CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Gerhana Matahari (penuh/separa); update gerhana matahari (annular) 15 Jan 2010

[Copy link]
Post time 6-1-2010 07:28 AM | Show all posts
118# naen

up up up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 01:06 AM | Show all posts
jangan lupa set time/reminder pada jumaat depan
gerhana matahari separa dijangka berlaku di ruang langit malaysia pada pukul 3 - 6
mungkin maksima pukul 4.30 petang .. akan diconfirmkan kemudian

harap2 cuaca ok & jangan lupa sediakan alat2 ntuk skodeng gerhana (eclipse viewer & cpl)
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 06:49 AM | Show all posts
Guna peralatan yang selamat

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

Melihat gerhana matahari secara terus tanpa penuras yang selamat boleh menyebabkan kerosakan mata yang serius hingga menjadi buta.





APABILA berlaku gerhana matahari, khalayak sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam semula jadi yang biasanya jarang terjadi.

Pada yang berkesempatan, mereka mungkin akan mengunjungi destinasi yang menawarkan perkhidmatan mencerap gerhana menggunakan peralatan terkini yang diyakini selamat dan berkesan.

Namun, bagi yang tinggal jauh atau tidak berkesempatan untuk berkunjung ke mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan sedemikian, mereka mungkin tiada pilihan selain melihat gerhana secara terus tanpa sebarang peralatan khas.

Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Lau Chen Chen berkata, setiap individu sebenarnya harus menyedari kesan negatif yang bakal diterima jika menyaksikan fenomena gerhana matahari secara terus dengan mata kasar.



KEJADIAN gerhana matahari mengajak umat manusia merenungi
kebesaran Ilahi dalam mengatur perjalanan alam semesta.

"Seperti yang kita ketahui, matahari memancarkan cahaya yang begitu terang hingga ke bumi. Justeru, jika seseorang memandang matahari secara terus tanpa sebarang peralatan yang selamat, mereka mempunyai risiko untuk mengalami kerosakan mata yang serius.

"Malah, dalam kes-kes tertentu, tidak mustahil mata boleh menjadi buta," ujar Chen Chen ketika ditemui Kosmo! di Planetarium Negara baru-baru ini untuk membicarakan tentang fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku di Malaysia dua hari lagi.

Menurut Chen Chen, 29, berbanding gerhana bulan yang boleh dilihat dengan mata kasar atau menerusi peralatan teleskop dan binokular secara terus, gerhana matahari sebaliknya memerlukan kepada langkah keselamatan yang sesuai.

Antaranya, seperti menggunakan peralatan tertentu untuk mencerap gerhana termasuklah teleskop dengan penuras suria, solarskop, projektor pinhole dengan kotak panjang atau dua keping kadbod, kamera pinhole dengan pokok teduh dan kaca mata gerhana.



CONTOH simulasi gerhana matahari separa yang boleh disaksikan di seluruh negara.

Lintasan

Tambah beliau, gerhana matahari anulus atau lebih dikenali sebagai gerhana cincin dengan magnitud 0.9190 akan berlaku pada 15 Januari ini.

Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman sesawang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), fenomena itu akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur.

Fenomena tersebut terjadi apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun ia tidak menutupi matahari sepenuhnya. Ini disebabkan saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada saiz matahari. Sehubungan itu, matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang di sekeliling luar cakera bulan.



LAU CHEN CHEN menunjukkan kaca mata eksklusif gerhana untuk
yang datang ke Planetarium Negara pada 15 Januari ini.

"Lintasan bayang umbra (bahagian bayang yang sangat gelap) bulan akan bermula di Afrika dan melalui Chad, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Uganda, Kenya dan Somalia.

"Selepas melintasi Afrika, lintasan tersebut akan melalui Lautan Hindi di mana tempoh maksimum keanularan mencapai kira-ki 11 minit lapan saat.

"Lintasan tersebut kemudiannya akan terus melintasi Asia melalui Bangladesh, India, Myanmar dan China," terang Chen Chen sambil menambah bahawa fenomena gerhana matahari anulus itu pernah berlaku pada 26 Januari tahun lalu.

Sementara itu, gerhana matahari separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra (bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah) bulan yang lebih luas meliputi Eropah Timur, Afrika dan Asia.

Bagaimanapun, Chen Chen memberitahu, negara kita akan dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus.



PENDUDUK di luar negara berhimpun di satu kawasan lapang untuk
menyaksikan fenomena gerhana matahari melalui peralatan yang sesuai.

"Situasi ini dapat dilihat lebih jelas terutama di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang. Namun, peratus matahari yang dilindungi oleh bulan semakin mengurang dari bahagian tengah Semenanjung hinggalah ke Sabah dan Sarawak.

"Gerhana matahari separa ini akan berlangsung hampir tiga jam bermula pada pukul 3 petang hingga 5.45 petang," jelas beliau lebih lanjut.

Bidang astronomi


Tambahnya lagi, secara umum gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama, bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi agar matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa kira-kira pada pukul 3 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari.

"Keadaan ini dikenali sebagai 'sentuhan pertama' iaitu permulaan gerhana matahari separa. Namun demikian, kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan matahari yang terlalu terang.

"Sebaliknya, gerhana hanya akan dapat dilihat apabila bulan menutupi matahari secara perlahan dan membentuk sabit tua sehingga liputan maksimum tercapai kira-kira pada pukul 4.25 petang," katanya.



GAMBAR yang dikeluarkan pihak Angkasa menunjukkan proses kejadian
gerhana matahari separa yang akan dapat dilihat di seluruh negara Jumaat ini.

Selepas 'sentuhan akhir' berlaku kira-kira pukul 5.40 petang, bayangan bulan akan mula hilang secara beransur-ansur dan keadaan akan kembali seperti sediakala.

Sempena fenomena gerhana matahari separa itu juga, Angkasa tidak ketinggalan untuk menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa mulai pukul 2.30 hingga 6 petang di Planetarium Negara.

Pegawai Komunikasi Korporat Angkasa, Latifah Abdul Hamid berkata, objektif penganjuran program itu bertujuan untuk memberi pendedahan dan menanam minat terhadap bidang astronomi di kalangan masyarakat Malaysia.

"Menerusi program kali ini, pengunjung terawal akan menerima kaca mata gerhana eksklusif serta Eclipse Mint serta berpeluang menyaksikan fenomena tersebut menerusi teleskop yang disediakan oleh pihak Angkasa.

"Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta pelancong asing," katanya sambil menambah program serupa akan turut diadakan di Kompleks Pekan Rabu, Langkawi.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, anda boleh melayari laman sesawang www.angkasa.gov.my untuk menyaksikan siaran langsung gerhana matahari separa mulai pukul 3 hingga 5.40 petang pada tarikh tersebut.

Program ini turut mendapat sokongan daripada Wrigley's Eclipse Mint dan Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:54 AM | Show all posts
gerhana matahari separa ari ni
dh siap sedia:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:12 AM | Show all posts
tpt aku salu ujan skrg ni.....hrp2 leh tgk petang ni tp 3-545 tu kt cni cm mmg dh nk gelap...so maybe x npk beza
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:21 AM | Show all posts
125# larrazlan

sabo ler....

nk tau camne bentuk tgk utube

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2010 11:48 AM | Show all posts
pada otai2 astronomi..
nak tanya ni..
pernah tak 2 gerhana (matahari & bulan) berlaku serentak dalam tempoh SATU bulan?
kalo pernah, bila last time nyer?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:51 AM | Show all posts
Info untuk gerhana hari ni boleh dilayari di sini..

http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhanasepara2010
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 11:59 AM | Show all posts
pada otai2 astronomi..
nak tanya ni..
pernah tak 2 gerhana (matahari & bulan) berlaku serentak dalam tempoh SATU bulan?
kalo pernah, bila last time nyer?
capiloton Post at 15-1-2010 11:48


gerhana bulan... mlm 1 januari 2010 baru ni.... kat kg ni buat solat sunat gerhana bulan jam 1 pagi

dan

gerhana matahari .... harini... 15 januari 2010

jadi...bln januari 2010... dua gerhana dlm 1 bln
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:14 PM | Show all posts


1st take 3:10 pm
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:34 PM | Show all posts
ada yang pergi planetarium ke ?..sure seronok tengok live..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:40 PM | Show all posts
skang tengah mendung dari arah barat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:42 PM | Show all posts
KL mendung sikit je sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:50 PM | Show all posts
gelap dah, nak hujan.... angkat jemurannnnnn !
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:55 PM | Show all posts
sini belum gelap lagiii..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:57 PM | Show all posts
awan hitam berarak, mendung kelabu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 04:04 PM | Show all posts


area aku gelap
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 04:08 PM | Show all posts
subhanallah..kat mana nih...kedah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 05:22 PM | Show all posts
shah alam mendung je sejak pagi tadi ..

tapi Alhamdulillah, ada jarak antara awan & awan nipis sikit masa max phase
dapat aa snap jap .. tu pun ada masa dalam 15min (jap clear, jap tak) je
pastu terus awan tebal balik .. haihhhh!!!

tapi Alhamdulillah - dapat tengok jap masa max phase tu .. so nak share kat sini aa


max phase 4.36pm


max phase 4.46pm

Alhamdulillah aku sangat hepi~ ngeee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 05:33 PM | Show all posts
naen...lawa pic kamera ko...thanks..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.151406 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list