CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Gerhana Matahari (penuh/separa); update gerhana matahari (annular) 15 Jan 2010

[Copy link]
Post time 15-1-2009 03:58 PM | Show all posts
kalau tak silap aku, selatan msia, dpt le tempias gerhana ni....paling cun dekat dgn KL, mungkin belah PD.....

kalau gila punya nak merasa, tgu kat china nanti le....
gerhana penuh dan paling lama masa gerhananya nanti....
6 minit rasanya,

sudah ada group yg plan mau kesana....
dr last yr, banyak hotel yg dah fully book...pada date tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2009 03:13 AM | Show all posts
GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA

Di Malaysia, kita dapat melihat cahaya Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira‐kira 82.6% dan ia berlaku sejurus sebelum Matahari terbenam. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 4:30 petang hingga 7:00 petang sebelum Matahari terbenam.

Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira‐kira jam 4:30 petang apabila Bulan mula menyentuh cakera Matahari. Keadaan ini dikenali sebagai 'sentuhan pertama' iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa. Kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan Matahari yang terlalu terang. Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila Bulan menutupi Matahari secara perlahan membentuk sabit sehingga kegelapan maksimum tercapai pada jam kira‐kira 5:50 petang. Pada akhir sentuhan kira‐kira jam 6:55 petang, bayangan Bulan mula hilang secara perlahan sebelum Matahari terbenam.

Nota:
Liputan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 03:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 03:19 AM | Show all posts
PROGRAM GERHANA MATAHARI SEPARA DI PLANETARIUM NEGARA KUALA LUMPUR

Sempena Gerhana Matahari Separa ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Harian dari 20 hingga 30 Januari 2009 mulai jam 10:00 pagi hingga 4:30 petang dan Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa pada 26 Januari 2009 mulai jam 4:00 petang hingga 7:00 petang di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan dan menanam minat terhadap astronomi di kalangan masyarakat Malaysia. Penglibatan dalam program‐program ini amat menyeronokkan di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Aturcara Program Harian Gerhana Matahari Separa adalah seperti berikut:





+ sesapa yg berminat tuh bleh aa gih join .. bawak skali rombongan cik kiah gih planetarium tuh yek! :pompom:

+ ntok maklumat lanjut, bleh hubungi planetarium negara :

Planetarium Negara
Lot 53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03‐22735484
Faks: 03‐22735488
Email: lau@angkasa.gov.my, latifah@angkasa.gov.my
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 08:53 PM | Show all posts

Reply #14 naen's post

rombongan cik kiah tu ko taja ke naen...   ko taja kalu... ghamai kat sini nak join....FOC  dak??   
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 08:54 PM | Show all posts
sapa2 nak pi... nanti kat planetarium tu... hah!!  ko leh kontek ler informasi yg naen bagi tu ekkkkkk...   tak pun pm dia pasai  rombongan cik kiah... tu   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2009 09:59 PM | Show all posts
bagus nya.  ...
patut jgn lpskan peluang ni
sbb next time ntah bila dpt tgk lg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 18-1-2009 08:53 PM

rombongan cik kiah tu ko taja ke naen...   ko taja kalu... ghamai kat sini nak join....FOC  dak??   


aku bleh sponsor .. tapi pastuh aku akan panggey ko "CIK KIAH" .. deal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2009 06:51 PM | Show all posts
Originally posted by naen at 20-1-2009 06:01 PM


aku bleh sponsor .. tapi pastuh aku akan panggey ko "CIK KIAH" .. deal?




bley  no hal... ko panggey aku 'CIK KIAH'  aku zassss  kedit ko  2800, DEAL!!  :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 06:03 AM | Show all posts
Solat sunat di Masjid Negara
+ utusan malaysia

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 06:32 PM | Show all posts
Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009
Submitted by shahgazer on Sun, 18/01/2009 - 17:53.
Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.
Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.
Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.
Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.  
(Foto di sebelah merupakan contoh keadaan Gerhana Matahari Separa)
Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.
Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.
Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.
Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.
Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.
National Eclipse Tracking Team (NETT) akan menghantar delegasi ke bandar Anyer, Indonesia untuk fenomena Gerhana Matahari Cincin pada 26 Januari 2009 nanti. InsyaAllah saya sendiri akan turut serta rombongan ke sana, sebagai 'build-up' kepada ekspedisi ke Hangzhou untuk Gerhana Penuh Matahari pada 22 Julai nanti! Perbincangan lanjut eskpedisi ini ada di Forum.

Kaedah untuk mencerap gerhana ini boleh rujuk kepada artikel rasmi dari ANGKASA (versi BM dan versi Eng).
Cuba hubungi kelab atau unit falak berdekatan untuk mengetahui aktiviti cerapan Gerhana Matahari separa nanti. Setakat yang saya tahu, di Planetarium Negara ada aktiviti, begitu juga di Kuala Terengganu yang mana Unit Falak UDM akan terlibat.

sumber:shahgazer falakonline

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 08:34 PM | Show all posts

Reply #20 naen's post

ko tanak pi ke....kalu nak pi.. jom naik kapcai aku.. kita pi solat jemahat....  jadik!!!:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 08:44 PM | Show all posts

Reply #22 amazed's post

jemahat mender .. senin aa amazed ..

solat sunat gerhana tuh

aku tak bleh pegi kOt sbb aderhal hari senin .. mungkin missed gerhana tuh jugek .. tskk
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 04:16 PM | Show all posts
jom tgk gerhana matahari...

simulation sahaja....utk yg tak sempt tgk nanti... leh tgk skang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 04:16 PM | Show all posts
jom tgk gerhana matahri..

http://www.shadowandsubstance.com/
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by bromatt at 21-1-2009 06:32 PM
Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.


Ada peristiwa besar berlaku pada 1998 - Timbalan PM dipecat
so adakah tahun ni ia akan berulang kembali?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 06:47 PM | Show all posts

Reply #26 putragold's post

neh macam nak bwat macam teori 'solar maximus' jek
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by silver_nano59 at 22-1-2009 04:16 PM

jom tgk gerhana matahri..

http://www.shadowandsubstance.com/


wehhh thanksssss .. nice simulation wehhh

baru aa nampak clear path dia .. besttt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 03:11 PM | Show all posts

Reply #12 naen's post

tq 4 this table

harap2 tak terlepas....
--------------
di terengganu...

Tarikh/Hari : 26 Januari 2009
bersamaan 29 Muharram 1430/ Isnin
Masa : 4.00 ptg hingga 7.00 mlm
Tempat : Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man

[ Last edited by  gorgonz at 23-1-2009 03:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 05:15 PM | Show all posts
Ring of fire: Indian Ocean to see solar eclipse



PARIS (AFP)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064104 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list