CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3213|Reply: 8

Taufan Fengshen : Update - Serang China dan HK -

[Copy link]
Post time 22-6-2008 02:40 AM | Show all posts |Read mode
Taufan Fengshen, 17 orang terbunuh


Penduduk berlari meredah hujan dan air banjir di bandar Iloilo
di tengah Filipina apabila Taufan Fengshen membadai kawasan
itu semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 03:08 AM | Show all posts
takutnyer.... sekarang nie musim taufan plak ke.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 09:18 AM | Show all posts

add info -

17 maut, 8 hilang banjir kilat di Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya 17 maut dan lapan lain hilang dalam banjir kilat dan tanah runtuh akibat Taufan Fengshen yang melanda kawasan selatan Filipina, awal semalam.


Seramai 10 orang mati lemas selepas air Sungai Rifao melimpah dan menghanyutkan tiga rumah di sebuah perkampungan di bandar Upi Selatan di wilayah Maguindanao, kata pentadbir kawasan itu, Norie Unas. Lima lain dilaporkan hilang di kawasan berkenaan.

Sekurang-kurangnya 40 lain terperangkap di sebuah pulau, kata anggota majlis, Justina Betita. Beliau sudah membuat rayuan kepada tentera menghantar pasukan penyelamat, tetapi tiada sebarang reaksi pasukan itu setakat ini.

Di bandar Cotabato yang berhampiran, seorang lelaki tua berusia 50 tahun dan cucunya berumur 10 tahun, maut selepas tanah runtuh menenggelamkan kawasan perumahan itu, kata Datuk Bandar, Muslimin Sema.

Pihak berkuasa berkata air banjir sehingga ke paras leher memaksa 200 keluarga di Sultan Kudarat di wilayah Shariff Kabunsuan, berpindah.

Datuk Bandar Ernesto Concepcion berkata tiga orang hilang dalam kejadian banjir kilat di bandar Alamada, juga di wilayah Cotabato.

Taufan berkenaan membawa angin selaju 140 kilometer sejam dan mencecah 170 kilometer sejam selepas ia turun di Pulau Samar, di timur laut Manila, lewat kelmarin.

Dalam masa beberapa hari ini, ia mungkin menuju ke selatan China yang sudah menyaksikan berpuluh-puluh orang mati dan ribuan lain hilang tempat tinggal akibat banjir.

Pelancong di Boracay, pusat peranginan terkemuka Filipina, terpaksa berlindung berikutan angin kencang dan hujan lebat.

Pelancong lazimnya suka berjemur di pantai atau menyelam di kawasan perairan indah berkenaan.

Semua penerbangan dibatalkan.

揝emua orang hanya mampu berehat di dalam bilik dan kawasan hotel lain,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 10:40 PM | Show all posts
Jumlah korban Taufan Fengshen meningkat kepada 155 orang
22/06/2008

ILOILO 22 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 07:06 AM | Show all posts
Taufan landa Filipina


SEORANG penduduk mengharungi banjir di Manila semalam.


ILOILO - Sekurang-kurangnya 229 orang disahkan meninggal dunia dan enam lagi hilang selepas taufan Fengshen melanda tengah dan selatan Filipina, kata Pertubuhan Palang Merah dan pegawai-pegawai pertahanan semalam.

Jumlah kematian itu tidak melibatkan kira-kira 700 orang yang mungkin terbunuh atau hilang apabila sebuah feri karam di tengah negara berkenaan.

Setakat ini empat orang sudah disahkan meninggal dunia manakala empat lagi mangsa terselamat dalam insiden feri karam di luar perairan Sibuyan ketika ombak bergelora berlaku kelmarin.

Menurut seorang pentadbir wilayah, Manuel Mejorada, banjir di Iloilo berlaku dengan pantas dengan menyebabkan kebanyakan penduduk terpaksa menyelamatkan diri dengan berada di atas bumbung dan dahan pokok.

Lebih 35,000 keluarga terpaksa dipindahkan dari rumah mereka berikutan banjir dan risiko tanah runtuh akibat taufan itu yang kelajuannya mampu mencecah 120 kilometer sejam.

Banjir itu kemudian semakin surut semalam tetapi bekalan elektrik masih terputus.

Setakat ini tidak ada laporan mengenai kematian di Manila tetapi Jabatan Pendidikan membatalkan semua kelas pembelajaran pada hari ini. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2008 10:07 PM | Show all posts
Fengshen landa China, Hong Kong
25/06/2008

BEIJING 25 Jun
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2008 06:59 AM | Show all posts
Fengshen badai selatan China pula

BEIJING 25 Jun - Ribut Tropika Fengshen hari ini membadai selatan China, mengakibatkan hujan lebat, menumbangkan pokok dan menyebabkan sekolah, pasar dan perniagaan di Hong Kong terpaksa ditutup.


Perancah buluh dan pokok-pokok tumbang berhampiran lebuh raya yang lengang di Hong Kong dengan pelabuhan Victoria dilanda ombak besar.

Bagaimanapun setakat ini tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pasar-pasar telah ditutup apabila angin kencang sehingga 186 kilometer mula membadai kawasan berhampiran dan kembali dibuka pada pukul 6.30 petang apabila ribut tropika ini menuju ke tanah besar China.

Fengshen yang kategori kekuatannya diturunkan pada minggu ini daripada taufan kepada ribut tropika, telah membadai tengah Filipina pada Sabtu lalu.

Ia menyebabkan banjir kilat dan gangguan tenaga elektrik serta lebih 800 orang dikhuatiri lemas dalam kejadian feri karam berdekatan Pulau Sibuyan, tengah Filipina.

Fengshen yang bermaksud 'Tuhan Angin' dalam bahasa Cina menyebabkan hujan lebat di timur Hong Kong dan wilayah Guangdong yang merupakan hab perindustrian China.

Agensi berita rasmi Xinhua yang memetik pegawai meteorologi melaporkan, ribut tropika ini dijangka menyebabkan hujan lebat di wilayah Fujian, Guangxi, Jiangxi dan Hunan,

Hujan sebanyak 200 milimeter dijangka di bandar Shenzhen yang bersempadan dengan Hong Kong, esok.

Pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong pula menyatakan, semua penerbangan telah ditangguhkan.

Xinhua melaporkan, lebih 13,000 bot dan kapal telah berlabuh sebelum ketibaan ribut.

Taufan sering membadai China, Taiwan, Filipina dan Jepun pada musim panas selepas mengumpul kekuatan dari air laut panas sebelum menjadi lemah semasa menuju ke daratan.

- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 05:59 PM | Show all posts

Penyelam hanya jumpai mayat bawah perut feri

Penyelam hanya jumpai mayat bawah perut feri


TIADA TERSELAMAT: Penyelamat menemui mayat terapung berhampiran feri di perairan pulau Sibuyan, semalam.

Laut bergelora akibat Taufan Fengshen burukkan lagi keadaan

MANILA: Pasukan penyelam semalam berjaya memasuki feri yang karam dilanda taufan Sabtu lalu, tetapi hanya menemui mayat mangsa dalam kapal membawa lebih 800 orang itu.

"Kebanyakan mayat mangsa terapung di dalam perut feri. Mereka terperangkap apabila kapal tujuh tingkat itu tiba-tiba terbalik dan karam," kata seorang jurucakap tentera laut Filipina, Leftenan Kolonel Edgard Arevalo kepada radio dzBB.

Beliau tidak membuat sebarang spekulasi sekiranya ada mangsa yang masih terselamat dan menyatakan keadaan dalam kapal terlalu gelap untuk mengenal pasti jumlah mayat di dalamnya, tetapi membayangkan kemungkinan tiada terselamat dalam bencana itu. Lampu turut digunakan untuk menerangkan kawasan terbabit.

Arevalo berkata, sukar bagi kebanyakan penumpang untuk hidup, manakala keadaan laut yang bergelora akibat Taufan Fengshen menyebabkan mereka yang selamat sukar berenang ke tepi laut dan kemungkinan ramai di antaranya lemas.

Beliau berkata, kebanyakan mayat juga memakai jaket keselamatan dan kemungkinan kebanyakan penumpang teragak-agak untuk terjun ke laut berikutan kejadian berlaku secara tiba-tiba.

"(Dengan jaket keselamatan) anda boleh terselamat selama beberapa jam, tetapi pada masa sama udara diperlukan," katanya.

"Antara mayat yang ditemui termasuk seorang pegawai kapal terbabit yang masih memegang radio," kata pengawal pantai, Luis Tuason.

"Pada masa ini, hanya satu tempat dimasuki dan keseluruhan kapal belum lagi diterokai," kata Tuason sambil menambah dua mayat turut ditemui.

"Sukar untuk membuka semua bahagian kerana kami juga perlu memikirkan keselamatan penyelam. Sekiranya ada yang terselamat ia mungkin hanya ditemui di bahagian depan."

Ketua pengawal pantai, Laksamana Wilfredo Tamayo, berkata sejumlah 20 pengawal pantai dan penyelam tentera laut berada di tempat kejadian dan kapal tentera laut Amerika Syarikat, Stockham tiba bersama pasukan penyelam dan helikopter mencari dan menyelamat.

Katanya penyelam terpaksa memecahkan tingkap dan menggunakan setiap ruang yang ditemui untuk memasuki feri Princess of Stars yang tenggelam di perairan Pulau Sibuyan. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2008 05:26 PM | Show all posts
saya baru pulang dari filipina, alhamdulillah tiada benda buruk berlaku semasa taufan melanda... cuma ketika bertolak ke pekan Bongao dari Pulau Simunul, memang berlaku ombak besar (itupun tinggal tempias taufan) terdetik dihati pada saat itu, bot yang dinaiki seakan karam .. teringat kata pengemudi bit bahawa, sebesar manapun ombak sekiranya enjin masih bergerak, insyaallah kapal tidak akan karam. Tapi masa tu tuhan saja yang tahu, betapa kecutnya hati..  saya masih teringat ketika melihat kepada  Kapal MV Princess  Of Star besarnya 2x ganda dari kapal yang kami naiki iaitu MV Donika Joy dari Sandakan ke Zamboanga.. masa kami tiba di Zamboanga kami sempat menegur kapal besar tersebut.... Condelences to the family involved.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.169734 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list