Bagai kelmarin kita bersua,
Beramah mesra dan berkongsi duka,
Adakah masih ada esok untuk kita,
Seperti yang kita lewati,
Mengapa masa berlari kencang
Menceraikan 3 jasad di dada,
Buat hatiku tersembam jatuh,
Hatiku goyah tanpa mereka,
Jika aku berkuasa akan ku hentikan,
Tiada guna hidup begini,
Tanpa bintang tanpa cahaya kasih,
Yang sekian lama terangi jiwa,
Andai kata kita dipisahkan masa,
Andai kata kita dipisahkan orang tua,
Namun semangat tetap membara,
Kerana dirimu terlalu berharga,
Lebih dari lautan emas terbentang luas,
Tak akan lupa dek dipukul badai,
Kau sahabat kau temanku,
Ku biar penaku menulis,
Menyatakan hasrat hatiku,
Jika ada khilaf diri,
Yang tak terlintas,
Harap diri dimaafi,
Sesungguhnya dirimu amat aku rindui.
Originally posted by silent_kid at 2-8-2008 11:54 PM
kini tiada lagi bintang....
tiada lagi bulan
tiada lagi hembusan angin malam...
tiada lagi harapan...
tak usah ku tunggu ia datang...
tak usah ku halau ia pergi....
diri ini cuma menghara ...