View: 8147|Reply: 214
|
Ezam bersumpah akan halang Anwar jadi PM
[Copy link]
|
|
"Saya tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam" - Ezam
Oleh Mohamad Mukhreez
Jumaat, 20 Jun 2008
KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana 'prinsip seorang Muslim".
Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk 'all-out' bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri 'atas sebab-sebab tertentu'.
"Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya," kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.
Dalam ceramah bertajuk 'Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa' itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.
Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.
Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.
"Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun," kata Ezam.
Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.
Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.
"Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan," katanya.
Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.
www.klpos.com
lama tak dengar cerita ezam lepas fack lah naikkan harga minyak, terus tenggelam cerita dia
sumpah sana sumpah sini...sumpah keramat pun dah masuk bakul sampah
obvious sangat dia yg akan lawan anwar kalo anwar bertanding mana2 by election nanti
yg pelik tu, dia nak marah2 orang fitnah dia, setau aku anwar & geng2 pkr lain tak sebut pape pun pasal dia, siap wish good luck lagi..adakah dia jadik mangsa fitnah ahli umno sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
he shud be watch out what he says.. jgn makan diri kemudian hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
anwar kecut teloq na.... mesti pi jmpa ejen2 yahudi utk slamatkan kdudukannye hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ezam ni ampu lebih... :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Memang Anwar shouldnt be PM kalau PR becomes federal government
Yang patut jadi PM adalah Lim Kit Siang atau PAS leader. PKR parti yang junior |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 20-6-2008 18:31
"Saya tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam" - Ezam
Oleh Mohamad Mukhreez
Jumaat, 20 Jun 2008
KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama A ...
loya tekak aku......... dlm islam takde pung disebutnya bangsa melayu dan sebagainya........... |
|
|
|
|
|
|
|
ALaaaaa....sumpah je mamat ni jadi katak...sekurang-kurangnya boleh beri perkhidmatan panggil hujan weeiiii tgh musim panas nehh |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan," katanya.
tak sabar nak tunggu ezam aibkan anwar.. |
|
|
|
|
|
|
|
senang saja...cakap laa apa kesalahan anuar.....ni tak cakap..apa laa macam mana orang nak faham....berterus terang ler........nak cakap cakap biar terang....ni manam cakap dalam selimut.....:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok dlm ceramah, Ezam ni memang jenis kuat bersumpah.
sebab tu sekarang dia dah jadi mcm sumpah-sumpah. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 snowflakes\ catat
mamat ni memang bang......sat weiiiiii. Muka pun dah tak de nuurr |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 tobby\ catat
hahahaha.....atau sumpit-sumpit |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aidit13 at 20-6-2008 06:45 PM
ALaaaaa....sumpah je mamat ni jadi katak...sekurang-kurangnya boleh beri perkhidmatan panggil hujan weeiiii tgh musim panas nehh
ezam sesumpah. sumpah keramat, sekarang dia buat sumpah baru utk jaga pak lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|