CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33579|Reply: 242

Elyana tidak sorok boyfriend..(gambo)

[Copy link]
Post time 7-7-2008 11:23 AM | Show all posts |Read mode
HIBURANSaya tidak sorok! - ElyanaOleh HARYATI KARIM


ELYANA bertudung. Adakah kini dia sedang di ambang persediaan untuk bergelar isteri?

TANGGAL 5 Julai lalu, usia gadis bernama Erneelya Elyana Emrizal atau nama komersiolnya Elyana, telah melonjak ke angka 21 tahun.
Seperti kebiasaannya upacara sambutan hari lahir pasti diadakan untuknya, jika tidak diaturkan oleh temannya, pasti akan diaturkan oleh keluarganya.
Justeru, sempena sambutan hari lahirnya kali ini, nampaknya Elyana lebih selesa mengadakan kenduri doa selamat di kediaman keluarganya di Shah Alam daripada mengadakan sambutan parti hari lahir seperti tahun-tahun sebelumnya.
Kenapa lain sekali majlis sambutan hari jadi Elyana yang masih muda ini? Ada apakah yang tersirat di sebalik yang tersurat?
Namun menurut si empunya diri, ia semua adalah di atas kemahuannya sendiri sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang dilimpahkan kepadanya sepanjang bergelumang dalam dunia seni.
"Jika dulu parti tetapi kali ini kenduri. Sebenarnya saya merancang ini telah lama tetapi pada Khamis lalu, dan hari berikutnya baru hubungi saudara dan teman-teman.
"Memanglah agak kelam-kabut sikit tetapi niat saya untuk buat kenduri doa selamat ini sebenarnya agar saya mendapat keberkatan daripada Allah, dan saya bersyukur kerana kerjaya saya sekarang pun semakin okey.
"Lagi pun adik lelaki saya, Eizat, baru saja selamat menjalankan pembedahan usus dan semuanya berjalan dengan baik, jadi kenduri ini merangkumi semualah, bukan semata-mata sambutan hari lahir saya sahaja.
"Malah, saya gembira sebab dapat kumpulkan semua saudara-mara dan keluarga kerana saya sibuk dan semakin kurang masa bersama mereka," ujarnya.
Sembunyi nama teman lelaki
Menariknya pada majlis tersebut, teman istimewa Elyana yang dirahsiakan selama ini turut hadir sama.
Walaupun tiada babak mesra tetapi jelas kelihatan mereka sememangnya sedang di lamun cinta. Sempatlah juga merakamkan aksi kandid mereka berdua.
Biar mengelak untuk diambil gambar bersama, kerana menurut Elyana ini adalah hal peribadinya tetapi dia tidak kisah untuk berkongsi momen indah buat tatapan peminat.

BAHAGIA dikelilingi keluarga tersayang.

Ini kerana Elyana sedar dirinya adalah seorang selebriti. Namun dia memohon jangan pula salah tafsir di atas kertebukaan dirinya itu.
Walaupun masih menyembunyikan nama teman istimewanya, Elyana tidak pula merahsiakan keistimewaan temannya itu kepada rakan media.
Elyana malah mengakui dia bahagia di samping arjuna hatinya itu yang difahamkan lebih berusia berbanding dirinya.
"Saya bertuah sebab dapat dia yang sayangkan saya dan juga keluarga saya, malah dia juga memahami kerjaya saya sebagai artis dan pandai ambil hati keluarga. Itu yang saya suka tentang dirinya," katanya sambil tersipu malu.
Ditebak, mungkinkah dia sudah terfikir untuk mendirikan rumah tangga memandang dirinya sudah bertemu dengan orang yang benar-benar disayanginya, namun ujar Elyana dirinya masih terlalu muda untuk memikirkan mengenai perkara itu.
Biarpun begitu, dia tidak menolak andai jodoh tiba buat dirinya.
"Pada saya jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, saya tidak tahu bila nak kahwin sebab saya belum fikirkan lagi.
"Saya juga tidak pernah sorokkan teman istimewa saya, cuma sekarang ini belum masanya lagi.
"Kalau saya sudah bersedia untuk mendedahkan dia kepada khalayak itu bermakna saya sudah pasti dia akan menjadi calon hidup saya, tetapi sekarang ini saya masih dalam peringkat berkawan lagi, nantilah dulu (ketawa).
"Sekarang ini pun belum tentu saya akan akhiri zaman bujang dengan dia, kalau betul-betul pasti nanti barulah akan beritahu," jelasnya meminta difahami.
Bercerita pula tentang hadiah hari lahir yang diterimanya, Elyana menganggap segala yang diterima daripada saudara dan teman-teman adalah sangat istimewa.
Cuma apabila ditanya tentang hadiah pemberian insan istimewa, Elyana cuba sedaya upaya merahsiakannya.
"Hadiah semuanya istimewa buat saya, dia (kekasih) berikan saya dua hadiah, satu, beberapa hari sebelum hari lahir saya dan satu lagi saya masih belum terima hadiah tersebut tetapi saya sudah tahu apa yang dia akan bagi (ketawa).
"Mana boleh beritahu hadiah apa yang dia bagi (ketawa). Cuma apa yang saya boleh cakapkan hadiah itu memang saya sudah lama inginkan, cuma tidak berkesempatan untuk membelinya dan dia sudah belikan terlebih dahulu untuk saya," jelas Elyana lagi.
Tidak pernah tamak
Apabila tiba di usia 21 tahun, ramai orang mengatakan di usia inilah kunci kebebasan hidup diberikan kepada mereka, tetapi lain pula tafsirannya buat penyanyi yang popular dengan lagu popular, Kalis Rindu ini.

ELYANA sudah mencecah usia kedewasaan.

Walaupun dikatakan bebas, dirinya masih lagi dalam pemerhatian keluarga bukannya dia bebas melakukan apa yang diinginkan sesuka hati.
Tinggal berjauhan daripada keluarga menjadikan dirinya lebih menghargai apa yang diterimanya kerana sudah merasakan kesusahan hidup sendiri.
"Saya tinggal sendirian di Kuala Lumpur, tetapi itu kalau ada kerja saja kalau tidak ada kerja saya akan pulang ke Shah Alam.
"Itulah rutin hidup saya. tetapi saya gembira kerana masih ada keluarga untuk mengadu masalah dan tempat saya bergantung walaupun saya sudah mempunyai kerjaya. Jadi angka 21 bukan kebebasan untuk lakukan apa saja.
"Kalau orang kata umur 21 tahun ini kunci kebebasan bagi setiap individu, tetapi pada saya ia lebih menunjukkan kematangan, dan saya menjadi lebih berdikari.
"Ini bermakna saya boleh uruskan diri saya sendiri tanpa bantuan orang lain tetapi bukan sehingga mengenepikan keluarga," tuturnya.
Elyana turut mempunyai azamnya yang tersendiri sempena sambutan hari lahirnya tahun ini. Selain meningkatkan mutu kerja ke tahap yang lebih baik, dia juga berharap agar dapat menjadi seorang ahli perniagaan suatu hari nanti, kerana dia sedar dunia seni bukanlah menjaminkan keindahan untuk selamanya.
"Jika untuk jangka masa panjang saya berhasrat untuk buka butik pakaian ataupun butik kafe. Idea ini bukannya datang kerana saya berlakon dalam drama Renjis, tetapi saya memang sukakan pakaian dan fesyen kerana itulah idea ini muncul.
"Tetapi bila saya akan buka butik itu belum tahu lagi, cuma baru merancang sahaja, tengoklah macam mana, kalau ada rezeki lebih insya-Allah," beritahunya lagi.
Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang cerah buatnya, kini dia sedang sibuk mempromosikan album karaoke MTV terbarunya dan dia juga baru selesai menjalani penggambaran Renjis sebanyak 13 episod.
Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan, drama tersebut akan disambung ke musim yang kedua dan penggambaran dijadualkan berlangsung pada bulan September ini.

INILAH sang arjuna Elyana. Enggan merakamkan gambar berdua dan tidak nampak mesra, namun mereka kelihatan jelas dilamun ombak cinta.

Selain itu, dia juga turut menerima tawaran untuk berlakon filem, tetapi katanya dia sememangnya lebih mengutamakan kerjaya nyanyian berbanding lakonan. Tetapi dia tidak menolak jika tawaran itu tiba tepat pada waktunya.
"Saya lahir daripada bidang nyanyian, walaupun saya semakin ligat berlakon, saya juga tidak mahu tamak untuk bolot semua tawaran yang datang tetapi saya hanya buat yang mana termampu saja," ucapnya jujur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2008 11:26 AM | Show all posts
mamat ni bukan melayu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:27 AM | Show all posts
takde pic ponn
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:27 AM | Show all posts
cute jugak bf dia.. secocok lah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:28 AM | Show all posts
nampak cute jer.......rambut karat lak tu......tapi sepadan la dgn elyana...........
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:28 AM | Show all posts
dah ada dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2008 11:29 AM | Show all posts
ok la tu dengan elyana...harap2 tak jadi macam artis lain yer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:30 AM | Show all posts
ala dorang ni, umur pon muda lagik.. byk lagi yg akan mendatang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2008 11:33 AM | Show all posts
ok la tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:37 AM | Show all posts
nsemnyeeee
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:39 AM | Show all posts
ini yg wartawan sengal suka ni... tak menyorokkan bf/gf. kalau sorok siaplah kena hentam...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by jimbo1 at 7-7-2008 11:33 AM
ok la tuh...

KAWEN CERAI BIASA LAH PADA ARTIS......KALO KAWEN MAT SALLEH ADE LAH SIKIT KLASS......KALU KAWEN INDON PULAK JATUH KLASS......KALO KAWEN DATUK.....TAK KIRALAH TUA ASAL ADA DUIT.....TU YG PALING BAGUS.........
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:40 AM | Show all posts
hmm not bad..harap2 berkekalan hingga ke jinjang pelamin lar
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:43 AM | Show all posts
semoga kekal hendaknye.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:43 AM | Show all posts
ensemm....padan la dgn dier..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:44 AM | Show all posts




ambik ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2008 11:44 AM | Show all posts
kawin la... klu dh sampai SERU
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:46 AM | Show all posts
semoga jodoh korang panjang....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:48 AM | Show all posts
gigi kuning...hygiene ler sket..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.493003 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list