CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 20175|Reply: 71

all about bot tradisional tganu.....

[Copy link]
Post time 2-7-2008 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Kekalkan daya saing industri bot tradisional

Oleh IRMAN HASHIM


PENGUSAHA bot tradisional di Terengganu masih menerima tempahan walaupun harga bahan mentah meningkat.

KUALA TERENGGANU 1 Julai - Kerajaan diminta mencari pendekatan untuk membantu pengusaha bot tradisional Terengganu mengekalkan daya saing industri tersebut bagi memastikan ia tidak berkubur ekoran kenaikan harga barang mentah sejak kebelakangan ini.

Rata-rata pengusaha bot tradisional berkenaan berpendapat, kenaikan harga bahan mentah terutama bahan utama pembuatan bot iaitu kayu cengal boleh mengakibatkan pelanggan mencari alternatif lain seperti menempah bot gentian fiber.

Seorang pengusaha bot dari Kampung Bukit Tumbuh di sini, Yusof Nawi, 37, berkata, ketika ini tempahan untuk bot tradisional masih diterima walaupun harga bahan mentah telah meningkat.

''Harga kayu cengal kini mencecah RM8,000 hingga RM10,000 satu tan berbanding RM1,800 dan RM2,000 lapan tahun lepas," ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pengusaha bot tidak mempunyai masalah untuk menerima tempahan bot walaupun harga bahan mentah meningkat kerana kosnya akan ditanggung oleh pelanggan.

Beliau memberitahu, pembuatan bot merupakan industri mewah dengan kos sebuah bot boleh mencecah sehingga berjuta-juta ringgit bergantung kepada saiznya iaitu bot bersaiz biasa 50 x 50 kaki sahaja bernilai RM20,000.

''Semuanya bergantung kepada kehendak pelanggan. Saya akan mula membuat bot yang ditempah apabila pelanggan bersetuju dengan harga yang ditetapkan.

''Cara saya ialah pelanggan akan membayar untuk pembelian bahan mentah tersebut dan dengan bahan mentah itu, bot yang ditempah akan dibina," ujarnya yang mempunyai pengalaman dalam industri berkenaan sejak lapan tahun lalu.

Beliau memberitahu, bahan mentah seperti kayu cengal juga sukar diperoleh sejak kebelakangan ini.

Jelasnya, kayu cengal merupakan kayu yang paling baik untuk membuat bot kerana kekerasan dan daya apungannya dalam air selain ia mampu bertahan sehingga lebih 20 tahun jika dijaga dengan baik.

Menurutnya, pengusaha pula memerlukan sekurang-kurangnya kira-kira 20 tan untuk menghasilkan sebuah bot bersaiz biasa dan permintaan itu juga meningkatkan harga kayu cengal yang dibeli.

''Saiz kepingan berbeza-beza yang diperlukan juga mempengaruhi harga kayu cengal yang dibeli dari kilang," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, pengusaha juga sukar mendapat bekalan kayu berkenaan ekoran penebangan pokok berkenaan dalam aktiviti pembalakan dikawal oleh kerajaan bagi menjaga alam semulajadi dan ekosistem bumi.

''Sumber bekalan kayu cengal yang terhad juga memberi kesan kepada peningkatan harga kayu berkenaan di pasaran," ujarnya.

Seorang lagi pengusaha bot dari Kampung Pulau Rusa di sini, Abdul Razak Muda, 60, berkata, upah untuk mendapatkan pekerja dalam membantu menyiapkan bot juga meningkat ekoran kos sara hidup telah bertambah.

''Sebelum ini, upah seorang pekerja ialah RM60 sehari tetapi sekarang sudah meningkat kepada RM70 sehari.

''Hendak membuat bot ini memerlukan masa sehingga berbulan-bulan bergantung kepada saiz bot yang ditempah. Bayangkan peningkatan kos berkenaan," ujarnya.

Selain itu, katanya, generasi muda juga kurang berminat untuk mewarisi seni warisan pembuatan bot tradisonal walaupun ia memberikan pendapatan yang lumayan kerana kerja-kerja itu memerlukan ketelitian dan memakan masa yang lama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2008 08:46 AM | Show all posts
Teknik bina bot tradisional didokumentasi

KUALA TERENGGANU 1 Julai - Kerajaan negeri akan mendokumentasikan teknik pembuatan bot tradisional Terengganu sebagai salah satu usaha memulihara warisan itu agar tidak pupus ditelan zaman.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, langkah itu bagi memastikan teknik berkenaan dapat dipelajari oleh golongan muda supaya industri berkenaan terus berdaya saing.

''Para pengusaha bot sekarang terdiri daripada warga emas yang apabila menerima tempahan, mereka menggunakan kemahiran mengikut pengalaman masing- masing untuk membina bot berkenaan.

''Jadi, tiada manual untuk dirujuk oleh golongan muda yang mahu meneruskan industri ini," katanya ketika diminta mengulas langkah kerajaan negeri untuk memulihara industri warisan itu.

Menurutnya, panduan membuat bot tradisional juga akan dijadikan sebagai salah satu silibus dalam latihan kemahiran untuk ditawarkan kepada pelatih.

Selain itu, jelasnya, kerajaan negeri juga telah melaksanakan langkah pemuliharaan kawasan hutan mengandungi kayu cengal bagi memastikan bekalan kayu berkenaan yang merupakan bahan utama pembuatan bot tradisonal Terengganu mampu menampung keperluan secara berterusan.

Katanya, dua kawasan yang telah dikenal pasti mengandungi bekalan kayu cengal ialah di Hulu Terengganu dan Dungun.

Menurutnya, di kawasan itu kerajaan negeri menetapkan hanya 12 batang pokok cengal boleh ditebang dalam satu masa bagi setiap 0.6 hektar.

Beliau memberitahu, buat masa ini bekalan kayu cengal dari hutan di negeri ini mencukupi untuk menampung permintaan untuk menghasilkan bot tradisional.

''Usaha pemuliharaan kawasan cengal ini akan membolehkan bekalan kayu ini diperoleh secara berterusan pada masa akan datang," ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2008 08:47 AM | Show all posts
bagus ler...kekalkan bot tradisional neh...bukan senang nok tgk bot2 lama neh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:23 AM | Show all posts
mahal bot ni weh....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 07:33 AM | Show all posts
utk 50kaki kalau rm20 k dah kira muroh sbb hb saya baru jah beli 21 kaki jenis fiber rm7500 tapi kayu + fiber coated 3 layer, utk speedboat 40hp, boat lonih ore german pun mari tempah mesia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 09:38 PM | Show all posts

Industri Bot Di Pulau Duyung

tadi dlm Majalah 3 highlight industri bot tradisional terengganu kat pulau duyung...mmg superb,ada mat salleh dari perancis sanggup datang ke pulau duyung untuk tempah kapal layar...ada pasangan tu dari US pon sama gak...

mat salleh tu siap puji lagi hasil keje org2 pulau duyung mmg 1st Class...yerla kalau tak manakan derang nak dtg jauh2 semata2 nak tempah bot,baik derang beli jer bot2 moden yang canggih dan terkini kat negara derang.

harap2 ada la generasi pelapis yg mewarisi seni yg tidak ternilai harga nya ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2009 09:40 PM | Show all posts
harga kapal yg pasangan tu tempah ialah RM1Juta.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 09:43 PM | Show all posts
brp tempat kat pulau duyung tu tempat wat kapal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 09:44 PM | Show all posts
Cuba google website naga pelangi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 31-1-2009 21:38
tadi dlm Majalah 3 highlight industri bot tradisional terengganu kat pulau duyung...mmg superb,ada mat salleh dari perancis sanggup datang ke pulau duyung untuk tempah kapal layar...ada pasangan  ...




masalahnya otai2 ni tak simpan disign secara hardcopy, semua simpan dlm otak, dan takde sesapa yg amik inesatif nak redraw segala yacth tu dan simpan dlm archive...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 09:48 PM | Show all posts

Reply #5 matamata's post

hok wat tuh bukang pandai computer, tua2 belake.

tp doks kang xdoks pelapis puloks deh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 10:06 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 31-1-2009 09:47 PM




masalahnya otai2 ni tak simpan disign secara hardcopy, semua simpan dlm otak, dan takde sesapa yg amik inesatif nak redraw segala yacth tu dan simpan dlm archive...


masalah utama yg ni la.....harap generasi baru ni leh la belajar dr otai2 ni & simpan elok2 dlm zaman it yg canggih manggih ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 10:07 PM | Show all posts
rm1 juta tu harga dia mcm kecik la plak nak di bandingkan dgn usaha seni derang....patut nya mintak 9 Juta usd...yer la derang kan kaya....  jhatnya aku...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 31-1-2009 22:06


masalah utama yg ni la.....harap generasi baru ni leh la belajar dr otai2 ni & simpan elok2 dlm zaman it yg canggih manggih ni...


yatch Naga Pelangi II tu org German yg beli selepas amat puas hati dgn prestasi Naga Pelangi I. tpt buat yatch tu just nearby jambatan. Diaorg amik masa dekat 4 th nak siapkan yatch tu. Org German laki bini tu sanggup tinggal kat Ganu, sampai mahir ckp Ganu . Yang plg menarik sekali diaorg buat kelas kecik utk ajar bebudak kursus teknikal dari institut kemahiran awam ttg pembuatan yatch tradisional nih.
Last visit aku ke tpt tu, aku ada nampak foundation satu lagi yacth yg mirip Naga Pelangi II diaorg tgh buat, bila aku tanya utk sapa, diaorg ckp Kerajaan Negeri Terengganu yg punya, setau aku yacth Naga Pelangi harga dia RM4-RM6 mil...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 31-1-2009 22:07
rm1 juta tu harga dia mcm kecik la plak nak di bandingkan dgn usaha seni derang....patut nya mintak 9 Juta usd...yer la derang kan kaya....  jhatnya aku...



kayu sehebat cengal mana ada kat negeri omputeh sana.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:20 PM | Show all posts
aku quote sikek kata2 pak lah (bukan bodolah yer hehhe)

"walopung banyok bot2 fiber yg modeng2...kalu lalu bot kayu ning.. semer org tengok bot kayu ning lagi..." pehhhhh.. mmg dalam maknanya towwww...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by woh_getoh at 31-1-2009 22:20
aku quote sikek kata2 pak lah (bukan bodolah yer hehhe)

"walopung banyok bot2 fiber yg modeng2...kalu lalu bot kayu ning.. semer org tengok bot kayu ning lagi..." pehhhhh.. mmg dalam maknanya  ...



Actually dia pun quote dari sailor, mmg ayat ni dah jadi perkataan biasa dlm dunia sailor....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 31-1-2009 10:17 PM


yatch Naga Pelangi II tu org German yg beli selepas amat puas hati dgn prestasi Naga Pelangi I. tpt buat yatch tu just nearby jambatan. Diaorg amik masa dekat 4 th nak siapkan yatch tu. Org  ...


ko tempah bot gak ke..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 31-1-2009 10:23 PM



Actually dia pun quote dari sailor, mmg ayat ni dah jadi perkataan biasa dlm dunia sailor....


sorry...silap faham dgn statement woh...

[ Last edited by  t@t at 2-2-2009 06:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 31-1-2009 22:36


ko tempah bot gak ke..?


ada job kat sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.223612 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list