JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
63963
View
100
Reply

Tomoi (Muay Thai)

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Post time 6-2-2009 03:20 PM | Show all posts
teringat tomoi, teringat pulak kat filem Ong-bak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by tomsawyer at 6-2-2009 03:20 PM
teringat tomoi, teringat pulak kat filem Ong-bak.


Banyak lagi aksi Tony Jaa memang tidak dijumpai kat gelanggang
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 07:30 PM | Show all posts
Originally posted by tomsawyer at 6-2-2009 03:20 PM
teringat tomoi, teringat pulak kat filem Ong-bak.



aku ingat nak tgk gak ongbak nanti....  tapi citer2 cina ni aku tak ler suker sgt.... layanzzzz gak sikit2... anak2 menakan aku mmg suker citer cina...  apa lagi kung foo kalu!!!  

aku kung foo karate sumer layanzz je lorrr  

        



karam!!! biler ko nak ajak aku makang  mee kung foo???

[ Last edited by  amazed at 7-2-2009 10:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 04:25 PM | Show all posts

Balas #52 BulldogKing\ catat

tony ja guna muay boran..muay thai adalah basic kepada muay boran..sbb tu xda aksi2 tony jaa dalam gelanggang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 10:39 PM | Show all posts
Tomoi Antarabangsa medan pertempuran juara

Oleh HISYAMUDIN AYUB



TENGKU SHAHRIZAL (kiri), peninju Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang bakal memberi saingan hebat kepada peninju luar.

SAKSIKAN ketangkasan aksi Muay Thai oleh pemegang gelaran juara dunia dan pakar-pakar dalam seni bela diri itu sepanjang Kejohanan Cabaran Tomoi Antarabangsa Kuala Lumpur TM-WMC selama dua hari, bermula hari ini.

Kejohanan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur itu merupakan pertandingan antarabangsa yang membariskan peninju-peninju handalan seperti Chaowalit, Seethannonchai Sor Chitlada (Thailand), Abbas Ahmadi dan Vladimir Konsky (Slovakia).

Pertemuan yang dijangka paling sengit adalah antara Chaowalit dan Seethannonchai dalam kategori 71.5 kilogram bagi merebut gelaran Kejuaraan WMC Muay Thai.

Boxx Event selaku penganjur pertandingan turut menampilkan barisan peninju sendiri (Boxx Warriors) yang membariskan peninju-peninju profesional tempatan, Slovakia, Iran, Arab Saudi dan Thailand.

Selain itu, peminat seni bela diri yang hadir akan dipersembahkan dengan demonstrasi Muay Thai purba (Muay Boran) yang jarang-jarang dipertontonkan kepada umum.

Ketua Pegawai Eksekutif Boxx Event, Zahari Ahmad Razali berkata, persembahan menarik ala filem Muay Thai terkenal, Ong-Bak adalah sebahagian daripada aksi yang bakal disaksikan.

Kejohanan dihangatkan dengan pertemuan jaguh-jaguh tomoi dunia. Empat daripada mereka adalah juara dunia dalam kategori masing-masing.

Ini adalah peluang terbaik kepada peminat untuk menyaksikan kehebatan tomoi dengan lebih dekat,
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 08:42 PM | Show all posts
Itulah perbezaan Muay Thai dengan Muay Boran, tapi kalau tak silap saya Siam pada masa dulu mungkin ada hubungan diplomat dengan Jepun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 09:02 PM | Show all posts
Kenapa kebanyakan Muay Boran hanya jadi demo saja bukan sparring betul?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 09:37 PM | Show all posts
Sebahagian dari http://www.mardb.com/krabi-krabong/

In the early 1600s a large community of Japanese people settled to various parts of Indochina, and Siam in particular. Among these were about 800 ronin who were on the losing side of Japan's civil war. This had a strong influence on many Southeast Asian martial arts. Krabi Krabong bears many similarities to Japanese styles such as bōjutsu which can be seen in the stances and judo-like throws.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 10:03 PM | Show all posts

Balas #57 BulldogKing\ catat

aku xda jawapan yg jelas..
tapi muay boran ni xda rule..
lawan sampai mengaku kalah..
atau kalau xmau ngaku kalah..
main sampai mati...atau KO..
muay boran mmg merbahaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 02:27 AM | Show all posts

Reply #57 BulldogKing's post

Muay Boran diharamkan di ring kerana berbahaya. Kalau peninju aliran Muay Boran (contohnya Muay Chaiya) sparring di ring, mereka tidak menggunakan sepenuhnya Muay Boran tersebut, sebaliknya hanya menggunakan teknik-teknik yg dibenarkan dalam peraturan.

Seperkara lagi, Muay Boran semakin pupus di Thailand! Menyedihkan...orang Thai sendiri tidak memelihara warisan mereka, kebanyakan Muay Thai camps yang terdapat di Thailand cuma mengajarkan Muay Thai moden/sukan, bukannya Muay Boran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 02:51 AM | Show all posts
Muay Boran sama seperti NHB rupanya, no disqualification only KO or surrender. Zaman awal UFC memang begitu, hanyalah rules dia sudah "improve" sikit untuk keselamatan pesaing.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 08:05 PM | Show all posts
Sukan Tomoi perkasakan wanita
Oleh ABD. HALIM HADI



POPULARITI sukan tinju tomoi yang semakin melonjak naik kini menarik penyertaan wanita.

MEMPUNYAI kuasa dan pangkat sebagai anggota polis tidak menjamin seseorang bebas daripada sebarang ancaman, sebaliknya tugas itu menjadikan mereka golongan yang paling terdedah kepada risiko serangan.

Atas kesedaran itu, Koperal Intan Diana Baker bersama tiga lagi rakan, Lans Koperal Siti Hawa Taib, Konstabel Norlilahwati Kaidin dan Konstabel Rohana Alias berusaha gigih melengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri sebagai benteng utama.

Selepas mempelajari seni silat, judo, taekwondo dan karate ketika di bangku sekolah, mereka kini beralih kepada seni bela diri Muay Thai yang lebih dikenali sebagai tomoi di negara ini.

Meskipun seni lasak itu sering dikait dan digambarkan sebagai sukan ganas dan bertentangan dengan kelembutan yang dimiliki kaum hawa, mereka mempunyai pendirian yang berbeza.

''Muay Thai adalah seni kombat praktikal yang menggunakan sepenuhnya anggota badan sebagai senjata dan benteng pertahanan diri," ujar mereka kepada WOW! di gelanggang tomoi Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Melihat tumbukan dan tendangan kencang yang dilepaskan, terbukti apa yang dipelajari mereka sejak empat bulan lalu bukanlah usaha yang sia-sia.

''Sebagai anggota polis, kami tidak terlepas daripada risiko dan setiap kali 'turun kerja' tiada jaminan yang dapat pastikan kami akan pulang ke rumah dengan selamat,"ujar Norlilahwati.

Penglibatan beliau dalam sukan tomoi bermula selepas melihat sendiri aksi rakan-rakan lelaki di gelangang tinju.

Katanya, pada peringkat asas, latihan tumbukan dan tendangan memang agak menyakitkan tetapi lama-kelamaan anggota badan akan kalis kepada semua bentuk pukulan.

''Lebam pada siku, paha dan kaki sudah menjadi perkara biasa tetapi keseronokan bertomoi memberi kepuasan pada diri sendiri," ujarnya.
Bagi Siti Hawa yang baru pertama kali mempelajari seni bela diri, sukan lasak itu membantu beliau meningkatkan keyakinan diri semasa di dalam dan di luar tugas.

Tomoi menurutnya juga membantu membentuk keberanian dan mengubah pemahaman mengenai konsep 'bela diri' terutama bagi seorang yang bergelar wanita.

''Dahulu jika diserang saya pasti mengalah, tetapi kini saya bukan sahaja yakin untuk mempertahankan diri malah lebih berani untuk menghunuskan penumbuk dan sepakan," katanya.

Tambah beliau, walaupun tugas di unit pengangkutan Polis Di raja Malaysia (PDRM) Bukit Aman lebih tertumpu kepada kerja di dalam pejabat tetapi sebagai anggota polis beliau harus melengkapkan diri dengan kemahiran penting itu.

Bagi Intan Diana pula, pengalaman mempelajari beberapa seni mempertahankan diri sebelum ini agak berbeza dengan seni bela diri Thailand itu.

''Berbanding dengan seni-seni mempertahankan diri lain yang pernah saya dipelajari, tomoi lebih fokus kepada teknik menyerang dan mempertahankan diri," jelasnya.

Selain sebagai perlindungan diri, penglibatan beliau itu turut membantu meningkatkan penghayatan dalam memikul tugas sebagai jurulatih jasmani dan kawad di Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan.

Latihan


Seperti juga pelatih-pelatih lelaki di pusat itu, latihan selama tiga jam lima hari seminggu peninju wanita dilatih Ketua Jurulatih Tinju dan Tomoi Pulapol (PDRM), Sarjan Rosli Yaacob yang lebih dikenali sebagai Cik Li.

Menurut Cik Li, latihan asas tomoi selama tiga bulan memberi tumpuan kepada kedudukan peninju, tumbukan, tendangan, siku, lutut dan langkah-langkah pertahanan diri.

''Kita juga memberi penekanan kepada asas pergelutan yang dipanggil 'pelam' (bahasa Siam) sebagai persediaan tempur melalui latihan tinju (sparring)," katanya Cik Li.

Jelas beliau, selepas pelatih menguasai langkah-langkah asas, ilmu akan dikembangkan menjadi kemahiran, kemudian kepada teknik dan akhir sekali dimanfaatkan sepenuhnya menjadi tektik.

Menurut bekas pembantu jurulatih tinju kebangsaan itu, pusat latihan yang bermula sejak 1999 sehingga kini telah melahirkan ramai bintang tomoi seperti Tengku Shahrizal, Nik Hafizi dan Che Arzani melalui Kelab Tomoi Kuda Merah Pulapol.

Harapan terakhir beliau adalah untuk melihat sukan tomoi diserap sebagai salah satu cabang seni mempertahankan diri di dalam PDRM.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:50 PM | Show all posts
Sesetengah peninju tomoi juga bergabung latihan mereka dengan BJJ
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 09:06 AM | Show all posts
Buku bertemu ruas di kejohanan TMWMC


PENINJU tempatan turut mempamerkan persembahan membanggakan sepanjang kejohanan.


SENI mempertahankan diri Muay Thai yang suatu ketika dahulu hanya samar
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 08:12 AM | Show all posts
Muay Thai di Pokok Tampang

Oleh HASNURUL MOHAMED




SENI mempertahankan diri Muay Thai kini diminati belia di Kampung Pokok Tampang Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

TASEK GELUGOR 6 Mac - Tinju Siam sememangnya tidak asing lagi bagi anak-anak muda di Kedah disebabkan kedudukan negeri itu yang berjiran dengan Thailand.

Lebih dikenali sebagai Muay Thai atau tomoi, seni mempertahankan diri kebanggaan rakyat Thailand itu kini mendapat tempat di hati belia Kampung Pokok Tampang, dekat sini.

Walaupun ia masih baru, atas usaha seorang pemuda bernama Sazali Ibrahim, sukan tomoi kini menjadi aktiviti untuk mengisi masa lapang belia di kampung tersebut.

Menurut Sazali, sukan itu bukan ganas sebaliknya menerusi sukan tersebut ia dapat memupuk disiplin di kalangan peninju.

"Ia juga mengajar kita semangat setia kawan dan bekerja dalam satu pasukan," katanya ketika ditemui di Gelanggang Tomoi Pokok Tampang baru-baru ini.

Menurutnya, apabila terdapat aktiviti sebegitu, sekurang-kurangnya masa lapang anak-anak muda kampung diisi dengan cara yang lebih berfaedah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya memuji usaha semua pihak yang membuka gelanggang Muay Thai di kampung tersebut.

Beliau berkata, dengan adanya aktiviti seperti itu yang diadakan dua kali seminggu, belia kampung tidak akan melepak di bandar-bandar tanpa arah tujuan.

"Sukan ini baru di kalangan belia kita tetapi saya lihat remaja di kampung Pokok Tampang ini sudah berjinak-jinak dengan sukan ini.

"Saya gembira dan mahu melihat sukan dari negara jiran ini terus berkembang di kalangan anak-anak kampung," katanya.

Sukan Muay Thai membenarkan peninju menggunakan kaki dan tangan untuk gerakan menendang dan menumbuk lawan.

Mereka juga akan memakai pelindung kepala dan sarung tangan bertujuan melindungi diri daripada kecederaan dalaman yang teruk.

Selain menggunakan kaki, peninju akan menggunakan anggota tubuh seperti tangan, siku dan lutut untuk menyerang pihak lawan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 02:52 PM | Show all posts
Pemakaian sarung tangan boleh mengurangkan kecederaan pihak lawan, disebaliknya serangan buku lima tanpa sarung ditimbangkan sebanyak kira-kira 300kg.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 02:14 AM | Show all posts
Aduh pompuan lawan pompuan pun dah ada. Nanti diorang nak tengok jantina berlainan berlawanan. erm Beautiful Boxer
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-3-2009 05:59 AM | Show all posts
Jaguh tomoi dunia di Kota Bharu

PERSATUAN Boksing Negeri Kelantan dan Boxx Event dengan kerjasama kerajaan negeri akan mengadakan Kejohanan TM-Tomoi Antarabangsa Kelantan di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu pada 27 hingga 29 Mac ini, lapor RIZALMAN NOR.


Kejohanan tersebut menampilkan beberapa jaguh dunia selain dijadikan platform untuk memilih peserta ke kejohanan dunia pada Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peminat sukan tomoi tempatan berpeluang menyaksikan kehebatan jaguh-jaguh sukan seni mempertahankan diri pada kejohanan yang cukup berprestij itu kelak.

"Pada kejohanan tajaan Telekom Malaysia Berhad (TM) ini, sebanyak 42 peninju dari dalam dan luar negara akan bertarung dalam beberapa kategori bagi merebut Piala Menteri Besar.

"Terdapat dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu Super Fight dan Super Four melibatkan berat badan di bawah 57.5 kilogram (kg), bawah 61.5kg dan bawah 63.5kg," katanya pada sidang media di Kota Bharu semalam.

Katanya, antara jaguh tempatan yang akan menyertai kejohanan ini ialah Saiful M150 yang merupakan juara Persekutuan Muay Thai Dunia bagi kategori lightweight.

Menurut Takiyuddin, kejohanan itu merupakan salah satu kejohanan terbesar pernah dianjurkan di negara ini.

Jelasnya, antara negara yang menghantar peserta ialah Thailand, Perancis, Sweden, Uzbekistan, Iran, Afghanistan, Poland, Sepanyol, Afrika Selatan, Tunisia, England dan Turki.

"Kami menjemput semua peminat seni mempertahankan diri ini supaya datang beramai-ramai dan memberi sokongan kepada peserta-peserta yang bertanding.

"Semua perlawanan akan diadakan bermula pukul 8 malam manakala tiket pula boleh dibeli di pekarangan stadium bermula pukul 3 petang setiap hari," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 06:55 PM | Show all posts
Muay Thai meet turns rowdy
By C.A. ZULKIFLE, Photos by C.A. ZULKIFLE and SAZUKI EMBONG


Heated ring: The kickboxer from Wadi Sri Payong kicking at his opponent from Bedu Boxx Warrior during the controversial match.


A KELANTAN state executive councillor had to intervene to cool frayed tempers at the finals of the Telekom-World Muay Thai Championship (TM-WMC) Challenge 2009 at Stadium Sultan Muhamad IV in Kota Baru recently.

This happened when a small group among the 3,000 spectators threw objects and even chairs to vent their ire over alleged poor refereeing.

State Local Government, Tourism and Culture committee chairman Datuk Datuk Takiyuddin Hassan took the microphone and told the crowd to cool down.

He said Tomoi (Muay Thai) was banned in Kelantan for the past two years but the ban was lifted by Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat who agreed to calls to allow the sport to flourish again.

And I know why Tomoi was banned in the first place. It was because of incidents like this and I intend to cancel the finals if you continue to fight.

Do you want me to cancel the finals or we continue with it?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:33 PM | Show all posts
Patutlah Nik Aziz sangat upset, lebih-lebih lagi tournament bola sepak baru-baru ini. Mana perginya semangat sukan pula?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-4-2009 07:34 AM | Show all posts
Tomoi guna jin

Sesetengah upacara penamatan latihan seni bela diri tomoi disudahkan dengan ritual menyuap pulut ke mulut penuntut. Pulut itu adakalanya hadir dengan kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 05:55 PM | Show all posts
Tomoi dan Kickboxing memang berbeza, serangan siku dan lutut adalah dibenarkan untuk Tomoi. Tapi Kickboxing pula, aku tak pasti sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 02:38 PM | Show all posts
Boleh tak kalian semua berkongsi apakah jenama kegemaran equipment Tomoi? Saya suka Fairtex and King sebab boleh tahan lasak, tapi Everlast itu bukan main mahal. Tapi saya suka short boxing Everlast sebab design cukup cantik sungguhpun plain colour, yang kualiti baik itu dekat pasaran Made in Thailand lebih senang dijumpai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 02:39 PM | Show all posts


Itu MMA bukan Tomoi, tapi ada juga exponent Tomoi melibatkan diri di dalam MMA. Oh ya, ada juga exponent Tomoi juga combine dengan BJJ.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 06:54 AM | Show all posts
Tempur cara Muay Thai

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Ketangkasan sukan Muay Thai menyebabkan Faizal jatuh cinta dengan sukan itu. Pada usia 27 tahun dia kini sudah bergelar jurulatih.



SELEPAS lebih enam tahun terlibat dalam sukan Muay Thai Faizal kini bergelar jurulatih.

SIAPA sangka Faizal Ismail yang baru berusia 27 tahun sudah mampu bergelar jurulatih tinju Siam atau Muay Thai selepas tiga tahun mempelajari seni bela diri berasal dari negara Thailand itu di Kelab Seri Payung Muay Thai, Kota Bharu, Kelantan.

Lebih membanggakan, jurulatih Kelab Muay Thai Tasik Selatan, Kuala Lumpur itu dapat mempromosikan Muay Thai sehingga ke Surabaya, Indonesia, melalui sokongan yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Muay Thai terpilih bersama dengan seni bela diri lain seperti silat, taekwando dan karate-do oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk berkongsi idea dan pendapat tentang seni bela diri di Malaysia dan di Indonesia.

"Ia merupakan pengalaman manis buat diri saya kerana dapat mengembangkan seni bela diri ini kepada remaja-remaja di Indonesia. Kebanyakan promosi dilakukan di universiti-universiti di sana.

"Kekuatan fizikal penting dalam seni bela diri Muay Thai kerana strategi pertempuran jarak dekat itu banyak menggunakan seni tangan, siku, lutut dan kaki untuk menyerang musuh.

"Saya mahu golongan remaja tahu bahawa seni bela diri ini tidak terlalu ganas tetapi memberi banyak kelebihan dari segi disiplin diri, kecerdasan dan keselamatan kepada individu yang mempraktikkannya," kata jejaka yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu.

Muay Thai bukan sahaja terkenal di Thailand tetapi ia juga popular di Myanmar, Kemboja, Laos dan negeri di utara serta pantai timur Semenanjung Malaysia.

Bercerita mengenai minatnya terhadap Muay Thai itu, Faizal memberitahu ia sebenarnya bermula ketika usianya 21 tahun.

"Walaupun sejak dari sekolah rendah lagi saya sudah dapat pendedahan mengenai seni bela diri tinju melalui bapa, Ismail Abu Bakar, 51, namun minat kepada tinju ketika itu masih belum ada dalam diri.


FAIZAL berminat dengan sukan Muay Thai selepas menyaksikan pertandingan sukan itu di Thailand.

"Saya mengikuti kelas tinju di bawah tunjuk ajar ayah di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka bersama dengan tentera-tentera di situ," katanya yang juga merupakan anak kepada koperal tentera.

Namun, minat ke arah seni bela diri Muay Thai muncul selepas Faizal melawat mak ciknya di Thailand.

"Selama saya berada di Thailand, mak cik membawa saya menyaksikan pertandingan Muay Thai. Terus terang saya katakan selepas melihat seni bela diri itu saya terus terpikat.

"Tidak seperti seni bela diri lain yang mempunyai banyak jenis langkah atau bunga, teknik serangan dan membela diri dalam Muay Thai adalah ringkas.

Namun begitu, pengamalnya perlu mempunyai kekuatan dan ketangkasan," kata anak sulung daripada empat adik-beradik itu.

Minat Faizal ke arah Muay Thai semakin bercambah apabila banyak filem di layar perak mengambil latar belakang cerita sukan lasak itu seperti Kickboxer, Ong Bak, Beautiful Boxer, Tom Yum Gong, Muay Thai Chaiya dan Fury.

Selepas itu, Faizal melakukan kajian terperinci mengenai Muay Thai di Internet dan di majalah-majalah.

"Kebetulan rakan saya mengetahui tentang Kelab Seri Payung Muay Thai di Kelantan. Tanpa menunggu lama, saya ke sana mempelajari seni bela diri di bawah tunjuk ajar Abah Noor," katanya.
Patah tulang rusuk

SENI mempertahankan diri Muay Thai memerlukan ketangkasan teknik menyiku, menumbuk dan menendang.

Walaupun tidak semua pertandingan yang disertai meletakkan dirinya sebagai juara, Faizal menganggap itu semua sebagai pengalaman untuk dia melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Faizal tidak pernah berputus asa. Baginya, bukan senang untuk bergelar peninju handalan jika tidak menghadapi pelbagai cabaran.

Faizal pernah diejek dan dikritik oleh pihak lawan kerana beranggapan dia masih 'hijau' dalam dunia Muay Thai itu.

"Walaupun pada mulanya saya berputus asa, tetapi memikirkan minat kepada Muay Thai begitu mendalam, saya tolak tepi semua kecaman dan kritikan mereka," katanya.

Pernahkah Faizal tercedera semasa bertanding?

"Muay Thai tidak menggunakan sebarang pertahanan semasa berlawan. Kami hanya mengenakan sarung tangan dan seluar pendek. Risiko mendapat kecederaan sememangnya tinggi.

" Paling teruk, saya pernah mengalami kecederaan patah di tulang rusuk kiri ketika menentang peninju Thailand," katanya yang terpaksa berehat selama sebulan ketika itu.

Juara Pertandingan Ultimate Warriors, Kuala Lumpur itu berharap dapat mengembangkan seni bela diri Muay Thai ke peringkat yang lebih tinggi satu hari kelak.

Sementara itu, menurut rakan Faizal yang juga seorang pengamal Muay Thai, Mohd. Raimi Abdul Aziz, 24, mempelajari seni bela diri Muay Thai membuatkan dirinya lebih berani selain dapat membina keyakinan diri.

"Apa yang penting dalam seni bela diri ini adalah disiplin dan minat. Tanpa kedua-dua elemen tersebut, seseorang pengamal tidak akan berjaya," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048122s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list