CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3528|Reply: 7

Menjengah Kuala Koh

[Copy link]
Post time 26-7-2008 07:11 AM | Show all posts |Read mode
Menjengah Kuala Koh

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB


Peserta mengikuti aktiviti menaiki bot getah di sebuah sungai di Kuala Koh.

GUA MUSANG 25 Julai - Sebagai satu destinasi pelancongan, Kuala Koh, salah satu pintu masuk ke Taman Negara yang melingkari kawasan seluas 4,342 kilometer (km) persegi, sebenarnya belum begitu dikenali umum.

Ia membuka ruang kepada pengunjung yang melalui negeri ini menjengah hutan tropika yang menyimpan kepelbagaian flora dan fauna tanpa terusik evolusinya kira-kira 130 juta tahun lalu.

Hutan tebal sebegini tentunya lebih sesuai kepada mereka yang mencintai alam penuh sunyi, damai, bersantai dengan kemudahan ala kadar atau bagi mereka yang gemarkan penerokaan dengan pelbagai kegiatan lasak dan bertenaga berasaskan landskapnya.

Kelantan berkongsi keluasan Taman Negara ini bersama dengan negeri Pahang dan Terengganu dan Taman Negara Kuala Koh (TNKK) kini cuba diketengahkan sebagai salah satu destinasi pelancongan utama bagi negeri Kelantan.

Tourism Malaysia Negeri Kelantan baru-baru ini membawa rombongan media ke TNKK bagi melihat potensinya..

TNKK dengan keluasan 1,0433 km persegi mula dibuka pada 1995. Kawasan bercerun dan banyak dipenuhi spesies buluh itu dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Mat Kilau dalam usahanya menentang penjajah.

'Koh' mengambil nama sempena sejenis palma yang mudah kelihatan sekitar ketinggian 1,000 meter dan Kuala Koh mempertemukan dua sungai utama iaitu Sungai Lebir dan Sungai Koh.

Sungai Lebir pula bertemu dengan Sungai Galas yang menjadi sebahagian daripada rangkaian Sungai Kelantan bermula di Kuala Krai.

Kuala Koh terletak kira-kira 96 kilometer dari sini yang dihubungi dengan jalan bertar dari simpang jalan utama Gua Musang menuju ke Felda Sungai Aring.

Dari sini, perjalanan berkenderaan mengambil masa sejam melalui ladang kelapa sawit sejauh 46 kilometer yang agak berliku untuk ke Resort TNKK.

TNKK ditadbir urus oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Kelantan, manakala penginapan dikendalikan sebuah syarikat swasta secara kontrak yang menyediakan kemudahan resort bertaraf dua bintang.

Enam calet, sebuah asrama dengan 72 katil disediakan untuk penginapan. Sebuah restoran, surau dan bilik mesyuarat lengkap dengan kemudahan audio visual turut disediakan.

Bekalan elektrik di sini agak terhad kerana disalurkan selama 10 jam sehari sahaja tetapi perhubungan telekomunikasi tidak terputus.

Pejabat Perhilitan dan Resort TNKK di sini dibina di pinggir kuala dan pengunjung yang tiba dan mendaftar diri boleh memilih untuk berkhemah.

Setiap pengunjung dikenakan permit masuk RM1, manakala lesen memancing sebanyak RM10 dan kamera RM5.

Menariknya pengunjung juga berpeluang mengunjungi perkampungan Orang Asli suku kaum Batek kira-kira dua kilometer dari TNKK.

Menurut kakitangan Perhilitan yang mengiringi kami, mereka merupakan satu-satunya suku kaum Batek yang masih mengamalkan kehidupan nomad dan baru menetap di situ kira-kira lima bulan lalu.

Suku kaum ini mendapat gelarannya kerana keadaan kulit mereka yang bercorak seakan-akan batik dipercayai akibat genetik yang akan hilang sebaik meningkat dewasa.

Terdapat 75 penduduk daripada 30 keluarga yang bergantung hidup dengan mencari hasil hutan untuk dijual kepada peraih.

Bagaimana pun, peredaran masa menyaksikan perkakasan elektrik seperti radio, televisyen serta pemain video cakera padat turut menghiasi beberapa pondok di sini tetapi tok batinnya memberitahu ''jarang-jarang'' digunakan kerana tiadanya bekalan elektrik.

Pembukaan TNKK adalah bagi mempelbagaikan lagi pilihan kepada pencinta- pencinta alam termasuk yang ingin menyaksikan hidupan liar atau untuk mendaki Gunung Tahan melalui laluan baru.

Timbalan Penguasa TNKK, Osman Bakar menjelaskan, sejak beroperasi pada 1995, pihaknya telah menambah baik beberapa kemudahan di sini misalnya penginapan, laluan masuk serta capaian sistem perhubungan.

"Nama Kuala Koh dan kemudahannya tidak segah Taman Negara Kuala Tahan, tetapi apa yang ada di sini tidak ditawarkan oleh hutan di sana, misalnya disini terdapat lebih 350 spesies unggas,'' katanya.

Bagi kaki pancing, ada tujuh lubuk memancing iaitu enam daripadanya memerlukan bot untuk sampai ke distinasi dan satu lagi menggunakan jalan darat. Pengunjung boleh mencuba nasib mendapatkan ikan kelah, kejor, sebarau, toman, krai atau tenggalan.

"Kuala Tahan (pintu masuk ke Taman Negara melalui Pahang) sudah begitu terdedah dengan kunjungan ramai, lalu Perhilitan membuka Kuala Koh bagi mengimbangi jumlah pelancong.

"Namun jumlah resort dan calet yang terhad di sini antara langkah Perhilitan bagi mengawal kehadiran pengunjung agar tidak berlaku kebanjiran dan menyukarkan kawalan," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2008 03:54 PM | Show all posts
kuala koh ni mano?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 26-7-2008 03:54 PM kuala koh ni mano?


Taman Negara Kuala Koh is the only official entry point in the state ofKelantan to Taman Negara. Located at the end of an oil palm estate,Kuala Koh is unique as compared to the more populous Taman Negara KualaTahan. Kuala Koh is situated at the conference of Sungai Lebir andSungai Koh. Sungai Lebir is the main river that joins Sungai Galas toform Sungai Kelantan at Kuala Krai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 09:56 AM | Show all posts
Dari Lebuhraya Kenyir Jln lawa kenderaan tak banyak bila masuk Felda Aring alahai teruk btuk jln nya.... Bulan 5 kris pergi CH Jalan Felda Aring Runtuh terpaksa guna Jln Alternatif Minggu Lepas Skali pergi Lost World Of Tambung Jln runtuh tu masih blum siap lagi...   Kalau dah siap boleh jimat 1/2 Jam. untuk ke Gua Musang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2008 07:18 PM | Show all posts
hgway Kuala Berang~Perak dah siap ke...?ala yg lalu kot kelate tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 09:50 AM | Show all posts

Reply #5 t@t's post

Siap dah..... Tapi blum buka lagi... Teruk skit kat Felda Aring ar hok lain ok. Gua Musang - Cameron Highlands-Tanah Tinggi Lodging-Simpang Pulai-Ipoh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2008 09:10 PM | Show all posts

Reply #6 krayolan's post

highway keratan rentas guo muse la ni yo?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 07:45 PM | Show all posts
maso ambo kecik2 pernoh gi Kuala KOh nieh. Opis mok kawe buat hari keluarga. meme best gilo doh maso tuh. Mandi sungai srupo mandi kat swimming pool. Air jernih & toho jah, sesuai untuk ambo maso tuh yang tok brapo cukup tinggi. Malam2 tido dalam chalet, pahtu gak duk pakat takut sbb bunying ular tedung duk k'etok kawal telur dlm sarang dio kat bawah chalet tuh. Pagi nyo gempar pulok sbb ado gajoh lalu tepi chalet saim mok kawe. puok2 gajoh tu ado bau nasik kuah sadin kot malam tuh   . Pastu malam last, demo buat BBQ ikan kelah ko gapo, ambo tok ingat doh. tapi meme sedap lar, sirip dio buleh makan serupo khepok   besht..besht..

tapi gak, maso nok masuk Kuala Koh dulu2 meme mencabar. nok keno naik sano ngan pajero pejabat sbb takdop jalan tar. terpakso lalu jalan lori balok. tunggeng habih adik beradik ambo sepanjang perjalane tuh. tapi best sebab tu lar first time jupo gajoh 3 beranok tengoh cari makan kat tepi jaley.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.437878 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list