CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2543|Reply: 1

Ahmedabad, India di bom!! 45 mati, 160 cedera!!

[Copy link]
Post time 28-7-2008 01:56 PM | Show all posts |Read mode
45 maut 160 cedera - Bandar Ahmedabad bergegar dengan bom
[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]Mayat-mayat bergelimpangan di tempat kejadian sejurus berlaku letupan bom yang membunuh hampir 45 orang di bandar Ahmedabad, India, semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2008 01:58 PM | Show all posts
India cemas letupan 16 bom di Ahmedabad




SEKUMPULAN anggota polis mengadakan kawalan
di sebuah hospital awam di Ahmedabad, India berikutan
beberapa letupan bom yang berlaku di bandar itu.


NEW DELHI - Beberapa bandar utama di India diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berhubung kemungkinan berlakunya serangan selepas dua serangan bom sebelum ini mengorbankan 46 orang manakala lebih 160 lagi cedera.

Sebanyak 16 butir bom meletup di bandar Ahmedabad di Gujarat kelmarin sehari selepas satu siri letupan di Bangalore yang mengakibatkan seorang wanita terbunuh.

"Seluruh negara termasuk bandar-bandar utama di India diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan diminta meningkatkan pemasangan alatan keselamatan," kata seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

Di New Delhi pula, anggota polis menggunakan pembesar suara dan mengedarkan risalah di kawasan-kawasan sibuk bagi memberi amaran dan meminta kepada orang ramai berhati-hati dengan beg yang ditinggalkan atau objek yang disyaki bom.

Pihak polis berkata, siri bom pertama meletup berhampiran beberapa kawasan perniagaan sibuk di Ahmedadad dan 25 minit selepas itu beberapa bom meletup berhampiran sebuah hospital.

Kebanyakan bom diletakkan di dalam kotak besi yang biasanya digunakan untuk membawa makanan dan ia diisi dengan bebola besi.

Dua butir bom yang gagal meletup juga dijumpai semalam di bandar Surat di Gujarat yang terkenal sebagai pusat memproses berlian terbesar di dunia.
Sebuah kumpulan yang kurang dikenali, Indian Mujahideen mengaku bertanggungjawab melancarkan siri serangan tersebut.

Kumpulan itu juga sebelum ini mengaku bertanggungjawab melancarkan beberapa serangan bom di Jaipur pada Mei lalu yang mengakibatkan 63 penduduk terbunuh. - Reuters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.392527 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list