CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: vitruvian_man

>>>E S P A N A>>>

[Copy link]
Post time 13-7-2010 09:47 AM | Show all posts


heran lak aku.. tim world champion ni takde supporter ke... tak meriah langsung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 11:07 AM | Show all posts
heran lak aku.. tim world champion ni takde supporter ke... tak meriah langsung
Nesta13 Post at 13-7-2010 09:47


ye tak ye jugak
ingat kan dah meriah board ni
diorg tak balik dr madrid lg ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:53 AM | Show all posts
Reply 322# karipapayam


    tgah sibuk cari jersey kot... sebelum ni jersi kaler lain...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 09:33 AM | Show all posts
eh..bukan engleng ke mng welkap??






Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 01:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 12:59 PM | Show all posts
Rahsia Sepanyol juara
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my










SEPANYOL yang pernah dilabelkan sebagai pasukan underachiever di persada bola sepak antarabangsa melakar sejarah tersendiri dengan menjulang dua piala berprestij dalam tempoh dua tahun.
Pasukan yang mendapat jolokan La Roja telah membuktikan mereka setanding dengan pasukan hebat dunia apabila menjuarai Euro 2008 dan menjulang trofi Piala Dunia 2010 baru-baru ini.
Bagaimanapun, kejayaan pasukan Sepanyol tidak datang bergolek tetapi dengan semangat juang yang tinggi dan pendekatan gaya permainan Tiki Taka menjadi resipi generasi emas bola sepak La Roja.
Pendekatan gaya Tiki Taka cukup mengujakan penonton yang menyaksikan perlawanan pasukan Sepanyol dengan menekankan permainan pantas, kawalan dan berpuluh hantaran bola menarik sehingga pihak lawan keletihan disusuli serangan.


PARA pemain pasukan Sepanyol meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Belanda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 pada 11 Julai lalu di Stadium Soccer City, Afrika Selatan.





Permainan cantik itu terbukti berkesan apabila Sepanyol hanya tewas dua kali sahaja sejak November 2006 sekali gus menamatkan kemarau 44 tahun menjuarai piala berprestij dengan menewaskan pasukan Jerman untuk menjuarai Euro 2008 di bawah kendalian Luis Aragones.
Tiki Taka yang diperlihatkan dalam pasukan Sepanyol sebenarnya mempunyai pengaruh permainan Total Football yang cukup sinonim dengan Belanda.
Bahkan, permainan cantik yang ditonjolkan Sepanyol sudah lama menjadi asas kelab gergasi Barcelona apabila legenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff menjadi jurulatih pasukan tersebut pada tahun 1988.
Ini terbukti apabila sembilan pemain kebangsaan Sepanyol yang menjulang Piala Dunia 2010 merupakan produk akademi bola sepak remaja Barcelona, La Masia.
Mereka ialah Victor Valdes, Pepe Reina, Carles Puyol, Gerard Pique, Sergio Busquets, Xavier Hernandez, Andres Iniesta, Cesc Fabregas dan Pedro Rodriguez.
Kesinambungan permainan cantik gaya Tiki Taka kelab Barcelona diteruskan jurulatih Belanda Louis van Gaal dan Frank Rijkaard sehingga menjadi ikutan pasukan Liga Sepanyol yang lain.


PARA pemain Sepanyol disambut penuh meriah dalam satu perarakan di Madrid.





Bekas jurulatih Belanda yang berkhidmat di Barcelona juga tidak terkecuali mengenengahkan bakat-bakat muda dari akademi remaja La Masia ke dalam skuad senior sehingga memberi impak kepada pasukan kebangsaan Sepanyol.
Senarai bakat-bakat muda itu terlalu ramai tetapi ia termasuk pemain tengah Sepanyol, Busquests yang membuat penampilan sulung dalam Piala Dunia 2010.
"Anda perlu menyebut Van Gaal dan Cruyff yang tidak takut mengenengahkan pemain-pemain penting daripada sistem remaja.
"Rijkaard juga bertanggungjawab memperkenalkan formasi 4-3-3 untuk kelab Barcelona dan membantu perkembangan pasukan kebangsaan.
"Gaya permainan dan prinsip adalah sama dengan kelab dan Sepanyol. Pada pandangan saya ia adalah satu bonus kerana memudahkan persefahaman dan kerjasama apabila bermain bersama sepanjang musim," jelasnya.
Pengaruh Tiki Taka
Sementara itu, pertahanan Sepanyol, Carlos Marchena percaya pengaruh gaya permainan Tiki Taka pemain Barcelona memberi kelebihan kepada pasukannya pada perlawanan akhir Piala Dunia menentang Belanda.


KEJAYAAN pasukan bola sepak Sepanyol tidak datang tanpa semangat juang yang tinggi.





"Barcelona merupakan pasukan terbaik dunia. Mereka mengenali antara satu sama lain sehingga permainan menjadi sempurna dan menyeronokkan.
"Ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan Sepanyol mencapai kejayaan dalam Piala Dunia," kata bintang Valencia itu .
Dalam penampilan sulung perlawanan akhir Piala Dunia 2010 menentang Belanda, jaringan tunggal Iniesta pada minit ke-116 masa tambahan sudah memadai memastikan Sepanyol menjulang Piala Dunia.
Sepanyol juga melakar sejarah pasukan Eropah pertama memenangi Piala Dunia di luar benua Eropah.
Kejayaan pasukan kendalian, Vicente Del Bosque telah menerima sambutan wira sebaik pulang ke negara mereka dengan hampir sejuta orang memenuhi Madrid.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2010 01:01 AM | Show all posts
yay! heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:25 PM | Show all posts


im like...WTF???lmao...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2010 12:59 PM | Show all posts
tahniah lah spain
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 09:41 AM | Show all posts
Sepanyol benam Liechtenstein 4-0



PENYERANG Sepanyol, Fernando Torres, (kiri) melakukan rembatan sambil cuba di halang pemain Liechtenstein, Michael Stocklasa pada perlawanan kelayakan Euro 2012 di Vaduz, Liechtenstein, awal pagi tadi. Keputusan Sepanyol 4, Liechtenstein 0. - Foto AP


2010/09/04

VADUZ, Liechtenstein: Juara Piala Dunia, Sepanyol memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Eropah dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas Liechtenstein dalam perlawanan kelayakan Euro 2012 sebentar tadi.

Fernando Torres menjaringkan gol pada minit ke-18 dan ke-54 manakala David Villa pada minit ke-26 dan pemain gantian, David Silva pada minit ke-62.

Gol Villa yang ke-44 dalam penampilan ke-66 untuk Sepanyol itu menyamai rekod jaringan Raul Gonzalez yang dilakukan dalam 102 permainan.

Villa hampir memecah rekod itu apabila rembatannya dari jarak lima meter terkena palang gawang yang kosong pada minit terakhir. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 02:32 PM | Show all posts
David Villa becomes Spain’s all-time record scorer

GLASGOW, Scotland (AP)—David Villa became Spain’s all-time leading scorer Tuesday, again showing his worth to the world champions when he scored his 45th goal for the national team.

The Barcelona striker took sole possession of the Spanish record he had jointly held with former Real Madrid great Raul Gonzalez with a 44th-minute penalty and then helped set up Andres Iniesta for 2-0 shortly after halftime.

Scotland fought back to 2-2 but Spain eventually won the European Championship qualifier 3-2 with a late goal by substitute Fernando Llorente, giving Villa yet another victory to look back on.

“He has had a great career up until now and to be able to speak to him as a great striker like Raul is a great thing,” Spain coach Vicente Del Bosque said. “He was one of the keys to us winning the World Cup.

“But the team works hard to give him chances.”

Villa scored five goals to help Spain win this year’s World Cup in South Africa, two years after he scored a tournament-high four to lead Spain to its first title for 44 years at the 2008 European Championship.

But Villa had been mostly smothered by the home defense before scoring the opening goal in his 69th international.

With fullback Joan Capdevila and Iniesta taking turns to provide Spain with width on the left, Villa was playing centrally and Scotland’s five-man midfield dropped deep when not in possession to help deny him space.

But he ended his two-game scoreless streak for Spain after Whittaker blocked Sergio Ramos’ acrobatic shot.

The raucous home crowd jeered Villa as he ran up to take the shot but the joint leading scorer at this year’s World Cup was unfazed, stroking the ball low to goalkeeper Allan McGregor’s left.

His low pass in the area then game Santi Carzola a 55th-minute shot. That was blocked but Iniesta put in the rebound.

“He did his job well,” Del Bosque said. “He can flit in and out of a game but despite a few missed chances he did pretty well overall.”


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:28 AM | Show all posts
Fabregas kembali sarung jersi Sepanyol


Cesc Fabregas

--------------------------------------------------------------------------------



MADRID – Bintang tengah Barcelona, Cesc Fabregas akan kembali memperkuatkan pasukan Sepanyol bagi menghadapi dua perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa menentang England dan Costa Rica.

Bekas perancang utama Arsenal itu terlepas perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2012 bulan lalu kerana kecederaan, namun bakal kembali ke London buat kali pertama sejak berpindah dari England.

Fabregas mendapat tempat dalam skuad 23 pemain bimbingan Vicente del Bosque selepas menunjukkan aksi cemerlang bersama kelab barunya, Barcelona sepanjang musim ini.

Dia antara lapan pemain Barca yang disenaraikan untuk kedua-dua perlawanan tersebut, biarpun kedudukan Xavi Hernandez masih belum pasti selepas pemain tengah itu dikeluarkan daripada aksi terakhir La Liga, Sabtu lali akibat kecederaan.

Pemain itu mengalami masalah otot ketika membantu pasukannya seri 2-2 di Athletic Bilbao dan dikeluarkan pada awal permainan.

“Setakat yang saya tahu, tiada sesiapa yang cedera. Kami akan segera memanggil Xavi sekiranya ada sesuatu yang tidak kena. Kami mempunyai opsyen pemain yang mencukupi untuk mengatasi sebarang masalah kecederaan yang timbul,’’ kata Del Bosque.

Pemain sayap Sevilla, Jesus Navas akan mengisi kekosongan Pedro Rodriguez yang diketepikan akibat kecederaan manakala tonggak pertahanan Malaga, Ignacio Monreal juga akan kembali dalam pasukan.

Ketua pasukan Real Madrid, Iker Casillas bakal menjadi pemain paling banyak membuat penampilan bersama Sepanyol andai diturunkan dalam kedua-dua perlawanan. Casillas, salah satu daripada lima pemain Real yang dipanggil hanya dipisahkan satu perlawanan di belakang rekod yang dipegang bekas penjaga gol, Andoni Zubizarreta (126).

Diketepikan daripada pasukan adalah pemain tengah Barcelona, Thiago Alcantara untuk membolehkan dia beraksi dalam skuad bawah 21 tahun Sepanyol.

“Thiago adalah pemain yang mempunyai rating sangat tinggi dan saya sendiri telah bercakap secara peribadi dengannya, kami bersetuju bahawa dia lebih diperlukan untuk beraksi buat skuad bawah 21.

“Kami cukup meyakini kemampuannya, dia masih ada banyak peluang untuk mengisi tempat dalam pasukan senior pada masa akan datang,’’ ujar Del Bosque.

Juara dunia itu akan menentang England di Stadium Wembley, Sabtu ini sebelum menentang Costa Rica di San Jose, tiga hari kemudian.

“Kami hanya mempunyai tiga perlawanan sebelum menyenaraikan skuad untuk menghadapi Kejohanan Eropah, jadi kami kena ambil kesempatan penuh dalam perlawanan ini,’’ kata Del Bosque. – Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:28 AM | Show all posts
Skuad terkuat Sepanyol uji Three Lions

LONDON - England perlu memikirkan jalan untuk menyaingi Sepanyol apabila melayan kunjungan juara dunia itu di Wembley, Sabtu ini.

Ini kerana jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque telah menyenaraikan pasukan terkuat bagi pertembungan itu.

Barisan berkenaan termasuk empat bintang Liga Perdana Inggeris, Fernando Torres dan rakan sepasukan di Chelsea, Juan Mata serta David Silva dari Manchester City dan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina.

Bagaimanapun, rakan sepasukan Reina iaitu bek kiri, Jose Enrique tidak dipanggil biarpun beraksi cemerlang pada permulaan karier di Anfield.

Barcelona menyumbang tujuh pemainnya termasuk bekas tonggak Arsenal, Cesc Fabregas dan Andres Iniesta yang baru kembali dari kecederaan.

Pendahulu La Liga, Real Madrid pula mempunyai empat wakil yang kesemuanya merupakan pemenang Piala Dunia di Afrika Selatan tahun lalu.

Penyerang Sevilla, Alvaro Negredo tidak dapat dipilih kerana kecederaan otot paha, tetapi rakan sepasukan, Jesus Navas dan bek kiri Malaga, Nacho Monreal dipanggil semula.

Del Bosque berkata: "Mereka (Navas dan Monreal) disenarai kerana mereka pernah bersama kita sebelum ini dan juga bermain dengan bagus.

"Keperluan pemain di bahagian sayap, siapa lagi kalau bukan Monreal? Bagi Jesus, setiap kali dia bersama skuad kebangsaan, dia tidak pernah mengecewakan jadi sememangnya dia layak dipanggil semula." - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 05:36 PM | Show all posts
pasukan pujaan ramai England mustahil akan kalah dg Spain di tempat sendri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 10:01 PM | Show all posts
campione apakah ini?dgn tim mcm tu pon bole kalah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:27 AM | Show all posts
campione apakah ini?dgn tim mcm tu pon bole kalah
alesandra Post at 14-11-2011 22:01



    mereka hilang seseorg..messi magic man
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 04:08 PM | Show all posts
mereka hilang seseorg..messi magic man
cak! Post at 15-11-2011 11:27


agak2 England kalau takde Rooney(kepala angin) boleh menang EURO tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.078516 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list