View: 5576|Reply: 105
|
Berapakah harga minyak terbaru yang bakal diumumkan?
[Copy link]
|
|
Paklah kata nak turunkan harga minyak...agak2 berapa sen yang dia nak turunkan...Apakah harga minyak terbaru yang bakal diumumkan sikit masa lagi...
Jom...vote jangan tak vote.
Kembalikan harga RM1.92 seliter - Pakar
KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar menurunkan harga petrol mengikut harga sebelum kenaikan iaitu RM1.92 seliter manakala RM1.58 seliter bagi diesel ekoran penurunan harga minyak dunia ketika ini.
Menurut Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, ia tidak mustahil dilaksanakan bagi membendung kadar inflasi yang semakin tinggi.
"Saya percaya harga bahan api boleh diturunkan kepada harga asal iaitu RM1.92 seliter bersama-sama syarat kerajaan ambil semula pemberian subsidi sebelum ini.
"Apa yang saya maksudkan ialah pemberian subsidi kepada nelayan, pengusaha bas serta lori dan yang terbaru rebat petrol diambil semula dan semua jumlah ini digunakan untuk menampung subsidi kedua-dua bahan api ini sehingga ke paras asal,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam memberi bayangan untuk menurunkan harga minyak setelah ia dibincangkan di kabinet dan kini katanya, kerajaan masih meneliti beberapa perkara sebelum membuat pengumuman.
Bagi pakar ekonomi, Datuk Dr. Ismail Md. Salleh, penurunan sebanyak 30 sen seliter atau RM2.40 seliter bersesuaian kerana harga minyak di pasaran dunia setakat jatuh AS$20 setong dan ia bukan satu yang besar.
Ismail menegaskan, walaupun penurunan itu rendah tetapi ia juga mengambil kira pendapatan negara dan pelbagai subsidi yang telah diberi oleh kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
turun satu sen jer |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa harga minyak turun naik banyak factor .
selain soal pembekal .. soal OIC potong kadar pengeluaran ..
kesan paling besar peranan kuasa2 besar menyimpan stok .
kalo dulu biasanya kuasa barat .. tapi kini tambah dengan china .
jadi ia bukan semudah yang buleh diandai2 . |
|
|
|
|
|
|
|
kaLau pakLah kata turun.... maknenye xkan turun |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba minyak tak jadi habis 2015 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 dess402's post
baru keluar hutan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
sampai berbuih2 mulot pakcik tu nak bagitau org, kenapa kerajaan tak boleh turunkan harga minyak, antara sebabnya minyak di Malaysia akan habis dlm masa 2015, tup tup Pak Lah kata nak turunkan harga minyak, ker Pak Lah terlupa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DTECCONAN at 2-8-2008 03:40 PM
sampai berbuih2 mulot pakcik tu nak bagitau org, kenapa kerajaan tak boleh turunkan harga minyak, antara sebabnya minyak di Malaysia akan habis dlm masa 2015, tup tup Pak Lah kata nak turunkan ha ...
info mane ??
|
|
|
|
|
|
|
|
yang pasti penurunan bukan 50 sen... tak boleh sama spt idea anuar.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku rasa minyak tak payah turun . naik kan lagi buleh .
biar depa2 nie cari alternatif lain . |
|
|
|
|
|
|
|
kalau naik lagi... sure bn kalah di permatang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak murah tidak jamin ekonomi stabil
KUALA LUMPUR 15 Julai - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan, harga minyak yang murah tidak semestinya menjamin kestabilan ekonomi sesebuah negara.
Beliau memberikan contoh Venezuela yang harga minyaknya begitu murah iaitu 10 sen seliter tetapi negara itu terpaksa berdepan dengan kadar inflasi amat tinggi iaitu 30 peratus, yang terburuk di kalangan negara Amerika Latin.
憫Minyak di Iran, Arab Saudi, Qatar dan Venezuela memang murah tetapi kadar inflasinya tinggi dan adakah kita mahu menjadi seperti mereka.
憫Peningkatan harga minyak juga ada hubung kait dengan krisis makanan tetapi negara kita mampu mengatasinya malah beras kita lagi murah berbanding Thailand, ia hanya dapat dinikmati dengan kaedah subsidi yang betul,拻 katanya.
Beliau berkata demikian dalam debat 慔ari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak |
|
|
|
|
|
|
|
harga yang turun mungkin tak turun kerana yang nak menurunkan tak kan turun |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ninja9 at 2-8-2008 03:48 PM
kalau naik lagi... sure bn kalah di permatang..
kalah tak kalah itu soal lain . pokok rakyat mesti dididik agar lebih bertanggung jawab .
minyak pon bukan bahan bakar yang tahan kekal . tetap akan habis .
jadi kenapa tidak pergi kepada alternatif lain ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 dess402's post
ayoyoyo, sah ler baru keluar hutan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DTECCONAN at 2-8-2008 03:48 PM
Minyak murah tidak jamin ekonomi stabil
KUALA LUMPUR 15 Julai - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan, harga minyak yang murah tidak semestinya menjamin kestabilan ekonomi s ...
tapi Arab lain .. keuntongan mereka datang dari
pembuat haji dan pelawat2 seluroh dunia yang bernilai
lebih pulohan biliion tiap tahun . sama sekali tidak sama kita . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DTECCONAN at 2-8-2008 03:48 PM
Minyak murah tidak jamin ekonomi stabil
KUALA LUMPUR 15 Julai - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan, harga minyak yang murah tidak semestinya menjamin kestabilan ekonomi s ...
tak abis2 dgn venuzuela si shabuih neh..
ko pindah sana la oiii...:@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|