CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70254|Reply: 229

SPONGE CAKE

[Copy link]
Post time 30-6-2008 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Aslkm semua

Maaf mod sy tak tau nak tulis kat mana, dah post kat thread aneka kek srg lbh tp post yg sy hantar tak kuar2...
Kenapa sy post reply tak nampak ye?
Anyway sy nak mintak tlg sgt kat pakar2 sini, semlm sy 1st time buat kek span gunakan tpg sponge mix beli kat bagus.
Tp tak menjadi, buat dua kali tp dua2 tak jadi jugak...
1st kek jadi bingka, lambat msk n keras...
2nd kek jadi serupa kek sarang lebah tu...berlubang2...
sy pakai telur 7 biji size A, tpg mix 500gm, butter cair n air...
loyang bulat 8X8, bkr suhu 180 , sy bkr sampai msk...
sedih sgtt...tension kek x jadi...
last2 sy buat sendri bancuhan kek vanila sponge ikut resepi yg chocmousse bagi, nasib jd pulak
tu sy musykil sgt tuhh...apa salah sy ye...
Maaf la kalau panjang sgt cerita sy ni...

[ Last edited by  nhuda at 4-7-2008 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2008 12:04 PM | Show all posts
hi tinaz,
saya dapati posting tinaz di thread kek sponge/sarang semut tu dah pun berjaya. Jadi saya rasa tak perlu saya merge dgn thread tersebut seperti yang saya nyatakan dalam PM. Makanya saya tutup sahaja thread ini dan tinaz boleh lah sambung posting di thread yg sedia ada seperti biasa.[thread kek sponge/sarang semut]
Harap maklum, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 12:14 PM | Show all posts

saya cuba jawab dan harap dapat menyelesaikan masalah tinaz ni...

caranya simple saja...
masukkan kesemua bahan KECUALI minyak

pukul sehingga betul-betul kembang dan kental
last skali baru masukkan minyak dan kacau dengan cara KAUP BALIK
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 12:48 PM | Show all posts
Akhir nya!!! Thread Sponge Cake diiktirafkan jugak!!! :pompom: :pompom:

tq mod huda. sian tinaz kene tolak sana sini heheh. ..jgn maree aa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 04:51 PM | Show all posts
kek sponge nih leh x klu kita nak wat jd cupcake...???
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 11:31 PM | Show all posts
hmm, nk tny gk..
ape beza chiffon n sponge cake?
adekah pada ingredients nya?
atau pada method mengadunnya?
atau teksturnya?
atau nama sahaja?
atau semua skali di atas. hehe.

mintak maaf ye kalo dh ade jwpn..
kalo salah, tolong tunjukkan..            
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2008 11:32 PM | Show all posts

Reply #5 chemox's post

kalo chiffon cupcake, wani penah dgr..
kalo spong cupcake.. xtaw la..

ape beza 2 kek ni ek?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2008 01:27 AM | Show all posts
kalau ikut recipe....... sponge using whole eggs (sekali pukul) , chiffon kita beat yolks and whites separately......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #8 chempaka_ku's post

oooo.. mcm tuuu..
jahil lg nii.. hihi

makasih kak chem
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 01:56 PM | Show all posts

Reply #5 chemox's post

boleh jer buat cupcake..ramai juga yg buat sponge cake letak dalm cwn kertas
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 07:24 PM | Show all posts
betul kata cupcakes..
td wani belek buku cupcakes kt mph, by noraini adnan.
mmg ada letak dlm cups..
basically, it's a cake. boh je dlm apa2 pn. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 11:20 AM | Show all posts
Saja nak meriahkan thread sponge cake ni...nie resepi yg pernah guna

--------------------------------------------------------------------------------------------

Chocolate Sponge Cake

guna utk buat tiramisu cake


Sponge Cake
Recipe from http://roylazim.fotopages.com/?entry=1151393

Ingredients :-
5 biji telor (big ones anggaran 85gm each)
190g tepong gandum (ayak)
190g gula kastor
40g minyak jagung

Cara :-
Pukul gula dan telor sampai kembang.
Fold in tepong dan minyak perlahan lahan (sedikit demi sedikit.
Part ni mesti hati2. Jangan over gaul. Nanti kek tak gebu.)
Tuang adunan into a 9" acuan yang telah di alas kertas minyak dan bakar immediately pada oven bersuhu 165deg selama 40 ~ 45 mins.
Bila dah masak, keluarkan dari oven and biar hingga betul2 sejuk sebelum decorate atau potong.
* Adunan kek tak mengunakan sebarang raising agent seperti baking powder ataupun ovelette. Kek tetap gebu ...because of the big eggs

* For chocolate sponge cake, larutkan 30g cocoa powder in minyak jagung. Tepong guna 165g, Gula kastor guna 200g. Cara sama seperti diatas.

---------------------------------------------------------------------------------------

Nie tahun lepas punya gambar .


Sponge Cake(loyang 18cm)
recipe taken from http://www.katch.ne.jp/~takeda/cake/tomodate.htm

3 biji telur
90g gula kastor
90g tepung gandum(diayak)
30g butter(dicairkan)

1. Letakkan bowl yang berisi telur di atas bekas yang berisi air suam(suhu lebih kurang 30 C). Putar dengan kelajuan tinggi sehingga betul-betul kembang.
2. Tambahkan gula sedikit demi sedikit dan terus putar sehingga adunan pekat dan kental.
3. Putar dengan kelajuan rendah selama 1 minit utk menghilangkan 'air bubble'.
4. Tambahkan tepung dan gaul dengan teknik kaup balik. Buat perlahan-lahan.
5. Tambahkan butter cair dan gaul dengan teknik kaup balik juga. Jangan terlebih gaul kerana akan menyebabkan kek tidak gebu.
6. Tuangkan ke dalam loyang yg sudah digris dan dialas kertas minyak.
7. Bakar dengan segera pada suhu 170 C selama 25 - 30 minit
8. Bila dah masak, biarkan kek beberapa minit dan terus keluarkan segera dari loyang.

--------------------------------------------------------------------------------------

Yang ni almond sponge cake yg digunakan utk buat Opera Cake


Almond Sponge Cake/Joconde:
http://homemades.blogspot.com/2007/03/opera-cake.html

25g almond meal( serbuk badam ),
100g caster sugar,
4 large eggs,
1 tsp vanilla flavouring,
100g plain flour, sifted

Preheat the oven to 200C. Prepare two 19cm round cake tins, grease and line with baking paper. Put together the eggs, sugar, and almond meal in the mixer bowl and beat until the mixture is light and thick which will leave a trail. Fold in the sifted flour and mix gently until well combined. Pour into the prepared tins, then bake for 6-8 minutes or until cooked. Remove the baking paper and cool on the wire rack.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 02:18 AM | Show all posts
Originally posted by syazwaniadnan at 5-7-2008 11:31 PM
hmm, nk tny gk..
ape beza chiffon n sponge cake?
adekah pada ingredients nya?
atau pada method mengadunnya?
atau teksturnya?
atau nama sahaja?
atau semua skali di atas. hehe.

mintak maa ...

meh nak ceta sket..

sponge cake nih nama am utk  kategori  foam cake
sifatnya ringan n berongga..
kandungan lelemak/minyak/clarified butter dlm kek sponge nih sgt sedikit atau takde langsung
the sponginess of the cake is heavily relied upon kandungan telur yg banyak dan dipukul  bersama gula samada secara sebijik2 atau berasingan sehingga kembang. then lightly folded into tepung [kadang2 bercampur leavening agent kadang tak]
air bubble dlm adunan nih akan berkembang bila kek dibakar.. n dats yg membuatkan kek tu jadik ringan n gebu.

chiffon lak adalah jenis kek sponge yg adunannya mengandungi sedikit minyak..biasanya kek chiffon nih tinggi
chiffon is normally baked in tube pan so that bhg tengah yg berlubang tu bila dibakar akan hold form kek chiffon dari 'turun'
bila nak bakar kek chiffon..jgn griskan bhgn dinding acuan..gris bwh jek

genoise ataupun buttersponge pun sedara kek sponge nih

sponge cake paling basic...kuih bahulu lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by syazwaniadnan at 6-7-2008 10:19 AM
oooo.. mcm tuuu..
jahil lg nii.. hihi

makasih kak chem


oops...... wrong info..... see ninoz's post.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 12-7-2008 02:18 AM

meh nak ceta sket..

sponge cake nih nama am utk  kategori  foam cake
sifatnya ringan n berongga..
kandungan lelemak/minyak/clarified butter dlm kek sponge nih sgt sedikit atau takde langsung
the sponginess of the cake is heavily relied upon kandungan telur ygbanyak dan dipukul  bersama gula samada secara sebijik2 atau berasingansehingga kembang. then lightly folded into tepung [kadang2 bercampur leavening agent kadang tak]
air bubble dlm adunan nih akan berkembang bila kek dibakar.. n dats yg membuatkan kek tu jadik ringan n gebu.

chiffon lak adalah jenis kek sponge yg adunannya mengandungi sedikit minyak..biasanya kek chiffon nih tinggi
chiffon is normally baked in tube pan so that bhg tengah yg berlubang tu bila dibakar akan hold form kek chiffon dari 'turun'
bila nak bakar kek chiffon..jgn griskan bhgn dinding acuan..gris bwh jek

genoise ataupun buttersponge pun sedara kek sponge nih

sponge cake paling basic...kuih bahulu lerrr


ooo..
gitu.. wani dh nampak bezanya kt mana..
tp nk tny la sis..
yg wani highlight tuu..
apoo ekkk?

mintak maaf, banyak cekadak lagii
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by syazwaniadnan at 12-7-2008 09:54 AM


ooo..
gitu.. wani dh nampak bezanya kt mana..
tp nk tny la sis..
yg wani highlight tuu..
apoo ekkk?

mintak maaf, banyak cekadak lagii

takpe..
leaven - something that modifies or lighten [bahan penaik, meringankan, mengembangkan uadara]]

baking soda, baking powder, yeast n lain lain yg sewaktu dgnnya termasuk lah dlm kategori nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2008 12:44 PM | Show all posts
hari rabu lepas saya ada cuba wat sponge cake resepi dari Alex Goh...
saya wat n bubuh dalam papercup...memang menjadi dan sedap n lembut...

cuma satu ju masalah saya...napa yer kek saya jadi lembab/basah pada bahagian atasnyer...?? masa baru2 kluar dari oven dia ok...kering jer...tp bila dh semalaman dia jadi lembab/basah...???

ker saya bakar kurang lama...??? sebab cake tu saya bakar dalam 15-20 minit jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 01:52 PM | Show all posts

Reply #17 chemox's post

err..kene air?
tak pun panas2 dah tutup.. so wap tersejat kat permukaan kek n resulted kebasahan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:12 PM | Show all posts
Ni Pandan Sponge Cake yang kita buat.  Main tala jer sebenarnya tapi sukatan air dan santan tu tak melebihi sepatutnya.  Sukatan standard kek span.



Kek Span Pandan


500g plain sponge mix
8 biji telur
50 ml santan dlm kotak
50 ml air
1 tsp pandan paste
100 ml minyak

Satukansponge mix, telur, santan dan air di dalam mangkuk pengadun. Putarkelajuan tinggi hingga kembang dan gebu atau adunan menjadi berganda.
Dengan menggunakan tangan atau spatula, kaup balikkan minyak dan pandan paste sehingga sebati dan rata.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan (160 darjah celcius) terlebih dahulu sehingga masak.
Terbalikkan loyang di atas redai sebaik keluar dari ketuhar.  Biar sedikit sejuk sebelum mengeluarkan kek dari loyang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:14 PM | Show all posts

Reply #17 chemox's post

mungkin juga suhu yang digunakan rendah dan texture kek di dalam lembab...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.504553 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list