CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thoyol

[HOT SPOT]Rumah/Kawasan Berhantu

  [Copy link]
 Author| Post time 17-7-2008 02:06 PM | Show all posts
all : oit!! sori-sori.. aku baru balik site meeting nie. 2 hari berturut plak tue.
yelah-yelah, arinie aku update tapi petang skitlah. Haha..

Sabar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2008 02:36 PM | Show all posts

Reply #177 WeAiNe's post

no hal la...
tgh lapang2...
hehe...
pe lg nie cite bru nie?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 02:40 PM | Show all posts

Reply #200 penpink's post

err..aku tak terbabit dalam story mory ni..tunggu thoyol ptg nnt..

dia gi curik duit kat bank negara tu..sibuk sket..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 02:50 PM | Show all posts

Bukit Petaling (belakang Istana Negara)

Thoyol,

Have you ever tried checking out the houses belakang Istana Negara?  Area Bukit Petaling, old colonial houses jaman2 Tok Kadok British.  I have personal experience of growing up in one of them -- 605, Jalan Bukit Petaling... keras as all get out, okehh.  Banyak cerita of that place. Wrote about it in my blog but nanti akak bukak citer kat sini.

Rumah tu kepunyaan kerajaan... colonial British bungalow, siap ngan kuarters for servants and supir.  Tanah besar, dekat 2 ekar.  Ayah akak dulu kerja gomen, so dapatlah duduk rumah tu.  Akak duduk rumah tu from the time I was 3 sampai umur 13 tahun.  Kitaorang tinggal 6 beranak (parents and akak 4 beradik) and a whole procession of sedara-mara ayah akak dari kampung yang datang ke KL to work/study.  Yalah, banyak space kan.. servants quarters yang bersambung dengan main house tu aje macam rumah teres , belum lagi rumah untuk supir yang separate dari the main house.  Main house sendiri besar, 2 tingkat tapi 5 bilik aje.  Bilik2 dia besar2 la, style2 omputeh dulu.  Tiap2 bilik ada balcony kat luar, so since bilik besor, panjang and luas jugaklah the balcony.

Kitaorang tidur sebilik masa kecik2 dulu. Sebab bilik dia memang besar macam sesetengah apartment sekarang ni pun.  Adik2 akak kalau memalam, selalu lompat into my bed suruh baca ayat2 yang patut sebab derang cakap kat balcony tu ada pompuan rambut panjang pakai putih berulang alik.  Katil2 kitaorang dahlah berderet depan tingkap mengadap balcony tu. Sampai ke pagilah they all tidur berimpit2 ngan akak. Kadang2 ada benda rambut afro (mengikut kata adik akaklah) muka hazab bertenggek kat belebas depan katil. Padahal belebas tu kecikkkk aje, adalah 2 inci lebar.  Arwah nenek akak pun ada report sighting 'funk soul brotha' rambut Afro tu kat bilik dia, tapi time tu dia macam Spiderman dok bertenggek kat ceiling. (Hah lantaakk...)  Tangga nak turun ke tingkat bawah tu macam ada 'landing' kat tengah2. Kat 'landing' tu ada tingkap, kira2 20 kaki dari aras tanah la.  Adik2 akak selalu menangis2 takut sebab kata nampak ada pompuan rambut panjang muka buruk dok pegang grill kat tingkap tu menyeringai kat diaorang, especially time2 senja/malam.

Tiap2 malam memang ada konsert Il Divo la kat umah tu. Anjing menyalak and howling macam dalam citer antu Hollywood tu. Rumah tu tak berpagar, pokok2 tinggi surrounds the whole perimeter.  Dari main Jalan Bukit Petaling ada driveway agak panjang leading to the main house (memang style rumah omputeh dedolu la), sebab tu tak payah berpagar bagai. Anjing liar datang memalam, and always menyalak2 ke arah rumpun pokok buluh in one corner of the grounds.  Maids dulu selalu citer boleh nampak anjing2 tu ikut pompuan berbaju putih, rambut panjang mengurai, tak berkaki yang memang selalu tuju pokok2 buluh tu. Macam2 benda la yang orang lain nampak dalam rumah tu, yang tak nampak cuma akak dengan ayah akak.  (Ada citer gak pasal tu tapi itu lain kali ajelah stori-mori) Mak akak selalu kalau bangun pagi ada kesan cakar kat belakang dia, atau lebam2 kat badan. Orang kata kena 'gigit pelesit'. Akak bukannya nak percaya benda2 macam ni.  All I know is that there are Djinn/Syaitan... Maybe mainifestations dia lain.  For every ONE of us, there are 99 of them.. that's what my late grandmother told me... so tak mustahillah kalau kekadang tu we ... 'bump into each other'. Gitewww.

Pendek kata (pendek ka.. sket punya panjang posting niih! ) kat rumah tu macam Astro la... macam2 ada.  Yang buruk ada, yang baik pun ada.  Kalau orang lain ada bau yang busuk2, akak selalu terbau yang wangi2, macam bau bunga melor.  Bau kemenyan tu memang sokmo.  Yang playful suka menyakat pun ada... dia suka baling2 barang keluar rumah (seperti barang2 crystal kesayangan mak akak), suka minum air kita (belum sempat minum satu sip, toleh je tempat lain cawan dah kosong), suka tolak2 meja kerusi, suka ketuk2 pintu and ikut belakang kita bila kita berjalan (kita berjalan setapak, dia ikut setapak.. kita berhenti, dia berhenti). Poltergeist kot.

I have reason to believe that I was 'protected' all those years that I lived there.  Ada sebabnyalah.  Itu pun ada story dia yang berkaitan dengan paranormal ni.  I remember one time, mulut akak celupar... akak cakap, "Mana ada antuu..!" Time tu adik2 akak la merengek2 suruh temankan tidur, time tu malam dah.. sorang2 baring atas katil masing2, lampu dah padam.  Sebaik saja ayat tu terpacul dari mulut, tetiba ada orang tampar mulut akak. Akak marahlah... ingatkan the maid yang temankan kitaorang yang buat macam tu. Tiba2 akak dengar suara maid tu kat ujung bilik sana, at least 10 metre jauh dari akak. Takkan dia Supergirl lak boleh gerak begitu cepat kalau DIA yang tampar akak tu.  Adalah 'orang' yang nak ingatkan akak tu... supaya jangan mulut celupar.

So yeah.. kalau nak gi checkout bolehlah gi sana.  Cuba try test lepas2 midnight.  Dulu2 kalau ada visitor/guest datang stay overnight... sohehhh pagi keesokannya sure cerita they all terima 'lawatan' during the night.  Kadang2 berbentuk gangguan, kekadang dia tanya2 aje siapa orang tu.  (Macam polis pencen lak!) Orang kata kat situ, when Jepun took over from the British, kat situ tempat derang bunuh prisoner. Allahuallam.  Adik akak yang memang ada 'Sixth Sense' ni (sampai skang ni dia boleh nampak mana2 dia pegi... ) kata pernah nampak lembaga tak berkepala kat tepi pokok ara on the grounds.  Thing is, the original house dah kena demolish. Gomen dah build a new single-storey house at the same spot.  But as stokin cakaplah... buat benda2 gini, be careful.. nanti kena ikut balik... pengsan.

Sebab it happened to me... coz empat tahun lepas akak moved from there, akak ada pergi balik that area untuk kursus Biro Tatanegara.  Aduhhh... terbukak lah 'lembaran' baru.  Lebih kurang macam cerita stokin gakla.  Perlu ker nak citer kat sini and menambah kepanjangan this post eh?

[ Last edited by  akakbosan at 17-7-2008 02:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 02:58 PM | Show all posts
sementara menunggu cik thoyol masuk, aku cerita pengalaman aku masa kat matriks penang tahun 2001.

lokasi kejadian : Aras 3 Blok C5..laluan ke toilet.
waktu kejadian: lebih kurang 2pagi
hari : hari jumaat malam nak merangkak ke sabtu.


kes kejadian;

biasala bebudak matrik  penang (KMPP)..lepas kul 12am je semua kena tutup lampu bilik..lampu koridor takdela plak orang nak tutup.kebetulan esoknya sabtu(cutila)..aku ngan 3 budak bilik gi la lepak kat bilik sebelah..main carom..tinggal la sorang roomates dok tdo..dia ni suka tido awai pastu bangun tahajud..

kat bilik sebelah waktu yang sama;
sambil dok main-main karom, kitorang borak-borakla pasai hantu..macam-macam la kejadian hantu yang diorang citer..aku dengar je la..kitorang main carom sampai kul 4pagi.pastu masing-masing ngantuk terus balik bilik nak tido.(aku ingat lagi beberapa citer hantu, nanti aku sambung bila cik thoyol tak masuk lagi)

kat bilik aku waktu yang sama;
roomate aku yang ni dok sorang-sorang dalam bilik tu bangunla dari tido.maklumlah..nak solat tahajud.masa member aku dok tepi katil dia, dia terpandang  'aku' tengah solat. dia nampak 'aku' tgh solat pakai jubah putih kat tepi katil aku...lepas 10minit dia bangunla n terus pergi amik wuduk..lepas dia amik wuduk dia solat la tahajud..lepas solat sunat n baca quran dalam 30minit pastu, dia nak sambung tido..masa nak tido dia tgk 'aku' tak tido-tido lagi..dok solat je..

keesokan harinya;
roomates aku pujila aku sbb solat tahajud semalam.dia tanya aku solat kul bape??tido kul bape?.dia cerita la in detail..aku dengar terus nganga..tapi dengan kool, aku bawa roomate aku tu gi jumpa bebudak bilik yang ada masa main carom.pastu kitorang bagitahula time tu, kitorang tak lepak bilik..terus saspen mamat tu..sapa yang dia nampak malam tu?? .malam tu aku cuak-cuak je nak tido.takut ada benda ke apa ke..ALHAMDULILLAH takde apa yang berlaku sampai aku abis blaja kat situ..

-citer benar-


aku rasa citer aku tak lari topik sbb masih berkisarkan bangunan berhantu..saje-saje je nak kongsi cerita..
pengalaman mendewasakan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:53 PM | Show all posts

Reply #204 akakbosan's post

menarik cite akak nie...
suke saye bace...
ape lg Thoyol...??
mcm angker sungguh tmpt nie..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2008 03:55 PM | Show all posts

Reply #205 kawasakininja's post

nape kan....
mase matriks...
blok c5 mesti terkenal dgn ke'angker'annye....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 04:14 PM | Show all posts
kau pun C5 gak ke..??

nasib baik bukan C4..kalau tak konfirm arwah dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2008 04:15 PM | Show all posts
akakbosan : Akak!!!!!!! CEPAT BG FULL ADDRESS. Saya memang nak pergi trip malam nie. Tolong bagi address tempat tue. Huhu.. Menarik...

all : amboi.. ramai betul peminat-peminat cerita seram ek. Hehe.. Nyesal lak aku janji. Sabar ek.. Haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2008 04:16 PM | Show all posts
akakbosan :eh, dah ada add rupanya.. sori. Uh, malam nie saya pergi. Hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2008 04:20 PM | Show all posts
akakbosan : tapi kalau rumah dah demolish, area2 tue masih angker ker?? accessible ker?? boleh masuk tak area tue??
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 04:20 PM | Show all posts
wei thoyol..malam ni malam jumaatla..

baca yassin lagi elok..gelojoh sangat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2008 04:29 PM | Show all posts
kawasaki : huhu.. aku pegi pun lepas baca yassin. Takkan cari hantu lepas maghrib kot? haha.. Actually memang dah plan nak pergi cari arini tapi tak decide nak pegi area mana lagi. So alang2 kalau dah org bgtau nie, mmg akan kena pegi carilah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 04:31 PM | Show all posts
akakbosan: citer superb giler, seolah saya meneroka sama......sambung ler....

ninja: baik ko ye, benda tu serupa ko solat...hehehhe, baguih baguih......
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 04:40 PM | Show all posts
akakbosan stay kat umah lama tu masa umo 3-13 tahun ?
then . u moved out 4 years back ?
so now akakbosan nie sweet 17 lah ek ?

anyway .. best story u
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 04:46 PM | Show all posts

Reply #213 thoyol's post

since tak la berapa jauh sgt .. area2 KL gitu ...
god speed .. esok leh share pengalaman ko .. ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2008 04:57 PM | Show all posts
thoyol: Tu haa.. 605, Jalan Bukit Petaling. Kalo dah sedia angkerrrr tu, angkerrrrr lah jugak walaupun rumah dah ganti baru weh.  My brothers and I ada gak pegi tinjau2 several years back (macam takde kerja lain) and pak guard kat situ memang kata still ada 'gangguan'.  Selalunya orang tak tahan nak dok kat situ, sebab 'panasz'. And to think kitaorang sampai 10 tahun kat situ. That's the thing.. accessibility may be limited coz it's hak kerajaan. Giteww.

nurchan, WeAiNe & ocho... tengkiuuu laaa baca citer berjela2 akak. BTW ocho.. maybe akak tak pandai olah ayat, "coz empat tahun lepas akak moved from there"... Maksud akak selepas 4 tahun pindah dari situ.. akak ni dah anak 3 wehhh.. ;) (tapi 17 at heart kot... kuiii) ;)


Nanti akak sambung citer 'kejadian' lepas habis kursus BTN tu ek...



[ Last edited by  akakbosan at 17-7-2008 04:59 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2008 04:58 PM | Show all posts
Oklah, seperti yang dinanti-nantikan. Seperti mana yang aku beritahu dulu, aku selalunya pergi dan siasat tempat yang kononnya berhantu kalau ada enough information yang menyakinkan. Contohnya macam cerita akakbosan. Awesome story. Insya Allah malam nie kitorg pergi survey ek.  Hehe..

As per told earlier, kitorg pernah buat trip ulang alik kat Jalan Ulu Yam- Kuala Kubu Bharu and kitorg buat trip tue pun berdasarkan satu cerita yang menyakinkan. Ceritanya terjadi pada keluarga rakan kitorang dan dia sendiri berada dalam cerita ini.

Jeng jeng jeng..

Pakcik A dan keluarganya sedang pulang dari Kuala Kubu Bharu, menuju ke Gombak. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Jalan sejuk dan berkabus tebal, maklumlah kawasan hutan bukit. Kereta yang lalu lalang pun sangat kurang. Sampai saja depan Sekolah Sains/MRSM KKB, pakcik A pun memberhentikan kereta untuk berehat dan melonggarkan urat.

10 minit kemudian, mereka pun bertolak semula. Sebaik saja mereka melepasi The Wood Resort, tiba tiba Pakcik A ternampak sebungkus lembaga berbalut putih terbaring di tepi jalan. Pakcik A terfikir, mungkin silauan kabus agaknya. Selang 10 meter lagi, dia ternampak lembaga putih di tepi jalan lagi, tapi kali ini berdiri pula. Isterinya pula menegur,揂bang, ape benda tue bang?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 05:10 PM | Show all posts
siot je..langgar side mirror tu..

aku rasa tu semua mangsa kemalangan..tak pun perkampungan bunian..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 05:11 PM | Show all posts
alang-alang kau nak gi tempat akak bosan malam ni...aku plan nak kacau kau.huhu..

aku nak tepon polis kata ada aktiviti sulit dalam umah tu..uhuh

idea jahat datang memantul-mantul..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 1.138566 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list