan rumah api berkenaan hanya seluas 0.45 hektar dan tidak sewajarnya berlaku perluasan kawasan itu oleh pihak Singapura.

"Saya minta perkara ini disiasat kerana ada penduduk yang mendakwa kawasan dusun milik mereka menjadi sebahagian kawasan yang berada dalam pagar rumah api berkenaan.

"Menerusi siasatan Jawatankuasa Teknikal Malaysia-Singapura, saya harap perkara ini dapat diperjelaskan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan Singapura tidak berhak memperluaskan kawasan rumah api di Pulau Pisang kerana ia menyalahi perjanjian pada tahun 1900 yang dimeterai antara Sultan Johor dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat.

Sebelum itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberitahu, pegawai Malaysia dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura diarahkan menyiasat laporan kononnya Singapura menjalankan kerja-kerja pembesaran rumah api Pulau Pisang di perairan Pontian, Johor.

Ahmad berkata, pengambilalihan pengurusan rumah api daripada Singapura kepada Malaysia sememangnya amat dialu-alukan memandangkan kedudukan infrastruktur berkenaan di tanah milik negeri Johor.

"Perkara ini sewajarnya diselesaikan secara berasingan dan ia tidak perlu dikaitkan dengan isu-isu bertindih yang lain antara Malaysia dengan Singapura," katanya.

Menurut beliau, pembangunan di pulau tersebut juga sewajarnya dilaksanakan menerusi perancangan kerajaan negeri Johor kerana manfaatnya adalah kepada penduduk setempat.

Tinjauan Utusan Malaysia ke pulau berkenaan mendapati kawasan rumah api yang diuruskan Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura itu memiliki dua lapisan pagar di sekelilingnya.

Infrastruktur yang terletak pada ketinggian 773 meter dari paras laut itu juga dilengkapi dengan papan tanda hak milik persendirian serta amaran dilarang masuk oleh pihak Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:32 AM | Show all posts
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 12/08/2008

Pembesaran kawasan rumah api P. Pisang sejak 80-an

PONTIAN 11 Ogos - Singapura dipercayai telah melakukan kerja-kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang, yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim (MPA), bermula sejak awal tahun 1980-an lagi, menurut waris-waris pemilik kebun buah-buahan di pulau itu.

Seorang waris terbabit, Zaiful Ismail, 39, berkata, usaha republik berkenaan turut meliputi kerja-kerja membesarkan jeti persendirian miliknya dan laluan daripada jeti ke rumah api terbabit.

"Singapura telah melakukan kerja-kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang itu sejak 1980-an lagi, tetapi pihak berkuasa negara ini tidak menyedarinya, mungkin kerana isu rumah api Pulau Pisang tidak sehangat pada ketika itu, berbanding masa ini."

"Apa yang pasti, Singapura telah bertindak membesarkan kawasan rumah api, laluan serta jeti di Pulau Pisang itu. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada saiz ketiga-tiga struktur tersebut ketika ini," katanya, hari ini.

Zaiful berkata, menurut perjanjian di antara Almarhum Sultan Ibrahim dan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir James Alexander Sweethenham pada 6 Oktober 1900, kawasan keluasan rumah api yang dipersetujui adalah satu ekar, satu rod dan 18 poles.

Keluasan laluan daripada jeti ke rumah api pula ditetapkan pada satu ekar dan lima poles, manakala keluasan jeti pula adalah 17 poles, menurutnya.

"Bagaimanapun kini kawasan rumah api di puncak pulau itu semakin besar apabila Singapura membina pagar kedua, kira-kira 100 meter daripada pagar lama.

Laluan pejalan kaki dari jeti ke rumah api turut dibesarkan supaya jentera berat boleh menggunakannya," katanya.

Laluan ke rumah api itu sebelum ini, katanya hanya dilengkapi dengan tangga pejalan kaki tetapi kini diganti dengan laluan yang lebih besar bertujuan memudahkan traktor untuk mengangkut pelbagai barangan.

Singapura, katanya turut membina sebuah stor simpanan di jeti, yang tidak termasuk di dalam Perjanjian 1900 yang ditandatangani.

"Tindakan Singapura membesarkan kawasan rumah dan pelbagai kemudahan lain itu jelas bercanggah dengan perkara di dalam Perjanjian 1900. Kita perlu menangani perkara ini sebelum ia terlambat," kata Zaiful.

Pulau Pisang yang terletak kira-kira 8km daripada Pontian menempatkan sebuah rumah api yang ditadbir oleh Singapura.

Seorang lagi waris pemilik kebun di pulau terbabit, Abdul Razak Malutak, 66, berkata kawasan rumah api yang ditadbir republik itu turut mempunyai kemudahan bagi pendaratan helikopter.

"Pada tahun-tahun 80-an, penduduk kadangkala melihat helikopter Singapura di kawasan rumah api terbabit sedang menghantar barangan-barangan berat untuk kegunaan rumah api itu," katanya.

Berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague yang memberikan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura, beliau meminta kerajaan Malaysia supaya berhati-hati dengan sebarang tindakan yang dilakukan oleh republik di Pulau Pisang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:34 AM | Show all posts
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 28/07/2008

Jangan tolak ansur isu baru dengan Singapura

SINGAPURA menuntut kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Putih, yang didakwa konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982, di mana republik itu adalah salah satu pihak yang menandatangani konvensyen berkenaan.

Adakah perlu kita bertolak ansur lagi dengan isu baru yang ditimbul Singapura, sedangkan banyak isu yang masih tertangguh?

Malaysia sudah berkorban hingga kedaulatan Pulau Batu Putih terlepas daripada tangan kerana terlampau lama membiarkan pulau itu 'dijaga' oleh Singapura.

Dalam kes tuntutan meluaskan kawasan perairan wilayah dan EEZ di Batu Putih, ia dilihat sudah mencabar kesabaran kita.

Oleh itu Kerajaan Malaysia jangan terperangkap dengan taktik Singapura yang mahu mengalih pandangan dan fokus kita untuk mencari dokumen dan bukti-bukti baru yang boleh mengembalikan hak negara terhadap Batu Putih.

Kita harus cepat 'menghidu' agenda dan matlamat di sebalik tuntutan Singapura itu.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Putih dan Malaysia bagi Batuan Tengah, manakala Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan mana terumbu itu terletak.

Kita bimbang, kedaulatan Tubir Selatan pula akan menjadi milik negara itu jika Singapura dibenarkan menguasai perairan sekitar Batu Putih.

Oleh itu Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus bertegas bahawa Malaysia tidak akan bertolak-ansur dalam isu ini.

Jangan menguji kesabaran negara kita dengan mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat hubungan dua hala.

Kita hairan sebelum ini kerajaan Singapura tidak pernah timbulkan isu EEZ, kenapa setelah mendapat hak ke atas Batu Putih, tuntutan baru ini ditimbulkan pula.

Oleh sebab tuntutan itu berlandaskan politik semata-mata, maka kerajaan jangan beri ruang kepada Singapura mengambil kesempatan.

Sebaliknya, kita minta Singapura jangan mudah lupa tugas Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura yang diwujudkan sebelum ICJ membuat keputusan berhubung kedudukan Batu Putih pada 23 Mei lalu.

Tindakan Singapura itu bukan sahaja melanggar persetujuan, malah turut memperkecilkan tugas jawatankuasa teknikal bersama yang dibentuk antara kedua-dua negara.

Sekali lagi, Malaysia perlu membuat bantahan kuat kepada langkah Singapura itu.

Ingatkan mereka bahawa bukan mudah untuk Singapura menuntut perairan yang sekian lama kedaulatannya adalah milik Malaysia.

Sebelum perkara ini menjadi satu lagi duri dalam daging hubungan kedua-dua negara yang berjiran, ada baiknya Kerajaan Malaysia dan Singapura sama-sama mengarahkan jawatankuasa teknikal bersama berbincang bagi menyelesaikan masalah berhubung tuntutan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:35 AM | Show all posts
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 29/07/2008

Ambil langkah pertahankan tanah air

BEBERAPA hari lalu, Menteri Luar Thailand, Nappadon Pattana terpaksa meletak jawatan setelah mahkamah perlembagaan negara tersebut memutuskan beliau telah melanggar Perlembagaan. Puncanya kerana Nappadon menyokong candi Preah Vihear diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Menurut mahkamah perlembagaan, Napadon hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Parlimen sebelum membuat keputusan menyokong cadangan tersebut.

Apa yang menjadi masalah ialah candi Preah Vihear iaitu candi agama Hindu berusia lebih 800 tahun dan terletak di sempadan Thailand dengan Kemboja. Kedua-dua negara mendakwa candi tersebut terletak di dalam wilayah masing-masing.

Masalah nampaknya tidak selesai, meskipun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tahun 1962 memutuskan bahawa candi tersebut berada di wilayah Kemboja. Selepas 46 tahun, jelas rakyat Thai masih belum dapat menerima keputusan ICJ tersebut.

Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah ke Asia Tenggara, peperangan sering meletus antara Thailand dengan negara-negara jiran seperti Myanmar, Laos dan Kemboja. Setiap kali berlaku peperangan, ia juga melibatkan peralihan sempadan antara negara-negara terlibat.

Sempadan yang wujud hari ini ditentukan oleh penjajah Barat berdasarkan kepada kepentingan mereka. Masalah mula timbul selepas negara-negara ini mencapai kemerdekaan.

Walau apa pun, masalah candi Preah Vihear dengan jelas membuktikan bahawa keputusan ICJ tidak dapat menyelesaikan masalah. Terdapat beberapa negara di dunia yang enggan menerima keputusan ICJ khususnya di Afrika.

Semangat nasionalisme rakyat Thai nampaknya lebih tebal dibandingkan dengan orang Melayu yang dengan mudah menerima keputusan ICJ ke atas Pulau Batu Putih.

Meskipun isu hak milik Preah Vihear telah diselesaikan 46 tahun lalu tetapi kepada orang Thai ia masih belum selesai, sebaliknya baru bermula.

Bagaimanapun bagi orang Malaysia khususnya para penulis dengan senang hati menggantikan perkataan Batu Putih dengan 'Pedra Blanca.'

Pulau Batu Putih hanya satu babak daripada puluhan kalau pun tidak ratusan babak yang belum selesai. Ratusan pulau-pulau kecil serta terumbu masih belum ditentukan hak milik atau Malaysia masih belum mengambil langkah-langkah untuk menjadikannya hak milik kita.

Malahan Filipina masih belum menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah secara sah. Paling akhir, Nur Misuari pemimpin Barisan Pembebasn Kebangsaan Moro (MNLF) mengancam untuk membawa kes Sabah ke ICJ.

Malahan individu-individu yang mendakwa sebagai Sultan Sulu juga membuat tuntutan yang sama. Kesultanan Sulu sebenarnya tidak wujud lagi. Ia dihapuskan ketika Filipina di bawah pemerintahan Amerika Syarikat (AS).

Ada antara individu-individu ini menggunakan istilah kesultanah Sulu sebagai 'Sultanate of Sulu and North Borneo.' Sebenarnya di zaman kegemilangan Kesultanan Sulu dulu kerajaan negara tersebut hanya dikenali sebagai 'Sultanate of Sulu.'

Perkataan Borneo Utara ditambah oleh indivivu-individu ini semata-mata untuk memperkukuhkan tuntutan mereka ke atas Sabah.

Dalam hal ini penulis agak pelik bagaimana individu-individu yang mendakwa sebagai Sultan Sulu melantik rakyat Malaysia sebagai wakil di Malaysia.

Apakah status wakil-wakil ini? Begitu juga dengan gelaran 'Datuk' yang dikeluarkan oleh individu-individu ini.

Segala usaha hendaklah dilakukan bagi mendaulatkan setiap pulau, terumbu dan batu-batu di bawah hak Malaysia.

Penubuhan satu badan bagi mengendalikan isu ini amatlah dialu-alukan. Badan ini hendaklah dianggotai oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang.

Agak ironi juga. Di institusi-institusi pengajian tinggi kini terdapat pelbagai pusat pengajian termasuk pusat ASEAN, Eropah dan sebagainya. Sayangnya ketika kita terlalu sibuk mengkaji tentang negara orang lain, tanpa disedari Malaysia kehilangan wilayahnya sendiri.

Penulis pernah terbaca kenyataan mengenai perbelanjaan besar yang terpaksa dikeluarkan bagi mendapatkan kembali segala dokumen kepunyaan Malaysia di luar negara. Persoalannya mana satu lebih penting; wang atau tanah air sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2009 10:42 AM | Show all posts
Fuuh banyaknya nak baca ... tapi sure berbaloi kalau dapat baca semua ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 08:43 PM | Show all posts

Reply #27 stormyrain's post

kalau ada kelapangan, boleh la baca

pelan2 kayuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2009 08:45 PM | Show all posts

isu yg mungkin tak ramai orang yg tahu..

Brunei secara rasmi gugur tuntutan wilayah ke atas Limbang: PM
Berita Harian, 16 mac 2009

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei hari ini secara rasmi menggugurkan tuntutan wilayah ke atas Limbang.

Demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang media di Kedutaan Malaysia di sini.

Terdahulu di Istana Darul Iman, Abdullah dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, menandatangani Surat Pertukaran bagi penyelesaian isu sempadan Malaysia-Brunei yang sudah lama berlarutan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 08:46 PM | Show all posts
Isu sempadan, Malaysia dan Brunei meterai surat pertukaran
Berita Harian, 16 mac 2009



BANDAR SERI BEGAWAN: Malaysia dan Brunei menandatangani surat pertukaran sebagai penyelesaian kepada isu persempadanan kedua-dua negara.

Malaysia diwakili Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi, manakala Brunei oleh Sultan Hassanal Bolkiah dalam majlis bersejarah di Istana Nurul Iman pada jam 12.05 tengah hari ini.

Pertukaran surat antara kedua-dua negara itu bukan sahaja mengakhiri isu tuntutan bertindih kawasan sempadan dengan Sarawak tetapi juga kawasan perairan kedua negara yang sudah lama berlarutan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 12:59 PM | Show all posts
Tuntutan Ke Atas Pulau Spratly Diselesai Secara Bijaksana - Zahid Hamidi
Sabtu Jun 18, 2011 MYT 4:31:00 PM



TANAH MERAH: Malaysia tetap berpendirian bahawa menyelesaikan segala masalah dengan menggunakan kekuatan ketenteraan perlu dielakkan kerana banyak lagi cara untuk menyelesaikan tuntutan beberapa negara di Kepulauan Spratly.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia telah memberikan beberapa cadangan untuk mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku seperti mengadakan pertemuan dua hala, pemantauan bersama serta dialog pelbagai hala bagi mencari kata sepakat antara negara terbabit.

"Malaysia tertakluk kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982 iaitu perlu berada di sekitar 200 batu nautika dan apa pun kita tetap meletakkan anggota tentera laut kita untuk mengawasi.

"Kekuatan ketenteraan perlu dielakkan oleh semua pihak sebaliknya kita menyarankan agar digunakan diplomasi ketenteraan kerana ini adalah lebih baik," katanya yang juga Naib Presiden Umno kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanah Merah di sini, Sabtu.

Suasana tegang kembali mewarnai isu tuntutan di Spratly apabila China bertindak menggerakkan kapal peronda terbesar dalam angkatan tentera lautnya di Laut China Selatan sejak beberapa hari lalu bagi mengawasi perairan itu.

Ia berikutan pergeseran antara negara kuasa besar Asia itu dengan Filipina.

Selain Filipina dan China, beberapa gugusan Kepulauan Spratly turut dituntut oleh Malaysia, Vietnam dan Brunei dengan Malaysia sendiri membina kubu pertahanan di tiga kawasan iaitu Terumbu Layang-Layang, Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Ahmad Zahid berkata semua negara yang menuntut juga disarankan agar tidak mengadakan latihan ketenteraan di kawasan kepulauan itu yang dilihat cuba membuat provokasi kekuatan ketenteraan mereka.

"Kita perlu menghindarkan berlakunya kekuatan ketenteraan negara-negara ini dan mesyuarat UNCLOS yang baru perlu diadakan sama ada pada tahun ini atau tahun hadapan," katanya. -BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 12:35 AM | Show all posts
selesai secara bijak apa, china yg jauh2 tu pun bleh klaim
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.098648 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list