CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Gerhana Matahari (penuh/separa); update gerhana matahari (annular) 15 Jan 2010

[Copy link]
Post time 29-1-2009 06:02 AM | Show all posts
neh path ntok gerhana matahari 22 julai 2009 :



GE tuh - greatest eclipse
* Greatest eclipse is defined as the instant when the axis of the Moon's shadow cone passes closest to Earth's center. For total eclipses, the instant of greatest eclipse is virtually identical to the instants of greatest magnitude and greatest duration. However, for annular eclipses, the instant of greatest duration may occur at either the time of greatest eclipse or near the sunrise and sunset points of the eclipse path.

so sesaper yg ndak dapek view paling best + paling lama, nanti 22 julai bleh aa gi dok bersila tetengah laut tuh


neh masa (UT) ntok gerhana 22 julai ntok KL, singapore & brunei ..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2009 04:34 PM | Show all posts
pandangan dari kameraku yg x seberapa...


kul 17.13



eksperimen telur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:40 PM | Show all posts

Balas #66 dexa\ catat

dexa..tngkap senirik ker?
cantiknyaa~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 06:54 AM | Show all posts
Originally posted by mochashake at 29-1-2009 10:40 PM
dexa..tngkap senirik ker?
cantiknyaa~~



tak..
tapi memang cantik kan gambar tu -
tu snapped kat miri tu -

tak leh nak tengok direct kalau solar eclipse ni -
tapi kalau dah post kat sini.. dapat gak
kongsi kongsi -
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 10:39 PM | Show all posts
66 kali seabad


GERHANA matahari yang berlaku baru-baru ini berlangsung
selama dua jam setengah.



GERHANA matahari separa yang berlaku selama dua jam 30 minit pada 26 Januari lalu menyaksikan ribuan rakyat Malaysia membanjiri Planetarium Negara di Kuala Lumpur. Keajaiban pada hari tersebut adalah apabila cahaya matahari dilindungi oleh bulan sekali gus menghalang ruang liputan cahaya matahari sebanyak 82.6 peratus.

Gegelang gerhana matahari atau separa itu biasanya kurang diambil berat oleh para pengkaji astronomi berbanding gerhana matahari penuh. Ia berlaku sebanyak 66 kali dalam seabad dan hanya dapat disaksikan pada bahagian sisi yang sempit.

Selain warga Malaysia, penduduk Singapura, Indonesia, India, China, Australia dan sejauh Cape Town di Afrika Selatan juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan gerhana matahari separa yang dikatakan paling jelas dalam tempoh sedekad.

Di Malaysia, gerhana matahari separa berakhir pada pukul 6.55 petang dengan bayangan bulan hilang secara perlahan-lahan sebelum matahari terbenam. Kali terakhir kejadian seumpamanya berlaku ialah kira-kira tujuh tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 11:50 PM | Show all posts

Reply #105 amazed's post

bese aa tuh .. orang lagik excited ndak tengok gerhana penuh

masa gerhana separa hari tuh, ntah2 ramai tak taw pon hari tuh sebenarnya gerhana

tapi orang sonok aa dapat tengok hari tuh .. memang pueh hati! cuma nyer saket mata teruk pas tengok tuh

rasa sayang plak sbb bulan julai nyer nanti % liputan sangat aa sikit .. tapi orang akan usha gak aa .. Insya`Allah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2009 10:08 PM | Show all posts

Reply #106 naen's post

aku tarak kira... gerhana penuh ker... separa ker... suku ker.... aku suka ajer....
tarak kisah... sumer fenomena tu aku eprishiyet ajer...:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 06:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by naen. at 21-7-2009 18:25

Gerhana mahatari separa di Malaysia esok (rabu - 22 julai 2009)
   
KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku jam 8.23 pagi dan berakhir 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, kawasan Utara Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana(fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China. Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysiaakan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html,[url]www.saros.org/index.html[/url], www.live-eclipse.org dan www.eclipse-tv.com.

+ tak sesabor nak tunggu esok (rasa nak terbang gi perlis malam ni gaks!)
+ heharap leh aa nampok gak .. guna telescope ke, teropong ke .. eishhh!!! excited gler dah neh!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2009 09:16 PM | Show all posts
naen...apa kes jadi 8 post jer....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 11:38 PM | Show all posts
haaaa .. takleh login langsung since forum upgraded last month (kes khas katanya)

dah giveup nak try login lagi, terus je bwat nickname baru  {:3_84:}
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 10:26 AM | Show all posts
Sebahagian Asia 'bergelap' berikutan gerhana mahatari

VARANASI (India): Gerhana paling panjang abad ke-21 ini bermula pagi tadi, menyebabkan sebahagian rantau Asia bergelap, terutama di India dan China.

Pencerap amatur dan sainstis mengambil kesempatan merakam fenomena gerhana yang dianggap bersejarah.

Selain menggunakan peralatan pencerap, mereka turut menyewa khas kapal terbang semata-mata untuk menyaksikan fenomena yang kebanyakan penduduk menganggapnya sebagai ganjil.

Kon bayangan gerhana atau 'umbra' mula muncul di Gujarat, barat India jam 6.30 pagi waktu tempatan (0100 GMT).

Ia kemudian bergerak merentasi benua India ke bandar suci masyarakat Hindu, Varanasi dan ke tebing Sungai Ganges sebelum ke selatan Semenanjung Bangladesh, Bhutan di Nepal hinggalah ke tanah besar China.

Bagaimanapun, awan monsun di India dan cuaca buruk di China mengecewakan berjuta mereka yang menyaksikan fenomena gerhana ini.

Di Mumbai, ratusan penduduk berkumpul di Planetarium Nehru yang bersama peralatan pencerap serta memakai kaca mata hitam hampa apabila terpaksa berpayung dan memakai baju hujan.

Ini kerana malam tadi hujan dilaporkan lebat sehingga awal pagi tadi ketika gerhana berkenaan.

Di Malaysia, gerhana matahari separa turut berlaku tetapi amat sukar dicerap dengan mata kasar.

Ia berlaku jam 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan semalam.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu,
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 10:27 AM | Show all posts

GERHANA matahari dilihat di barat daya China pada jam 9.16 pagi,
hari ini. Rakyat Asia berpeluang menyaksikan gerhana matahari
terpanjang pada abad ke-21. - Foto AP/Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 10:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by timber at 22-7-2009 22:34

tempatku mendung, ni je yg paling ok

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 07:16 AM | Show all posts
Gerhana pukau penduduk Asia


URUTAN gambar yang menunjukkan gerhana matahari di Baihata
yang terletak 30 kilometer dari ibu negeri Assam, Guwahati, India semalam.


VARANASI, India - Gerhana matahari paling panjang dalam abad ke-21 menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.

Gerhana matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.


SEORANG guru Sains, Bibi Nasratjahan Gulab Khan (tengah)
bersama pelajarnya menggunakan bekas berisi air untuk
melihat gerhana matahari di Kuala Lumpur semalam.


Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Gerhana matahari penuh semalam dapat disaksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Kali kedua gerhana matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 06:58 PM | Show all posts
Time ni aku skolah la... Rsa mcm rugi terlepas tgk... Aduhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 10:15 PM | Show all posts
110# naen.


adusss...teruk betul...paling kurang pun, bgi la kredit yg sama, boleh la masuk thread2 tertentu...
anyway welcome back
hahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2009 10:50 AM | Show all posts
bertuah nye tempat korang leh tengok gerhana. aku lak selalu je takde rezeki. dah bersedia nk gi tengok, alih2 hari tu jugak yg ujan. byk kali dah terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 02:57 PM | Show all posts
ada gerhana matahari dalam bulan januari 2010 ni
harap tuan tanah kedaung (dexa) ataupun mod amazed dapat upd8 tajuk thread ni

ANNULAR SOLAR ECLIPSE
15 JANUARY 2010 (JUMAAT)


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 12:24 AM | Show all posts
bagus punye info....
kena prepare gajet nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 03:27 AM | Show all posts
bagus punye info....
kena prepare gajet nih
ruhazz Post at 5-1-2010 00:24


xnk lepas pluang tgk ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.144725 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list