CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redbun

[MERGED]ALL ABOUT Maya Karin nak kahwin?

[Copy link]
Post time 4-7-2008 08:32 PM | Show all posts
kahwin simple je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2008 08:42 PM | Show all posts
elok ler maya tak payah bg hantaran dgn belanja ala2 ikut tarikh bday bagai tu....

jangan nanti ada reportz karat sibuk kenapa kawin jauh2 lahhhhhhhhhhhh.....takda hantaran lah.......itu lah ini lah sudahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by intz at 4-7-2008 07:45 PM



Haku yg mmg sejak azali pgg prinsip xmo hantaran..sorg jantan pon xnk setuju ngn haku..Pelik btol

Xde sape nk setuju ngn aku..baik fmly aku..baik fmly jantan....Padahal,yg nk kawen ...

err..
mmg bagus kahwin tanpa hantaran
especially yg tinggi2
tp make sure lepas kawin (stat dr lepas ijab tu)
segala reta benda jd hakmilik bini
sbb nyantan ni very de unpredictable
at least kalu ape2 jd lepas lime nam taun diijab
tak de le menangis tak berlagu
heret anak naik turun mahkamah mintak alimony
(oopppsss...i did it again!!! suke beno lari topik)
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 08:49 PM | Show all posts
biase le kalu ikut style omputih nih
mane ade hantaran bagai
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 08:54 PM | Show all posts
and biasenye omputih nye wedding akan jd mahal (walaupun tanpa hantaran) bile time wat reception nnt
sbb depa ni suke everything yg detail
so it comes back to square one
ape2 pun congrats to maya
bestnye..time nak kawin
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 09:00 PM | Show all posts

Reply #67 asamfish's post

betul tu...

tapi jgn takde mas kahwin pulak..karang tak sah nikahnye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2008 09:01 PM | Show all posts

Reply #67 asamfish's post

betul tu...

tapi jgn takde mas kahwin pulak..karang tak sah nikahnye...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 09:29 PM | Show all posts
aku suka maya karin aku suka maya karin aku suka maya karin aku suka maya karin....kalo dia senyum aku tgk mata dia pun cam ikut senyum gak..sukenye dierrr....maya smoga hepi slalu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2008 09:44 PM | Show all posts
tahniah kak Maya ku cayunkk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 09:46 PM | Show all posts
besh gler ar official site Maya.. bnyak pics die
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 09:49 PM | Show all posts
tahniah maya...
semoga berkekalan ke akhir hayat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 10:15 PM | Show all posts
tahniah dan semoga jodoh berpanjangan sehingga ke akhir hayat hendaknya, insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 10:17 PM | Show all posts
tahniah dan semoga jodoh berpanjangan sehingga ke akhir hayat hendaknya, insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 10:25 PM | Show all posts
semoga kekal selama sebulan je perkahwinan ini......
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 10:52 PM | Show all posts
tahniah Maya Karin,dh smpai seru jdohnya...moga bahagia selamanya...aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 11:11 PM | Show all posts
ha ha ha ..dah nk kahwin pun maya..tahniah la..dia ni tak banyak sangat gossip macam orang lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2008 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by intz at 4-7-2008 07:45 PM



Haku yg mmg sejak azali pgg prinsip xmo hantaran..sorg jantan pon xnk setuju ngn haku..Pelik btol

Xde sape nk setuju ngn aku..baik fmly aku..baik fmly jantan....Padahal,yg nk kawen ...


mulia sgt kau neh...
member haku sorang pun sempoii kawen takde hantaran...tak silap haku hantaran dia senaskah qoran jer..
dua2 bukan org takde duit pun ...duit berkepook tapi jenis simple...kenduri pun takde grand2 pun ...
ala2 kenduri doa selamat cam gitu jer
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by intz at 4-7-2008 07:45 PM



Haku yg mmg sejak azali pgg prinsip xmo hantaran..sorg jantan pon xnk setuju ngn haku..Pelik btol

Xde sape nk setuju ngn aku..baik fmly aku..baik fmly jantan....Padahal,yg nk kawen ...


mulia sgt kau neh...
member haku sorang pun sempoii kawen takde hantaran...tak silap haku hantaran dia senaskah qoran jer..
dua2 bukan org takde duit pun ...duit berkepook tapi jenis simple...kenduri pun takde grand2 pun ...
ala2 kenduri doa selamat cam gitu jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2008 01:17 AM | Show all posts

Ya... saya nak kahwin- MAYA

2008-07-04 16:09:45



Oleh ROSLI MANAH Foto: FATAH SULAIMAN

"Ya... saya akan berkahwin," kata Maya Karin memulakan pengumuman pasal perkembangan dirinya yang menjadi bualan banyak peminat sejak akhir-akhir ini.

Maya membuat pengumuman itu selepas malancarkan laman web rasminya mayakarin.com di pejabat Satu Music di Petaling Jaya. Laman web itu boleh dilayari secara rasmi hari ini (4 Julai 2008)

Maya, 29, mengesahkan lelaki Inggeris yang dikaitkan dengannya, iaitu seorang guru matematik, Steven David Shorthose, 38, ialah lelaki yang bakal mengahwininya dalam satu majlis sederhana di Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008. Sebelum ini pada 9 Ogos mereka akan mengadakan majlis secara sivil terlebih dahulu di sana. Maya juga merancang majlis di Kuala Lumpur pada 29 Ogos.

Maya mengakui itulah lelaki sama yang sering dinyatakannya apabila ada pihak media bertanya pasal cintanya. Steven atau nama Islamnya Mohammed Ali Abdullah dikenali sejak tujuh tahun lalu. Steven ialah guru kepada adiknya semasa bersekolah di Garden International School. Steven kini mengajar di Alice Smith International School, Kuala Lumpur.  

Maya bukannya mahu lari daripada serbuan peminat apabila memilih bernikah di luar negara sebaliknya kerana ibu bakal suaminya yang tinggal di Liverpool, England, kurang sihat. Lagipun dia hanya ingin mengadakan majlis secara sederhana. Sekitar 70 tetamu di kalangan keluarga terdekat dan rakan rapat sahaja akan hadir ke majlis pernikahannya nanti.

"ada mulanya saya yang cakap kepada Steven... kita kahwin sahaja dekat ibu kamu. Apabila saya sedia ke sana, Steven pula mencadangkan kami bernikah di Itali. Apabila ke sana melihat tempat yang bakal kami adakan majlis, saya terus tertarik," kata Maya.

Maya mahu mengadakan majlis secara sederhana untuk memberikan keselesaan kepada tetamu. Sebab itu dia tidak mahu mengadakan majlis glamor.

Maya mengatakan kerjaya seninya tetap tidak berubah selepas berkahwin. Dia tidak merancang memiliki anak dalam masa terdekat. Malah sebelum ke Itali, Maya akan menyudahkan penggambaran filem Pisau Cukur. Selepas berkahwin juga ada sebuah filem bakal menunggunya.


Inilah Steven David Shorthose, bakal suami Maya Karin.



"Saya bukan merahsiakan hubungan kami, tapi kami berdua memang jenis low profile. Kami sering juga keluar bersama, tapi semasa keluar, saya tidak beriya-iya melaram dan Steven juga sering muncul dengan gaya selamba, jadi orang tak beri perhatian sangat," kata Maya pasal rahsia mampu menyorok kekasih selama ini.

Menurut  Maya, semasa kali pertama mengenali Steven, namanya bukanlah popular lagi. Pada masa itu dia baru terjun ke dunia seni apabila menjadi pengacara program TV. Steven juga tidak pernah campurtangan dalam hal kerjaya seninya.

"Apabila ada orang kaitkan saya dengan orang lain... kononnya saya berkahwin, Steven hanya anggap ia sebagai satu cerita gila. Dia tak ambil kisah pun dan tak pernah mahu fikirkan pasal benda-benda macam itu," kata Maya.



Ditanya bilakah Steven secara rasmi melamarnya, kata Maya, telah lama Steven melakukannya, namun dia yang belum sedia. Hanya enam buan lalu barulah Maya mula menyatakan persediaan untuk mengikat hubungan mereka dengan perkahwinan.

"Saya rasa sekaranglah masa yang sesuai untuk saya. Umur saya ni tak muda sangat dan tak tua sangat untuk berkahwin," kata Maya lagi.



Ramai wartawan nak tahu kisah cinta Maya.

Inilah pemandangan Bellagio.  Menariknya suasana sekitar  lokasi perkahwinan Maya Karin.





Kredit to : Manggaonline.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2008 01:18 AM | Show all posts
selamat pengantin baru maya.. semoga berbahagia... :flower: :flower: :flower:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070499 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list