CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 106224|Reply: 69

Modal buka restoran

[Copy link]
Post time 17-7-2008 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Bahagian 1
Aku nak bukak restoran. Bukan restoran yang biasa-biasa Mak Mah ngan Pak Ali bukak tu. Aku nak bukak restoran yang luar biasa sikit. Hehehe! Tak terlalu besar, tapi pada masa yang sama bukan la gerai. Aku estimate ada 7 orang pekerja. Dua di dapur selebihnya kat depan. Mesin duit aku yang jaga.Hehehe! Masa operasi dari 4 petang hingga 12 malam x 7 hari seminggu.

Soalan aku untuk otai-otai kat sini, atau sapa-sapa yang ada experience bab-bab restoran nih:-
(1) Berapa modal yang sepatutnya燼ku sediakan?
(1) Ada tak apa-apa skim yang membolehkan aku dapat modal, tanpa aku perlu buat personal loan contohnya.


Bahagian 2
Selepas 2-3 tahun beroperasi, aku cadangkan nak franchise-kan aja.(1) Cemana caranya?
(2) Ada tak mana-mana agensi yang boleh bagi khidmat bantuan?
(3) Kosnya berapa pulak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2008 11:27 PM | Show all posts
Sekurang2nya minima kena ada rm100k ler.  Kalau nak buat pinjaman pun kena ada activity of the business.  Maknanya bisness tu kena yang dah beroperasi ler lebih kurang minimum 3 bulan.  Sebab bank nak tengok account semua, kena active transaksinya. Maknanya ada duit keluar masuk gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 01:53 PM | Show all posts
i pun sama jugak dalam cadangan nak buakak restoran...so boleh buat panduan info2 kat sini...thanks
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 06:22 PM | Show all posts

beli buku

beli buku bisnes restoran trbitan pts.
www.pts.com.my
semua soalan anda terjawab....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 06:35 PM | Show all posts
Saya setuju ngan Kak-Adib, kalau nak buka restoran yang biasa atau sederhana memang kena ada kurang-kurang rm 100 k, nak restoran yg nampak macam eksklusif skit tu kurang-kurang 300 k dalam tangan...

saya pun ada pengalaman buka restoran, saya cadangkan buat planning betul-betul sebelum buka apa-apa kedai sekalipun..dalam masa yg sama saya juga buka kedai tudung dan sebelah kedai tudung tu kedai frame macam ayat-ayat kursi, bunga dan lain2

nak buka restoran ni memang perlu banyak modal skit permulaannya...cthnya
1. deposit kedai + api air
2. renovate kedai  lebih kurang 2 minggu
3. beli barang-barang yg besar2 macam dapur,peti simpan stok mentak, peti display minuman,
    tempat masak air, tea kaunter, dapur utk goreng2 yg ada kipas tu sorry lupa nama benda ni,
    meja roti canai ( datang sekali ngan dapur dan dulang memasak), bain marine (utk food
    display) - barang ni boleh cari kat area kepong
4. beli kelengkapan memasak, kuali dan periuk besar, sudip, senduk, besen, baldi, pisau, papan
    pemotong, penyejat, rice cooker, blender, penimbang, pinggan mangkuk, gelas, cawan dan
    benda-benda kecil yg lain macam sudu,garfu,straw,tisu
5. beli barang-barang utk dimasak pun habis lebih kurang 20k gak, beras, tepung, lauk-pauk,
    sayur-sayuran, minyak masak, gula, garam, susu pekat + cair, bawang, milo, teh, rempah-
    ratus......dah cukup semua baru boleh start operasi

macam air tu gunalah filter, kekadang rasa klorin tu kuat sangat tak lalu nak minum...

maklumat lanjut boleh tanya saya, insyallah kalau ada masa sesuai saya jawap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 01:12 PM | Show all posts

betul

kalo saudara xtau nak wat akaun,leh kontek saya...0122150827
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2008 02:08 PM | Show all posts
aku buka cafe..
pekerja 9 org
termasuk aku as manager..
alatan serba moden dan baru
modal aku dlm RM180k
bertahan setahun,..
LINGKUP pastu..
byk sgt masalah..
dari dalaman hingga ke luaran
banyak faktor perlu diambil kira..
satu faktor jer kene tolak.. iaitu faktor SYOK SENDIRI
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 01:16 PM | Show all posts
Porek,

boleh cerita  pengalaman  awak. Akak pun plan nak  buka restoran  tapi lambat lagi  sekarang tengah buat study.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2008 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by porek at 7-8-2008 02:08 PM
aku buka cafe..
pekerja 9 org
termasuk aku as manager..
alatan serba moden dan baru
modal aku dlm RM180k
bertahan setahun,..
LINGKUP pastu..
byk sgt masalah..
dari dalaman hingga ke luara ...


Porek,

Ni macam pengalaman menarik nih! Boleh elaborate sikit tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 05:18 PM | Show all posts

Reply #7 porek's post

modal 180k dah masuk modal pusingan 6 bln selepas operasi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:35 AM | Show all posts
Porek man?tak nak share ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:52 AM | Show all posts
pandangan aku sikit2 pasal masalah buka restoren....

paling penting ..... TUKANG MASAK atau CHEf..... kalau yang ini lari.... tokey kedai kena masak sundiri.... bila tokey kedai masak sundiri...atau TUKAR chef.... rasa dah lain...pelanggan akan lari...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 04:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by liena_222 at 13-11-2009 16:35

Salam...sebelum buka restoren,pekata try gerai dlu untuk mendapat pengalaman...hehehe

Sebenar nya laaaa,yg paling penting sebelum nak bukak restoren tuh,u kena la masak dgn lokasi yg nak dibuka ..seswai siang ke mlm ke...western ke tomyam ke,nasi campor ke...faktor 2 tuh amat lah penting...lg 1,kenali trget maket anda,makna nyer bukan suruh doik kenal org kat situ cuma buat observation samada kawasan student,pekerja atau suriumah...berpa houshold income dorng...cth nyer kalau buka kawasan 27 @ 28 alam megah shah alam..mmg berbaloi sbb kebnykkan bujang dan bekerja...kawasan pon ok,(sewa umah sana 400-600 keatas) kalau buka kawasan umah kos rendah,better la buka tomyam je...atau lebih untung buka payung jual goreng pisang dari buka gerai sekalipon....

Nih berdasar pengalaman la...sbb jgn main buka je..perancangan berapa pekerja dan lain2 tuh akan lebih kukuh kalau kawasan tuh mmg cantekkk dan powerrrr........

makanan tak sedap sgt ke,kusi stool keee, tapi kalau kaw padat n bagus...no need to worry..insyaallah..

pastuh jgn luper bertawakal la yek....okey...adios...

PS// sesapa nak beli business @ gerai sila pm me...kawasan yg ada,area kg jawa,bkt tinggi klng dan pandamaran..hhehehe..tq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 04:56 PM | Show all posts
13# liena_222

liena...ko tau tak, sewa food court macam kat jusco, tesco atau giant, brape ye...?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 05:55 PM | Show all posts
salam semua,

Saya dah 19 tahun kerja restoran, dari staf biasa sampai jadi Area Manager, dan sekarang jadi consultant dalam restaurant bussines dan ade bisnes sendiri.

Untuk pengetahuan semua, melalui pengalaman yang saya ada ingin saya berkongsi tentang  mereka2 yang dah buka restoran ni. Sebenarnya mereka ni tak berapa untung. ade yang cukup makan, ade yang rugi 300K monthly (almost all fast food kecuali KFC). Ape yang membuatkan diorang bertahan adalah kerena perniagaan restoran ini ade daily cash flow kalau nak dibandingkan dengan manufacturing yang mengamalkan credit term.

1. Saya beri sedikit tips tentang malaysian market. Dari pengamatan saya tentang customer behavior di Malaysia ni restoran yang takde menu ayam yang sedap tak boleh pergi jauh. Sebabnya orang melayu makan ayam ( kambing dan lembu tak boleh darah tinggi), India tak makan lembu sebab agama dan cina pulak suka makan daging putih antaranye ayam. Jadi, kalau nak buka restoran kene pastikan ade menu ayam yang sedap dan takde kat tempat lain.

2. Kene mahir dalam P&L ( profit & Loss account). Unjuran untung rugi) Contoh ringkas :-

Targeted sales                    RM 25,700.00

Operating/food Cost                  RM   10,300.00 (40%)

Labor Cost                          RM     5,000.00  (20%)

Rental                                 RM      1,500.00 (6%)

Utilities                                RM      3,000.00 (12%)

Net Profit                            RM     5,900.00 (22%)     

So kene tahu berapa minimum sale sebulan untuk mendapat untung atau breakeven (cukup makan tak rugi tak untung)

3.  Modal untuk restoran memang tinggi dalam RM200,000.00 termasuk modal pusingan 6 bulan. Tapi kalau modal kecil jangan pulak cari restoran yang rental murah tapi takde traffic flow sebab pemilihan lokasi adalah element yang terpenting dalam perniagaan.

4. Perlu cekap dalam menguruskan kakitangan. kene dapatkan ilmu bagaimana nak handle staf. macam menarik benang dalam tepung, benang tak nak putus tepung taknak berselerak.

5. Kalau boleh jangan pinjam duit sebab nanti kita akan spend tanpa berfikir panjang. kumpul sikit2. Pengalaman saya masa mula berniaga pakai duit ayah saya. Bila ade masalah bisnes, solve dengan duit. lama2 duit yang banyak pun habis cari kerja balik dan bayar hutang lepas tu kumpul duit sendiri untuk buat bisnes mengikut modal yang ade. kalau ade RM1000.00 buat bisnes RM1000.00.

Kalau nak franchise ambil masa 3 tahun dan mesti buat profit. kalau nak cepat boleh buat licensing je. tak payah tunggu 3 tahun. Produk yang baik lebih baik kita usahakan sendiri daripada kita franchise kan lepas tu orang lain jahanamkan brand kita. KFC guna Master franchise untuk kontrol produk quality.

Walau bagaimana bagus pun ilmu, planning, solat tak pernah tinggal dan usaha yang gigih kita selagi ALLAH tak izinkan kejayaan selagi itu kita kene terus  berusaha tanpa melupakan ALLAH tuhan sekalian alam. Semoga ALLAH memberkati usaha kita semua. AMIN

Yang baik datang dari ALLAH yang buruk datang dari saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:57 PM | Show all posts
15# iftitah

info yang menarik..terima kasih

tapi macamana kalau bukak business yang pakai lori yang ada bumbung tu..ntah apa nama dia ntah..selalu kat tepi2 jalan ada dia parking..atau kat pasar2 malam...dia bukak meja dalam dalam 3 buah..jual pun yang simple2..macam rojak, cendol...

i tengok mana2 ada perhimpunan ada ler dia parking buat business...tapi selalu kat pasar malam laa..dari segi lesen dia camana pulak erkk??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2009 11:46 AM | Show all posts
Bisnes yang guna lorry ni pun bagus pada siapa yang modal kecil tapi berjiwa besar.

Info tentang perniagaan menggunakan lorry setau saya.

1. lesen bagi perniagaan bergerak dah dibekukan oleh DBKL. Penguatkuasa yang lain masih ada yang benarkan tapi kene call mana area kita nak buka. kebanyakan peniaga2 ni takde lesen diorang redah je. DBKL tak kacau sangat cuma jgn niaga kat tengah bandar.

2. Nak beli lorry mesti ade company. Kalau company baru takde account statement boleh guna bank statement dari salary. kalau tak bekerja ajak abang ke jadi share partner untuk beli lorry tapi pakai nama dia. (Buat businees agreement jgn lupa RM250.00 je)
Boleh pilih bank islam, buat full loan pun boleh. call kak rose 016 3913889 sales person untuk perniagaan lorry ni.

3. Produk kalau boleh kene ikut malaysia punye trend contoh rojak, cendol, burger, nasi lemak, kuih-muih, cakoi, air buah, buah-buahan, steamboat dan banyak lagi makanan malaysia. Cuma kene ade kelainan sikit contoh rojak black pepper ke. So kene creative dari orang lain.

4. Tampal seluruh body dengan sticker dan pilih warna yang garang seperti kuning dan merah.  Design ikut concept pilihan kita, contoh background - hutan ke, klcc ke, 1 Malaysia ke.

5. Harga jangan murah sangat. pastikan food cost tak lebih 40%. kene buat awal2 sebab kalau nak naik lepas tu pelanggan akan rasa kita nak tekan diorang. tapi sebenarnya barang memang dah mahal.

6. Kalau businees lorry ni boleh capture 4 crowd breakfast kat ofis area, lunch kat ofis area, snack kat bus stop dan dinner kat kawasan perumahan.

Perniagaan biasa mungkin boleh achive RM200 sehari tapi idea yang luar biasa dan tempat strategi boleh dapat sampai RM1000.00  sehari InsyaALLAH.

Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 01:07 AM | Show all posts
iftitah,
u uat consultation yg mcmana utk yg nak bukak restoran?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 10:05 AM | Show all posts
Service yang saya provide:-

1. Restaurant Opening Guide System
2. Restaurant Operation Training
3. Location and Marketing survey
4. Develope Operations Manual
5. Develop Training Manual and Training System
6. Conduct Classroom Training
- Food Safety
-Customer Expert Class
-Basic Management Training
7. Management Training In Restaurant
-Labor Management
-Profit and loss
-Product Storage
-Ordering
-Cleaning Management
-Restaurant Documentation
8. Mystery Shpopping Program
9. Restaurant Audit System
10. Hiring and Reqruitment
11. Payroll and Human Resource
12. Setup A Kiosk Business
-Product development
-Concept and Design


So service saya dari mengenal pasti lokasi restoran, membantu pelanggan membuka restoran dari A to Z, mengetahui profil pelanggan dilokasi yang dipilih, bagaimana mengendali kakitangan di restoran, buat budget, dokumentasi dan semua yang berkaitan dengan restoran serta pengurusan sumber manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 01:15 PM | Show all posts
Restortan:

1) Sediakan operating cash flow untuk 1 tahun dalam akaun.
2) Kos untuk lantai sahaja pon dah RM20K-30K jika mau lantai cantik ala Kopitiam.
3) Peralatan steel tu mudah aja pi cari yg terpakai asalkan bukan yg Cina pakai buat masak Babi.
4) Tukang masak dan waiter perlu ada asrama kat atas restoran. Kita perlu faham reasons: Model mamak- mereka bukak 24 jam, waiter from India bayar gaji murah giler, waiter tinggal kat atas restoran, semua lelaki takda anak bini, kerja 12 jam sehari. Tom Yam yg sewa kat mamak plak dia cuma masak, waiter mamak yg ambil order. Sebab itu tom yam kat mamak ni amat cepat. Tom Yam kedai melayu amat lambat.

You need at least RM100K.
Breakeven dalam 18 bulan-2 tahun.


Tapi sekarang ni kita perlu faham keadaan ekonomi.

Daripada 10 restoran yang bukak, 7 tutup sebab lingkup. yang survive ialah makanan yg ekonomi dan makanan wajib time lunch dan dinner.

Yang survive hanyalah Tom yam dan Mamak. Sebab ini sahaja yang orang makan setiap hari. Perkataan setiap hari ni amat penting. Kalau makanan yg orang makan jarang2, susah nak survive

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.088418 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list